Pergi ke kandungan

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Daripada Wikisumber
4573Akta Pengangkutan Awam Darat 20102010Parlimen Malaysia

Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA




VERSI DALAM TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI




Akta 715


AKTA PENGANGKUTAN AWAM
DARAT 2010

Sebagaimana pada 15 Oktober 2023

AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2 Jun 2010
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
10 Jun 2010
Kali terakhir dipinda melalui Akta A1685 yang mula berkuat kuasa pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
15 Oktober 2023

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 715

AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010


SUSUNAN SEKSYEN


Bahagian I
PERMULAAN

Seksyen
1. Tajuk ringkas, mula berkuat kuasa dan pemakaian
2. Tafsiran

Bahagian II
DASAR PENGANGKUTAN AWAM DARAT, PERANCANGAN DAN STRATEGI

Bab 1⎯(Dipotong)

3. (Dipotong)
4. (Dipotong)
5. (Dipotong)

Bab 2
Pelesenan terminal

6. Pelesenan terminal
7. Pembaharuan lesen
8. Permohonan bagi pengubahan
9. Pembatalan atau penggantungan lesen
10. Pemindahan lesen dilarang
11. Kewajipan pemegang lesen terminal untuk menyimpan rekod, dsb.

12. Kewajipan pemegang lesen terminal untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

Bab 2A
Pelesenan perniagaan pengantaraan

12A. Pelesenan perniagaan pengantaraan
12B. Pembaharuan lesen
12C. Permohonan bagi pengubahan
12D. Pembatalan atau penggantungan lesen
12E. Pemindahan lesen dilarang
12F. Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.
12G. Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

Bab 3
Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan, perancangan laluan, dsb.

13. Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan
14. Larangan atau sekatan penggunaan jalan untuk memudahkan pergerakan kenderaan barangan
15. (Dipotong)

Bahagian III
KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM, KENDERAAN PELANCONGAN DAN KENDERAAN BARANGAN

Bab 1
Pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam

16. Kehendak bagi lesen pengendali
17. Permohonan bagi lesen pengendali
18. Pengeluaran lesen pengendali
19. Tempoh lesen pengendali

20. Lesen pengendali jangka pendek
21. Perubahan sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan
22. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
23. Syarat berkanun lesen pengendali
24. Pembaharuan lesen pengendali
25. Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali
26. Permohonan bagi pengubahan
27. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
28. Larangan berhubungan dengan lesen pengendali yang digantung
29. Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali
30. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
31. Pemindahan lesen pengendali dilarang
32. Perizaban lesen pengendali
33. Batasan terhadap bilangan kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan
34. Pengelasan dan penomboran laluan
35. Perlindungan kepentingan awam

Bab 2
Pelesenan kenderaan pelancongan

36. Kehendak bagi lesen
37. Permohonan bagi lesen
38. Pengeluaran lesen
39. Tempoh lesen
40. Lesen jangka pendek
41. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen
42. Syarat berkanun lesen
43. Pembaharuan lesen
44. Permohonan bagi pengubahan

45. Pembatalan atau penggantungan lesen
46. Larangan berhubungan dengan lesen yang digantung
47. Larangan menggunakan kenderaan pelancongan yang tidak dilesenkan
48. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
49. Pemindahan lesen dilarang
50. Perlindungan kepentingan awam

Bab 3
Pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barangan

51. Kehendak bagi lesen pengendali
52. Permohonan bagi lesen pengendali
53. Pengeluaran lesen pengendali
54. Tempoh lesen pengendali
55. Lesen pengendali jangka pendek
56. Perubahan sementara penggunaan kenderaan barangan
57. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
58. Syarat berkanun lesen pengendali
59. Pembaharuan lesen pengendali
60. Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali
61. Permohonan bagi pengubahan
62. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
63. Larangan berhubungan dengan lesen pengendali yang digantung
64. Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali
65. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
66. Pemindahan lesen pengendali dilarang
67. Perizaban lesen pengendali
68. Perlindungan kepentingan awam

Bab 4
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen

69. Standard prestasi bagi pengendali berlesen
70. Permohonan oleh pengendali berlesen bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian
71. Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk menyimpan rekod, dsb.
72. Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
73. Pengubahan kenderaan yang berkaitan
74. Pengemukaan laporan, akaun, dsb.

Bab 5
Tambang dan tambang muatan

75. Tambang
76. Tambang muatan

Bab 6
Pelbagai: peruntukan penguatkuasaan khusus

77. Memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan yang berkaitan
78. Kuasa untuk mengadakan sekatan jalan
79. Kuasa untuk menyita dokumen, dsb.
80. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu
81. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan untuk menghentikan kesalahan diteruskan, dsb.
82. Penentuan berat kenderaan yang berkaitan

Bahagian IV
KERETA API

Bab 1
Skim kereta api

83. Skim kereta api
84. Kelulusan bagi skim kereta api dan mendeposit pelan, keratan, dsb.

Bab 2
Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan

85. Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan
86. Kelulusan bagi ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan dan mendeposit pelan, maklumat dan dokumen lain

Bab 3
Pembinaan dan kerja-kerja

87. Kereta api akan dibina mengikut pelan yang diluluskan
88. Tanah persendirian boleh diambil bagi kereta api
89. Kuasa syarikat kereta api untuk melaksanakan segala kerja-kerja yang perlu
90. Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam hal kemalangan
91. Pembayaran pampasan
92. Kerja-kerja kemudahan
93. Kerja-kerja tambahan
94. Pagar, tanda sempadan atau adangan
95. Lintasan rata bergred
96. Lintasan rata jalan
97. Lintasan rata suwa
98. Lintasan rata kerja

99. Pembuangan pokok yang berbahaya kepada atau menghalang pengerjaan kereta api
100. Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadanan dengan kereta api

Bab 4
Lesen untuk mengendalikan kereta api dan pembukaan kereta api

101. Permohonan bagi lesen pengendali
102. Notis mengenai pembukaan yang dicadangkan bagi kereta api
103. Menteri hendaklah meluluskan pembukaan kereta api
104. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
105. Pemeriksaan
106. Kuasa untuk menutup kereta api setelah dibuka
107. Pembukaan semula kereta api selepas penutupan
108. Pembukaan semula landasan kereta api selepas penggantungan sementara
109. Penalti am kerana tidak mematuhi Bab 4 Bahagian IV

Bab 5
Kewajipan pengendali berlesen

110. Kewajipan pengendali berlesen
111. Standard prestasi
112. Pengemukaan laporan, akaun, dsb.
113. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah diberitahu mengenai apa-apa perubahan dalam kawalan pengendali berlesen, dsb.
114. Kemudahan lalu lintas

Bab 6
Lesen vokasional

115. Lesen vokasional bagi pemandu tren kereta api
116. Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja orang yang mempunyai lesen vokasional

Bab 7
Tambang dan tambang muatan

117. Tambang
118. Tambang muatan
119. Jadual waktu dan senarai tambang hendaklah ditampalkan di stesen kereta api
120. Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan dalam struktur tambang yang sedia ada, dsb.

Bab 8
Kesalahan khusus berhubungan dengan kereta api

121. Mabuk atau kemungkiran kewajipan oleh pegawai kereta api
122. Penggunaan tidak wajar alat isyarat kecemasan
123. Mengalihkan, dsb., tonggak, pancang atau tanda lain
124. Memasuki atau meninggalkan koc kereta api secara luar aturan
125. Menahan masuk, dan memasuki dan enggan meninggalkan tren yang penuh
126. Menceroboh kereta api atau premis kereta api
127. Memandu apa-apa kenderaan atau menghalau mana-mana haiwan ke atas atau melintasi landasan kereta api
128. Kerosakan, sama ada dengan sengaja atau cuai, dsb.
129. Membuka atau tidak menutup get dengan betul
130. Menghalang atau cuba untuk menghalang kereta api dengan niat jahat
131. Gerak isyarat atau isyarat yang menyebabkan kereta api berhenti
132. Mencederakan atau cuba untuk mencederakan dengan niat jahat orang, dsb., yang membuat perjalanan dengan kereta api

Bab 9
Pelbagai: peruntukan penguatkuasaan khusus, dsb.

133. Penalti am bagi kemungkiran Bahagian IV, kecuali Bab 4, dan perundangan subsidiari
134. Lien bagi tambang, tambang muatan dan caj lain
135. Pelupusan barangan yang tidak dituntut

136. Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barangan
137. Kuasa kemasukan
138. Penyelesaian perselisihan antara pengendali berlesen berkenaan penjalanan lalu lintas bersama
139. Kuasa khas semasa darurat
140. Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta kereta api
141. Kewajipan di sisi undang-undang pegawai kereta api
142. Penangkapan pesalah
143. Pengendali berlesen bukan pengangkut awam

Bahagian V
PENYEPADUAN

144. Penyepaduan pengangkutan awam darat

Bahagian Va
PEREDARAN ANTARABANGSA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

144A. Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa

Bahagian VI
KEMALANGAN, SIASATAN DAN PENYIASATAN

Bab 1
Kemalangan yang melibatkan kereta api

145. Notis mengenai kemalangan hendaklah diberikan
146. Siasatan
147. Menteri boleh memerintahkan siasatan
148. Erti “kemalangan”
149. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubungan dengan notis kemalangan, dsb.
150. Pengemukaan penyata kemalangan

151. Penalti kerana tidak mematuhi seksyen 145
152. Penalti kerana tidak mematuhi seksyen 150
153. Pemeriksaan perubatan wajib bagi orang yang tercedera dalam kemalangan kereta api

Bab 2
Siasatan

154. Siasatan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
155. Penjalanan siasatan
156. Penyiaran notis siasatan
157. Siasatan tertutup dan bahan rahsia
158. Laporan mengenai siasatan awam
159. Perlindungan daripada tindakan sivil
160. Daftar laporan

Bab 3
Penyiasatan

161. Penyiasatan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
162. Aduan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
163. Penjalanan penyiasatan
164. Laporan tentang penyiasatan
165. Penyiaran laporan

Bahagian VII⎯(Dipotong)

166–176. (Dipotong)

Bahagian VIII
RAYUAN

177. Rayuan kepada Menteri
178. Syor oleh jawatankuasa rayuan

179. Keputusan Menteri
180. Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya
181. Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu menunggu rayuan
  (Tiada seksyen 182–193)

Bahagian IX
PENGAMBILALIHAN KAWALAN

194. Tindakan oleh Menteri dalam hal keadaan tertentu
195. Tindakan oleh Menteri berkenaan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan demi kepentingan negara
196. Peruntukan berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 194 atau 195
197. Peruntukan berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah seksyen 194 atau 195

Bahagian X
KESALAHAN UMUM DAN PENALTI

198. Membawa dengan menyalahi undang-undang barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan
199. Memasuki atau meninggalkan koc kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, dsb., semasa sedang bergerak atau membuat perjalanan di luar aturan
200. Kelakuan tidak senonoh atau sumbang atau kacau ganggu
201. Perbuatan atau peninggalan sengaja yang membahayakan penumpang
202. Perbuatan cuai
203. Larangan merokok
204. Membuat pernyataan palsu, dsb.
205. Memujuk atau mendesak
206. Penalti bagi fraud

Bahagian XI
KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT DAN PERUNTUKAN PENGUATKUASAAN

Bab 1
Kuasa mengumpulkan maklumat

207. Pemberian maklumat
208. Bukti pematuhan
209. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memegang simpan dokumen
210. Akses kepada rekod
211. Rekod yang tidak betul
212. Rekod maklumat
213. Penyiaran maklumat
214. Kesalahan kerana tidak patuh

Bab 2
Kuasa penguatkuasaan

215. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
215A. Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat
216. Kuasa penyiasatan
217. Kuasa menangkap
218. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
219. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
220. Akses kepada data berkomputer
221. Waran boleh diterima walaupun cacat
222. Senarai buku, dokumen, dsb., yang disita
223. Pelepasan buku, dokumen, dsb., yang disita
224. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
225. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
226. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

227. Pelucuthakan buku, dokumen, dsb., yang disita
228. Kos bagi memegang buku, dokumen, dsb., yang disita
229. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
230. Kuasa tambahan

Bab 3
Kuasa penguatkuasaan pegawai polis, dsb.

231. Kuasa polis dalam penyiasatan
232. Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
233. Pegawai pengangkutan awam darat yang tidak berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

Bab 4
Pelbagai

234. Halangan
235. Pengkompaunan kesalahan
236. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah diberitahu tentang sabitan dan kompaun
237. Mendapatkan kembali tambang, tambang muatan, caj khas, dsb.
238. Peruntukan tentang keterangan
239. Anggapan
240. Kebertanggungan pemunya berdaftar dan lain-lain berkenaan dengan kenderaan yang berkaitan
241. Pendakwaan
241A. Majistret mempunyai bidang kuasa penuh
242. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
243. Persubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
244. Perlindungan pemberi maklumat
245. Cara penyampaian dokumen
246. Ketidaktepatan dalam dokumen

Bahagian XII
AM

247. (Dipotong)
248. (Dipotong)
249. Daftar
249A. Pengelakan kontrak
249B. Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
250. Arahan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
251. Pengecualian am
252. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
253. (Dipotong)
254. Penalti bagi perundangan subsidiari
255. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
256. (Dipotong)
257. (Dipotong)
258. (Dipotong)
Jadual Pertama
Jadual Kedua
Jadual Ketiga

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 715

AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia pengangkutan awam darat dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.

[31 Januari 2011 kecuali seksyen 6 hingga 12,
P.U. (B) 43/2011
1 Januari 2019 bagi seksyen 6 hingga 12,
P.U. (B) 715/2018
]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I
PERMULAAN

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

(2) Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia.

(3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan—

(a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia;
(b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan atau Bahagian-Bahagian yang berlainan dalam Akta ini; atau
(c) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“bagasi” ertinya apa-apa benda untuk kegunaan dan kemudahan sendiri yang lazimnya dibawa oleh penumpang tetapi tidak, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk benda yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;

“barangan” ertinya barangan atau apa-apa bebanan daripada apa-apa perihalan, tetapi tidak termasuk bagasi;

“caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya apa-apa caj langsung yang dikenakan secara khusus bagi penggunaan jalan yang berkaitan dengan apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan;

“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kadar” termasuk apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi mengangkut mana-mana penumpang atau bagasinya, atau barangan;

“kelas” termasuk jenis atau kategori;

“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kenderaan barangan” ertinya—

(a) mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan atau sesuatu treler yang dibina atau disesuaikan sedemikian; atau
(b) mana-mana kenderaan motor atau treler yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan semata-mata atau sebagai tambahan kepada penumpang,

dan termasuklah kenderaan p-hailing;

“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang muatan bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang muatan bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;

“kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu kenderaan motor yang dikategorikan di bawah mana-mana kelas yang diperihalkan dalam Jadual Kedua;

“kenderaan perkhidmatan awam” ertinya sesuatu kenderaan motor yang dikategorikan di bawah mana-mana kelas yang diperihalkan dalam Jadual Pertama;

“kenderaan yang berkaitan” ertinya—

(a) setiap kenderaan perkhidmatan awam daripada sesuatu kelas kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1 Bahagian III;
(b) setiap kenderaan barangan daripada sesuatu kelas kenderaan barangan yang digunakan untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; dan
(c) setiap kenderaan pelancongan yang dikenal pasti dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian III;

“kereta api” ertinya apa-apa jenis kereta api bagi pembawaan awam penumpang atau barangan atau kedua-duanya, atau mana-mana bahagiannya, dan termasuklah—

(a) segala rel, rasuk, kabel, sisian, atau cabang yang dikerjakan bagi maksud, atau berkaitan dengan, sesuatu kereta api;
(b) segala stok kereta yang digunakan bagi maksud lalu lintas;
(c) setakat yang dibenarkan oleh konteks, sesuatu kereta api yang sedang dalam pembinaan oleh atau bagi mana-mana syarikat kereta api; dan
(d) apa-apa sistem berpandu atau sistem berpandu daripada sesuatu kelas yang ditetapkan sebagai kereta api bagi maksud Akta ini,

tetapi tidak termasuk—

(A) Kereta Api Bukit Bendera;
(B) mana-mana kereta api yang digunakan atau, dalam hal sesuatu kereta api yang akan dibina, yang dicadangkan untuk digunakan, keseluruhannya atau terutamanya untuk membawa penumpang dalam mana-mana premis hiburan atau rekreasi; dan
(C) mana-mana kereta api lain yang ditetapkan;

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” ertinya Ketua Pengarah yang dipertanggungjawabkan bagi pengangkutan awam darat;

“Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan” ertinya Ketua Pengarah bagi pengangkutan jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah;

“konduktor” ertinya—

(a) seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kereta api; atau
(b) seseorang yang dilesenkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;

“meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan motor ke keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkannya menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barangan atau bagasi;

“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

“orang” termasuklah orang perseorangan, syarikat, perkongsian, dan mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan yang lain;

“pegawai kereta api” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat kereta api yang merupakan pengendali berlesen, untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang berkaitan dengan suatu kereta api;

“pegawai pengangkutan awam darat” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan awam darat di bawah seksyen 215A;

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan jalan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis pembantu yang dilantik di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu memandu sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam hal sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api yang tidak bergerak, termasuklah orang yang pada masa itu bertanggungjawab untuk memandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api itu;

“pemandu pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“pemegang lesen” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian III;

“pemegang lesen perniagaan pengantaraan” ertinya pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2A Bahagian II;

“pemegang lesen terminal” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian II;

“pemunya”—

(a) berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu; dan
(b) berhubungan dengan mana-mana kenderaan motor yang lain, ertinya orang yang memiliki atau yang sedang menggunakan atau yang berhak menggunakan kenderaan motor itu;

“pengangkutan awam darat” ertinya pengangkutan di darat dengan menggunakan pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat, dan termasuklah perkhidmatan pengangkutan awam darat, terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, operasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan sedemikian atau perkhidmatan pengangkutan awam darat;

“pengangkutan barang awam darat” ertinya pembawaan barangan di darat dengan menggunakan suatu kenderaan barangan atau kereta api;

“pengangkutan penumpang awam darat” ertinya pembawaan penumpang, termasuk bagasinya, di darat dengan menggunakan suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;

“pengendali berlesen” ertinya—

(a) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1 Bahagian III;
(b) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; atau
(c) seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV;

“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada

“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 [1]Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56/1965]; “penumpang”—

(a) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya;
(b) berhubungan dengan seorang pelancong yang dibawa dalam suatu kenderaan pelancongan, tidak termasuk pemandu atau pemandu pelancong;
(c) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kereta api, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya; atau
(d) berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan barangan, tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa dalam kenderaan itu;

“peringkat tambang”, berhubungan dengan sesuatu laluan yang dibenarkan dalam suatu lesen pengendali bagi suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, ertinya apa-apa pembahagian laluan itu bagi maksud mengaturkan sesuatu jadual tambang;

“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya—

(a) pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga dengan menggunakan suatu kenderaan barangan untuk sewa atau upah; atau
(b) pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga atau pembawaan barangan sendiri dengan menggunakan suatu kenderaan barangan yang berkaitan dengan suatu perdagangan atau perniagaan;

“perkhidmatan kenderaan pelancongan” ertinya pembawaan pelancong dengan menggunakan suatu kenderaan pelancongan dengan balasan bayaran yang tidak mempunyai peringkat tambang;

“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” ertinya pembawaan penumpang dengan menggunakan satu atau lebih kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas yang sama atau kelas yang berlainan, sama ada untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya;

“perkhidmatan kereta api” ertinya pembawaan penumpang atau barangan atau kedua-duanya dengan menggunakan sesuatu kereta api;

“perkhidmatan pengangkutan awam darat” ertinya—

(a) pembawaan penumpang dengan menggunakan pengangkutan penumpang awam darat; dan
(b) pembawaan barangan dengan menggunakan pengangkutan barang awam darat;

“perniagaan kenderaan pelancongan” ertinya perniagaan mengendalikan atau menyewakan sesuatu kenderaan pelancongan untuk mengangkut pelancong;

“perniagaan pengantaraan” ertinya perniagaan yang memudahkan perkiraan, penempahan atau transaksi bagi penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga sama ada untuk apa-apa balasan berharga atau nilaian wang atau selainnya;

“pihak berkuasa tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2002 [P.U. (A) 142/2002];

“pihak berkuasa yang berkenaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“premis kereta api” ertinya semua premis yang di bawah kawalan atau diduduki atau digunakan oleh suatu syarikat kereta api yang merupakan pengendali berlesen;

“rizab kereta api” ertinya—

(a) segala tanah yang dirizabkan dengan sewajarnya, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta Kereta Api 1991 [Akta 463], bagi maksud Kereta Api Persekutuan Tanah Melayu atau Kereta Api Negeri Johor atau Kereta Api Tanah Melayu di bawah peruntukan seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 atau di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang tanah yang terdahulu sebagaimana yang ditafsirkan dalam Kanun Tanah Negara 1965; dan
(b) segala tanah yang disifatkan sebagai rizab kereta api di bawah peruntukan seksyen 16 atau 17 Ordinan Kereta Api 1948 [M.U. Ord. 8/1948] yang termansuh;

“skim kereta api” ertinya sesuatu skim bagi pembinaan mana-mana kereta api yang disimpan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut Bahagian IV;

“skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya sesuatu skim yang dilaksanakan di sesuatu kawasan yang ditentukan, yang matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas atau impak yang buruk kepada persekitaran yang berkaitan, atau kedua-duanya, dengan mengenakan suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang ditetapkan terhadap pengguna jalan di dalam kawasan itu;

“stok kereta” termasuk tender, motor, koc, tren, wagon, trak, troli, pengangkut daripada apa-apa jenis dan lokomotif dan enjin jenis lain yang digunakan di atas kereta api;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam [2]Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“syarikat kereta api” termasuk mana-mana orang, yang merupakan pemunya atau penerima pajak sesuatu kereta api atau pihak kepada suatu perjanjian bagi pengerjaan suatu kereta api;

“tambang” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi mengangkut penumpang;

“tambang muatan” termasuk semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi pengangkutan barangan;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini atau bahagian-bahagian Akta ini mula berkuat kuasa;

“terminal” ertinya—

(a) stesen tunggal atau pelbagai modal dan pusat pengangkutan yang dikhususkan untuk pengangkutan awam darat atau bahagian atau pecahannya yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat;
(b) kaunter perkhidmatan atau kaunter tiket yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat; atau
(c) depoh kontena untuk penyimpanan kontena yang digunakan bagi import atau eksport;

“undang-undang pengangkutan awam darat” ertinya Akta ini dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.

