Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/58

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
58
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332


(a) membayar kepada badan pelesenan itu apa-apa caj yang kena dibayar mengikut perintah itu atau, jika amaun itu tidak dapat ditentukan, memberikan aku janji kepada pengendali itu untuk membayar caj itu apabila ditentukan; dan
(b) mematuhi terma lain yang dinyatakan dalam perintah itu,

berada dalam kedudukan yang sama berkaitan dengan pelanggaran hak cipta seolah-olah dia telah pada segala masa material menjadi pemegang lesen yang diberi oleh pemunya hak cipta yang berkenaan atas terma yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Faedah perintah itu boleh diserahhakan—

(a) dalam hal suatu perintah di bawah seksyen 27I, jika penyerahhakan tidak dilarang di bawah terma perintah Tribunal; dan
(b) dalam hal suatu perintah di bawah seksyen 27J, jika penyerahhakan tidak dilarang di bawah terma lesen asal.

(3) Tribunal boleh mengarahkan bahawa suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J, atau suatu perintah di bawah seksyen 27K yang mengubah perintah sedemikian, setakat yang ia mengubah amaun caj yang kena dibayar, mula berkuat kuasa dari suatu tarikh sebelum tarikh yang padanya ia dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh yang padanya rujukan atau permohonan itu dibuat atau, jika kemudiannya, yang padanya lesen itu diberi atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan habis tempoh.

(4) Jika suatu arahan dibuat di bawah subseksyen (3)—

(a) apa-apa bayaran balik yang perlu, atau bayaran lanjutan, hendaklah dibuat berkenaan dengan caj yang telah dibayar atau yang kena dibayar; dan
(b) sebutan dalam perenggan (1)(a) mengenai caj yang kena dibayar mengikut perintah itu hendaklah ditafsirkan, jika perintah itu diubah oleh suatu perintah kemudian, sebagai sebutan mengenai caj yang kena dibayar sedemikian menurut kuasa perintah yang kemudian itu.