Pergi ke kandungan

Khutbah Pertama Buddha

Daripada Wikisumber

Khutbah pertama Buddha di Taman Rusa Sarnath

Oleh Siddartha Gautama

Wahai sami-sami, dua perkara melampau ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang menjauhi keduniaan. Apakah dua perkara itu?
Perkara yang berpadu dengan keghairahan/keberahian dan kemewahan---rendah martabat, lucah, koman, keji dan tidak berguna dan perkara yang berpadu dengan seksa diri sendiri---sakit, hina, dan tidak berguna.
Orang yang menjauhi dua perkara melampau ini akan mencapai pencerahan jalan pertengahan yang memberikan wawasan dan pengetahuan, dan membawa kepada ketenangan, kebijaksanaan, pencerahan dan nirvana.
Wahai sami-sami, dan apakah itu jalan pertengahan yang menyebabkan orang yang melaluinya memperoleh pencerahan yang memberikan pengetahuan dan wawasan, dan membawa kepada ketenangan, kebijaksanaan, pencerahan dan nirvana?
[Jalan pertengahan] ini ialah jalan lapan lapis yang mulia iaitu pemahaman yang betul, niat yang betul, pengucapan yang betul, tindakan yang betul, mata pencarian yang betul, perbuatan baik yang betul, tumpuan yang betul, dan tafakur yang betul.
Inilah, wahai sami-sami, jalan pertengahan yang menyebabkan orang yang melaluinya memperoleh pencerahan yang memberikan pengetahuan dan wawasan, dan membawa kepada ketenangan, kebijaksanaan, pencerahan dan nirvana.
Sekarang, wahai sami-sami, ini ialah kebenaran yang mulia tentang kesakitan: kelahiran itu menyakitkan, ketuaan itu menyakitkan, sakit itu menyakitkan, kematian itu menyakitkan, kesedihan, ratapan, dan kekecewaan itu menyakitkan. Bersentuhan dengan benda-benda yang tidak menyenangkan itu menyakitkan, tidak mendapat apa yang dihajati itu menyakitkan. Pendek kata lima kumpulan ketamakan itu menyakitkan.
Sekarang, wahai sami-sami, inilah kebenaran yang mulia tentang sebab kesakitan itu:
dambaan yang membawa kepada kelahiran semula,
bergabung dengan keseronokan dan nafsu syahwat,
mencari keseronokan di sana sini,
iaitu dambaan pada keberahian,
dambaan pada kewujudan,
dan dambaan pada ketidakwujudan.
Sekarang, wahai sami-sami, inilah kebenaran yang mulia tentang berhentinya kesakitan:
berhentinya tanpa saki-baki dambaan,
pengguguran, pembuangan, pembebasan dan ketidak terikatan.
Sekarang, wahai sami-sami, inilah jalan kebenaran yang mulia yang membawa kepada berhentinya kesakitan:
inilah jalan lapan lapis yang mulia iaitu
kefahaman yang betul,
niat yang betul,
ujaran yang betul,
tindakan yang betul,
mata pencarian yang betul,
perhatian yang betul,
tumpuan yang betul,
dan meditasi yang betul.
Inilah kebenaran yang mulia tentang kesakitan:
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Kebenaran mulia tentang kesakitan ini seharusnya difahami.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Ia telah difahami.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Inilah kebenaran mulia tentang sebab kesakitan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Sebab kesakitan itu seharusnya ditinggalkan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Ia telah ditinggalkan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Inilah kebenaran mulia tentang berhentinya kesakitan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Berhentinya kesakitan seharusnya dicapai.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Ia telah dicapai.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Inilah kebenaran mulia tentang cara yang membawa kepada berhentinya kesakitan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Cara itu seharusnya diamalkan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Ia telah diamalkan.
Oleh itu, wahai sami-sami, dalam banyak-banyak ajaran yang tidak kedengaran sebelum ini, di dalam daku telah bangkit wawasan, kebijaksanaan, pengetahuan dan cahaya.
Selagi pengetahuan dan wawasan wajarku dengan tiga bahagian dan 12 pecahan tidak disucikan dalam empat kebenaran mulia ini, walaupun begitu lama, sami-sami, di dalam dunia dengan dewa-dewanya, Mara, Brahma, ia dengan para zahid, pendeta, dewa dan manusia, daku tidak akan mencapai pencerahan sempurna yang tertinggi.
Ini daku akui.
Dan apabila, sami-sami, pengetahuan dan wawasan wajarku dengan tiga bahagian dan 12 pecahannya disucikan dengan baik dalam empat kebenaran mulia ini, kemudian, sami-sami, di dalam dunia dengan dewa-dewanya, Mara, Brahma, ia dengan para zahid, pendeta, dewata, dan manusia, daku mencapai pencerahan sempurna yang tertinggi.
Ini daku akui.
Pengetahuan bangkit di dalam daku;
wawasan bangkit yang pelepasan mindaku adalah tidak bergoncang:
inilah kewujudan terakhirku;
sekarang tiada lagi kelahiran semula.

Sumber