Bahagian II

DASAR PENGANGKUTAN AWAM DARAT, PERANCANGAN DAN STRATEGI

Bab 1–(Dipotong oleh Akta A1574)

3–5. (Dipotong oleh Akta A1574).

Bab 2
Pelesenan terminal

Pelesenan terminal

6. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana terminal melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2) Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggarakan dan mengendalikan terminal yang memadai, memuaskan, selamat dan cekap.

(4) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—

(a) meluluskan permohonan sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
(b) menolak permohonan itu.

(5) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—

(a) takat, jam dan tahap am perkhidmatan di terminal;
(b) penyenggaraan dan pengendalian terminal dan apa-apa kelengkapan di dalamnya;
(c) keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan atau terlibat dalam apa-apa kerja di terminal;
(d) fi maksimum yang ditetapkan yang kena dibayar kepada pemegang lesen terminal oleh pemegang lesen, pengendali berlesen dan orang awam bagi penggunaan terminal itu;
(e) syarat dan penggunaan terminal oleh pekerja, ejen, penyewa dan kontraktor pemegang lesen terminal itu dan orang awam; dan
(f) standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen terminal dalam menyenggarakan dan mengendalikan terminal itu.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan, atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(7) Pengeluaran suatu lesen oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (4) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen terminal itu.

(8) Seseorang yang mengendalikan suatu terminal dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(9) Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen

7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen terminal, membaharui lesen itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(2) Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

(4) Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen dikemukakan, pemegang lesen terminal hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Permohonan bagi pengubahan

8. Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen terminal bagi pengubahan lesen atau syarat lesen, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

(a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
(b) untuk menolak permohonan itu; atau
(c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen itu atau syarat lesen itu, selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen

9. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen terminal dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen terminal itu; atau
(c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pemegang lesen terminal itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan terminal oleh pemegang lesen terminal itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen terminal itu;
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen terminal itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(C) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen terminal itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

(2) Jika suatu lesen—

(a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen terminal itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

Pemindahan lesen dilarang

10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6 hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen terminal itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pemegang lesen terminal yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 9(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi, pemegang lesen terminal itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan terminal pemegang lesen terminal itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Kewajipan pemegang lesen terminal untuk menyimpan rekod, dsb.

11. (1) Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen terminal untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak) berhubungan dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya.

(2) Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen terminal untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

12. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen terminal, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen terminal itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu;
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen terminal itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(c) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen terminal itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “kawalan” berhubungan dengan seorang pemegang lesen terminal, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen terminal itu.

(3) Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bab 2A
Pelesenan perniagaan pengantaraan

Pelesenan perniagaan pengantaraan

12A. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(4) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—

(a) meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
(b) menolak permohonan itu.

(5) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—

(a) jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;
(b) tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan;
(c) langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan
(d) standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(7) Pengeluaran suatu lesen oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.

(8) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen

12B. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan, membaharui lesen itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(2) Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

(4) Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen, mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Permohonan bagi pengubahan

12C. Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen atau syarat lesen, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

(a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
(b) untuk menolak permohonan itu; atau
(c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen itu atau syarat lesen itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen

12D. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau
(c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(C) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

(2) Jika suatu lesen—

(a) telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, mana-mana pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau mengadakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen dilarang

12E. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 12D(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.

12F. (1) Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl) berhubung dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya.

(2) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

12G. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen perniagaan pengantaraan, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu;
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(c) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(3) Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bab 3
Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan, perancangan laluan, dsb.

Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan

13. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang hendaklah dibayar oleh pengguna jalan yang terletak di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan, dengan syarat bahawa suatu perintah berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan yang diperihalkan dalam perenggan 67(a), (b), (c) dan (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 hendaklah dibuat dengan persetujuan pihak berkuasa yang berkenaan itu.

(2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan—

(a) bahagian jalan di dalam sesuatu kawasan yang ditentukan yang berkenaan dengannya suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;
(b) orang yang diberi kuasa untuk menuntut dan mengutip, dan orang yang diberi kuasa untuk memegang simpan, caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu, termasuk jangka masa pemberikuasaan itu;
(c) kewajipan dan obligasi orang yang diberi kuasa di bawah perenggan (b);
(d) orang dan kelas kenderaan yang berkenaan dengannya caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;
(e) kadar atau kadar-kadar bagi caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang boleh dikenakan;
(f) masa dan cara pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan, termasuk tempat atau poin kutipan dan masa yang wang itu hendaklah dibayar;
(g) orang atau kelas kenderaan yang hendak dikecualikan daripada pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu, tertakluk kepada apa-apa syarat yang disifatkan patut dikenakan berkaitan dengannya; dan
(h) apa-apa hal keadaan atau syarat lain, yang tidak termasuk dalam subseksyen ini yang berhubungan dengan tuntutan, kutipan dan pemegangan simpan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.

(3) Seseorang yang tidak membayar caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah di bawah subseksyen (1) atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Jika suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan ditetapkan menurut seksyen ini berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa suatu pihak berkuasa yang berkenaan yang diperihalkan dalam perenggan 67(a), (b), (c) dan (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987—

(a) tanggungjawab untuk menuntut dan mengutip hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan sedemikian diserahhakkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan itu;
(b) pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah membayar atau menyebabkan supaya dibayar bahagian yang tinggal daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu ke dalam Kumpulan Wang mengikut subseksyen (5) selepas mengakaun bagi apa-apa amaun yang diperihalkan dalam perenggan (c) dan (d);
(c) pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah berhak kepada apa-apa bahagian daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu yang ditetapkan dan diserahhakkan kepadanya oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
(d) pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah dibayar balik pada kos didokumenkan yang sebenar bagi perbelanjaan sampingan yang perlu yang ditanggung, dengan persetujuan bertulis Menteri terlebih dahulu, berkaitan dengan pelaksanaan tanggungjawabnya di bawah perenggan (a).

(5) Bahagian yang tinggal daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang dituntut dan dikutip menurut suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah, selepas mengakaun bagi semua amaun yang kena dibayar di bawah perenggan (4)(c) dan (d) kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, mengikut cara yang ditetapkan.

(6) Bagi maksud seksyen ini—

“kutipan” hendaklah termasuk mendapatkan semula di sisi undang-undang atau selainnya apa-apa caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan atau bahagiannya;

“poin kutipan” ertinya poin yang ditentukan dalam suatu perintah di bawah seksyen ini sebagai poin di mana caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan kena dibayar kepada dan dikutip oleh orang yang diberi kuasa dalam perintah itu untuk menuntut dan mengutip caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.

(7) (Dipotong oleh Akta A1574).

Larangan atau sekatan penggunaan jalan untuk memudahkan pergerakan kenderaan barangan

14. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 13, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang atau menyekat penggunaan jalan yang dinyatakan oleh kenderaan yang ditetapkan dalam masa yang dinyatakan untuk memudahkan pergerakan kenderaan barangan, dengan syarat bahawa suatu perintah yang berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa suatu pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah dibuat dengan persetujuan pihak berkuasa yang berkenaan itu.

(2) Seseorang yang melanggar suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

15. (Dipotong oleh Akta A1574).

Bahagian III

KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM, KENDERAAN PELANCONGAN DAN KENDERAAN BARANGAN

Bab 1
Pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam

Kehendak bagi lesen pengendali

16. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan sesuatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan menggunakan suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam melainkan jika dia memegang sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(2) Bagi maksud Bab ini, seseorang disifatkan mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam jika dia—

(a) menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan perkhidmatan awam daripada suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam dengan sendiri; atau
(b) mengambil kerja seorang atau lebih untuk menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan perkhidmatan awam daripada suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam,

untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, dan—

(A) dia mempunyai kenderaan perkhidmatan awam itu; atau
(B) dia bertanggungjawab, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan perkhidmatan awam tersebut untuk menguruskan, menyenggarakan atau mengendalikan kenderaan perkhidmatan awam itu.

(3) Seseorang yang berhasrat untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan menggunakan lebih daripada satu kelas kenderaan perkhidmatan awam hendaklah memohon bagi lesen pengendali yang berasingan di bawah seksyen ini untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam berkenaan dengan setiap kelas kenderaan perkhidmatan awam sedemikian.

(4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam atau kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditetapkan.

(5) Tertakluk kepada subseksyen (4), seseorang, selain suatu syarikat atau perbadanan, yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6) Tertakluk kepada subseksyen (4), sesuatu syarikat atau perbadanan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Permohonan bagi lesen pengendali

17. (1) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang berikut yang berhubungan dengan permohonan itu:

(a) maklumat lengkap mengenai butiran laluan yang berhubungan dengan permohonan itu dan cadangan kekerapan perkhidmatan yang hendak diadakan;
(b) suatu surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengenai penggunaan perhentian atau kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;
(c) suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;
(d) kelas dan bilangan maksimum kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;
(e) tambang atau struktur tambang dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan terhadap penumpang yang membuat perjalanan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu; dan
(f) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—

(a) borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau silap perihalan;
(b) borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
(c) pemohon tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(d) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.

Pengeluaran lesen pengendali

18. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini—

(a) meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon itu; atau
(b) menolak permohonan itu.

(2) Pengeluaran suatu lesen pengendali oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (1) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pengendali berlesen itu.

Tempoh lesen pengendali

19. Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah, melainkan jika digantikan atau dibatalkan, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa tempoh itu tidak boleh melebihi tujuh tahun.

Lesen pengendali jangka pendek

20. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya wajar dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen pengendali jangka pendek bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2) Suatu lesen pengendali jangka pendek hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memberikan keputusannya terhadap permohonan itu, dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih daripada dua belas bulan.

Perubahan sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan

[3]21. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh seorang pengendali berlesen, membenarkan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, pengendali berlesen bagi suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam yang tertentu untuk menggunakan suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan daripada mana-mana kelas lain.

Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali

22. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan—
(i) kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
(ii) sekian bilangan kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan mengambil kira khususnya, apa-apa batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri menurut seksyen 33, untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
(b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan olehnya dan kemudahan, jika ada, yang diadakan olehnya, termasuk—
(i) takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang hendak diberi perkhidmatan;
(ii) tahap prestasi perkhidmatan yang hendak diberikan kepada penumpang;
(iii) kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam;
(iv) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain termasuk—
(A) kehendak bahawa penumpang tidak boleh diambil atau diturunkan kecuali di poin yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu atau tidak boleh diambil atau diturunkan di antara poin yang dinyatakan; dan
(B) kehendak bahawa penumpang yang melebihi bilangan yang dinyatakan tidak boleh dibawa pada satu-satu masa dalam setiap kenderaan perkhidmatan awam;
(v) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan perkhidmatan awam, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;
(vi) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(v); dan
(vii) kehendak bahawa setiap kenderaan perkhidmatan awam disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.

(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Syarat berkanun lesen pengendali

23. (1) Menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) bahawa kenderaan perkhidmatan awam itu disenggarakan dalam keadaan yang baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
(b) bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan perkhidmatan awam itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:
(i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan perkhidmatan awam atau kelasnya;
(ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan dan pemuatan kenderaan perkhidmatan awam; dan
(iii) pembinaan, penggunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan perkhidmatan awam khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(c) bahawa kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen pengendali

24. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pengendali berlesen di bawah Bab ini, yang memuaskan hati Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen pengendali itu, dia telah dengan sah dan berterusan mengadakan secara memuaskan dan cekap suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam mengikut terma dan syarat lesen pengendali itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen pengendali itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan lain bagi lesen pengendali untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen itu, memperbaharui lesen pengendali itu atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(3) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen pengendali yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan.

(4) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.

(5) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali dikemukakan, pengendali berlesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.


Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali

25. (1) Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam hendaklah disertai dengan dokumen yang berikut:

(a) suatu penyata kewangan teraudit pemohon; dan
(b) suatu laporan prestasi bagi tahun yang sebelumnya yang berhubungan dengan—
(i) jumlah bilangan penumpang yang dibawa;
(ii) jumlah bilangan perbatuan operasi dan hasil;
(iii) jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan;
(iv) anggaran bilangan kenderaan perkhidmatan awam yang dikehendaki untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap bagi sesuatu laluan khusus; dan
(v) keterangan mengenai pematuhan syarat yang disebut dalam perenggan 23(1)(a) dan apa-apa kelulusan atau lesen berkaitan yang lain yang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki apa-apa dokumen tambahan untuk dikemukakan oleh pemohon bagi pembaharuan lesen pengendali itu.

Permohonan bagi pengubahan

26. Tertakluk kepada Akta ini, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen bagi pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa sepenuhnya mengikut budi bicaranya—

(a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
(b) untuk menolak permohonan itu; atau
(c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali

27. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pengendali berlesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen pengendali itu tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
(c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam pengendali berlesen itu; atau
(d) jika ia berpuas hati bahawa kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan berkaitan dengan lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen pengendali di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pengendali berlesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 23(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.

(3) Jika suatu lesen pengendali—

(a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

Larangan berhubungan dengan lesen pengendali yang digantung

28. (1) Seorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen 27 tidak boleh, semasa tempoh penggantungan itu, mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dibenarkan oleh lesen pengendali sedemikian atau selainnya menggunakan, atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang dibenarkan untuk digunakan di bawah terma lesen pengendali itu.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali

29. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam menjalankan budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan suatu lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang menggunakan suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam dengan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang menggunakan kelas kenderaan perkhidmatan awam yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa penumpang dalam kelas kenderaan perkhidmatan awam yang berlainan daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini bagi maksud—

(a) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang berlainan; atau
(b) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang sama.

(2) Sebelum menggantikan suatu lesen pengendali di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan niat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali itu.

(3) Sesuatu lesen pengendali yang menggantikan mana-mana lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.

(4) Apabila lesen pengendali gantian itu mula berkuat kuasa, lesen pengendali yang digantikan di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah dan hendaklah diserahkan balik kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam masa empat belas hari dari mula berkuat kuasanya lesen pengendali gantian itu.

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon

30. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 17 atau 26, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen pengendali atau bagi pengubahan suatu lesen pengendali atau mana-mana syarat lesen pengendali itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
(b) apa jua pun kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
(c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan, dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.

(2) Jika pemohon bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen pengendali dilarang

31. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah menjadi khas kepada pengendali berlesen itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 27(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam pengendali berlesen itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen pengendali itu.

Perizaban lesen pengendali

32. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui perintah, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat arahan sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen pengendali bagi orang Melayu dan anak negeri mengikut apa-apa perkadaran lesen pengendali yang hendak dikeluarkan kepada pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah Bab ini sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mematuhi arahan sedemikian.

(2) Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan kepada seorang Melayu atau anak negeri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi pengendorsan yang berikut:

“Diberikan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen 32(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.

(3) Pengendorsan dalam subseksyen (2) itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa lesen pengendali itu telah dikeluarkan menurut arahan sedemikian.

(4) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan menurut arahanyang diberikan di bawah subseksyen (1), mengenakan pada lesen pengendali itu apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 22.

(5) Bagi maksud seksyen ini, “orang Melayu” atau “anak negeri” termasuklah suatu syarikat, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang bahagian majoriti modalnya dipunyai oleh dan pengurusan dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu atau anak negeri.

(6) Seksyen ini tidak terpakai bagi pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.

Batasan terhadap bilangan kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan

33. Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang didapatinya perlu atau wajar dan selepas berunding dengan Kerajaan Negeri atau Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menetapkan bilangan mana-mana kelas kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut dibenarkan untuk digunakan bagi memenuhi keperluan munasabah orang yang menghendaki penggunaan kenderaan sedemikian di mana-mana kawasan yang tertentu.

Pengelasan dan penomboran laluan

34. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengelaskan dan menomborkan, mengikut apa-apa cara yang sesuai, laluan yang berkenaan dengannya lesen pengendali untuk mengendalikan mana-mana kelas kenderaan perkhidmatan awam dikeluarkan di bawah Bab ini, dan boleh menyiarkan suatu senarai laluan yang dikelaskan dan dinomborkan sedemikian.

Perlindungan kepentingan awam

35. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, tiada apa jua dalam Bab ini boleh disifatkan sebagai memberi pengendali berlesen apa-apa hak yang berterusan kepada apa-apa faedah yang berbangkit daripada peruntukan Bab ini, atau daripada mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawahnya atau daripada mana-mana syarat yang dikenakan pada mana-mana lesen pengendali itu.

Bab 2
Pelesenan kenderaan pelancongan

Kehendak bagi lesen

36. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan suatu perniagaan kenderaan pelancongan kecuali suatu syarikat yang dilesenkan sebagai pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan yang memegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Bab ini berkenaan dengan setiap kenderaan pelancongan yang digunakan dalam perniagaan kenderaan pelancongan itu.

(2) Seseorang boleh menjadi pemegang dua atau lebih lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan pelancongan atau kelas kenderaan pelancongan yang ditetapkan.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Permohonan bagi lesen

37. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas diterimanya permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon itu supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang difikirkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—

(a) borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau silap perihalan;
(b) borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
(c) pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(d) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.

Pengeluaran lesen

38. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi suatu lesen di bawah Bab ini—

(a) meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen kepada pemohon itu; atau
(b) menolak permohonan itu.

(2) Pengeluaran suatu lesen oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (1) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen itu.

Tempoh lesen

39. Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah, melainkan jika digantikan atau dibatalkan, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun.

Lesen jangka pendek

40. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi suatu lesen di bawah Bab ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya wajar dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen jangka pendek bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2) Suatu lesen jangka pendek hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memberikan keputusannya tentang permohonan itu, dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih daripada enam bulan.

Syarat yang boleh dikenakan pada lesen

41. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a) bahawa pemegang lesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesennya, hanya menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan pelancongan yang dinyatakan dalam lesen itu; dan
(b) bahawa pemegang lesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan penggunaan kenderaan pelancongan itu termasuk—
(i) kelakuan pemandu kenderaan pelancongan;
(ii) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain, termasuk bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas kenderaan pelancongan itu;
(iii) jenis dokumen dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk dibawa atau dipamerkan pada setiap kenderaan pelancongan, dan yang boleh diperiksa; dan
(iv) kehendak bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod tertentu, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(iii).

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini.

(3) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Syarat berkanun lesen

42. (1) Menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) bahawa kenderaan pelancongan itu disenggarakan dalam keadaan yang baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
(b) bahawa pemegang lesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan pelancongan itu memberikan keutamaan paling tinggi kepada keselamatan penumpang, pemandu pelancong di atas kenderaan pelancongan itu dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan dalam Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain yang berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubung dengan kenderaan pelancongan itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya;
(i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan pelancongan atau kelasnya, sepertimana terpakai;
(ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan bagi kenderaan pelancongan; dan
(iii) pembinaan, kegunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan pelancongan khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(c) bahawa kewajipan seseorang pemegang lesen di bawah Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

(2) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen

43. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pemegang lesen di bawah Bab ini yang memuaskan hati Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen itu, ia telah dengan sah dan berterusan mengadakan dengan cara yang memadai dan cekap suatu perkhidmatan kenderaan pelancongan mengikut terma dan syarat lesen itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan yang lain bagi lesen untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah diadakan oleh pemegang lesen itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pemegang lesen itu, memperbaharui lesen itu atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(3) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(4) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.

(5) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Permohonan bagi pengubahan

44. Tertakluk kepada Akta ini, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen bagi pengubahan lesen itu atau syarat lesen itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa sepenuhnya mengikut budi bicaranya—

(a) untuk meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya;
(b) untuk menolak permohonan itu; atau
(c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen itu atau syarat lesen itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen

45. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen itu telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen itu;
(c) sekiranya berlaku likuidasi pemegang lesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perkhidmatan kenderaan pelancongan pemegang lesen itu; atau
(d) jika ia berpuas hati bahawa kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 42(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibatalkan mulai dari tarikh pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan.

(4) Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu, dan mengembalikan lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengikut subseksyen (5).

(5) Jika suatu lesen—

(a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

(6) Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Larangan berhubungan dengan lesen yang digantung

46. (1) Seseorang pemegang lesen yang lesennya telah digantung di bawah seksyen 45 tidak boleh, semasa tempoh penggantungan itu, menggunakan, atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan pelancongan yang dengannya lesen itu berkaitan.

(2) Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan menggunakan kenderaan pelancongan yang tidak dilesenkan

47. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan suatu kenderaan motor atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan motor digunakan sebagai kenderaan pelancongan melainkan jika berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau selainnya mengikut lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan pada lesen itu.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon

48. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 37 atau 44, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen atau bagi pengubahan suatu lesen atau mana-mana syarat lesen itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
(b) apa jua pun kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
(c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat pemohon itu.

(2) Jika pemohon bagi suatu lesen di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen dilarang

49. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah menjadi khas kepada pemegang lesen itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 45(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku likuidasi pemegang lesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengadakan perkhidmatan kenderaan pelancongan pemegang lesen itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Perlindungan kepentingan awam

50. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, tiada apa jua dalam Bab ini boleh disifatkan sebagai memberi pemegang lesen apa-apa hak yang berterusan kepada apa-apa faedah yang berbangkit daripada Bab ini, atau daripada mana-mana lesen yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawahnya atau daripada mana-mana syarat yang dikenakan pada mana-mana lesen itu.

Bab 3
Pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barangan

Kehendak bagi lesen pengendali

51. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan dengan menggunakan suatu kelas kenderaan barangan bagi membawa barangan—

(a) bagi sewa atau upah; atau
(b) bagi atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan, melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(2) Bagi maksud Bab ini, seseorang disifatkan mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan jika dia—

(a) menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan dengan sendiri; atau
(b) mengambil kerja seorang atau lebih untuk menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan barangan daripada suatu kelas kenderaan barangan,

untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, dan—

(A) dia mempunyai kenderaan barangan itu; atau
(B) dia bertanggungjawab, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan barangan tersebut untuk menguruskan, menyenggarakan atau mengendalikan kenderaan barangan itu.

(3) Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hanya memberi hak kepada pemegang lesen pengendali untuk mengendalikan atau menggunakan satu kelas kenderaan barangan.

(4) Seseorang boleh memegang satu lesen pengendali atau lebih yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(5) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan barangan atau kelas kenderaan barangan yang ditetapkan.

(6) Tertakluk kepada subseksyen (5), seseorang, selain suatu syarikat atau perbadanan, yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(7) Tertakluk kepada subseksyen (5), sesuatu syarikat atau perbadanan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Permohonan bagi lesen pengendali

52. (1) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2) Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat maklumat yang berikut berhubungan dengan permohonan itu:

(a) maklumat lengkap mengenai butiran laluan yang berhubungan dengan permohonan itu;
(b) suatu surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengenai penggunaan perhentian atau kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;
(c) suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;
(d) kelas dan bilangan maksimum kenderaan barangan daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;
(e) kadar atau struktur kadar dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan bagi membawa barangan dengan kenderaan barangan itu; dan
(f) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—

(a) borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b) borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
(c) pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(d) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.


Pengeluaran lesen pengendali

53. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini—

(a) meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon itu; atau
(b) menolak permohonan itu.

(2) Pengeluaran suatu lesen pengendali oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (1) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran pengendali berlesen itu.

Tempoh lesen pengendali

54. Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah, melainkan jika digantikan atau dibatalkan, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa tempoh itu tidak boleh melebihi tujuh tahun.

Lesen pengendali jangka pendek

55. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya wajar dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen pengendali jangka pendek bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2) Suatu lesen pengendali jangka pendek hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh yang padanya Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memberikan keputusannya tentang permohonan itu, dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih daripada dua belas bulan.

Perubahan sementara penggunaan kenderaan barangan

[3]56. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen, membenarkan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, pengendali berlesen bagi kelas kenderaan barangan yang tertentu untuk menggunakan suatu kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.

Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali

57. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan kenderaan barangan daripada kelas kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
(b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk—
(i) bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh digunakan di kawasan yang dinyatakan atau antara kawasan yang dinyatakan atau dalam masa yang dinyatakan;
(ii) bahawa kenderaan barangan itu hendaklah atau tidak boleh dikendalikan di dalam kawasan selain kawasan yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan;
(iii) bahawa hanya kelas atau perihalan barangan tertentu hendaklah atau tidak boleh dibawa;
(iv) bahawa barangan hendaklah atau tidak boleh dibawa bagi orang yang dinyatakan;
(v) bahawa caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan barangan dan caj bagi demuraj kenderaan barangan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat;
(vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan;
(vii) bahawa barangan berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau yang busuk hendaklah dibawa mengikut cara yang dinyatakan dan langkah berjaga-jaga yang dinyatakan hendaklah diambil berhubung dengan pembawaan barangan sedemikian;
(viii) kelakuan pemandu dan kelindan kenderaan barangan itu;
(ix) sama ada terdapat, dan jika sedemikian, bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa di atas setiap kenderaan barangan itu;
(x) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan dan pengguna jalan yang lain termasuk, cara dan masa memuatkan dan memunggahkan barangan di jalan;
(xi) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan barangan, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;
(xii) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(xi); dan
(xiii) kehendak bahawa setiap kenderaan barangan disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.

(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4) Tiada seorang pun boleh menggunakan suatu kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan barangan untuk digunakan bagi membawa penumpang, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini yang membenarkan penggunaan sedemikian dan ia hendaklah mengikut mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Syarat berkanun lesen pengendali

58. (1) Menjadi syarat tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) bahawa kenderaan barangan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
(b) bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan barangan itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan itu, jika berkenaan, dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan barangan itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:
(i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan barangan atau kelasnya;
(ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan dan, memuatkan dan memunggahkan, kenderaan barangan; dan
(iii) pembinaan, pengunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan barangan khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(c) bahawa kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen pengendali

59. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pengendali berlesen di bawah Bab ini, yang memuaskan hati Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen pengendali itu, dia telah dengan sah dan berterusan mengadakan secara memuaskan dan cekap perkhidmatan kenderaan barangan mengikut terma dan syarat lesen pengendali itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen pengendali itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan lain bagi lesen pengendali untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen itu, memperbaharui lesen pengendali itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(3) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen pengendali yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan. (4) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.

(5) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali dikemukakan, pengendali berlesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali

60. (1) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali hendaklah disertai dengan dokumen yang berikut:

(a) suatu penyata kewangan teraudit pemohon; dan
(b) suatu laporan prestasi bagi tahun yang sebelumnya yang berhubungan dengan—
(i) jumlah sukatan barangan yang dibawa;
(ii) jumlah bilangan kenderaan barangan yang ada dalam pengendalian dan hasil muatan;
(iii) jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan;
(iv) anggaran bilangan kenderaan barangan yang dikehendaki untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap bagi sesuatu laluan khusus; dan
(v) keterangan mengenai pematuhan syarat yang disebut dalam perenggan 58(1)(a) dan apa-apa kelulusan atau lesen berkaitan yang lain yang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki apa-apa dokumen tambahan untuk dikemukakan oleh pemohon bagi pembaharuan lesen pengendali itu.

Permohonan bagi pengubahan

61. Tertakluk kepada Akta ini, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen bagi pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh mengikut budi bicaranya—

(a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
(b) untuk menolak permohonan itu; atau
(c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali

62. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dengan notis bertulis kepada pengendali berlesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen pengendali itu tidak dipatuhi;
(b) jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
(c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan pengendali berlesen itu; atau
(d) jika ia berpuas hati bahawa kenderaan barangan yang digunakan berkaitan dengan lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu telah dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen pengendali di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pengendali berlesen suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pengendali berlesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 58(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam. (3) Jika suatu lesen pengendali—

(a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari daripada tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

Larangan berhubungan dengan lesen pengendali yang digantung

63. (1) Seorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen 62 tidak boleh, semasa tempoh penggantungan itu, mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dibenarkan oleh lesen pengendali sedemikian atau selainnya menggunakan, atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan mana-mana kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah terma lesen pengendali itu.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali

64. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam menjalankan budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan suatu lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan suatu kelas kenderaan barangan dengan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan kelas kenderaan barangan yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa barangan dengan kelas kenderaan barangan yang berlainan daripada kelas kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini bagi maksud—

(a) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang berlainan; atau
(b) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang sama.

(2) Sebelum menggantikan suatu lesen pengendali di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan niat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali itu.

(3) Sesuatu lesen pengendali yang menggantikan mana-mana lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.

(4) Apabila lesen pengendali gantian itu mula berkuat kuasa, lesen pengendali yang digantikan di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah dan hendaklah diserahkan balik kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam masa empat belas hari dari mula berkuat kuasanya lesen pengendali gantian itu.

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon

65. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 52 atau 61, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen pengendali atau bagi pengubahan suatu lesen pengendali atau mana-mana syarat lesen pengendali itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
(b) apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
(c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan, dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.

(2) Jika pemohon bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen pengendali dilarang

66. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah menjadi khas kepada pengendali berlesen itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Walau apa pun perenggan 62(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan pengendali berlesen itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen pengendali itu.

Perizaban lesen pengendali

67. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat arahan sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen pengendali bagi orang Melayu dan anak negeri dalam apa-apa perkadaran lesen pengendali yang hendak dikeluarkan di bawah Bab ini kepada orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga bagi sewa atau upah dengan menggunakan kenderaan barangan sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mematuhi arahan sedemikian.

(2) Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan kepada seorang Melayu atau anak negeri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi pengendorsan yang berikut:

“Diberikan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen 67(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.

(3) Pengendorsan dalam subseksyen (2) hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa lesen pengendali itu telah dikeluarkan menurut arahan sedemikian.

(4) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1), mengenakan pada lesen pengendali itu apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 57.

(5) Bagi maksud seksyen ini, “orang Melayu” atau “anak negeri” termasuklah suatu syarikat, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang bahagian majoriti modalnya dipunyai oleh dan pengurusan dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu atau anak negeri.

Perlindungan kepentingan awam

68. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, tiada apa jua dalam Bab ini boleh disifatkan sebagai memberi pengendali berlesen apa-apa hak yang berterusan kepada apa-apa faedah yang berbangkit daripada peruntukan Bab ini, atau daripada mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawahnya atau daripada mana-mana syarat yang dikenakan kepada mana-mana lesen pengendali itu.

Bab 4
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen

Standard prestasi bagi pengendali berlesen

69. (1) Menjadi kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibenarkan dalam lesen pengendalinya untuk memenuhi standard prestasi yang berkaitan bagi perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan sedemikian yang diadakan olehnya.

(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengendalian atau pengadaan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang pada pendapatnya patut dicapai oleh seorang pengendali berlesen.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh—

(a) membuat peruntukan bagi tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi itu; dan
(b) mengadakan hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.

Permohonan oleh pengendali berlesen bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian

70. (1) Jika seorang pengendali berlesen yang mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan merupakan suatu syarikat, perkongsian atau firma yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana perniagaan atau perjanjian yang akan menyebabkan—

(a) apa-apa perubahan dalam struktur ekuiti; atau
(b) apa-apa perubahan dalam anggota lembaga pengarah syarikat, atau pekongsi dalam perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pengendali berlesen itu hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebelum mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian itu.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila diterimanya permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu dan, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat meluluskan permohonan itu, ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.


(3) Seseorang pengendali berlesen yang mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4) Bagi maksud seksyen ini—

“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang diadakan oleh mana-mana orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan bagi mana-mana pihak ketiga untuk sewa atau upah dengan menggunakan suatu kenderaan barangan;

“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” tidak termasuk suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.

Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk menyimpan rekod, dsb.

71. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk menyimpan apa-apa—

(a) akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak) berhubung dengan lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan kepadanya; dan
(b) rekod yang berhubungan dengan penggunaan kenderaan yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak).

(2) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

72. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk terhadap keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen atau lesen pengendali itu; dan
(b) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Menjadi kewajipan selanjutnya tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk memberikan apabila diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, butir-butir—

(a) mengenai apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan mana-mana orang lain yang olehnya kemudahan sedemikian disediakan, sama ada di dalam atau di luar Semenanjung Malaysia;
(b) mengenai apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan dalam hal pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang merupakan suatu syarikat, mengenai apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu; dan
(c) mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam Semenanjung Malaysia.

(3) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu; dan
(b) apa-apa pertikaian perindustrian antara pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan pekerjanya.

(4) Bagi maksud subseksyen (3) —

“kawalan”, berhubungan dengan seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;

“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang diadakan oleh mana-mana orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga untuk sewa atau upah dengan menggunakan suatu kenderaan barangan;

“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” tidak termasuk suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.

(5) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengubahan kenderaan yang berkaitan

73. (1) Seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen, dan pekerjanya, tidak boleh membuat apa-apa pengubahan, selain melalui penggantian bahagian, kepada struktur atau kelengkapan kekal sesuatu kenderaan yang berkaitan tanpa kelulusan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.

(2) Seseorang pemegang lesen atau pekerjanya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Seseorang pengendali berlesen atau pekerjanya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengemukaan laporan, akaun, dsb.

74. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 207, tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan pemegang lesen dan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—

(a) berkaitan dengan penjalanan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu aktiviti berlesen mereka masing-masing; atau
(b) adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm), memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen atau lesen pengendali itu;
(b) kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya;
(c) suatu penyata mengenai semua kemalangan yang melibatkan kenderaan yang berkaitan itu, sama ada mengakibatkan kematian atau kecederaan diri atau tidak, yang berlaku semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
(d) suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen dan pekerjanya masing-masing, yang melibatkan kenderaan yang berkaitan semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat termasuk—
(i) semua sabitan berkenaan dengan setiap kesalahan sedemikian; dan
(ii) semua kesalahan yang dikompaun oleh mana-mana orang dan jumlah kompaun yang dibayar berkenaan dengan kesalahan itu.

(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;
(b) ramalan penumpangnya semasa tempoh sedemikian dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
(c) rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu terikat untuk menyediakan di bawah syarat lesen atau lesen pengendali itu.

(4) Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah diberikan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai dengan atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(5) Maklumat yang seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini boleh termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, atau tidak akan selainnya berada dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu boleh semunasabahnya dikehendaki untuk mendapatkannya atau mengumpulkannya.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen untuk melantik, atas kos pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula apa-apa maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan sedemikian dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa-apa cara tanggungan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.

(7) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, atas kos sendirinya, untuk membantu dan memudahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.

(8) Seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen yang—

(a) tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
(b) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan suatu audit di bawah seksyen ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bab 5
Tambang dan tambang muatan

Tambang

75. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (9), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melebihi apa-apa kadar tambang yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian sedemikian dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4) Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan tambang dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5) Tiap-tiap orang yang membuat perjalanan dengan suatu kenderaan perkhidmatan awam hendaklah, apabila dikehendaki supaya berbuat demikian, menunjukkan bukti pembayaran tambang kepada seorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam untuk memeriksa pembayaran tambang.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “bukti pembayaran tambang” termasuklah tiket dan kad elektronik yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tambang atau apa-apa keterangan lain yang memuaskan mengenai pembayaran tambang sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty).

(7) Seseorang yang enggan, apabila diminta dengan sah, untuk membayar tambang yang sepatutnya bagi jarak yang dilaluinya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(8) Jika apa-apa pertikaian berbangkit tentang tambang yang dikira mengikut jarak, pertikaian itu hendaklah dirujukkan—

(a) pada mula-mulanya, kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam untuk memutuskan pertikaian itu;
(b) atas rayuan terhadap keputusan pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah perenggan (a), kepada pegawai pengangkutan awam darat untuk memutuskan pertikaian itu, yang keputusannya adalah muktamad,

dan apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau pegawai pengangkutan awam darat, boleh diterima sebagai keterangan.

(9) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi suatu kereta sewa dan pandu bagi pelancong atau mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan bagi membawa penumpang tanpa sewa atau upah.

Tambang muatan

76. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang muatan berkaitan dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang melebihi apa-apa kadar tambang muatan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang muatan berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang muatan bagi mana-mana tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4) Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk memungut, mengutip atau memegang simpan apa-apa tambang muatan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bab 6
Pelbagai: peruntukan penguatkuasaan khusus

Memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan yang berkaitan

77. (1) Jika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak dipatuhi berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan, dia boleh menghendaki supaya kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu supaya memandu kenderaan itu ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga suatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau syarat lesen atau lesen pengendali itu telah dipatuhi.

(2) Tiada kenderaan yang berkaitan boleh ditahan di bawah seksyen ini bagi tempoh yang melebihi empat puluh lapan jam.

(3) Jika selepas pemeriksaan kenderaan yang berkaitan itu, didapati bahawa pemegang lesen atau pengendali berlesen itu telah melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memerintahkan supaya penggunaan kenderaan itu diberhentikan atau kenderaan itu digunakan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mematuhi Akta ini atau mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(4) Seseorang yang berlanggaran dengan subseksyen (1) tidak memberhentikan kenderaan yang berkaitannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5) Seseorang yang terus menggunakan kenderaan yang berkaitan itu berlanggaran dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengadakan sekatan jalan

78. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang pegawai polis kanan yang berpangkat Inspektor dan lebih tinggi, termasuk seorang Inspektor dalam percubaan, mana-mana pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan supaya didirikan atau diletakkan apa-apa galangan di atas atau melintang mana-mana jalan dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai sedemikian boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana kenderaan yang berkaitan daripada dipandu melepasi mana-mana galangan sedemikian, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan mana-mana kenderaan sedemikian jika, dengan mengambil kira hal keadaan yang wujud pada suatu masa tertentu, adalah ternyata bahawa jika langkah itu tidak diambil besar kemungkinan kenderaan itu akan terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya.

(2) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat munasabah seorang pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam yang menghendaki supaya orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana galangan itu atau cuba untuk melintasi atau melanggar mana-mana galangan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Tiada seorang pegawai pun boleh bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta berikutan dengan langkah yang diambilnya sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1).

Kuasa untuk menyita dokumen, dsb.

79. (1) Jika mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu dokumen yang dibawa di atas suatu kenderaan yang berkaitan, atau mana-mana lesen, lesen pengendali, rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya menurut Akta ini oleh pemandu atau orang yang mengawal suatu kenderaan yang berkaitan ialah suatu dokumen, suatu lesen, suatu lesen pengendali atau suatu rekod yang berhubungan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, dia boleh menyita atau menanggalkan dokumen, lesen, lesen pengendali atau rekod itu daripada kenderaan yang berkaitan itu.

(2) Jika lesen atau lesen pengendali yang disita di bawah subseksyen (1) ialah suatu lesen atau lesen pengendali yang telah digantung di bawah Akta ini, lesen atau lesen pengendali itu hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu, masing-masing, apabila habis tempoh penggantungan itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

“dokumen” termasuklah sesuatu lencana;

“menyita” termasuklah kuasa untuk menanggalkan daripada kenderaan yang berkaitan.

Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu

80. (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat.

(2) Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai pengangkutan awam darat, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta.

(3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.

(4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu.

Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan untuk menghentikan kesalahan diteruskan, dsb.

81. (1) Apabila mana-mana orang didapati atau dipercayai dengan munasabahnya menggunakan suatu kenderaan yang berkaitan berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana perintah, larangan atau sekatan yang dibuat di bawahnya, atau berlanggaran dengan terma lesen atau lesen pengendali bagi kenderaan yang berkaitan itu, mana-mana pegawai polis, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila ternyata bahawa kenderaan yang berkaitan itu atau pemandunya tidak dapat dikenal pasti secukupnya atau bahawa tindakan itu adalah perlu untuk menyebabkan kesalahan itu tidak diteruskan, mengambil atau menyebabkan supaya diambil atau menghendaki orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan itu untuk membawa kenderaan yang berkaitan itu ke suatu tempat yang selamat, dan kenderaan yang berkaitan itu hendaklah disimpan di situ sehingga dilepaskan oleh perintah Majistret, Ketua Pegawai Polis, Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa dan tertakluk kepada subseksyen (3), kenderaan yang berkaitan itu tidak boleh ditahan lebih lama daripada yang perlu untuk memastikan identiti pemandu itu atau untuk memastikan kesalahan itu tidak diteruskan, dan jika mana-mana orang enggan atau abai untuk mematuhi mana-mana kehendak itu, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dalam hal sabitan pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang tidak dibenarkan yang mengalihkan atau menyebabkan supaya dialihkan kenderaan yang berkaitan itu dari tempat yang selamat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh dalam hal sabitan pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang telah dialihkan mengikut subseksyen (1), boleh ditahan di mana-mana tempat yang sesuai dan disimpan di situ atas risiko pemunyanya sehingga apa-apa fi yang ditetapkan bagi pengalihan dan penahanan itu dibayar.

(4) Apabila mana-mana kenderaan yang berkaitan ditahan di bawah seksyen ini, pegawai yang menahan kenderaan yang berkaitan itu hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah, memberikan notis bertulis mengenai penahanan itu kepada pemunya kenderaan yang berkaitan itu jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya, dan jika kenderaan yang berkaitan itu tidak dituntut oleh pemunyanya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penahanannya, pegawai itu boleh, setelah memberikan notis satu bulan dalam Warta mengenai niatnya untuk berbuat demikian, menjual melalui lelong awam atau selainnya melupuskan kenderaan yang berkaitan itu dan muatannya (jika ada), dengan syarat bahawa tiada notis sedemikian perlu diberikan dalam hal apa-apa muatan yang bersifat cepat rosak.

(5) Hasil, jika ada, daripada penjualan atau pelupusan kenderaan yang berkaitan dan muatannya di bawah subseksyen (4) hendaklah digunakan untuk membayar apa-apa fi yang mungkin kena dibayar berkenaan dengan lesen atau lesen pengendali bagi kenderaan yang berkaitan itu dan apa-apa caj yang ditanggung dalam melaksanakan seksyen ini, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya kenderaan yang berkaitan itu atau jika tidak dituntut oleh orang itu dalam tempoh dua belas bulan selepas tarikh penjualan atau pelupusan itu, hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan Persekutuan.

Penentuan berat kenderaan yang berkaitan

82. (1) Menjadi sah bagi mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menghendaki orang yang menjaga mana-mana kenderaan yang berkaitan untuk membenarkan kenderaan yang berkaitan itu ditimbang oleh pegawai itu, sama ada dengan muatan atau tanpa muatan, dan bagi berat yang dipindahkan ke jalan oleh mana-mana bahagian kenderaan yang berkaitan itu yang bersentuhan dengan jalan untuk diuji, dan bagi maksud itu boleh menghendaki pemandu kenderaan itu untuk memandunya dengan serta-merta ke mana-mana tempat yang lain untuk ditimbang.

(2) Apabila diminta oleh orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan itu, pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis, pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, selepas selesai menimbang kenderaan itu, mengeluarkan pendua atau salinan perakuan yang berkenaan dengan penimbangan itu kepada orang itu.

(3) Seseorang yang menjaga mana-mana kenderaan yang berkaitan yang enggan atau tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1), atau mengalihkan muatannya atau mana-mana bahagiannya sebelum kenderaan yang berkaitan itu ditimbang dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, dalam hal sabitan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Menjadi tidak sah bagi mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menghendaki orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan itu untuk memunggahkan muatan kenderaan yang berkaitan itu bagi maksud menimbangnya tanpa muatan.

Bahagian IV
KERETA API

Bab 1
Skim kereta api

Skim kereta api

83. (1) Tiada kereta api boleh dibina tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Mana-mana orang yang berhasrat untuk membina suatu kereta api hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu skim kereta api, yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) jenis dan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk jenis atau jenis-jenis dan kuantiti stok kereta yang dicadangkan untuk digunakan di atas kereta api itu, sistem kutipan tambang yang dicadangkan dan sama ada kereta api itu akan digunakan bagi membawa penumpang atau barangan atau kedua-duanya;
(b) laluan dan tempat terminal yang dicadangkan bagi sistem kereta api yang dicadangkan itu;
(c) lokasi terminal, bangunan yang berkaitan, bengkel, depot dan limbung yang dicadangkan;
(d) aspek keselamatan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk sistem isyarat dan sistem komunikasi;
(e) struktur kadar yang dicadangkan sebagaimana yang terpakai dan syarat pembawaan lain yang dicadangkan;
(f) penyepaduan yang dicadangkan dengan kereta api lain yang sedia ada atau yang dicadangkan;
(g) jadual siap dan tarikh yang dicadangkan bagi pembukaan kereta api itu;
(h) pengendali berlesen yang dicadangkan bagi kereta api yang akan dibina, jika berlainan daripada orang yang berhasrat untuk membina kereta api;
(i) perihalan aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang dicadangkan untuk diusahakan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kereta api itu;
(j) kebolehaksesan sejagat yang dicadangkan dalam semua bahagian yang berkaitan kereta api itu untuk memenuhi kehendak orang kurang upaya; dan
(k) apa-apa perkara lain yang ditetapkan yang akan membolehkan Menteri menilai skim kereta api itu.

(3) Tiap-tiap skim kereta api yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertai dengan peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi kereta api itu.

(4) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan merujuk kepada apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim kereta api itu, dan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(5) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.

(6) Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—

(a) sebab-sebab bagi syornya; dan
(b) apa-apa syarat yang pemohon patut dijadikan tertakluk kepadanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya memberikan kelulusan.

(7) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kelulusan bagi skim kereta api dan mendeposit pelan, keratan, dsb.

84. (1) Menteri boleh, setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen 83, menolak atau memberikan kelulusan bersyarat bagi suatu skim kereta api.

(2) Jika Menteri memberikan kelulusan bersyarat bagi skim kereta api di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan di pejabat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk pemeriksaan awam—

(a) pelan dan keratan mengikut skala yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tam) yang menunjukkan jalan dan aras kereta api yang dicadangkan itu dan juga—
(i) apa-apa pengubahan yang dimaksudkan pada aras air mana-mana terusan atau pada aras atau kadar kecondongan mana-mana jalan atau kereta api yang akan dilintangi oleh kereta api yang dicadangkan itu;
(ii) apa-apa pelencongan, perluasan atau penyempitan yang dimaksudkan bagi mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api;
(iii) apa-apa pembentangan yang dimaksudkan bagi mana-mana bahagian kereta api yang dicadangkan itu di sepanjang mana-mana jalan; dan
(iv) apa-apa lintasan yang dimaksudkan bagi landasan kereta api yang dicadangkan itu di atas mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api; dan
(b) suatu buku rujukan yang mengandungi nama tuan punya dan penerima pajak tanah yang mungkin dikehendaki bagi maksud kereta api yang dicadangkan itu.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan pelan dan keratan dan buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2).

(4) Pemohon hendaklah memberikan notis mengenai pendepositan pelan dan keratan serta buku rujukan itu melalui iklan dalam sekurang-kurangnya tiga terbitan berturut-turut bagi sekurang-kurangnya dua akhbar nasional, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, yang mempelawa semua orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap pelan dan keratan serta buku rujukan itu supaya menghantar suatu pernyataan mengenai bantahan mereka itu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis terakhir dalam akhbar itu.

(5) Apabila habis tempoh tiga bulan itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan pelan dan keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2) berserta dengan apa-apa bantahan terhadapnya dan syornya kepada Menteri bagi kelulusan muktamad.

(6) Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan itu dan apa-apa bantahan terhadapnya dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu—

(a) memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu; atau
(b) jika difikirkannya bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon supaya menimbangkan semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(7) Dalam hal jika perenggan (6)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan yang dibuat kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4) dan syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu.

(8) Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (6)(a) atau subseksyen (7), hendaklah disifatkan sebagai pelan yang didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(9) Menteri boleh, dalam meluluskan mana-mana skim kereta api, mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya sesuai, dengan mengambil kira syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(10) Keputusan Menteri untuk memberikan kelulusan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(11) Notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (10) hendaklah menyatakan—

(a) dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9); dan
(b) dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.

(12) Seseorang yang melanggar mana-mana kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bab 2
Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan

Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan

85. (1) Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi suatu skim kereta api yang diluluskan mengikut seksyen 84—

(a) tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
(b) kecuali mengikut kehendak dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud seksyen ini.

(2) Mana-mana orang yang berniat untuk mengusahakan apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk pelan, yang diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan, dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, untuk membolehkan Menteri menilai permohonan itu.

(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kelulusan bagi ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan dan mendeposit pelan, maklumat dan dokumen lain

86. (1) Menteri boleh, setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, menolak atau memberikan kelulusan bersyarat berkenaan dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 85.

(2) Jika Menteri memberikan kelulusan bersyarat berkenaan dengan permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan di pejabat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pemeriksaan umum apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberikan syornya mengenai permohonan di bawah subseksyen (1) kepada Menteri dan bagi maksud ini subseksyen 84(4) dan (5) hendaklah terpakai mutatis mutandis.

(4) Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan dan apa-apa dokumen lain yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan apa-apa bantahan terhadapnya dan setelah mengambil kira syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) memberikan kelulusan muktamad kepada atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1); atau
(b) jika difikirkannya bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon supaya menimbangkan semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(5) Dalam hal jika perenggan (4)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan yang dibuat kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat terhadapnya dan syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberikan kelulusan muktamad kepada atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1).

(6) Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (4)(a) atau subseksyen (5), hendaklah disifatkan sebagai pelan yang didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(7) Menteri boleh, apabila meluluskan mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya patut, dengan mengambil kira syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(8) Keputusan Menteri untuk memberikan kelulusan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(9) Notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (8) hendaklah menyatakan—

(a) dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan
(b) dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.

(10) Seseorang yang melanggar apa-apa kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bab 3
Pembinaan dan kerja-kerja

Kereta api akan dibina mengikut pelan yang diluluskan

87. (1) Mana-mana kereta api yang dibina di bawah Akta ini hendaklah dibuat dan disenggarakan mengikut jalan dan aras yang ditunjukkan pada pelan yang didepositkan dengan semua jambatan, jejambat, stesen, sisian, jalan masuk, simpang, jalan, bangunan, limbung, kerja-kerja dan kemudahan yang berkaitan dan bersampingan dengannya yang patut.

(2) Sesuatu laluan kereta api boleh menyimpang daripada jalan kereta api yang ditunjukkan pada pelan yang didepositkan, tetapi tiada penyimpangan sedemikian boleh melampaui had penyimpangan yang ditunjukkan pada pelan itu.

Tanah persendirian boleh diambil bagi kereta api

88. (1) Mana-mana tanah yang dikehendaki bagi maksud membina suatu kereta api dan yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan yang didepositkan di bawah perenggan 84(2)(b) dan jika berkenaan, seksyen 86, hendaklah disifatkan sebagai tanah yang dikehendaki bagi maksud awam mengikut pengertian Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].

(2) Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan itu.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah bagi maksud membina sesuatu kereta api melalui persetujuan antara syarikat kereta api dengan tuan punya tanah itu.

Kuasa syarikat kereta api untuk melaksanakan segala kerja yang perlu

89. (1) Tertakluk kepada Akta ini, apabila perlu untuk berbuat demikian, suatu syarikat kereta api boleh, bagi maksud membina suatu kereta api atau kemudahan atau kerja-kerja lain yang berkaitan dengannya—

(a) membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuk jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu; dan
(b) mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, lebuh atau jalan lalu sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), syarikat kereta api itu adalah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Suatu syarikat kereta api hendaklah, sebelum menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), memberikan notis kepada tuan punya atau penduduk tanah itu, dan pada masa yang sama memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu salinan notis itu, mengenai niatnya untuk memasuki tanah itu.

(4) Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menyatakan dengan selengkap dan setepat yang mungkin jenis dan takat perbuatan yang diniatkan hendak dilakukan.

(5) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menentukan bentuk notis yang disebut dalam subseksyen (3) dan cara yang mengikutnya notis itu boleh disampaikan kepada tuan punya atau penduduk tanah itu.

Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam hal kemalangan

90. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dalam hal mana-mana kemalangan yang berlaku atau yang dibimbangkan akan berlaku pada mana-mana tarahan, benteng atau kerja-kerja lain yang di bawah kawalan suatu syarikat kereta api, membenarkan syarikat kereta api itu untuk memasuki mana-mana tanah yang berdampingan dengan kereta apinya bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan dan untuk melakukan segala kerja yang perlu bagi maksud itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat kereta api boleh, dalam hal yang perlu, memasuki mana-mana tanah bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat terlebih dahulu, tetapi dalam hal sedemikian syarikat kereta api itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat suatu laporan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan akan berlaku dan kerja-kerja yang perlu dilakukan.

(3) Jika selepas menimbangkan laporan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa tiada bahaya atau bahaya yang dibimbangkan akan berlaku kepada orang awam, syarikat kereta api itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja-kerja di atas tanah itu, jika kerja-kerja itu masih dijalankan.


Pembayaran pampasan

91. (1) Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 89 dan 90, suatu syarikat kereta api hendaklah melakukan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin pada tanah itu dan pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan akibat penjalanan kuasa itu.

(2) Mana-mana orang yang menuntut pampasan daripada suatu syarikat kereta api boleh menyerahkan tuntutannya dengan Pentadbir yang hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada syarikat kereta api itu.

(3) Jika terdapat pertikaian tentang amaun pampasan, Pentadbir hendaklah menentukan amaun itu, setakat yang boleh, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa di Negeri yang berkenaan.

(4) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang penyelesaian melalui persetujuan akan amaun pampasan yang hendaklah dibayar berkenaan dengan tanah yang rosak atau yang terjejas dengan mudarat akibat daripada penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.

Kerja-kerja kemudahan

92. (1) Tiap-tiap syarikat kereta api hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), membina dan menyenggarakan bagi kemudahan tuan punya dan penduduk tanah yang berdampingan dengan mana-mana kereta api—

(a) apa-apa dan sekian banyak lintasan, jambatan, gerbang, pembetung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau yang menuju ke atau dari kereta api itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan kereta api itu;
(b) segala gerbang, terowong, pembetung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas, di bawah atau di sisi kereta api itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan dengan atau terletak berhampiran dengan atau di tepi kereta api itu dengan semudahnya sebelum pembinaan kereta api itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.

(2) Tertakluk kepada Akta ini, kerja-kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau sebaik selepas pembentangan atau pembentukan kereta api di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan dalam tanah itu atau yang terjejas oleh kerja-kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu syarikat kereta api itu hendaklah membayar pampasan yang mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu.

(3) Sesuatu syarikat kereta api tidak dikehendaki—

(a) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan suatu kereta api; atau

(b) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka kerana tidak menghendaki supaya kerja-kerja itu dibuat.

(4) Jika suatu syarikat kereta api telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atas jalan atau anak sungai itu, syarikat kereta api itu tidaklah dikehendaki untuk mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.

Kerja-kerja tambahan

93. Jika—

(a) tuan punya atau penduduk mana-mana tanah yang berdampingan dengan suatu kereta api berpendapat bahawa kerja-kerja kemudahan yang dibuat di bawah seksyen 92 tidak mencukupi untuk kegunaan lega tanah itu; atau
(b) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan berhasrat untuk membina suatu jalan atau kerja-kerja lain merintangi, di atas atau di bawah suatu kereta api,

tuan punya atau penduduk tanah, atau Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan itu boleh, atas perbelanjaannya sendiri, menyebabkan supaya dibuat apa-apa kerja kemudahan selanjutnya yang difikirkan perlu oleh tuan punya atau penduduk tanah, atau Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan itu dan jika dipersetujui oleh syarikat kereta api itu atau, dalam hal perselisihan pendapat antara tuan punya atau penduduk tanah, atau Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan itu dengan syarikat kereta api itu, apa-apa kerja kemudahan selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Pagar, tanda sempadan atau adangan

94. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dalam masa yang dinyatakan dalam rekuisisi atau dalam apa-apa masa selanjutnya yang dinyatakan olehnya, menghendaki suatu syarikat kereta api—

(a) supaya mengadakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, pagar atau tanda sempadan bagi kereta apinya dan mana-mana jalan yang dibina berkaitan dengannya; atau
(b) supaya mengadakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa kerja dalam bentuk adangan berdekatan atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan yang dibina sebelum kereta api itu dibuat bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang

menggunakan jalan itu.

(2) Sesuatu syarikat kereta api yang tidak mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Lintasan rata bergred

95. Jika suatu syarikat kereta api telah membina suatu landasan kereta api yang merintangi jalan yang sedia ada yang sama ratanya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika ternyata pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat kereta api itu, dalam apa-apa masa yang difikirkannya patut—

(a) supaya memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan kereta api itu menerusi suatu jambatan atau gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama rata itu; atau
(b) untuk melaksanakan apa-apa kerja lain yang dalam hal keadaan itu ternyata pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.

Lintasan rata jalan

96. (1) Apabila suatu syarikat kereta api telah membina suatu landasan kereta api yang merintangi suatu jalan sedia ada yang sama ratanya (lintasan sedemikian bukan suatu “lintasan rata kerja” dalam pengertian seksyen 98), syarikat kereta api itu hendaklah menyebabkan get atau sawar yang baik dan berkesan didirikan dan disenggarakan di tempat di mana landasan kereta api merintangi jalan itu, dan hendaklah mengambil kerja orang yang patut untuk membuka dan menutup get atau sawar itu, yang get atau sawar itu hendaklah ditutup kepada jalan apabila stok kereta melintasi jalan itu.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa, mengisytiharkan bahawa subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, dan dengan itu syarikat kereta api itu hendaklah dilepaskan daripada obligasi yang dikenakan oleh subseksyen (1) berkenaan dengan lintasan rata itu.

(3) Jika mana-mana perisytiharan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen (2), syarikat kereta api itu hendaklah mendirikan papan amaran di tepi jalan itu dan isyarat wisel di tepi landasan kereta api itu pada jarak yang sesuai dari lintasan rata itu, dan pemandu tiap-tiap enjin atau kenderaan bergerak yang lain hendaklah membunyikan wisel enjin atau kenderaan bergerak yang lainnya mengikut isyarat itu sebelum enjin atau kenderaan bergerak yang lain itu melintasi jalan itu.

(4) Syarikat kereta api itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta oleh laluan mana-mana enjin, kenderaan bergerak yang lain atau mana-mana stok kereta yang lain yang terpasang padanya yang melintasi jalan itu di mana-mana lintasan rata yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen (2), melainkan jika terbukti bahawa pemandu enjin, kenderaan bergerak yang lain atau stok kereta yang lain itu tidak membunyikan wisel enjin, kenderaan bergerak yang lain atau stok kereta yang lainnya mengikut isyarat itu.

(5) Jika suatu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan membina suatu jalan yang merintangi suatu landasan kereta api yang sedia ada, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan jalan itu hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada syarikat kereta api itu kos pembinaan mana-mana get atau sawar yang didirikan oleh syarikat kereta api itu di tempat di mana jalan itu merintangi landasan kereta api itu dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya.

Lintasan rata suwa

97. (1) Suatu syarikat kereta api boleh, mengikut budi bicaranya, atas permintaan yang dibuat oleh mana-mana orang, membina dan membuka lintasan rata suwa di mana-mana tempat di atas suatu landasan kereta api, dan boleh mengenakan syarat mengenai penggunaan lintasan rata suwa itu.

