Hikayat Bayan Budiman
Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta'in ini hikayat orang dahulu kala yang terlalu indah-indah ceritanya hendaklah diambil faedah sedikit barang siapa yang membaca atau men[d]engar seperti hikayat ini adalah kepada sebuah negeri seorang bernama khoja maymun dua laki isteri pun terlalu kasih akan bayan budiman itu dipermuliakannya maka pada suatu hari pula khoja maymun berjalan ke pakan maka bertemu dengan orang berjual burung tiong betina maka dibelinya pula lalu dibawanya pulang ke rumah nya maka ditaruhnya hampir bayan itu maka sehari-hari khoja maymun itu men[d]engarkan bayan dengan tiong itu beberapa segala hikayat yang ajaib-ajaib diceterakannya oleh bayan dan tiong itu maka pada suatu hari khoja maymun bertanya pada bayan faedah berniaga di laut maka diceterakan oleh bayan peri faedah orang berniaga di laut maka pada ketika itu juga datanglah fikir khoja maymun hendak berlayar maka khoja maymun pun pergilah pada isteri katanya hai kekasihku ketahuikah tuan hamba bahawa segala manusia ini juga tiada berpindah segala [h]artanya kerana mengambil faedah akan menambahi [h]artanya jikalau dihimpunkan tetapi khabarnya besar faedahnya di laut ini segala orang yang tiada mau mencari faedah mengikut rasmi orang tua-tua tiada memberi manfaat sentiasa dirasmikan orang tua-tua diganti supaya tiada kesakitan atas kita maka sekarang fikir hamba hendak berlayar mencari faedah akan diri kita kerana ada hamba beroleh khabar besar sangat faedah pada keraja laut itu melainkan tuan hamba berilah izinnya akan hamba supaya hamba berlayar maka kata isterinya hai khoja maymun sungguh pun besar faedah perniaga yang di laut itu tetapi balanya besar juga tiadalah ڤاتت توانهمب فرݢي كرن ارت دنيا اين منجادي سوسه ڽاو وڠمليا دالم اتينوت دبوڠ كرن امس اير كڠكڠ فد سݢل يڠ مننتوتي دنيا فد هاري قيامة
patut tuan hamba pergi kerana [h]arta dunia ini menjadi suasa nyawa yang maha mulia dalam itupun dibuang kerana emas itu kengkang pada segala yang menuntuti dunia pada hari kiamat (rau? pun?) kuning (sanat?) muka orang durjana tetapi jika tuan hamba hendak berlayar juga sebaiknyalah tuan hamba bawa hamba bersama-sama karena hamba anak perempuan (ihtimalan walau) dengan kaki adanya jika tiada (qaul) nescaya binasalah kaki maka kata khoja maymun hai nyawaku adalah kata segala ulama perempuan itu menurut pada pantau rumahnya jika ditinggalkan nescaya binasalah rumahnya tetapi hamba meninggalkan tuan hamba ini mati hamba ke belakang juga tetapi meninggal hamba ini jika barang sesuatu kerja yang tuan hamba hendak kerjakan maka hendaklah tuan hamba menyurat dengan bayan dan tiong kita ini setelah sudah khoja maymun berpesan pada isterinya maka khoja maymun pun berlayarlah antara beberapa lamanya khoja maymun berlayar itu maka pada suatu hari isteri khoja maymun pun dendam akan suaminya maka naiklah ia pada tempat tidur ianya membuka tingkap rumahnya yang berkerawang lalu ia memandang ke bawah pada ketika itu anak raja dalam negeri itu pun lalu dari sisi rumah itu maka ia pun memandang ke atas tingkap itu maka terpandang kepada muka isteri khoja maymun maka isteri khoja maymun pun terpandang pada muka anak raja itu melihatkan rupa rasa anak raja itu terlalu indah-indah rupa pakaiannya maka anak raja itu pun berahilah hati isteri khoja maymun pun berahilah hatinya maka isteri khoja maymun pun tinggallah dengan berahinya akan anak raja itu adapun akan anak raja itu telah sampai ke istananya maka dipanggilnya maka dipanggilnya seorang hambanya perempuan tua maka disuruhnya pergi pada isteri khoja maymun tanyakan maksudnya itu adapun akan isteri khoja maymun itu daripada sangat ia takut akan suaminya ditahuinya jugalah berahinya dengan sangkanya maka oleh perempuan tua itu beberapa kata yang manis-manis dan lemah-lembut dikatakannya maka makin bertambah-tambahlah nyalanya api berahinya isteri khoja maymun redhalah ia akan kehendak anak raja itu telah sudah berputusan janji maka hari pun malamlah pada ketika sunyi orang tidur maka isteri khoja maymun pun memakai pakaian yang mulia-mulia serta memakai bau-bauan dan merapih tubuhnya terlalulah harum baunya telah sudah memakai maka itu pun tersedarlah akan pesan suaminya menyuruh ia menyurat dengan tiong dan bayan itu di dalam hatinya baiklah aku pergi pada tiong ini kerana sama perempuan aku kata kan ra[h]sia aku ini padanya karena ia sama perempuan kalau-kalau angan hati sama perempuan ini maka ia-pun pergilah kepada tiong maka kata tiong apa pekerjaan tuan datang tengah malam ini maka isteri khoja maymun dikatakan telah segala rahsianya itu pada tiong maka kata tiong pekerjaan apakah tuan hendak kerjakan ini kepada Allah Ta'ala pun tiada berkenan pada segala manusia pun amat kaji jika tuan kerjakan akhirnya menyesal juga sudahnya sabarlah dahulu dan tuan lelaki pun hampir akan datang telah isteri khoja maymun men[d]engar kata tiong itu maka ia ngeranilah hatinya terlalu amat marahnya membawa akan berahinya itu surat ia berkata geram sekali hatiku tiada engkau tahu akan hatiku berahinya ku sangka kan engkau kawal rasa hati sama perempuan ini maka disentakkannya tiong itu dalam sangka rannya lalu dihempaskan ke bumi maka tiong itu pun matilah maka isteri khoja maymun pergi pula kepada bayan adapun akan bayan segala hal ehwal tiong itu semuanya dilihatnya pura-pura ia tidur maka isteri khoja maymun pun datang mendapat bayan maka itu pun terkejut seraya katanya apa kerja tuan datang ke mari tengah malam ini maka oleh isteri khoja maymun segala peri khalnya ia berahi itu dan peri ia membunuhkan tiong itu pun dikatakannya kepada bayan itu maka fikir bayan tiadalah lulus pada pekerjaan ini mengajar perempuan ini melainkan dengan nasihat yang memberi lalai juga sebaiknya baik aku lalaikan dengan berbagai-bagai hika yat kalau-kalau ada datang supaya lepas daripada pekerjaan ini jika dibenarkan kehendaknya itu durjana aku kepada tuan aku khoja maymun jika aku larang nescaya aku pun mati dibunuhnya seperti tiong itu juga jika demikian baik aku perlalaikan dengan beberapa hikayat kalau-kalau ada mudah-mudahan jadi lalai ia supaya lepas daripada kehendaknya itu maka kata bayan terlalu sekali bebalnya tuan ini mengatakan rahsia tuan pada tiong itu kerana ia perempuan tiada sini akal tiadakah tuan men[d]engar kata segala ulama 'hadamma al-wala'u ala insha'i' ertinya dilarangkan rahsia atas perempuan yang berkehendak semuka-muka tuan bunuh akan dia jika tiada dibunuh segeranya sudah terlalu kerja terlalu kerja tuan itu apabila datang tuan laki-laki nescaya diadukannyalah pekerjaan tuan itu dalam kejahatan jadilah malu akan orang akan seperti hamba ini tiadalah mau melihatkan tuan jatuh pada jalan kejahatan yang keji pada dunia akhirat pada niat hamba hendakkan bertambah-tambah kebajikan tuan daripada sehari-hari ini kerana kasih tuan terlalu amat banyak akan hamba maka laku ini datanglah seperti hikayat seekor bayan yang dicabut bulu oleh isteri seorang saudagar demikianlah tuan dengan hamba jika jahat sekalipun tuan perbuat akan hamba nescaya kebajikan juga hamba balaskan baiklah tuan segera pergi pada anak raja itu maka datang tuan lelaki pun atas hambalah membunyikan rahsia tuan itu maka sahut bini khoja maymun betapa peri hika yat bayan dengan isteri saudagar itu maka kata bayan pergilah tuan dahulu bertemu dengan anak raja itu karena lama ia menanti pada fikir hamba terlebih baiklah tuan bertemu dengan kekasih tuan itu dahulu kemudian hamba ceterakan maka kata bibi jainab hikayatkan juga dahulu kemudian aku pergi maka lalu diceterakan oleh bayan itu alkisah inilah hikayat cetera yang kedua kata bayan ada seorang saudagar laki isteri menaruh seekor bayan terlalu bijaksananya maka terlalulah kasih saudagar akan bayan itu seperti anaknyalah sehari-harilah ia duduk ber kata-kata dengan isterinya ia hendak berlayar maka bayan itu ditinggalkan pada isterinya serta ia berpesan pada isterinya jika tuan kasih akan hamba hendaklah tuan peliharakan bayan kita ini baik-baik serta tuan bila memeliharakan hamba maka saudagar itu pun berlayarlah berapa lamanya panggil saudagar itu berlayar maka isteri saudagar pun berbuat kerja hiyanatlah dengan seorang laki-laki maka telah berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah dari berlayar maka seorang pun tiada siapa berkhabarkan perbuatan isterinya itu tetapi saudagar itu tahu ia akan ilmu firasat maka ditahunya akan perbuatan isterinya itu maka sehari-harilah ia berkelahi dengan isterinya itu maka fikir isterinya tiadalah siapa lain yang mengatakan rahsiaku ini bayan inilah kerana ia yang tahu akan khal peker jaanku ini maka ia pun marahlah akan bayan itu maka jadi berdema-demalah hatinya pada bayan itu maka pada suatu hari suaminya tiada ia di rumah maka diambilnya bayan itu dica butnya bulu bayan itu hingga habislah maka tatkala itu suaminya pun datang maka ia pun bangkit pura-pura ia pergi melihat suaminya maka bayan pun lepas daripada tangan perempuan itu maka ia lari bersembu nyi pada saluran orang membuang air bersuduka telah ia berdiam maka tatkala kembali perempuan itu daripada melihat suaminya itu maka dilihatnya bayan itu sudah tiada pada fikirnya matilah bayan ini dimakan kucing maka ia pura-pura terkejut katanya wah sayangnya bayan dimakan kucing maka saudagar pun terkejut men[d]engar kata isterinya itu segera ia naik ke rumahnya maka dilihatnya bulu bayan itu bertimbun-timbun di hadapannya tercabut maka kata saudagar bahawa akan bayan akan bayanku ini sekali-kali tiada dimakan kucing engkau juga membunuh dia sebab sanggalah engkau berbuat kerja khianat akan aku maka bayanku ini engkau bunuh hendaklah engkau segera indar daripada rumahku ini jika tiada segera engkau indar nescaya aku jarut kihermu aku jurus turun dari sini kata nah maka isterinya pun segeralah turun daripada rumahnya pergi pada kubur seorang masyaikh dengan dukacitanya maka ia diamlah di sana akan kerjanya hingga menya pu-nyapu kubur masyaikh itulah kerjanya sehari-hari ia pinta doa hendak pulang kepada suaminya juga adapun akan bayan itu diam ia pada saluran air baris itu apabila orang membasuh beras maka dituangkan pada saluran air beras yang hanyut itulah akan makanannya telah beberapa lamanya hingga panjanglah bulunya kira-kira dapatlah ia terbang maka bayan pun terbanglah menuju kubur masyaikh itu ia duduk berlindung pada kubur masyaikh itu di balik nisan? itu maka isteri saudagar pun datanglah pergi menyapu kubur masyaikh itu serta ia meminta doa katanya ya Tu hanku beri berkat dengan safaat datuk awliyaullah barang