Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/60

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
60
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332


meneruskan jawatannya atau tidak berupaya untuk menjalankan tugas.

(5) Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal boleh pada bila-bila masa meletak jawatan dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.

(6) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].

(7) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Tribunal dan mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantu Tribunal, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.


Prosiding di hadapan Tribunal


30. (1) Tiap-tiap prosiding di hadapan Tribunal hendaklah didengar dan dibereskan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan dua anggota lain yang dipilih oleh Pengerusi daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 29.

(2) Tiada anggota Tribunal boleh mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding di hadapan Tribunal jika dia mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(3) Jika Pengerusi telah hilang kelayakannya di bawah subseksyen (2), Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu.

(4) Seseorang adalah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan kewangan jika dia, pekongsinya, majikan atau mana-mana anggota keluarganya, atau jika sesuatu badan sama ada berkanun atau tidak, yang mana dia menjadi anggota, mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(5) Jika, atas apa-apa perkara yang hendaklah ditentukan oleh Tribunal terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi prosiding itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.