Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/28

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332
(ff) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud sesuatu peperiksaan dengan cara menyediakan soalan, menyampaikan soalan kepada calon atau menjawab soalan:
Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam mempertunjukkan karya itu;
(g) pengeluaran semula yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pelajaran itu;
(gg) pembuatan sesuatu rakaman bunyi bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, drama atau muzik, rakaman bunyi atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi bunyi jika rakaman bunyi sesuatu siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat rakaman bunyi itu;
(ggg) pembuatan sesuatu filem bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, seni, drama atau muzik atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi gambaran pandangan jika pembuatan sesuatu filem bagi siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat filem itu;
(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang penglihatan atau kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang ditetapkan oleh Menteri;
(h) pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi;
(i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau mana-mana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui