Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/17

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
Hak Cipta
17

(ii) apa-apa persembahan sesuatu aktiviti sukan; atau

(iii) penyertaan dalam sesuatu persembahan oleh penonton;

"premis" ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah juga kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;

'program komputer" ertinya suatu ungkapan, dalam apa-apa bahasa, kod atau tatatanda bagi suatu set arahan (sama ada dengan atau tanpa maklumat berkaitan) dengan niat untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai kebolehan pemprosesan maklumat untuk melakukan suatu fungsi tertentu sama ada secara langsung atau selepas salah satu atau kedua-dua perkara berikut:

(a) penukaran ke bahasa, kod atau tatatanda lain;

(b) pengeluaran semula dalam bentuk bahan yang lain;

"rakaman" ertinya rakaman bunyi atau filem, selain sesuatu rakaman yang dibuat di bawah subseksyen 16A(3);

"rakaman bunyi" ertinya apa-apa penetapan siri bunyi atau suatu perlambangan bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem; "salinan" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"salinan" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"salinan langgaran"—

(a) berhubungan dengan hak cipta, ertinya apa-apa pengeluaran semula apa-apa karya yang layak mendapat hak cipta di bawah Akta ini yang pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hak cipta mengenai karya itu atau, dalam hal apa-apa artikel yang diimport ke dalam Malaysia tanpa persetujuan pemunya hak cipta, yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan pemunya hak cipta itu; dan