Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/15

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
Hak Cipta
15

awam itu boleh mendapatkan akses kepada karya atau persembahan itu dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masing dipilih oleh mereka;

"Penolong Pengawal" ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);

"penyesuaian" termasuklah mana-mana yang berikut, iaitu—

(a) berhubungan dengan sesuatu karya sastera, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi karya drama;

(b) berhubungan dengan sesuatu karya drama, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi karya sastera;

(c) berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau karya drama—

(i) suatu terjemahan karya itu;

(ii) suatu versi karya itu dalam mana cerita atau gerak geri disampaikan keseluruhannya atau sebahagian besarnya melalui gambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk pengeluaran semula dalam buku, surat khabar, majalah, atau majalah berkala yang seumpamanya;

(d) berhubungan dengan sesuatu karya sastera dalam bentuk program komputer, suatu versi karya itu, sama ada dalam bahasa, kod atau tatatanda dalam mana karya itu dilahirkan pada asalnya yang bukannya suatu pengeluaran semula karya itu;

(e) berhubungan dengan sesuatu karya muzik, suatu gubahan atau transkripsi karya itu;

(f) berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau seni, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi filem;