Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/34

Daripada Wikisource
Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 33

10 Arahan Dan Tindakan

1. Memiliki kefahaman yang jelas dan menyeluruh terhadap tema ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan’.

2. Menumpukan aspek taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah), tafaqquh (mendalami ilmu agama secara amanah dan mendalami ilmu fardhu kifayah), ikhlas dan ukhuwwah dalam program tarbiah ahli dan pimpinan.

3. Memperkemaskan sistem pentadbiran organisasi secara lebih sistematik dan efisien di semua peringkat.

4. Membangunkan potensi para ulama’ melalui manhaj tafaqquh fi al-din dalam pelbagai ilmu dan mengharmonikan sebarang khilaf yang berlaku.

5. Menjuarai isu rakyat dengan berkesan, melalui sayap Pemuda, Muslimat dan DHPP untuk menguasai sokongan anak muda dalam melakukan perubahan.

6. Memperkasa dan mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan, di samping Muslimat memainkan peranan utama dalam isu wanita dan keluarga.

7. Menggerakkan agenda perpaduan nasional melalui kerangka perpaduan ummah dan slogan ‘Islam For All’ khususnya bagi mendekati golongan bukan Islam.

8. Memastikan seluruh wakil rakyat benar-benar bekerja untuk rakyat, di samping berperanan membawa pembangunan serta menggubal dasar negeri mahupun negara.

9. Memberi keutamaan ke arah penyediaan dan pembinaan generasi pelapis kepimpinan di peringkat parti dan kerajaan (Exco dan DUN).