Pergi ke kandungan

Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982

Daripada Wikisumber
Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 (1982)
dikarang oleh Parlimen Malaysia
0Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 19821982Parlimen Malaysia

Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA




VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI




Akta 270


AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982

Sebagaimana pada 1 September 2012

AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982

Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
30 April 1982
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
13 Mei 1982
Kali terakhir dipinda melalui P.U.(A) 359/2011 yang mula berkuat kuasa pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
1 November 2011

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 270

AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982


SUSUNAN SEKSYEN


Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa
2. Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong
3. Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong
4. Pembayaran
5. Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan
6. Elain tidak boleh diserahhakkan dsb, dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967
7. Pindaan Jadual
8. Pemansuhan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 270

AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982

Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai pemberian elaun khas dan keistimewaan lain kepada seseorang Raja dan Permaisurinya yang masing-masingnya pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

[1 Julai 1981]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981.

Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong

2. Maka hendaklah dibayar kepada seseorang Raja yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama.

Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong

3. (1) Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama.

(2) Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1).

Pembayaran

4. Elaun bulanan yang kena dibayar di bawah seksyen 2 dan subseksyen 3(1) hendaklah —

(a) terakru dari hari ke hari; dan
(b) dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan

5. Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan.

Elaun tidak boleh diserahhakkan, dsb. dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967

6. (1) Elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini tidak boleh diserahhakkan atau dipindah milik, atau ditahan, disita atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan.

(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] tidak terpakai bagi elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini.

Pindaan Jadual

7. Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa.

Pemansuhan

8. Akta Pencen Khas (Raja Permaisuri Agong) 1979 [Akta 223] dimansuhkan.


JADUAL PERTAMA

BAHAGIAN I

Bekas Yang di-Pertuan Agong:

Elaun Diraja Istana Negara
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
RM20,250.00

BAHAGIAN II

Bekas Raja Permaisuri Agong:

Elaun Diraja Istana Negara
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
RM6,750.00 sebulan

JADUAL KEDUA

(a) suatu jumlah wang pukal sebanyak RM2,590.87 sebulan bagi penyenggaraan kereta dan penggajian drebar dan kakitangan istana;

(b) sebuah kereta (tidak dikenakan fi pendaftaran dan fi lesen kenderaan motor), atau suatu elaun kereta dalam bentuk jumlah wang pukal sebanyak RM250,000 dan pengecualian daripada fi lesen kenderaan motor bagi sebuah kereta yang didaftarkan di atas namanya sebagai ganti; dan

(c) tempat kediaman tanpa sewa di rumah Kerajaan yang disenggara oleh Kerajaan atau jumlah wang pukal elaun rumah sebanyak RM750,000.00 sebagai ganti.


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 270

AKTA ISTANA NEGARA
(ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1980

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 267/1995 Perintah Elaun Diraja (Pindaan Jadual Pertama) 1995 01-01-1994
P.U. (A) 266/2002 Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama dan Kedua) 2002 01-11-2001
P.U. (A) 282/2003 Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual Kedua) 2003 01-11-2001
Act A1200 Akta Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan) 2003 01-11-2001
P.U. (A) 306/2003 Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2003 01-11-2001
P.U. (A) 359/2011 Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama) 2011 01-11-2011

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 227

AKTA PENCEN 1980

SENARAI PINDAAN

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
3 Akta A1200 01-11-2001
Jadual Pertama P.U. (A) 267/1995

P.U. (A) 266/2002
P.U. (A) 306/2003
P.U. (A) 359/2011

01-01-1994

01-11-2001
01-11-2001
01-11-2011

Jadual Kedua P.U. (A) 266/2002

P.U. (A) 282/2003

01-11-2001

01-11-2001