dikembalikan kiranya hamba-Mu dengan suami hamba-Mu maka menyahutlah bayan dari balik nisan masyaikh itu katanya hai perempuan yang tiada teguh setiamu sungguhkah engkau hendak pulang dengan suami engkau setelah didengar oleh perempuan itu bunyinya suara pada fikirnya di dalam kubur juga suara ini maka sembahnya ampun tuanku hamba-Mu hendak sungguh kembali dengan suami hamba itu maka sahut bayan bahawa akan pekerjaan engkau buat khianat akan suamimu itu dukamu membunuh bayan itu dengan tiada berdosanya maka hendaklah engkau taubat persucikan dirimu dahulu maka kata isteri saudagar itu ya tuanku sebagaimana taubat hambamu maka syahut bayan hendaklah engkau cukur rambutmu dan bulu keningmu dan palit arang dengan kapur di mukamu itu syerta engkau mandi berlimau setelah sudah maka marilah aku ajarkan taubatnya maka telah didengar oleh isteri saudagar demikian itu kata bayan maka keluarlah ia telah syudah dicukur diambilnya arang dipalitnya pada mukanya seperti kata masyaikh itu setelah sudah maka ia pun pergilah ke kubur masyaikh maka kata bayan dari balik nisan itu sudahkah engkau kerjakan seperti kataku itu maka kata perempuan itu syeraya menyembah katanya sudahlah tuanku hamba juga kerjakan seperti sabda tuanku itu hamba pohonkan safa'atlah menolongkan hambamu bahawa taubatlah hambamu daripada kerja khianat lagi akan suami hambamu itu maka bayan itu pun terbanglah ke atas kubur masyaikh itu menunjukkan dirinya pada isteri saudagar itu katanya hai perempuan bid'ah lagi aniaya tiadakah engkau kenal aku yang berkata-kata itu adakah patut yang sudah mati berkata-kata sungguhlah ia awliayaullah tetapi di mana entah dapat ia berkata-kata lupakan engkau mencabut buluku tiada dengan dosaku inilah balasnya akan pekerjaanmu akan aku maka kata perempuan itu hai bayan yang budiman lagi bijaksana sungguh salahlah aku aniaya dibalaskan Allah Ta'ala kan Allah Ta'ala atasku melainkan minta ampunlah aku padamu dan pi[n]ta safa'atmu lah akan aku lebih ampun dan maafmulah yang syalah aku itu sepenrintah-rintah salah atasku aku taubatlah sekali-kali daripada kerja yang salah lagi maka bayan pun kasihanlah hatinya maka kata bayan janganlah engkau berdukacita lagi akulah mebalikan engkau dengan suamimu itu sabarlah tuan dahulu menantikan panjang rambut tuan itu maka sukacitalah hati perempuan itu men[d]engar kata bayan itu maka duduklah ia serta memeliharakan bayan itu dengan sebenarnya hati beberapa lamanya maka rambutnya itu pun panjanglah maka bayan pun terbanglah mendapatkan saudagar maka bayan pun mmberi syalam akan saudagar tuannya maka disahut saudagar serta katanya hai unggas dari mana engkau ini maka kata bayan tiadakah tuan kenal hambalah bayan yang tuan peliharakan pada suatu hari hamba di dalam sangkaran maka datang seekor kucing ditangkapnya dikeluarkannya hati hamba lalu dimakannya maka kata saudagar dusta sekali engkau ini adakah yang sudah mati itu hidup pula maka kata bayan tiada tuan hamba sukur kepada Allah Ta'ala yang demikian itu akan isteri tuan hamba buangkan dengan tiada daya berdosa dan sekali-kali tiada daya membunuh hamba sekarang adalah pada kubur seorang masyaikh awliyaullah sehari-hari kerjanya menyapu kubur itu doanya minta ditunjukkan Allah Ta'ala kebenaran dirinya dengan berkat mustajab doa masyaikh inilah hamba dihidupkan Allah Ta'ala menyatakan kebenaran isteri tuan hamba itu setelah saudagar men[d]engar kata bayan itu demikian maka ia pun menangis serta ia menyapu-nyapu belakang bayan itu katanya wah terlalulah sekali sesalnya aku membuangkan isteriku tiada dengan dosanya maka ia pun segeralah pergi mendapatkan isterinya pada kubur masyaikh itu minta maaf pada isterinya serta dipujuknya maka perempuan bid'ah itu pun pura-pura marah ia akan suaminya maka dibawa pulang ke rumahnya oleh suaminya maka kasih saudagar pun terlebih pula daripada dahulunya maka kata bayan demikianlah barang suatu pekerjaan tiada mau mesuarat dan fikir tiadalah boleh jadi sesasallah akhirnya datang bencana dan hartar di atasnya segala orang yang beriman dan bijaksana itu maulah dahulu ia menyesal tiadalah menyesal pada akhirnya inilah hikayat saudagar dengan bayan itu akan hamba pun demikianlah hendak berbuat kebaktian kepada tuan hamba jika jahat sekalipun tuan kerjakan atas hambalah membunyikan salah tuan hamba itu tambahan benar kerja tuan itu pada fikir hamba baiklah tuan segera pergi pada anak raja itu kalau lambat ia menanti tuan maka isteri khoja maimun pun turunlah berjalan hingga pintu pagar hari pun sianglah maka ia balik pulang ke rumahnya tiada jadi ia pergi dengan berkat sempurna bicara bayan itu nyatalah hari malam maka ia pun memakai dengan sempurnanya pakaian yang indah-indah ia pun datanglah kepada bayan katanya hai raja segala unggas yang bijaksana ketahui oleh tuan hamba akan berahilah hamba ini tiadalah tertahan lagi melainkan makin bertambah-tambah rasanya apalah bicara tuan hamba supaya hamba pergi pada pergi pada kekasih hamba itu dan penyuruhnya pun datang sebagai juga maka sahut bayan hai siti yang sempurna budi bicara sertakan belahlah hati hamba oleh kerana men[d]engar kata tuan yang amat merdu itu gementarlah rasuk tulang urat hamba pada fikir hamba keluar sudah tuan bertemu dengan kekasih tuan pada malam tadi jika demikian baiklah