(2) Kos pembinaan suatu lintasan rata suwa dan sewa tahunan bagi penyenggaraan lintasan rata suwa itu hendaklah dibayar oleh orang yang baginya lintasan rata itu dibina.

(3) Syarikat kereta api itu boleh, sekiranya orang yang baginya lintasan rata suwa itu dibina tidak mematuhi syarat yang dikenakan, atau jika suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan kereta api itu, menutup mana-mana lintasan rata suwa.

(4) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah perenggan 252(1)(tan) berkenaan dengan pembinaan, pembukaan dan penutupan dan syarat penggunaan lintasan rata suwa.

Lintasan rata kerja

98. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana jalan atau jalan kecil yang dilintasi oleh suatu landasan kereta api sebagai suatu “lintasan rata kerja”.

(2) Bilamana suatu perisytiharan telah dibuat di bawah subseksyen (1), syarikat kereta api itu hendaklah mengadakan di lintasan rata kerja itu, get atau sawar yang merintangi jalan atau jalan kecil itu, yang—

(a) tidak boleh ditutup merintangi landasan kereta api itu; dan
(b) hendaklah dikunci apabila tidak digunakan, yang kunci get atau sawar itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai kereta api.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), pendua bagi kunci get atau sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja boleh diamanahkan oleh pegawai kereta api itu kepada mana-mana orang yang kerap kali menggunakan lintasan rata kerja itu, dan kunci itu hendaklah dipegang simpan dan digunakan oleh orang itu bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.

(4) Syarikat kereta api itu boleh, dari semasa ke semasa, menentukan waktu yang sesuai bagi pembukaan get dan sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja, dan get atau sawar itu hendaklah dibuka hanya oleh pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan pada masa yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.

(5) Seseorang, yang bukan orang yang kepadanya kunci get atau sawar itu telah diamanahkan di bawah subseksyen (3), yang berhasrat untuk menggunakan suatu lintasan rata kerja di luar waktu yang ditentukan di bawah subseksyen (4), hendaklah memberi pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan, notis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian.

Pembuangan pokok yang berbahaya kepada atau menghalang pengerjaan kereta api

99. (1) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa pada bila-bila masa terdapat bahaya atau bahaya yang disyaki bahawa mana-mana pokok yang terdapat di atas tanah, selain tanah kereta api, mungkin—

(a) terjatuh ke atas suatu kereta api, atau di atas laluan mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu eletrik atau kuasa elektrik yang pengerjaannya dikawal keseluruhan atau sebahagiannya oleh suatu syarikat kereta api; atau
(b) menghalang, mengganggu, atau menyebabkan kerosakan kepada pembinaan atau pengerjaan yang sepatutnya suatu kereta api atau mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu atau kepada mana-mana tiang, struktur atau kelengkapan lain yang menopangkannya atau yang bersangkutan dengannya,

syarikat kereta api itu boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang, pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, akan menghindarkan bahaya itu atau menghapuskan halangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Jika suatu pokok menghalang atau mengganggu pemandangan mana-mana isyarat terpasang, suatu syarikat kereta api boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Apabila pokok yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) telah wujud sebelum kereta api itu dibina, atau wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu dibentangkan, atau tiang, struktur atau kelengkapan itu didirikan atau dipasang, atau isyarat itu dipasang, pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat kereta api itu kepada tuan punya atau penduduk tanah tempat terletaknya pokok itu.

(4) Bagi maksud seksyen ini, “pokok” termasuk tumbuhan yang kecil dan rendah.

Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadanan dengan kereta api

100. (1) Tuan punya atau penduduk mana-mana tanah hendaklah, sebelum menebang atau menebas mana-mana pokok atau hutan yang bersempadanan dengan suatu kereta api, terlebih dahulu memberikan notis bertulis tujuh hari kepada syarikat kereta api itu mengenai hasratnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi perlindungan kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya.

(2) Jika apa-apa kerosakan disebabkan kepada kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya, syarikat kereta api itu boleh, jika persetujuan tidak dicapai, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.

Bab 4
Lesen untuk mengendalikan kereta api dan pembukaan kereta api

Permohonan bagi lesen pengendali

101. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(2) Suatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.

(4) Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—

(a) sebab-sebab bagi syornya; dan
(b) apa-apa syarat yang pemohon sepatutnya dijadikan tertakluk kepadanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya mengeluarkan lesen pengendali itu.

(5) Menteri boleh setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu—

(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon apabila dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), jika suatu skim kereta api telah diluluskan mengikut Bahagian ini, syarikat kereta api yang mengemukakan skim kereta api itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat atau kehendak yang dikenakan oleh Menteri terhadap kelulusan itu, disifatkan sebagai seorang pemohon yang layak dan sesuai bagi maksud mengendalikan kereta api yang diluluskan di bawah skim kereta api itu, dan Menteri hendaklah, apabila permohonan dibuat oleh syarikat kereta api itu di bawah subseksyen (2), meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada syarikat kereta api itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(7) Tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan tempoh lesen pengendali itu dan syarat yang berikut boleh dikenakan pada lesen pengendali itu:

(a) jenis sistem kereta api dan perkhidmatan kereta api dan aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang akan dikendalikan atau diadakan oleh seorang pengendali berlesen;
(b) fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh seorang pengendali berlesen;
(c) tambang yang boleh dikenakan oleh seorang pengendali berlesen terhadap penumpang;
(d) tambang muatan yang boleh dikenakan oleh seorang pengendali berlesen berkenaan dengan pembawaan barangan;
(e) kewajipan tertentu seorang pengendali berlesen berkenaan dengan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan atau kemudahan yang diadakan olehnya; dan
(f) apa-apa perkara atau syarat lain yang difikirkan patut oleh Menteri.

(8) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(9) Pengeluaran suatu lesen pengendali kepada pemohon oleh Menteri di bawah seksyen ini tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau Kerajaan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran pemohon itu.

(10) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Notis mengenai pembukaan yang dicadangkan bagi kereta api

102. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang pengendali berlesen hendaklah, sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh yang dicadangkan bagi pembukaan suatu kereta api, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu notis bertulis mengenai hasratnya untuk membuka kereta api itu.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika difikirkannya patut atau apabila permohonan dibuat oleh seorang pengendali berlesen, mengurangkan tempoh yang dalamnya notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan atau mengetepikan notis itu.


Menteri hendaklah meluluskan pembukaan kereta api

103. (1) Tiada kereta api boleh dibuka tanpa kelulusan Menteri, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Menteri hanya boleh memberikan kelulusannya bagi pembukaan suatu kereta api setelah diterimanya suatu laporan bertulis daripada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa—

(a) dia telah membuat pemeriksaan cermat ke atas kereta api itu;
(b) berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja-kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stok kereta adalah seperti yang ditetapkan;
(c) kereta api itu dibekalkan secukupnya dengan stok kereta dan selainnya mematuhi skim kereta api yang diluluskan di bawah seksyen 84 atau 86, dan syarat atau kehendak yang dikenakan berkaitan dengannya; dan
(d) pada pendapatnya pembukaan kereta api itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barangan yang akan dibawa di atasnya.

(3) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis

(a) bagi apa-apa tambahan atau ubah suaian yang menjadi sebahagian daripada atau berkaitan secara langsung dengan suatu kereta api yang dibina selepas pemeriksaan yang mendahului pembukaan pertama kereta api itu;
(b) bagi apa-apa pembinaan semula yang menyentuh secara material sifat struktur mana-mana kereta api; dan
(c) bagi apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan yang lain yang dibuat kepada skim kereta api yang diluluskan di bawah seksyen 86, yang ditetapkan sebagai terpakai bagi maksud seksyen ini.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali

104. (1) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen melanggar, atau telah melanggar dan berkemungkinan akan melanggar sekali lagi, mana-mana syarat lesen pengendalinya atau mana-mana peruntukan Bahagian ini atau perundangan subsidiari yang dibuat berkaitan dengannya yang mengenakan obligasi, kewajipan atau tanggungjawab terhadapnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan suatu notis bertulis kepada pengendali berlesen itu yang menghendaki supaya ia mematuhi syarat atau peruntukan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat atau peruntukan yang disebut dalamnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu berserta apa-apa syor oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan syornya, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau pelanggaran yang dibimbangkan akan berlaku itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan akan menjejaskan kepentingan atau keselamatan orang awam, dan pengendali berlesen itu enggan atau tidak mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi maksud memastikan pematuhan dengan syarat atau peruntukan yang berkenaan, Menteri boleh membenarkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk memberi pengendali berlesen itu suatu notis bertulis yang menyatakan bahawa ia bercadang untuk membatalkan atau menggantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendalinya dan notis itu hendaklah juga menyenaraikan atau menyatakan—

(a) syarat lesen pengendali itu atau peruntukan yang dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan
(b) tempoh, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu dan apa-apa syor yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil apa-apa tindakan seterusnya.

(5) Sesuatu notis hendaklah diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusan Menteri dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

(6) Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen yang terdahulu, Menteri boleh, melalui notis bertulis, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
(b) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan perkhidmatan kereta api pengendali berlesen itu; atau
(c) jika ia berpuas hati bahawa kereta api yang digunakan

berkaitan dengan lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini, telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak akan membatalkan atau menggantung lesen pengendali melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi peluang kepada pengendali berlesen itu untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.

(7) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif dan tiada pampasan boleh kena dibayar kepada pengendali berlesen itu berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diambil secara sah terhadapnya di bawah seksyen ini.

(8) Jika suatu lesen pengendali—

(a) telah dibatalkan, lesen pengendali itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
(b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

(9) Seseorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen ini tidak boleh, dalam tempoh penggantungan itu, mengendalikan kereta api yang dibenarkan oleh lesen pengendali itu.

(10) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (8) atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pemeriksaan

105. Selepas suatu kereta api telah dibuka, kereta api itu hendaklah diperiksa oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa lat tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tao).

Kuasa untuk menutup kereta api setelah dibuka

106. (1) Jika selepas pemeriksaan suatu kereta api, orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa penggunaan kereta api itu mungkin akan menyebabkan bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barangan yang dibawa di atas kereta api itu, dia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tentang pendapatnya berserta dengan alasan bagi pendapatnya itu.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh sesudah itu mengarahkan supaya kereta api itu ditutup, atau dalam hal stok kereta, mengarahkan supaya stok kereta itu diberhentikan penggunaannya atau kereta api itu hanya digunakan atas apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi keselamatan orang awam atau barangan yang dibawa di atas kereta api itu.

Pembukaan semula kereta api selepas penutupan

107. (1) Sesuatu kereta api yang diarahkan supaya ditutup tidak boleh dibuka semula sehingga ia telah diperiksa oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan pembukaan semulanya telah diluluskan oleh Menteri.

(2) Sesuatu stok kereta yang diarahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 106 tidak boleh digunakan sehingga ia diperiksa dan diperakui sebagai layak untuk digunakan oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Menteri telah meluluskan penggunaannya.

Pembukaan semula landasan kereta api selepas penggantungan sementara

108. Apabila suatu kemalangan telah berlaku di atas suatu kereta api atau suatu landasan kereta api yang mengakibatkan penggantungan sementara lalu lintas, dan landasan kereta api atau kerja-kerja asal telah dipulihkan dengan segera kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, landasan kereta api dan kerja-kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a) bahawa pegawai kereta api yang dipertanggungkan bagi kerja-kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barangan yang dibawa di atas landasan kereta api itu; dan
(b) bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja itu atau pembukaan pelencongan sementara itu telah dihantar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Penalti am kerana tidak mematuhi Bab 4 Bahagian IV

109. Seseorang pengendali berlesen yang melanggar mana mana peruntukan Bab ini melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti khas diperuntukkan secara nyata dalam Bab ini, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan selepas suatu notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang menghendakinya supaya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan dalam notis itu telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

Bab 5
Kewajipan pengendali berlesen

Kewajipan pengendali berlesen

110. Menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen—

(a) untuk mengadakan perkhidmatan dan kemudahan kereta api yang dinyatakan dalam lesen pengendalinya ke takat yang perlu bagi pengendali berlesen itu memenuhi apa-apa standard prestasi yang ditetapkan; dan
(b) untuk membangunkan dan menyenggarakan suatu sistem kereta api yang cekap.

Standard prestasi

111. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengadaan perkhidmatan dan kemudahan kereta api yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh pengendali berlesen itu.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh—

(a) membuat peruntukan mengenai tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi; dan

(b) memperuntukkan mengenai hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.

Pengemukaan laporan, akaun, dsb.

112. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 207, seorang pengendali berlesen hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat segala maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—

(a) berkaitan dengan penjalanan oleh pengendali berlesen akan aktiviti berlesennya; atau
(b) adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seorang pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan oleh pengendali berlesen itu akan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen pengendali itu;
(b) kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung dan ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya; dan
(c) suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pengendali berlesen itu dan pekerjanya dan orang awam berkaitan dengan atau berhubungan dengan operasi kereta api itu.

(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan penyenggaraan terminal oleh pengendali berlesen yang dalam milikan atau di bawah kawalan pengendali berlesen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(i), termasuk kekerapan penyenggaraan terminal itu;
(b) apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pengendali berlesen itu;
(c) ramalannya mengenai penumpang atau barangan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
(d) rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang pengendali berlesen itu terikat untuk mengadakan di bawah syarat lesen pengendali itu.

(4) Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(5) Maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh seorang pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pengendali berlesen itu atau selainnya tidak akan berada dalam milikan pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang semunasabahnya pengendali berlesen boleh dikehendaki untuk mendapatkan atau mengumpulkannya.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seorang pengendali berlesen untuk melantik, dengan kos ditanggung oleh pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula mana-mana maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa jua cara tanggungan pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.

(7) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh, pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pengendali berlesen dan pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, dengan kos ditanggung olehnya sendiri, untuk membantu dan memudahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.

(8) Seorang pengendali berlesen yang—

(a) tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
(b) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan suatu audit di bawah seksyen ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah diberitahu mengenai apa-apa perubahan dalam kawalan pengendali berlesen, dsb.

113. (1) Menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a) apa-apa perubahan dalam kawalan pengendali berlesen itu;
(b) apa-apa pertikaian perindustrian antara pengendali berlesen itu dengan pekerjanya;
(c) apa-apa kejadian kebakaran dalam premisnya;
(d) apa-apa bencana alam semula jadi yang menjejaskannya;
(e) apa-apa celaan atau denda yang dikenakan terhadap pengendali berlesen itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(f) apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pengendali berlesen itu yang mungkin mengakibatkan kesan buruk terhadap keadaan kewangannya atau pada keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen pengendali itu.

(2) Bagi maksud perenggan (1)(a), “kawalan” berhubungan dengan seseorang pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pengendali berlesen itu.

(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan dari tarikh pengendali berlesen itu dikehendaki supaya mengemukakan maklumat di bawah subseksyen (1).

Kemudahan lalu lintas

114. Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah mengadakan segala kemudahan yang munasabah bagi menerima, menghantar dan menghantar serah lalu lintas di atas kereta api.

Bab 6
Lesen vokasional

Lesen vokasional bagi pemandu tren kereta api

115. (1) Tiada seorang pun boleh memandu sesuatu tren kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut pada mana-mana lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan pemegang mana-mana lesen vokasional hendaklah mematuhi semua syarat itu.

(3) Sesuatu lesen vokasional boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau digantung oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atas alasan bahawa, oleh sebab kelakuan atau ketidakupayaan fizikalnya, pemegang itu bukan seorang yang patut dan sesuai untuk memegang lesen itu atau sekiranya berlaku kemungkiran mana-mana syarat lesen vokasional itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan kemungkiran mana-mana syarat lesen vokasional itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(b) tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan selain alasan yang dinyatakan dalam perenggan (a), melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja orang yang mempunyai lesen vokasional

116. (1) Tiada pengendali berlesen di bawah Bahagian ini boleh mengambil kerja atau membenarkan mana-mana orang yang tidak memegang lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen 115 untuk memandu sesuatu tren kereta api.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bab 7
Tambang dan tambang muatan

Tambang

117. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang berhubung dengan perkhidmatan kereta api yang melebihi apa-apa kadar tambang yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 84, 86, 101 atau 120.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang berhubung dengan perkhidmatan kereta api, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4) Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan apa-apa tambang dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5) Tiada seorang pun boleh membuat perjalanan dengan kereta api tanpa terlebih dahulu membayar tambangnya dan mendapatkan tiket.

(6) Tiap-tiap orang yang bercadang untuk membuat perjalanan dengan kereta api hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberi suatu tiket yang menyatakan kelas koc kereta api atau penginapan yang baginya, stesen atau tempat yang darinya, dan stesen atau tempat yang kepadanya, tambang itu dibayar.

(7) Tiap-tiap orang yang membuat perjalanan dengan kereta api hendaklah, apabila dikehendaki untuk berbuat demikian, menunjukkan bukti pembayaran tambang kepada seorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang.

(8) Bagi maksud seksyen ini, “bukti pembayaran tambang” hendaklah termasuk tiket dan kad elektronik yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tambang atau apa-apa keterangan memuaskan yang lain mengenai pembayaran tambang sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty).

(9) Jika seseorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang berpuas hati bahawa mana-mana orang telah menggunakan kereta api tanpa membayar tambang yang sepatutnya bagi jarak yang dilaluinya atau jika mana-mana orang tidak mengemukakan atau menghantarserahkan bukti pembayaran tambang berlanggaran dengan subseksyen (7), dia boleh menghendaki orang itu supaya membayar—

(a) tambang bagi jarak yang dilaluinya; dan
(b) suatu caj khas, yang tidak melebihi apa-apa jumlah yang ditetapkan.

(10) Tambang dan caj khas itu hendaklah dibayar apabila dituntut kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang atau mengutip tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, pembayaran itu boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu melalui tindakan undang-undang.

(11) Jika apa-apa pertikaian berbangkit mengenai tambang yang dikira mengikut jarak, pertikaian itu boleh dirujukkan—

(a) pada mula-mulanya, kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memutuskan pertikaian itu;
(b) atas rayuan terhadap keputusan pegawai kereta api itu, kepada pegawai pengangkutan awam darat untuk memutuskan pertikaian itu, yang keputusannya adalah muktamad,

dan apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya atau pegawai pengangkutan awam darat itu, boleh diterima sebagai keterangan.

Tambang muatan

118. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang muatan berhubung dengan perkhidmatan kereta api yang melebihi apa-apa kadar tambang muatan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 84, 86, 101 atau 120.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang muatan berhubung dengan perkhidmatan kereta api, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang muatan bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4) Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan tambang muatan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Jadual waktu dan senarai tambang hendaklah ditampalkan di stesen kereta api

119. Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah menyimpan di tiap-tiap stesen kereta api suatu salinan jadual waktu yang berkuat kuasa pada masa itu pada kereta api dan suatu senarai tambang am yang boleh dikenakan untuk membuat perjalanan dari stesen kereta api itu, yang senarai itu ditampalkan di tiap-tiap tempat di mana tiket lazimnya dikeluarkan kepada penumpang di stesen kereta api itu, dan pengendali berlesen itu hendaklah membenarkan semua orang untuk memeriksa jadual waktu atau senarai tambang am itu dengan percuma pada setiap waktu yang munasabah.

Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan dalam struktur tambang yang sedia ada, dsb.

120. (1) Seseorang pengendali berlesen hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu memorandum bagi apa-apa perubahan dalam struktur tambang, tambang muatan atau caj yang sedia ada yang diluluskan di bawah seksyen 84, 86 atau 101, untuk kelulusan Menteri, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Apabila struktur tambang, tambang muatan atau caj yang baharu diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen (1), pengendali berlesen itu hendaklah dalam apa-apa tempoh yang tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum berkuat kuasanya tambang, tambang muatan atau caj yang baharu itu—

(a) menyiarkan struktur tambang, tambang muatan atau caj yang baharu itu dalam sekurang-kurangnya dua akhbar nasional, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan; dan
(b) memastikan bahawa struktur tambang, tambang muatan atau caj yang baharu itu ditampalkan untuk perhatian orang awam mengikut seksyen 119.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, membuat pemberitahuan yang perlu dalam Warta berkenaan dengan perubahan dalam struktur tambang, tambang muatan atau caj yang sedia ada.

Bab 8
Kesalahan khusus berhubungan dengan kereta api

Mabuk atau kemungkiran kewajipan oleh pegawai kereta api

121. Mana-mana pegawai kereta api yang—

(a) berada dalam keadaan mabuk semasa menunaikan apa-apa kewajipannya; atau
(b) enggan atau abai untuk melaksanakan kewajipannya atau melaksanakan kewajipannya dengan cara yang tidak wajar, jika kewajipannya adalah sedemikian sehingga keadaan mabuk atau keengganan, pengabaian atau pelaksanaan tidak wajar kewajipannya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkemungkinan akan membahayakan keselamatan mana-mana orang atau barangan yang dibawa di atas kereta api, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penggunaan tidak wajar alat isyarat kecemasan

122. Mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan tren kereta api itu dalam hal kecemasan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Mengalihkan, dsb., tonggak, pancang atau tanda lain

123. Mana-mana orang yang mengalihkan, mencacatkan atau dengan apa jua cara mengganggu mana-mana tonggak, pancang atau tanda lain yang diletakkan oleh atau bagi maksud seseorang pengendali berlesen di sepanjang landasan kereta api atau bersempadanan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Memasuki atau meninggalkan koc kereta api secara luar aturan

124. Mana-mana orang yang—

(a) pada bila-bila masa memasuki atau meninggalkan atau cuba untuk memasuki atau meninggalkan mana-mana koc kereta api selain dengan menggunakan pintu yang disediakan bagi maksud itu di sisi koc kereta api itu yang bersebelahan dengan platform atau tempat seumpama yang lain yang ditentukan oleh pengendali berlesen sebagai tempat untuk orang memasuki atau meninggalkan suatu koc kereta api; atau
(b) membuka mana-mana pintu luar mana-mana koc kereta api sedemikian semasa ia sedang bergerak,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Menahan masuk, dan memasuki dan enggan meninggalkan tren yang penuh

125. Mana-mana penumpang yang—

(a) menahan kemasukan sah penumpang lain ke dalam suatu koc kereta api atau sebahagian koc kereta api yang tidak dikhaskan oleh pengendali berlesen bagi kegunaan penumpang yang menahan itu;
(b) selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam suatu tren kereta api oleh seorang pegawai kereta api, oleh sebab tren kereta api itu penuh, namun berkeras untuk memasuki atau cuba untuk memasuki tren kereta api itu; atau
(c) setelah menaiki suatu tren kereta api di mana-mana tempat dan setelah diminta oleh seorang pegawai kereta api, oleh sebab tren kereta api itu penuh, supaya meninggalkan tren kereta api itu sebelum tren kereta api itu meninggalkan tempat itu, tidak mematuhi permintaan itu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, sebagai tambahan, boleh dikeluarkan dari tren kereta api itu oleh mana-mana pegawai kereta api.

Menceroboh kereta api atau premis kereta api

126. Mana-mana orang yang menceroboh suatu kereta api atau mana-mana premis kereta api melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan untuk meninggalkan kereta api atau premis kereta api itu apabila diminta untuk berbuat demikian oleh pegawai kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta dari kereta api atau premis kereta api itu.

Memandu apa-apa kenderaan atau menghalau mana-mana haiwan ke atas atau melintasi landasan kereta api

127. Mana-mana orang yang dengan sengaja menunggang, membawa, atau memandu atau menghalau ke atas atau melintasi suatu landasan kereta api apa-apa kenderaan atau haiwan, kecuali apabila secara langsung melintasi landasan kereta api di mana-mana jalan atau tempat yang ditentukan bagi maksud itu pada masa yang dia boleh berbuat demikian dengan sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan itu.

Kerosakan, sama ada dengan sengaja atau cuai, dsb.

128. (1) Mana-mana orang yang—

(a) dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan mana-mana kereta api, premis kereta api atau mana-mana harta yang dipunyai oleh seorang pengendali berlesen;
(b) mengalihkan pasir, batu, tanah atau apa-apa bahan atau benda lain dari tebing, jambatan, pembetung, tembok penahan, landasan kereta api atau mana-mana harta lain yang dipunyai oleh seorang pengendali berlesen; atau
(c) menebang balak mengikut cara yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatan tren kereta api yang lalu atau mana-mana orang atau barangan yang berada di dalam atau di atas tren itu, atau akan menyebabkan kerosakan pada landasan kereta api,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang mengikat dawai bagi pagar dawai yang bersangkutan dengan suatu kereta api, memecahkan atau memusnahkan mana-mana pagar atau pagar hidup yang bersangkutan dengan suatu kereta api, atau melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau berkemungkinan akan merosakkan pagar atau pagar hidup sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang yang, dengan sengaja atau dengan cuai, melencongkan mana-mana anak sungai atau parit atau, melalui apa-apa cara menyebabkan air mengalir ke atas kereta api atau, menyebabkan kerosakan kepada kereta api mengikut apa-apa cara melalui air, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4) Mana-mana orang yang, mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan kepada seorang pengendali berlesen batu bata, batu kerikil, balak, bahan api, atau apa-apa bahan lain, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan kepada pengendali berlesen itu bahan sedemikian, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tidak selamat dan tidak cermat atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dari landasan kereta api dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(ii), sehingga keselamatan tren kereta api yang lalu atau mana-mana orang atau barangan di dalam atau di atas tren itu terjejas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Membuka atau tidak menutup get dengan betul

129. Jika—

(a) mana-mana orang, tanpa kebenaran atau pengetahuan seorang pegawai kereta api, membuka atau cuba untuk membuka mana-mana get yang diletakkan di mana-mana belah mana-mana landasan kereta api yang merintangi suatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa atau cuba untuk memandu atau membawa, mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain melintasi landasan kereta api itu; atau
(b) mana-mana orang yang menurut subseksyen 98(3) tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, mengunci get itu seperti yang disebut terdahulu sebaik selepas dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu,


dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Menghalang atau cuba untuk menghalang kereta api dengan niat jahat

130. Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang—

(a) meletakkan, melemparkan atau menyebabkan terjatuh ke arah, di atas atau merintangi suatu kereta api apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain;
(b) mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau bahan atau benda lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
(c) memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan mana-mana poin kereta api atau jentera lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
(d) menggerakkan mana-mana bahagian stok kereta di atas suatu landasan kereta api atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan kereta api;
(e) membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan mana-mana isyarat atau lampu di atas atau berdekatan dengan suatu kereta api; atau
(f) melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubung dengan suatu kereta api,

dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan akan, menghalang pengerjaan kereta api itu, atau membahayakan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau berada di atas kereta api atau barangan yang dibawa di atas kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Gerak isyarat atau isyarat yang menyebabkan kereta api berhenti

131. Jika mana-mana orang yang bukan seorang pegawai kereta api, tanpa alasan yang munasabah, dengan membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa isyarat atau selainnya, menyebabkan kereta api yang sedang bergerak untuk berhenti, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Mencederakan atau cuba untuk mencederakan dengan niat jahat orang, dsb., yang membuat perjalanan dengan kereta api

132. Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stok kereta yang menjadi sebahagian daripada suatu tren kereta api dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, akan membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas, atau barangan yang dibawa di dalam, stok kereta sedemikian atau di dalam atau di atas mana-mana stok kereta lain yang menjadi sebahagian daripada kereta api yang sama, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Bab 9
Pelbagai: peruntukan penguatkuasaan khusus, dsb.

Penalti am bagi kemungkiran Bahagian IV, kecuali Bab 4, dan perundangan subsidiari

133. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Bahagian ini, kecuali Bab 4, atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan peruntukan itu melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti khas diperuntukkan dengan nyata dalam Bahagian ini, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Lien bagi tambang, tambang muatan dan caj lain

134. (1) Jika, atas permintaan yang dibuat oleh atau bagi pihak seseorang pengendali berlesen, mana-mana orang tidak membayar apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan oleh pengendali berlesen itu daripadanya berkenaan dengan apa-apa barangan, sama ada jumlah wang itu kena dibayar bagi pengangkutan, pengendalian, penstoran, demuraj, atau caj lain, atau sebagai pembayaran balik apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengendali berlesen atau apa-apa jumlah wang lain walau bagaimana sekalipun ia berbangkit, pengendali berlesen itu boleh menahan keseluruhan atau mana-mana barangan itu atau, jika barangan itu telah dialihkan dari premis kereta api itu, mana-mana barangan lain orang itu yang ketika itu atau selepas itu berada dalam milikan pengendali berlesen itu.

(2) Apabila mana-mana barangan telah ditahan di bawah subseksyen (1), pengendali berlesen itu boleh—

(a) dalam hal barangan yang cepat rosak, menjual barangan itu dengan serta-merta melalui lelong awam atau perjanjian persendirian sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat; atau
(b) dalam hal barangan lain, menjual melalui lelong awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelong yang dicadangkan itu yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan atau lebih, apa-apa kuantiti barangan yang mencukupi bagi mendapatkan kembali jumlah wang yang kena dibayar atau boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan itu, notis dan jualan, termasuk, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberikan makan, minuman dan menjaga haiwan itu.

(3) Pengendali berlesen boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada dan yang boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barangan yang masih tidak dijual kepada orang yang berhak kepadanya.

(4) Jika orang yang berhak kepada barangan itu tidak mengalihkan dari premis kereta api itu, dalam masa yang munasabah, mana-mana barangan yang masih tidak dijual itu, pengendali berlesen itu boleh menjual keseluruhan barangan itu dan hendaklah, selepas menolak perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya dan jualan barangan itu, memberikan lebihan hasil itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(5) Orang yang berhak untuk mengalihkan barangan itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi pengendali berlesen itu suatu jumlah wang yang bersamaan dengan kos, caj dan perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya barangan itu dari tarikh jualan di bawah subseksyen (2) sehingga tarikh pengalihan.

(6) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pengendali berlesen boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.

(7) Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.

Pelupusan barangan yang tidak dituntut

135. (1) Apabila mana-mana barangan berada dalam milikan seorang pengendali berlesen untuk pengangkutan atau selainnya, dan tidak dituntut oleh pemunya atau orang lain yang ternyata kepada pengendali berlesen itu sebagai berhak kepadanya, pengendali berlesen itu hendaklah, jika pemunya atau orang itu diketahui, menyebabkan suatu notis disampaikan kepadanya yang menghendakinya untuk mengalihkan barangan itu.

(2) Jika pemunya atau orang itu tidak diketahui, atau notis itu tidak dapat disampaikan kepadanya, atau dia tidak mematuhi notis itu, pengendali berlesen itu boleh, selepas tempoh masa yang munasabah, menjual barangan itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 134 dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.

Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barangan

136. (1) Pemunya atau orang yang menjaga mana-mana barangan yang dihantarserahkan kepada seorang pengendali berlesen bagi maksud pengangkutan, dan konsaini mana-mana barangan yang telah diangkut, hendaklah, atas permintaan mana-mana pegawai kereta api yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pengendali berlesen, menghantarserahkan kepada pegawai itu suatu akuan bertulis yang ditandatangani oleh pemunya atau orang itu, atau oleh konsaini itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengandungi perihalan secukupnya mengenai barangan itu bagi menentukan kadar yang berhak dikenakan oleh pengendali berlesen itu berkenaan dengannya.

(2) Jika pemunya, orang, atau konsaini itu enggan atau abai untuk memberikan akuan sedemikian atau enggan untuk membuka bungkusan yang mengandungi barangan itu supaya perihalan barangan itu boleh ditentukan, pengendali berlesen itu boleh—

(a) berkenaan dengan barangan yang dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan untuk membawa barangan itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan; atau
(b) berkenaan dengan barangan yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.

(3) Jika suatu akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1) adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan apa-apa barangan yang akuan itu berupa berhubungan dengannya, dan yang telah diangkut, pengendali berlesen itu boleh mengenakan caj, berkenaan dengan pengangkutan barangan itu, pada suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan.

(4) Jika apa-apa perselisihan berbangkit antara seorang pegawai kereta api dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau konsaini, mana-mana barangan yang telah dihantarserahkan untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barangan itu yang menjadi hal perkara akuan di bawah seksyen ini, pegawai kereta api itu boleh menahan dan memeriksa barangan itu.

(5) Jika ternyata daripada pemeriksaan bahawa perihalan barangan itu adalah berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1), orang yang menghantarserahkan akuan itu atau, jika orang itu bukan pemunya barangan itu, maka orang itu dan pemunya itu secara bersesama dan berasingan, adalah bertanggungan untuk membayar kepada pengendali berlesen itu kos penahanan dan pemeriksaan barangan itu, dan pengendali berlesen itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan itu.

(6) Jika ternyata bahawa perihalan barangan itu tidak berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1), pengendali berlesen itu hendaklah membayar kos penahanan dan pemeriksaan itu, dan bertanggungjawab kepada pemunya barangan itu bagi apa-apa kerugian yang disebut terdahulu.

(7) Mana-mana orang yang terjejas secara mudarat oleh subseksyen (3) atau (5) boleh, melainkan jika dia sebelum itu telah mengakui kebertanggungannya, dalam tempoh tujuh hari dari pembuatan suatu tuntutan oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu di bawah mana-mana subseksyen yang terdahulu, menghendaki, melalui notis bertulis, pengendali berlesen itu untuk mendapatkan kembali tuntutan itu melalui guaman atau tindakan, dan sehingga penamatan guaman atau tindakan itu, hak pengendali berlesen itu untuk mendapatkan kembali tuntutan itu melalui jualan dan penahanan hasilnya mengikut cara yang dinyatakan di bawah seksyen ini adalah tergantung.

(8) Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.

Kuasa kemasukan

137. Tanpa menjejaskan seksyen 103, 216 dan 217, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat boleh memasuki mana-mana kereta api atau premis kereta api untuk memeriksa dan meneliti keadaan kereta api atau premis kereta api itu.

Penyelesaian perselisihan antara pengendali berlesen berkenaan penjalanan lalu lintas bersama

138. Jika dua pengendali berlesen atau lebih yang kereta api masing-masing mempunyai suatu perhentian penghabisan yang sama atau suatu bahagian daripada jalan perhubungan kereta api yang sama, tidak dapat bersetuju tentang perkiraan bagi menjalankan, di perhentian penghabisan yang sama atau di tempat persimpangan di antaranya, keselamatan lalu lintas bersama mereka, maka Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, atas permohonan salah satu atau mana-mana pengendali berlesen itu, boleh memutuskan perkara yang dipertikaikan oleh mereka, setakat yang perkara itu adalah berhubung dengan keselamatan orang awam, dan boleh menentukan sama ada keseluruhan atau sekian kadar perbelanjaan yang terlibat dalam perkiraan itu hendaklah ditanggung oleh salah satu atau mana-mana pengendali berlesen itu masing-masing.

Kuasa khas semasa darurat

139. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang menimbulkan darurat atau demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, memberi Menteri kuasa untuk—

(a) mengambil milikan sementara mana-mana kereta api, perkhidmatan kereta api, premis atau kemudahan kereta api yang diadakan, disenggarakan atau dikerjakan oleh seseorang pengendali berlesen;
(b) menarik balik, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, penggunaan mana-mana perkhidmatan kereta api, premis atau kemudahan kereta api daripada mana-mana orang atau kelas orang atau daripada orang awam pada umumnya.

(2) Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai kewujudan suatu darurat atau sama ada apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai hal itu.

(3) Jika Kerajaan mengambil milikan sementara mana-mana kereta api, perkhidmatan kereta api atau, premis atau kemudahan kereta api di bawah perenggan (1)(a), pampasan yang memadai hendaklah dibayar oleh Kerajaan, apabila Kerajaan berpuas hati bahawa kejadian yang disebut dalam subseksyen (1) tidak disebabkan atau disumbangkan dengan apa-apa cara oleh pengendali berlesen itu.

Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta kereta api

140. (1) Tiada satu pun stok kereta, jentera, loji, alat, kelengkapan, bahan atau harta benda yang digunakan atau diadakan oleh seseorang pengendali berlesen bagi maksud lalu lintas di atas kereta api yang dikendalikan olehnya, atau bagi maksud stesen atau bengkelnya, boleh diambil untuk pelaksanaan apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau orang yang menurut undang-undang mempunyai kuasa untuk menahan atau merampas harta atau selainnya menyebabkan harta diambil untuk pelaksanaan, melainkan jika melalui perintah atau arahan mahkamah menurut perenggan 194(1)(b).

(2) Tiada apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyentuh kuasa mana-mana mahkamah untuk menahan pendapatan seorang pengendali berlesen untuk pelaksanaan suatu penghakiman atau perintah.

Kewajipan di sisi undang-undang pegawai kereta api

141. Tiap-tiap pegawai kereta api adalah terikat di sisi undang-undang untuk melakukan segala jua yang perlu atau kondusif bagi keselamatan orang awam, dan tiap-tiap pegawai kereta api sedemikian adalah dilarang di sisi undang-undang daripada melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan akan menyebabkan bahaya.

Penangkapan pesalah

142. Mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang berhubungan dengan kereta api boleh ditangkap, tanpa waran, oleh mana-mana pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat, atau oleh mana-mana orang lain yang mungkin dipanggil oleh pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat itu untuk membantunya, dan tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, dibawa ke balai polis yang paling hampir untuk diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai kereta api tidak boleh melakukan apa-apa tangkapan sedemikian di luar premis kereta api.

Pengendali berlesen bukan pengangkut awam

143. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang pengendali berlesen tidak boleh disifatkan sebagai pengangkut awam atau tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengangkut awam.

Bahagian V
PENYEPADUAN

Penyepaduan pengangkutan awam darat

144. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, untuk memudahkan dan membolehkan penyepaduan dan koordinasi pengangkutan awam darat, mengenakan terhadap mana-mana pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan apa-apa syarat pada lesen atau lesen pengendalinya yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk suatu syarat yang menghendaki penyepaduan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang lain.

Bahagian Va
PEREDARAN ANTARABANGSA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa

144A. (1) Bagi maksud melaksanakan mana mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana pengangkutan awam darat, Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a) mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain untuk mana-mana pengangkutan awam darat yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;
(b) mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain untuk mana-mana pengangkutan awam darat yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yan bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;
(c) mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi pengangkutan awam darat yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah—
(i) takat, jam, kekerapan dan jalan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;
(ii) jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap pengangkutan awam darat; dan
(iii) akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan
(d) menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.

Bahagian VI
KEMALANGAN, SIASATAN DAN PENYIASATAN

Bab 1
Kemalangan yang melibatkan kereta api

Notis mengenai kemalangan hendaklah diberikan

145. (1) Apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan kereta api—

(a) pegawai kereta api yang menjaga suatu stesen kereta api yang paling hampir dengan tempat berlakunya kemalangan itu, hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, memberikan notis mengenai kemalangan itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga balai polis yang paling hampir; dan
(b) pengendali berlesen itu hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, menghantar suatu notis bertulis mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Notis itu hendaklah mengandungi pernyataan ringkas mengenai sifat kemalangan itu dan takat kecederaan atau kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan itu.

Siasatan

146. (1) Pengendali berlesen hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas berlakunya suatu kemalangan, menyebabkan suatu siasatan dibuat oleh suatu jawatankuasa pegawai pengendali berlesen itu yang ditubuhkan untuk menyiasat sebab kemalangan itu, tetapi dalam hal tidak terdapat keraguan yang munasabah mengenai sebab kemalangan itu atau pengendali berlesen itu menerima segala tanggungjawab, siasatan itu tidak perlu diadakan.

(2) Pengendali berlesen hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu laporan tentang kemalangan itu dan laporan itu hendaklah menyatakan tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh pengendali berlesen itu berkenaan dengan pegawai kereta api yang bertanggungjawab bagi kemalangan itu atau bagi penyemakan kaedah-kaedah atau sistem bekerja dan, jika suatu siasatan telah diadakan di bawah subseksyen (1), suatu laporan tentang siasatan itu.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika ia tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2), membentuk suatu jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat sebab kemalangan itu.

(4) Bagi maksud siasatan itu, jawatankuasa penyiasatan boleh memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberikan keterangan atas sumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya yang berhubung dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.

(5) Seseorang yang di bawah subseksyen (4)—

(a) setelah dipanggil untuk menghadiri apa-apa siasatan sedemikian, tidak berbuat demikian;
(b) menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggota jawatankuasa itu semasa suatu siasatan; atau
(c) setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu untuk memberikan keterangan atas sumpah atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan untuk berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan suatu dokumen atau apa-apa benda lain yang diketahuinya adalah palsu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(6) Jawatankuasa penyiasatan itu hendaklah, apabila selesainya siasatan itu, mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan laporan itu hendaklah menyatakan pendapat jawatankuasa itu tentang sebab kemalangan itu dan butir-butir lengkap mengenai kes itu.

Menteri boleh memerintahkan siasatan

147. (1) Menteri boleh memerintahkan supaya suatu siasatan tentang sebab apa-apa kemalangan yang melibatkan suatu kereta api dibuat oleh mana-mana orang yang ditentukan dalam perintah itu.

(2) Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud siasatan itu, segala kuasa berkanun dan kuasa lain yang pada masa itu terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu untuk menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.

(3) Orang yang mengadakan siasatan itu hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap mengenai kes itu.

Erti “kemalangan”

148. Bagi maksud seksyen 145, 146 dan 147, “kemalangan” ertinya suatu kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa manusia atau cedera parah kepada mana-mana orang awam, penumpang kereta api atau orang yang terlibat dalam pengerjaan atau pemanduan tren kereta api atau yang melibatkan kerosakan teruk kepada barangan yang dibawa di atas kereta api atau harta atau suatu kemalangan daripada sekian perihalan yang biasanya melibatkan kehilangan, kecederaan atau kerosakan sedemikian.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubungan dengan notis kemalangan, dsb.

149. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan—

(a) bentuk notis yang disebut dalam seksyen 145 dan butir-butir kemalangan yang hendaklah terkandung dalam notis itu;
(b) kelas kemalangan yang berkenaan dengannya suatu notis hendaklah dihantar melalui apa-apa bentuk telekomunikasi sebaik selepas berlakunya kemalangan;
(c) kewajipan pegawai polis, pegawai kereta api atau pegawai pengangkutan awam darat apabila berlakunya suatu kemalangan; dan
(d) tatacara bagi apa-apa siasatan ke atas suatu kemalangan.

Pengemukaan penyata kemalangan

150. Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah menghantar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu penyata mengenai kemalangan yang berlaku berkaitan dengan kereta api yang dikendalikan olehnya, sama ada yang melibatkan kecederaan diri atau tidak, dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa lat tempoh atau masa yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Penalti kerana tidak mematuhi seksyen 145

151. (1) Seseorang pegawai kereta api yang menjaga suatu stesen kereta api yang tidak memberikan apa-apa notis mengenai suatu kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 145(1)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang pengendali berlesen yang tidak memberikan notis mengenai suatu kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 145(1)(b) hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu jumlah wang sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kemungkiran itu berterusan.

Penalti kerana tidak mematuhi seksyen 150

152. Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi seksyen 150 hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu jumlah wang sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama keingkaran itu berterusan selepas hari keempat belas dari tarikh yang dinyatakan bagi pengemukaan penyata itu.

Pemeriksaan perubatan wajib bagi orang yang tercedera dalam kemalangan kereta api

153. Apabila mana-mana orang yang tercedera dalam suatu kemalangan di atas suatu kereta api menuntut pampasan oleh sebab kecederaan itu, mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas perkara sedemikian boleh memerintahkan supaya orang yang tercedera itu diperiksa oleh seorang pengamal perubatan yang berkelayakan sewajarnya yang bukan seorang saksi bagi mana-mana pihak, dan boleh membuat apa-apa perintah berkenaan dengan kos pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Bab 2
Siasatan

Siasatan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

154. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, sebagai respons kepada suatu arahan Menteri, mengadakan suatu siasatan ke atas apa-apa perkara yang bersifat am yang berhubung dengan pentadbiran Akta ini, selain suatu siasatan di bawah seksyen 146 atau 147.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengadakan suatu siasatan ke atas apa-apa perkara, selain suatu siasatan di bawah seksyen 146 atau 147—

(a) sebagai respons kepada permintaan bertulis daripada seseorang; atau
(b) atas inisiatifnya sendiri,

hanya jika ia berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang ketara sama ada kepada orang awam atau kepada pengendali berlesen semasa atau bakal pengendali berlesen di bawah Akta ini.

Penjalanan siasatan

155. (1) Sesuatu siasatan di bawah Bab ini hendaklah dijalankan sebagaimana dan apabila difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menggabungkan dua siasatan atau lebih dalam satu siasatan.

(3) Semua siasatan adalah terbuka kepada orang awam.

Penyiaran notis siasatan

156. (1) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat diarahkan oleh Menteri supaya mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 154(1) atau memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 154(2), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiarkan, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai, suatu notis mengenai perkara yang berikut:

(a) hakikat bahawa ia mengadakan siasatan itu;
(b) tempoh siasatan itu akan diadakan;
(c) jenis perkara yang dengannya siasatan itu adalah berhubungan;
(d) tempoh sekurang-kurangnya empat puluh lima hari yang dalamnya, dan bentuk yang dengannya, orang awam dipelawa untuk membuat penghujahan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengenai perkara itu;
(e) perkara yang diinginkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat supaya diliputi oleh penghujahan itu; dan
(f) alamat atau alamat-alamat tempat penghujahan itu boleh dihantar.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak dikehendaki untuk menyiarkan suatu notis mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) pada masa yang sama atau mengikut cara yang sama.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4) Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah mengikut bentuk dan jenis yang dinyatakan dalam notis itu.

Siasatan tertutup dan bahan rahsia

157. (1) Walau apa pun subseksyen 155(3), suatu siasatan atau sebahagian daripada suatu siasatan boleh dijalankan secara tertutup jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa—

(a) sesuatu dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin berbangkit semasa siasatan awam itu atau sebahagian daripada siasatan itu adalah bersifat rahsia; atau
(b) siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara itu tidak akan mendatangkan faedah kepada pentadbiran sewajarnya Akta ini jika siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu dibuka kepada orang awam.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengarahkan supaya semua keterangan, dokumen atau bahan lain yang bersifat rahsia yang dikemukakan pada suatu siasatan awam tidak disiarkan atau dizahirkan oleh mana-mana orang atau, bahawa penyiaran atau penzahiran keterangan, dokumen atau bahan sedemikian oleh mana-mana orang hendaklah disekat.

(3) Jika suatu siasatan atau sebahagian daripada suatu siasatan berlangsung secara tertutup, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir pada siasatan itu atau sebahagian daripada siasatan itu.

Laporan mengenai siasatan awam

158. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiarkan suatu laporan mengenai dapatannya berkenaan dengan apa-apa siasatan awam yang dijalankan olehnya.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiarkan laporan itu dalam masa enam puluh hari dari tamatnya siasatan awam itu.


(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh memasukkan dalam laporan itu apa-apa dokumen, maklumat atau bahan—

(a) yang bersifat rahsia;
(b) yang penzahirannya mungkin menjejaskan perbicaraan adil seseorang;
(c) yang mungkin melibatkan penzahiran yang tidak munasabah mengenai maklumat peribadi mana-mana individu, termasuklah individu yang telah mati; atau
(d) yang tertakluk kepada suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 157.

Perlindungan daripada tindakan sivil

159. Tiada prosiding sivil boleh diambil terhadap seseorang berkenaan dengan apa jua jenis kerugian, kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh seorang lain disebabkan oleh mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan dengan suci hati:

(a) pembuatan suatu permintaan untuk mengadakan suatu siasatan di bawah seksyen 154; atau
(b) pembuatan suatu pernyataan kepada, atau pemberian suatu dokumen atau maklumat kepada, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berhubung dengan suatu siasatan di bawah Bab ini.

Daftar laporan

160. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan sesuatu daftar mengenai semua laporan yang dibuat menurut suatu siasatan di bawah Bab ini mengikut seksyen 249.

Bab 3
Penyiasatan

Penyiasatan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

161. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiasat apa-apa perkara mengenai pentadbiran Akta ini jika—

(a) Menteri mengarahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat supaya menjalankan suatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang telah dilakukan atau mungkin dilakukan; atau
(b) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah, sedang atau akan dilakukan.

Aduan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

162. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menjalankan suatu penyiasatan mengenai perkara yang disebut dalam seksyen 161 apabila diterima aduan bertulis daripada seseorang.

(2) Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat (disebut sebagai “responden”).

(3) Jika menjadi ternyata kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa—

(a) seseorang berhasrat untuk membuat suatu aduan; dan
(b) orang itu memerlukan bantuan untuk merumuskan aduan itu atau mengubahnya ke dalam bentuk bertulis,

menjadi kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memberikan bantuan yang sesuai kepada orang itu.

(4) Jika suatu aduan telah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menjalankan siasatan mengenai responden itu bagi maksud untuk memutuskan—

(a) sama ada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan; atau
(b) sama ada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat patut, mengikut budi bicaranya, menyiasat perkara itu.

(5) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memutuskan untuk tidak menyiasat, atau tidak menyiasat selanjutnya, suatu perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan, ia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memberitahu pengadu dan responden mengenai keputusan itu dan sebab bagi keputusan itu.

Penjalanan penyiasatan

163. (1) Sebelum memulakan sesuatu penyiasatan mengenai suatu perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberitahu responden bahawa perkara itu akan disiasat.

(2) Suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah dijalankan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, bagi maksud suatu penyiasatan, mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang yang difikirkannya patut.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (5), tidaklah perlu bagi seorang pengadu atau responden untuk diberi peluang untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkaitan dengan penyiasatan itu.

(5) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh, hasil daripada penyiasatan itu, membuat dapatan yang menentang seorang pengadu atau responden melainkan jika ia telah memberi pengadu atau responden itu peluang untuk membuat penghujahan mengenai perkara yang dengannya penyiasatan itu adalah berhubungan dalam tempoh masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pengadu atau responden itu di bawah subseksyen (5) sebelum membuat keputusannya.

Laporan tentang penyiasatan

164. (1) Selepas tamatnya suatu penyiasatan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyediakan dan memberikan suatu laporan kepada Menteri.

(2) Laporan di bawah subseksyen (1) hendaklah meliputi—

(a) penjalanan penyiasatan yang berkenaan;
(b) apa-apa dapatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hasil daripada penyiasatan itu;
(c) keterangan dan bahan lain yang berdasarkannya dapatan itu dibuat; dan
(d) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan atau, berbangkit daripada, penyiasatan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Penyiaran laporan

165. Menteri boleh mengarahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat supaya menyiarkan suatu laporan mengenai suatu penyiasatan jika Menteri berpuas hati bahawa penyiaran itu adalah perlu demi kepentingan negara atau awam.

Bahagian VII–(Dipotong oleh Akta A1574)

166–176. (Dipotong oleh Akta A1574).

Bahagian VIII
RAYUAN

Rayuan kepada Menteri

177. (1) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berhubung dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen boleh merayu kepada Menteri.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tidak ada hak rayuan oleh mana-mana orang jika permohonan di bawah Akta ini ditolak di bawah subseksyen 17(3), 37(3) atau 52(3).

(3) Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat disampaikan kepada orang itu.

Syor oleh jawatankuasa rayuan

178. (1) Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik suatu jawatankuasa rayuan untuk menimbangkan rayuan di bawah seksyen 12D, 27, 45 dan 62.

(2) Jawatankuasa rayuan hendaklah membuat syor kepada Menteri berhubung dengan rayuan yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Menteri hendaklah memberikan apa-apa pertimbangan yang difikirkannya patut mengenai syor jawatankuasa rayuan itu dalam mencapai keputusannya berhubung dengan rayuan itu.

Keputusan Menteri

179. Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat selepas menimbangkan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya

180. Walau apa pun seksyen 19, 39 dan 54, jika Menteri membenarkan rayuan secara penuh terhadap suatu perintah yang membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini, keesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan oleh suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak berkuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan dengan sewajarnya ke dalam lesen itu.

Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu menunggu rayuan

181. Jika apa-apa rayuan bagi permohonan yang ditolak di bawah Akta ini masih belum ditentukan atau diselesaikan oleh Menteri, seseorang tidak boleh membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini dan apa-apa lesen yang dikeluarkan dalam tempoh rayuan yang belum selesai itu hendaklah disifatkan tidak sah.

182–193. (Tiada seksyen 182–193).

Bahagian IX
PENGAMBILALIHAN KAWALAN

Tindakan oleh Menteri dalam hal keadaan tertentu

194. (1) Jika sesuatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen 9, 12D, 27, 45, 62 atau 104, dan Menteri berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan awam bagi apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu diteruskan—

(a) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperuntukkan bagi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwalnya dan menjalankan apa-apa bahagian perniagaan dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau bagi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada kumpulan wang dan harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu sebagai cagaran pertama ke atasnya;
(b) Menteri boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan harta, perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika ada, dan bagi semua perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang berdampingan, bersampingan atau berbangkit berhubung dengan pelantikan sedemikian yang, pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, adalah perlu atau suai manfaat.

(2) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan orang yang dilantik menurut perenggan (1)(a) atau (b) daripada peruntukan Bab 2 dan 2A Bahagian II, Bab 1, 2, 3 dan 4 Bahagian III dan Bab 4 dan 5 Bahagian IV.

(3) Suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh diubahsuaikan, dipinda, ditukar, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika adalah praktik atau adalah adil untuk berbuat demikian, secara ke belakang, melalui suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat seumpamanya oleh Menteri dan apa-apa perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat dampingan, sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat oleh Menteri.

Tindakan oleh Menteri berkenaan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan demi kepentingan negara

195. (1) Walau apa pun apa-apa jua peruntukan lain dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh, jika difikirkannya perlu demi kepentingan negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya—

(a) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;
(b) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau
(c) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana tindakan yang diarahkan dalam perenggan (a) atau (b) bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
(d) perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dengan diberi keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.

(2) Penentuan mengenai apa yang terjumlah kepada kepentingan negara hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang.

(3) Kuasa Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan hanya dengan kelulusan terdahulu Kerajaan Persekutuan.

(4) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut subseksyen (1) daripada peruntukan Bab 2 dan 2A Bahagian II, Bab 1, 2, 3 dan 4 Bahagian III dan Bab 4 dan 5 Bahagian IV. Peruntukan berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 194 atau 195

196. (1) Seseorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah perenggan 194(1)(a) atau 195(1)(c) hendaklah dilantik selama apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, tetapi tidak melebihi, dalam apa-apa hal, dua tahun, tetapi boleh dilantik semula oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan kelulusan Menteri bagi tiga tempoh berturut-turut yang lanjut yang tidak melebihi satu tahun bagi setiap tempoh, dan hendaklah dalam tempoh pelantikan atau pelantikan semula itu memegang jawatannya selama dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Terma dan syarat pelantikan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat dan kepada subseksyen (1), ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah mengikat pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berkenaan.

(3) Seseorang yang memegang apa-apa lantikan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dikenakan apa-apa obligasi atau tanggungan semata-mata oleh sebab dia memegang lantikan sedemikian.

(4) Jika seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 194(1)(b), semua kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya, termasuk saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah dibayar daripada aset pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dengan diberi keutamaan daripada segala tuntutan lain. Peruntukan berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah seksyen 194 atau 195

197. (1) Jika kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195, pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat itu dan pengarahnya, dan pegawai hendaklah menyerahkan harta, perniagaan dan hal ehwalnya kepada kawalan sedemikian, dan hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau, jika kawalan itu diambil alih oleh seorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat (disebut sebagai “orang dilantik”), kepada orang dilantik itu, segala kemudahan sedemikian yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2) Jika kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 194 atau 195, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal-ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atas nama dan bagi pihak pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah itu, sehingga masa apabila perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 194(4).

(3) Di sepanjang tempoh kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan menurut perintah di bawah seksyen 194 atau 195, hendaklah terletak hak pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, segala kuasa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, atau yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarikat atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya dengan cara apa sekalipun, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesukaran yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan bertulis.

(4) Dalam tempoh berkuat kuasanya suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195, tiada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, tiada syarikat atau pengarah, yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat atau mana-mana pengarah, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Dengan ini diisytiharkan bahawa suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195 tidak mempunyai kuat kuasa untuk memberikan atau meletakhakkan apa-apa hakmilik pada, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai apa-apa harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang dengannya perintah itu adalah berhubungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian X
KESALAHAN UMUM DAN PENALTI

Membawa dengan menyalahi undang-undang barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan

198. (1) Tiada seorang pun boleh membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke atas suatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, apa-apa barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan—

(a) daripada kelas atau jenis yang ditetapkan; dan
(b) kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat dibawah Akta ini berkenaan dengan pembawaan barangan yang berbahaya atau memudaratkan oleh kenderaan yang berkaitan atau kereta api.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau mana-mana perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan.

(3) Seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen boleh enggan untuk membawa apa-apa barangan atau bagasi yang disyaki mengandungi benda yang berbahaya sifatnya, dan boleh menghendaki supaya barangan atau bagasi itu dibuka.

(4) Dalam hal mana-mana barangan atau bagasi itu telah diterima oleh mana-mana pemegang lesen atau pengendali berlesen bagi maksud membawanya di atas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, mana-mana pekerja pemegang lesen atau pengendali berlesen itu boleh menghentikan penghantarannya sehingga dia berpuas hati tentang sifat kandungan barangan atau bagasi itu.

(5) Seseorang yang membawa atau mendepositkan atau menyebabkan supaya dibawa atau didepositkan mana-mana barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan di atas suatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Memasuki atau meninggalkan koc kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, dsb., semasa sedang bergerak atau membuat perjalanan di luar aturan

199. Mana-mana penumpang yang masuk ke dalam atau ke atas, atau cuba untuk masuk ke dalam atau ke atas, atau keluar atau cuba untuk keluar dari mana-mana koc kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan semasa koc atau kenderaan itu sedang bergerak, atau yang membuat perjalanan atau cuba untuk membuat perjalanan di atas atau di dalam mana-mana bahagian koc atau kenderaan yang bukan dimaksudkan bagi kegunaan penumpang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan itu.

Kelakuan tidak senonoh atau sumbang atau kacau ganggu

200. Mana-mana orang yang—

(a) berkelakuan mengikut cara yang tidak senonoh atau sumbang atau melakukan apa-apa kacau ganggu di suatu terminal atau di atas suatu koc kereta api, premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan; atau
(b) mengamang, menggalang atau menghalang seseorang pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen atau seorang pekerja pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu, termasuk seorang pegawai kereta api, daripada mengadakan perkhidmatan pengangkutan awam darat atau dalam pelaksanaan kewajipan pekerja sedemikian,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan sebagai tambahan, pesalah itu boleh dikeluarkan oleh pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu atau seorang pekerja pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu dari terminal, koc kereta api, premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan itu dan hendaklah, jika dia seorang penumpang, melucuthakkan tambangnya.

Perbuatan atau peninggalan sengaja yang membahayakan penumpang

201. Seseorang yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, atau dengan sengaja meninggalkan apa-apa perbuatan yang dia terikat di sisi undang-undang untuk melakukannya, dengan niat bahawa melalui perbuatan atau peninggalan itu untuk menyebabkan atau, dengan mengetahui bahawa dengan yang demikian dia berkemungkinan akan menyebabkan, keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan atau yang berada di atas kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan dibahayakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Perbuatan cuai

202. Seseorang yang dengan gopoh atau cuai, dan tanpa alasan yang sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan atau yang berada di atas suatu kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Larangan merokok

203. (1) Tiada seorang pun boleh menghisap apa-apa rokok atau keluaran tembakau di dalam atau di atas mana-mana kereta api atau premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Membuat pernyataan palsu, dsb.

204. (1) Jika mana-mana orang—

(a) bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan Akta ini pengeluaran apa-apa jenis atau perihalan lesen atau lesen pengendali bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali itu, atau bagi maksud menahan pengeluaran atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali sedemikian atau bagi mendapatkan apa-apa syarat atau batasan dikenakan berhubung dengan mana-mana lesen atau lesen pengendali itu, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(b) memberikan apa-apa butir berhubungan dengan suatu permohonan bagi pengeluaran suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(c) memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai maklum balas kepada permintaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah atau bagi maksud Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material; atau
(d) membuat apa-apa entri dalam suatu rekod, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dikeluarkan, disimpan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material,

dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa mana-mana permohonan, pernyataaan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, pernyataan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam mana-mana hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pengetahuan orang yang menandatangani, menghantarserahkan atau membekalkannya.

(3) Jika mana-mana orang—

(a) memalsukan, mengubah, mengganggu, merosakkan, mencacatkan, menggunakan atau meminjamkan kepada atau membenarkan untuk digunakan oleh mana-mana orang lain apa-apa isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa atau dipamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan, tren kereta api, lesen, lesen pengendali atau kemudahan atau terminal pengangkutan awam darat;
(b) membuat atau ada dalam milikannya apa-apa isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang begitu menyerupai mana-mana isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a) sehingga dikira akan memperdaya;
(c) mengubah apa-apa entri yang dibuat dalam suatu daftar, lesen, lesen pengendali atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;
(d) mempamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api, apa-apa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambahkan kepadanya, atau apa-apa tiruan lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa atau dipamerkan pada suatu kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api;
(e) mempamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api, apa-apa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang tidak sepatutnya berada pada kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api itu;
(f) menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod palsu yang dikehendaki supaya disenggarakan di bawah Akta ini; atau
(g) memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini,

dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daipada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi atau tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (d), dia tidak melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menjangkakan bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambahkan kepadanya, atau bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu adalah tiruan.

(4) Perenggan (3)(a) dan (b) hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan suatu dokumen yang menjadi keterangan tentang pelantikan seorang pegawai pengangkutan awam darat sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan suatu lesen atau lesen pengendali.

(5) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuk suatu lencana.

Memujuk atau mendesak

205. (1) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima untuk sewa atau upah untuk membawa penumpang atau berulang-alik untuk sewa atau upah, sama ada dilakukan oleh orang itu atau tidak, di mana-mana tempat awam atau kawasan sampingannya atau di sekitar tempat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu akan diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “tempat awam” termasuk semua bahagian dalam suatu lapangan terbang yang boleh dimasuki secara bebas oleh orang awam, mana-mana jalan, mana-mana terminal, atau mana-mana tempat yang telah diwartakan sebagai suatu perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam.

Penalti bagi fraud

206. Mana-mana orang yang—

(a) memfraud atau cuba untuk memfraud seorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kereta api, yang menghendaki supaya tambang dibayar dahulu sebelum perkhidmatan sedemikian disediakan—
(i) dengan membuat perjalanan atau cuba untuk membuat perjalanan di atas suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kereta api tanpa membayar tambangnya terlebih dahulu;
(ii) dengan menaiki dalam atau pada suatu pengangkut kereta api daripada kelas yang lebih tinggi daripada yang baginya dia telah membayar tambangnya; atau
(iii) dengan meneruskan perjalanannya dalam atau pada mana-mana kenderaan perkhidmatan awam atau pengangkut kereta api dengan melangkaui stesen yang baginya dia telah membayar tambangnya tanpa sebelumnya sama ada membayar tambang bagi jarak tambahan itu atau mendapatkan kebenaran daripada pemandu kenderaan perkhidmatan awam itu atau ketua stesen atau pengawal tren kereta api itu;
(b) dengan disedarinya dan dengan sengaja enggan atau abai untuk keluar dari kenderaan perkhidmatan awam atau pengangkut kereta api itu apabila sampai di stesen yang baginya dia telah membayar tambang;
(c) menyerahkan atau mendapat keuntungan daripada penyerahan keratan balik mana-mana tiket yang diperolehnya; atau
(d) dengan apa cara jua cuba mengelak untuk membayar tambangnya,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan itu.

Bahagian XI
KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT DAN PERUNTUKAN PENGUATKUASAAN

Bab 1
Kuasa mengumpulkan maklumat

Pemberian maklumat

207. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—

(a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
(b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat,

ia boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan orang itu—

(A) supaya memberi seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara dan dalam bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat sedemikian;
(B) supaya mengemukakan kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
(C) supaya membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
(D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
(E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa daripada pertubuhan atau badan itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk media elektronik; atau
(F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah membenarkan orang yang diarahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) tempoh masa yang munasabah untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang dinyatakan dalam notis itu.

(3) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Bukti pematuhan

208. Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa dipanggil secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk berbuat demikian, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat semua dokumen dan maklumat yang dipunyai oleh orang itu yang berhubungan dengan pematuhannya dengan mana-mana peruntukan Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara am atau berhubungan dengan apa-apa hal tertentu.

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memegang simpan dokumen

209. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengambil milikan dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu suatu dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang di bawah Bab ini.

(2) Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai salinan benar dokumen itu.

(3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui bagi dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

(4) Sehingga suatu salinan diperakui bagi dokumen itu dibekalkan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.

(5) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bolehlah mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan. Akses kepada rekod

210. (1) Seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis, membenarkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat mendapat akses kepada rekodnya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu—

(a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
(b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat.

(2) Seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Rekod yang tidak betul

211. Seseorang tidak boleh, dengan maksud untuk mematuhi sesuatu kehendak yang dikenakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl) berhubungan dengan penyimpanan rekod, membuat suatu rekod tentang apa-apa perkara atau benda dengan cara yang menyebabkan perkara atau benda itu direkodkan dengan tidak betul.

Rekod maklumat

212. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai semua maklumat atau dokumen yang diterima menurut suatu notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen 207(1).

(2) Suatu rekod yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tersedia kepada orang awam.

Penyiaran maklumat

213. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya semasa menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Bab ini.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu adalah berhubungan sebelum menyiarkan maklumat itu.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—

(a) berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
(b) akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuklah orang yang telah mati,

tetapi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah dalam apa-apa cara yang boleh menjejaskan atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.

Kesalahan kerana tidak patuh

214. Seseorang yang tidak mematuhi perintah Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengikut Bab ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bab 2
Kuasa penguatkuasa

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

215. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat di bawah Akta ini.

(2) Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dikehendaki dijalankan olehnya di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat

215A. (1) Menteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2) Pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk suatu kad pengenalan hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.

Kuasa penyiasatan

216. (1) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menyiasat aktiviti berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua pun dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai hak untuk hadir di tapak mana-mana kemalangan yang melibatkan suatu kereta api bagi maksud menyiasat kemalangan itu dan menyediakan suatu laporan penyiasatan dan syor untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis daripada apa-apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.

Kuasa menangkap

217. (1) Seseorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a) yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(b) yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

218. (1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, supaya apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan suatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan boleh didapati di mana-mana premis, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan, dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian, dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua boleh memberi kuasa kepada mana-mana mahkamah selain Mahkamah Tinggi untuk memberikan suatu waran untuk menggeledah bagi suatu barang pos, telegram atau dokumen lain yang berada dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—

(a) salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
(b) mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang menyiratkan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau
(c) mana-mana dokumen, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 219 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai kesalahan itu, dan ia boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5) Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.

(6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(7) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

219. Jika seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 218 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 218 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada data berkomputer

220. Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 218 dan 219 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya dan bagi maksud itu hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami.

Waran boleh diterima walaupun cacat

221. Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Senarai buku, dokumen, dsb., yang disita

222. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan disita menurut Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penggeledahan itu—

(a) hendaklah menyediakan—
(i) suatu senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
(ii) suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
(b) hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2) Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Jika premis itu tidak diduduki, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah menampalkan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelepasan buku, dokumen, dsb., yang disita

223. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 80, jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan telah disita di bawah Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan Persekutuan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.

(2) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

224. (1) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2) Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

225. (1) Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2) Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu:

Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.

(4) Pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, dicatatkan secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

226. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4) Tiada apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.

(5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—

(a) pembuatan; atau
(b) kandungan,

mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Pelucuthakan buku, dokumen, dsb., yang disita

227. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 80, mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita boleh dilucuthakkan.

(2) Suatu perintah bagi pelucuthakan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh memberi, sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis bertulis kepada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang dalam miliknya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dipegang bahawa dia menuntut buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu.

(5) Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya.

(6) Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(7) Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Kos bagi memegang buku, dokumen, dsb., yang disita

228. Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

229. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Kuasa tambahan

230. Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a) menghendaki pengemukaan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang disimpan oleh seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
(b) menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Bab 3
Kuasa penguatkuasaan pegawai polis, dsb.

Kuasa polis dalam penyiasatan

231. Tiap-tiap pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan kepada pegawai polis itu oleh Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah, dan peruntukan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa semasa penyiasatan itu.

Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

232. (1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dikatakan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat itu.

(2) Sesiapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan untuk memberikan maklumat di bawah seksyen ini, memberikan sebagai benar maklumat yang dia mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Jika apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripada maklumat itu telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.

Pegawai pengangkutan awam darat yang berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

233. (1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan awam darat, jika tidak berpakaian seragam apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan mana-mana dokumen yang menunjukkan identitinya itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk dibawa oleh seorang pegawai pengangkutan awam darat.

(2) Ia tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, yang tidak berpakaian seragam, jika pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila dikehendaki oleh orang itu.

Bab 4
Pelbagai

Halangan

234. Mana-mana orang yang—

(a) enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat akses kepada mana-mana premis yang pegawai sedemikian berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c) enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat apa-apa maklumat berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

235. (1) Menteri boleh menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun.

(2) Mana-mana orang yang berikut, iaitu—

(a) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat;
(b) Ketua Pegawai Polis, Pesuruhjaya Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi polis;
(c) Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
(d) Dato Bandar;
(e) Perbadanan Putrajaya; atau
(f) seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang diisytiharkan sebagai pihak berkuasa yang berkenaan di bawah perenggan (a) tafsiran “pihak berkuasa yang berkenaan” dalam seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan,


boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh dikompaun di bawah subseksyen (1) dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimumnya bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa lanjutan masa yang boleh diberikan oleh orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

(5) Amaun yang dibayar berhubung dengan suatu kesalahan yang dikompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam diberitahu tentang sabitan dan kompaun

236. (1) Apabila, semasa mana-mana prosiding yang membawa kepada sabitan, atau atas sabitan, mana-mana orang bagi apa jua kesalahan jenayah, sampai kepada pengetahuan mahkamah yang merekodkan sabitan itu bahawa orang itu (sama ada atau tidak orang itu memiliki suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini) ialah, atau telah menjadi, atau telah bertindak sebagai, pemandu, konduktor atau pemunya suatu kenderaan perkhidmatan awam atau pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, atau pemandu atau pemunya suatu kenderaan pelancongan, atau pemandu atau pemunya suatu kenderaan barangan atau pengendali perkhidmatan kenderaan barangan, atau pengendali suatu terminal, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan mengenai apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2) Jika mana-mana mahkamah mensabitkan seseorang bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 40 hingga 49 dan seksyen 69 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang yang disabitkan itu ialah pemegang suatu lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kenderaan barangan, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan apa-apa lesen atau lesen pengendali sedemikian, sekiranya butir-butir itu dapat dipastikan, kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika mana-mana pegawai telah mengkompaunkan suatu kesalahan menurut subseksyen 235(2), pegawai itu hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai kesalahan itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Mendapatkan kembali tambang, tambang muatan, caj khas, dsb.

237. (1) Apabila mana-mana orang disabitkan di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mengenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini, menentukan atau menilai amaun apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh orang itu kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan memerintahkan amaun itu dibayar oleh orang itu kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2) Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh menghalang untuk didapatkan kembali apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan melalui tuntutan sivil di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil.

Peruntukan tentang keterangan

238. (1) Sesuatu salinan lesen, lesen pengendali atau kelulusan, yang diperakukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai suatu salinan benar lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal salinan itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu atau salinannya.

(2) Apabila dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, lesen pengendali atau kelulusan, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan memperakukan bahawa seorang ialah, atau bukan, pemegang lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang diperakukan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi perakuan itu.

Anggapan

239. Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduh, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya—

(a) bahawa apa-apa pengangkutan penumpang di dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;
(b) bahawa apa-apa pembawaan barangan di dalam sesuatu kenderaan barangan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;
(c) bahawa penumpang yang dibawa di dalam—
(i) suatu kenderaan perkhidmatan awam dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
(ii) suatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka;
(iii) suatu kereta api dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
(d) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen vokasional di bawah Bab 6 Bahagian IV;
(e) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen jangka pendek atau lesen pengendali jangka pendek di bawah Bahagian III; atau
(f) bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Bahagian II, Bahagian III atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kebertanggungan pemunya berdaftar dan lain-lain berkenaan dengan kenderaan yang berkaitan

240. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya itu, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perbuatan atau peninggalan itu.

(2) Sekiranya berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan yang boleh menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini jika dilakukan oleh pemunya itu, pekhidmat, ejen atau pekongsi itu adalah juga bersalah atas kesalahan itu.

Pendakwaan

241. (1) Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

(2) Mana-mana pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan terhadap mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Majistret mempunyai bidang kuasa penuh

241A. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

242. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan perlakuan kesalahan itu.

(2) Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a) oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;
(b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Persubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

243. (1) Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2) Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau sebagai pelanjutan kepada perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Perlindungan pemberi maklumat

244. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah menurut Akta ini boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.

(2) Jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau bahan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang menamakan atau memperihalkan mana-mana pemberi maklumat dalamnya atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua entri sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3) Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan suatu siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Cara penyampaian dokumen

245. (1) Penyampaian mana-mana dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—

(a) dengan menghantar serah dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantar serah dokumen itu ke alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;
(b) dengan meninggalkan dokumen itu di alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaan orang itu dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu;
(c) dengan menghantarkan dokumen itu melalui pos berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat kediamannya yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaannya; atau
(d) dengan menghantarkan dokumen kepada orang itu secara elektronik.

(2) Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya disampaikan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan menggunakan perihalan “pemunya”, “perbadanan pengurusan” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut dan boleh disampaikan dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu dapat dihantar serah dengan usaha yang munasabah, dengan melekatkan dokumen di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di premis itu.

(3) Jika sesuatu dokumen diserahkan melalui pos dalam bentuk surat prabayar, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan pada hari yang berikutnya dokumen itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos.

(4) Jika seseorang yang diserahkan dokumen melalui pos dengan surat prabayar diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat prabayar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat prabayar itu, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan kepadanya pada tarikh ia dimaklumkan demikian.

Ketidaktepatan dalam dokumen

246. (1) Tiada kesilapan nama atau ketidaktepatan perihalan mana-mana orang, premis, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan sedemikian rupa dalam dokumen itu sehingga boleh dikenal pasti.

(2) Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurut kuasa Akta ini boleh menjadi tidak sah kerana ketidaktepatan bentuk.

Bahagian XII
AM

247. (Dipotong oleh Akta A1574).

248. (Dipotong oleh Akta A1574).

Daftar

249. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik mengenai semua perkara yang dikehendaki supaya didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang boleh, apabila dibayarnya fi yang ditetapkan—

(a) memeriksa daftar itu; dan
(b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.

(3) Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam bentuk elektronik, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—

(a) dengan menggunakan peranti pemprosesan data; atau
(b) melalui penghantaran elektronik.

Pengelakan kontrak

249A. Apa-apa kontrak bagi pengangkutan seorang penumpang di dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api hendaklah, setakat yang ia berupa sebagai menidakkan atau membataskan tanggungan mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin selainnya boleh dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan penumpang itu semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun dari kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu atau yang berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan mana-mana tanggungan sedemikian, adalah tidak sah.

Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

249B. Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh melalui peraturan-peraturan memberi kuasa kepada mana-mana orang, atas syarat yang disifatkannya layak, untuk menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta ini berkenaan dengan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, pelesenan kenderaan pelancongan, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barang, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan pembukaan kereta api, pengumpulan bayaran atau caj di bawah Akta ini.

Arahan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

250. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, mengenai pematuhan atau ketidakpatuhan mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali atau mana-mana peruntukan Akta ini, termasuk untuk meremedikan kemungkiran suatu syarat lesen atau lesen pengendali itu atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(2) Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.

(4) Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan dengan orang itu.

(5) Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang telah diberikan oleh orang itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengeluarkan suatu arahan menurut subseksyen (1) yang menghendaki orang itu supaya mengambil suatu tindakan yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali itu atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis mengenai arahannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu hendaklah dipatuhi.

(7) Suatu arahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8) Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam arahan itu.

(9) Arahan itu hendaklah habis tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam notis bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

(10) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

(11) Seseorang yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(12) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan mengikut seksyen 249.

Pengecualian am

251. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, jika difikirkannya selaras dengan maksud Akta ini atau demi kepentingan orang awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan, atau sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau suatu kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api itu daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri.

(2) Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).


Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

252. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a) memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen, lesen pengendali dan kelulusan di bawah Akta ini dan pengeluaran salinan lesen, lesen pengendali dan kelulusan dalam hal lesen, lesen pengendali dan kelulusan yang hilang atau musnah, termasuklah—
(i) kelayakan orang yang memohon untuk mendapatkan lesen, lesen pengendali atau kelulusan;
(ii) tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembaharuan, penyerahan balik, pengembalian, pembatalan dan penggantungan lesen dan lesen pengendali dan syarat yang dikenakan padanya;
(iii) tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembatalan dan penggantungan kelulusan dan syarat yang dikenakan padanya;
(iv) bentuk lesen, lesen pengendali dan kelulusan;
(v) fi yang dikenakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang diperihalkan di atas dan cara pembayarannya;
(vi) apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal keadaan yang dalamnya lesen, lesen pengendali dan kelulusan boleh dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini;
(b) memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengecualian, separa atau selainnya, dengan atau tanpa syarat, bagi mana-mana orang atau kelas orang, atau kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, atau penggunaan kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, daripada mematuhi mana-mana atau segala kehendak Akta ini, termasuk tatacara mengenai permohonannya, maklumat lazim, dan fi yang dikenakan berkaitan dengannya dan cara pembayaran fi itu;
(c) (Dipotong oleh Akta A1574);
(d) memperuntukkan mengenai bentuk perintah yang hendak dibuat di bawah Akta ini oleh Menteri;
(e) memperuntukkan bagi kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
(f) memperuntukkan bagi tatacara dan cara permohonan bagi pengecualian atau pengurangan tambang atau tambang muatan boleh dibuat;
(g) memperuntukkan mengenai pengeluaran lesen vokasional kepada pemandu kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor bagi kenderaan perkhidmatan awam, kriteria atau ujian yang perlu dipenuhi atau terpakai berhubung dengan pengeluaran lesen itu, tatacara untuk memohon bagi lesen itu, termasuk maklumat lazim yang dikehendaki, bentuk lesen itu, syarat yang hendak dikenakan kepadanya, fi yang hendak dikenakan dan cara pembayaran fi itu;
(h) memperuntukkan mengenai pengenaan, tuntutan, pengutipan dan pemegang simpanan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan dan hasil daripadanya, dan semua perkara lain yang berkaitan dengannya;
(i) mengawal selia terminal melalui pelesenan pengendali atau pemunya terminal itu; Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/229 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/230 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/231 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/232 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/233 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/234 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/235 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/236 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/237 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/238

“bas pengantara” ertinya suatu bas yang tidak mempunyai peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang yang berasingan dari suatu pangkalan tetap dalam jarak yang lingkungannya tidak melebihi tujuh kilometer;

“bas sekolah” ertinya suatu bas yang digunakan semata-mata untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan yang lain;

“teksi” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi satu tambang;

“teksi lapangan terbang” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan;

“teksi mewah” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan beroperasi dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran;

“kereta sewa” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam satu perjalanan sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;

“kereta sewa dan pandu” ertinya suatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau penamanya;

“kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.

Kelas kenderaan perkhidmatan awam

2. Bagi maksud Akta ini, kenderaan perkhidmatan awam hendaklah dikategorikan kepada kelas yang berikut:

(a) bas berhenti-henti;
(b) bas carter;
(c) bas ekspres;
(d) bas mini;
(e) bas pekerja;
(f) bas pengantara;
(g) bas sekolah;
(h) bas lapangan terbang;
(i) kereta sewa;
(j) kereta sewa dan pandu;
(k) teksi;
(l) teksi lapangan terbang;
(m) teksi mewah; dan
(n) kenderaan e-hailing.

Jadual Kedua

KELAS KENDERAAN PELANCONGAN

Tafsiran

1. Dalam Jadual ini—

“bas persiaran” ertinya suatu bas yang digunakan semata-mata untuk membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang;

“kereta sewa dan pandu untuk pelancong” ertinya suatu kenderaan motor yang disewa bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada pelancong atau bukan pelancong, dan yang digunakan semata-mata untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong.

Kelas kenderaan pelancongan

2. Bagi maksud Akta ini, kenderaan pelancongan hendaklah dikategorikan ke dalam kelas yang berikut:

(a) bas persiaran; dan
(b) kereta sewa dan pandu untuk pelancong.

Jadual Ketiga

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT DI BAWAH PERNIAGAAN PENGANTARAAN

1. Perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam.


Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/242 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/243 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/244 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/245 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/246 Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/247
  1. CATATAN—Kanun Tanah Negara 1965 telah disemak dan dinomborkan semula sebagai Kanun Tanah Negara (Disemak‒2020) Akta 828 berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2020.
  2. CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
  3. 3.0 3.1 CATATAN—lihat Perintah Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 437/2021] yang berkuat kuasa pada 01-01-2022 sehingga 22-10-2022.