Pergi ke kandungan

Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

Daripada Wikisumber
Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 (2006)
dikarang oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan
4290Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 20052006Dewan Undangan Negeri Sembilan


UNDANG UNDANG
NEGERI SEMBILAN


ENAKMEN NO. 3
(Sebagaimana pembetulan N.S. P.U. 28/2008)


ENAKMEN TAREKAT TASAWUF
(NEGERI SEMBILAN) 2005


Tarikh Persetujuan DiRaja:
Tarikh Disiarkan Dalam Warta: 20 Oktober 2006
Tarikh Mula Berkuat kuasa:

NEGERI SEMBILAN

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 58
No. 26
20hb Oktober 2006
TAMBAHAN No. 2
ENAKMEN

Enakmen yang berikut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 1 Disember 2005, adalah diisytiharkan untuk makluman umum:

No. Enakmen Tajuk Ringkas Muka Surat
10 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 115

The following Enactment passed by the Legislative Assembly, Negeri Sembilan on the 1 December 2005 is published for general information:

Enactment No. Short title Page
10 Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) Enactment 147 115

NEGERI SEMBILAN

ENAKMEN No. 10 tahun 2005

SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN DAN KEBENARAN KAMI DAN UNDANG YANG EMPAT SERTA TENGKU BESAR TAMPIN


(MOHOR KERAJAAN)

TUANKU JA'AFAR IBNI
ALMARHUM TUANKU
ABDUL RAHMAN
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan


Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat tasawuf dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

[ ]

DIKANUNKAN oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negeri seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas 1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

Tafsiran 2. (1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran menghendaki makna yang lain―

"ahli tarekat" ertinya mana-mana orang yang telah memberi baiah dan menerima talqin zikir daripada seseorang syeikh;

"Daftar" ertinya Daftar yang disenggara di bawah subseksyen 11(1); “Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

En. No.
10/2003.
“Jawatankuasa Fatwa” ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 47(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003;

“Pegawai Penguat Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 79 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan termasuk orang yang dilantik untuk membantu;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pusat pengamalan tarekat tasawuf” ertinya mana-mana premis yang direkodkan dalam Daftar di bawah perenggan 11(1)(e);

“silsilah” ertinya suatu rangkaian para syeikh yang sah serta bersambungan terus sehingga Nabi Muhammad s.a.w.;

“syeikh” ertinya pemimpin suatu tarekat tasawuf, tidak kira apa jua gelarannya, dan termasuklah orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh, yang diiktiraf di bawah subseksyen 8(1);

“tarekat tasawuf” ertinya suatu himpunan amalan yang disusun secara khusus oleh suatu kumpulan ahli tasawuf untuk diamalkan bagi memperoleh kebersihan zahir dan batin selaras dengan tuntutan tasawuf;

“tarekat tasawuf berdaftar” ertinya tarekat tasawuf yang didaftarkan di bawah Enakmen ini;

“tasawuf” ertinya kepatuhan yang sempurna kepada agama Islam, kebersihan jiwa daripada sifat-sifat yang cela dan tumpuan serta kebergantungan hati hanya ke pada Allah S.W.T.

(2) Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 Akta 388. hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

Kecualian prerogatif. 3. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata prerogatif. dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Sembilan G N sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

BAHAGIAN II

PELANTIKAN PENDAFTAR, TIMBALAN PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR

Pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar. 4. Hendaklah dilantik seorang Pendaftar dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen dan Penolong ini.

Fungsi Pendaftar. 5. Pendaftar hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) mendaftarkan tarekat tasawuf;
(b) menyimpan dan menyenggara atau menyebab Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/24 Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/25 Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/26 Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/27 Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/28 Laman:Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.pdf/29 sedemikian hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan kewajipan Jawatankuasa Fatwa dan Pendaftar.

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 2(3)]

BENTUK SKRIP BAHASA ARAB BAGI PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU

baiah بيعة
Hukum Syarak حكوم شرع
Mufti مفتی
silsilah سلسلة
syeikh شیخ
tarekat طريقة
talqin تلقين
tasawuf تصوف
zikir ذكر

JADUAL KEDUA

BORANG TT 1

ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

[Subseksyen 9(1)]

PERMOHONAN PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF

1. SYEIKH
i. Nama

ii. No. Kad Pengenalan

iii. Umur

iv. Jantina

v. Kewarganegaraan

vi. Tarikh Lahir

vii. Tempat Lahir

viii. Alamat Tetap

ix. Alamat Surat Menyurat

x. No. Telefon

xi. No. Faksimili

xii. E-mel

xiii. Kelayakan Akademik

2. ORANG YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH SYEIKH
i. Nama

ii. No. Kad Pengenalan

iii. Umur

iv. Jantina

v. Kewarganegaraan

vi. Tarikh Lahir

vii. Tempat Lahir

viii. Alamat Tetap

ix. Alamat Surat Menyurat

x. No. Telefon

xi. No. Faksimili

xii. E-mel

xiii. Kelayakan Akademik

3. NAMA TAREKAT TASAWUF
 
 
 
4. SILSILAH TAREKAT TASAWUF
 
 
 
5. PUSAT PENGAMALAN TAREKAT TASAWUF
i. Alamat

ii. No. Telefon

6. STRUKTUR ORGANISASI
 
 
 
7. BENTUK AMALAN ZIKIR
 
 
 

8. DOKUMEN-DOKUMEN LAIN
 
 
 
9. MAKLUMAT TAMBAHAN
 
 
 
10. PENGAKUAN
Saya No. K.P. dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.


Tandatangan
Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Ulasan Pendaftar

 
 
 

Tandatangan
Tarikh:

BORANG TT 2

ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

[Subseksyen 12(1)]

PERAKUAN PENDAFTARAN

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 12(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, Jawatankuasa Fatwa telah meluluskan pendaftaran pada di bawah pimpinan No. Kad Pengenalan di pusat pengamalan tarekat tasawuf di alamat DAN pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 12(1), saya selaku Pendaftar mengeluarkan Perakuan Pendaftaran ini tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan.

(Meterai)


Pendaftar

Tarikh:

Diluluskan dalam Dewan Negeri yang bersidang pada 1 Disember 2005.

YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan