Pergi ke kandungan

Bantuan:Status laman

Daripada Wikisource
Status laman

Penjelasan tentang status halaman berbeza yang digunakan pada Wikisumber.

Setiap laman-laman dengan ruang nama "Page:" di Wikisumber mempunyai status yang berkenaan, dan status yang terpapar merujuk kepada seberapa teliti teks pada halaman tersebut telah dibaca pruf.

Status laman dapat dilihat oleh semua pengguna, walaupun hanya boleh diubah oleh pengguna yang berlog masuk ke akaun pengguna Wikimedia mereka. Makanya, penyunting IP tidak boleh menukar status laman.

Aliran kerja pengesahan[sunting]

Aliran kerja pengesahan of the sambungan ProofreadPage melibatkan perubahan lima keadaan:

Tanpa teks
laman kosong Belum Dibaca Pruf Telah Dibaca Pruf Telah Disahkan
Bermasalah

Butiran[sunting]

Tiga keadaan pertama adalah aliran kerja yang seperti biasa:

  • Belum Dibaca Pruf merupakan nilai lalai. Jika anda tengah mengerjakan transkripsi sesebuah laman, tetapi tidak ada masa yang cukup untuk menyiapkannya, status inilah yang anda gunakan. (Lihat semua laman berkaitan.)
  • Telah Dibaca Pruf bermaksud sesuatu laman itu telah dibaca pruf oleh seorang penyumbang. Anda telah melakukan kerja yang terbaik yang anda boleh lakukan pada laman tersebut apabila teks yang disediakan berpadanan dengan imbasan dan pemformatan asas dilakukan, dan apabila anda cukup berpuas hati dengannya. Sebuah laman yang telah dibaca pruf sudah bersedia dipaparkan untuk pembaca umum, walaupun mungkin laman tersebut masih mempunyai ralat yang sedikit. (Lihat semua laman berkaitan.)
  • Telah Disahkan bermaksud laman ini telah dibaca pruf oleh sekurang-kurangnya dua orang penyumbang. Butang ang berpadanan hanya tersedia sekiranya laman itu telah dibaca pruf oleh orang lain. Hal ini bermaksud anda tidak boleh membaca pruf dan membuat pengesahan pada laman yang sama. (Lihat semua laman berkaitan.)
Skema pengekodan warna ini juga kelihatan dalam paparan indeks laman, dengan setiap laman disenaraikan dengan warna latar belakang yang sesuai.

Tambahan pula,

  • Tanpa teks adalah untuk laman kosong. Ia tidak digunakan pada laman dengan kandungan yang diterbitkan, seperti imej. (Lihat semua laman berkaitan.)
  • Bermasalah menandakan terdapatnya masalah yang memerlukan kerja atau perbincangan selanjutnya dalam kalangan penyumbang, seperti pembuatan jadual, kehilangan imej atau penggunaan aksara berbeza. (Lihat semua laman berkaitan.)


Anda akan menemui butang yang menunjukkan keadaan ini di bawah tetingkap alat sunting. Jika penyumbang terdahulu telah menyemak laman tersebut, barisan butang akan dipaparkan seperti berikut:
 
Lima butang
Lima butang
 
Jika tiada sesiapa selain diri anda yang telah membaca pruf halaman tersebut, butang akan dipaparkan seperti berikut:
 
Empat butang
Empat butang
 

Dalam kedua-dua keadaan tersebut, anda boleh menukar status laman dengan memilih butang yang sesuai dan menyimpan laman berkaitan. Jika butang hijau "Telah disahkan" tidak tersedia untuk anda, ia akan muncul untuk pengguna lain jika anda memilih butang kuning "Telah dibaca pruf" dan simpan.

Keadaan setiap satu laman pada sesuatu dokumen akan ditunjukkan pada laman indeks, seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di sebelah kanan.

CSS[sunting]

Templat {{Page status text}} boleh digunakan untuk mengguna pakai proses pemformatan status.

  • {{page status text|without text}}: Tanpa teks
  • {{page status text|not proofread}}: Belum Dibaca Pruf
  • {{page status text|problematic}}: Bermasalah
  • {{page status text|proofread}}: Telah Dibaca Pruf
  • {{page status text|validated}}: Telah Disahkan

Warna status di atas juga boleh digunakan dalam CSS dengan nama kelas berikut (untuk menetapkan kod sifat background-color):

  • class="quality0"
  • class="quality1"
  • class="quality2"
  • class="quality3"
  • class="quality4"