segera tuan pergi sangatlah dosanya hati hamba sebab belum tuan bertemu dengan kekasih tuan itu tiadakah tuan dengar hikayat ta'if tatkala ia menunjukkan kebaktiannya akan raja tabustan dan kasihnya akan hamba pun demikianlah hendak buat kebaktian akan tuan karena kasih akan tuan maka kata isteri khoja maimun berapa peri hikayatnya itu maka kata bayan pergilah tuan dahulu bertemu dengan kekasih tuan itu jangan seolah-olah hamba melalaikan tuan dengan hikayat pula maka kata isteri khoja maimun ceterakan juga dahulu kudengar supaya suka hatiku maka diperlalaikan oleh bayan sampai jauh malam disuruhnya pergi dahulu maka kata isteri khoja maimun jika belum aku men[d]engarkan hikayatmu itu tiada lagi aku pergi pada kekasihku itu alkisah hikayat cetera yang ketiga kata bayan adalah raja tabustan berjamu segala menteri hulubalangnya makan minum maka datanglah seorang dagang dengan anak isterinya mengadap raja maka titah raja siapa engkau ini dan apa namamu dari mana datang engkau ini maka sembah ta'if ampun tuanku adapun akan patik ini datang dari benua iraq sahaja patik mari mengadap duli sah alam patik pi[n]ta diperhamba ke bawah duli sah alam kerana berapa salah patik ini berbuat kebaktian kepada raja iraq tiada juga kelihatan padanya maka patik dengar khabar duli sah alamlah yang sangat mengasih akan anak hulubalangnya sekelian inlah sebab maka patik mari hendak berhambakan diri ke bawah duli sah alam maka titah raja tabustan baiklah engkau duduklah di sini bersama-sama dengan hamba maka lalu dianugerah ia oleh baginda akan ta'if itu daripada emas dan perak serta dikurniai serta adat hulubalang dan dikurniai rumah dan kampung adapun adat raja tabustan itu tiga hari sekali ia berjamu sekelian hulubalangnya makan minum maka tatkala itu ta'if itu pun dihadir mengadap raja tabustan setelah bawa cawan seorang minum itu maka mabuklah maka ia pun bercakaplah sembahnya demikian cakapnya ya tuanku shah alam tiada siapa yang lebih daripada patik melawan seteru musuh shah alam itu dan berbagai-bagailah cakapnya ta'if itu maka jadi ditertawa oranglah masing-masing men[d]engarkan cakap ta'if itu dan segala menteri hulubalang pun tertawa akan cakap ta'if itu maka baginda pun tiada berkenan akan cakap ta'if itu dalam hati baginda haruslah orang tiada berguna pada raja arak pun tiada berkenan kerna lawak barang katanya maka ta'if itu pun (setanti?) seraya berbuat kebaktian pada baginda itu maka pada suatu malam raja tabu setana men[d]engar bunyi suara katanya telah keluarlah aku siapa dapat mengembalikan aku setelah didengar raja bunyi suara itu maka itu maka segera ia turun ke serambi melihat pada sisir istana itu maka dilihat baginda ada orang terdiri seorang mengadap pada istananya maka titah baginda siapa engkau maka sembahnya ta'if ampun tuanku patik malamlah patik berkawal pada istana duli yang maha mulia baharulah pada malam inilah patik melihat duli shah alam maka titah baginda adakah engkau men[d]engar suara tadi maka sembah ta'if tiga harilah sudah patik dengar suara itu tuanku kerana patik meninggal daripada berkawal di bawah istana duli shah alam ini maka titah baginda pergilah engkau lihat suara apa itu maka ta'if itu pun pergi mengikut sebelah bunyi suara itu telah sampai ia pada tempat suara maka dilihatnya oleh ta'if seorang perempuan terlalu baik parasnya ia berseru-seru maka kata ta'if siapa tuan hamba ini dan betapa kata tuan hamba tadi maka kata perempuan itu akulah rahsia raja tabu setana itu telah keluarlah hamba daripada baginda itu siapalah dapat lagi mengembalikan hamba itu kepada raja itu lagi maka kata ta'if apa ertinya kata tuan hamba itu maka perempuan berkata adapun akan raja tabu setana telah singkatlah umurnya dan berpalinglah daulatnya sampailah pada ajalnya maka kata ta'if bahagia raja betapalah perinya maka kabul tuan hamba kembalilah kepada raja hamba dan buai bermimpi-mimpi daulatnya dan isi umurnya perlanjut dan sebagai manakah kebaktian hamba kepada tuan kami itu maka sahut perempuan Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/16 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/17 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/18 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/19 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/20 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/21 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/22 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/23 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/24 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/25 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/26 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/27 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/28 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/29 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/30 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/31 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/32 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/33 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/34 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/35 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/36 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/37 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/38 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/39 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/40 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/41 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/42 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/43 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/44 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/45 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/46 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/47 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/48 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/49 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/50 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/51 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/52 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/53 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/54 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/55 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/56 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/57 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/58 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/59 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/60 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/61 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/62 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/63 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/64 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/65 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/66 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/67 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/68 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/69 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/70 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/71 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/72 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/73 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/74 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/75 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/76 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/77 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/78 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/79 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/80 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/81 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/82 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/83 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/84 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/85 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/86 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/87 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/88 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/89 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/90 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/91 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/92 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/93 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/94 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/95 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/96 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/97 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/98 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/99 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/100 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/101 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/102 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/103 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/104 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/105 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/106 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/107 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/108 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/109 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/110 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/111 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/112 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/113 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/114 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/115 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/116 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/117 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/118 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/119 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/120 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/121 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/122 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/124 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/125 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/126 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/127 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/128 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/129 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/130 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/131 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/132 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/133 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/134 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/135 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/136 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/137 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/138 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/139 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/140 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/141 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/142 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/143 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/144 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/145 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/146 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/147 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/148 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/149 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/150 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/151 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/152 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/153 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/154 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/155 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/156 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/157 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/158 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/159 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/160 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/161 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/162 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/163 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/164 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/165 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/166 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/167 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/168 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/169 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/170 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/171 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/172 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/173 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/174 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/175 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/176 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/177 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/178 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/179 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/180 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/181 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/182 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/183 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/184 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/185 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/186 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/187 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/188 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/189 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/190 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/191 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/192 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/193 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/194 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/195 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/196 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/197 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/198 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/199 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/200 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/201 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/202 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/203 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/204 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/205 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/206 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/207 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/208 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/209 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/210 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/211 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/212 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/213 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/214 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/215 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/216 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/217 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/219 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/220 Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/221