Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/4

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

3

Panitia Muktamar dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai Tuan Rumah; seterusnya,

Para Perwakilan dan Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.

A. MUQADDIMAH

Saya ucapkan “Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum”, Selamat Datang dan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan, pemerhati dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 bagi tahun 1445 Hijrah bersamaan 2023 Masihi.

Marilah kita melafazkan Alhamdulillah, tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana atas kurnia-Nya, kita telah mencapai kemenangan dan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila berjaya meningkatkan sokongan rakyat, khususnya daripada kalangan pengundi muda. Pencapaian ini menjadikan PAS dilihat oleh kawan dan diintai oleh lawan.

Kemenangan yang sangat mencabar itu tidak mudah dicapai, kerana ia merupakan hasil pengorbanan dan perjuangan yang panjang bertali arus, bermula sejak beberapa dekad dan abad yang lalu. Namun begitu, aqidah perjuangan kita yang berprinsipkan kepercayaan kepada Allah SWT tetap yakin kepada janji-Nya di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:

إن ينصركم فلا غالب لكم وإن يخذلكم فمن ذا الذی ينصركم من بعده وعلی الله فليتوكل المؤمنون (١٦٠)