Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/20

Daripada Wikisource
Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

Ketiga: Berkebajikan Berkebajikan bermaksud sesuatu yang membawa kebaikan yang bersifat menyeluruh dalam segala aspek mengikut kesempurnaan Islam. Konsep berkebajikan lebih lengkap daripada istilah Welfare State dalam negara sekular yang terbatas dengan hanya bantuan kebajikan berbentuk kebendaan sesama manusia sahaja. Adapun berkebajikan mengikut takrif Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan manusia yang meliputi hubungannya dengan Allah SWT dan makhluk. Berkebajikan merangkumi semua aspek, sama ada aspek aqidah yang mempunyai hubungan dengan Allah, mahupun aspek sosial seperti kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Malah, ia juga melibatkan hubungan antara rohani dan kebendaan, seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

‫ﭒﭓ ﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚ‬

‫ﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢ‬ ‫ﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪ‬

‫ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱ‬

‫ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸﭹ‬

‫ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿﮀ ﮁ ﮂ‬ ‫ﮃﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ‬

19