Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/18

Daripada Wikisource
Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 17

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia diuji dalam semua urusan kehidupan beragama dan dunia mengikut petunjuk agama.

Kita juga perlu membuat muhasabah dan perhitungan yang sewajarnya apabila melihat banyak perkara yang negatif dalam perjalanan pengurusan ekonomi negara. Masih banyak masalah dan penyakit-penyakit yang tidak dapat diselesaikan, seperti masalah kemiskinan, pengangguran, inflasi yang membebankan rakyat, kezaliman dengan bersikap double standard, dan masalah yang menyanggah prinsip Perlembagaan Persekutuan, iaitu federalisme.

Masalah kemiskinan tidak boleh dihapuskan, tetapi boleh diatasi. Islam membahagikan kemiskinan kepada fakir dan miskin. Orang fakir ini yang memerlukan pertolongan, ada yang fakir sepanjang hayat, dan perlu dibantu selama-lamanya. Ada yang boleh dibantu dan boleh dipulihkan, sehingga berubah menjadi miskin dan boleh menjadi kaya. Miskin pula ada yang perlu dibantu, ada yang boleh berdikari. Ini pembahagian yang dibuat oleh Islam dan boleh diurus dengan cara yang baik.

Masalah inflasi dan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat tidak diselesaikan secara aulawiyyat (keutamaan). Hari ini keutamaan makanan beras bagi negara perlu diberi penekanan, tetapi tidak diberi penekanan yang bersungguh-sungguh, malah sebaliknya dilihat penekanan dalam perkara yang lain.

Kita juga menghadapi kemungkaran ekonomi yang sangat bejat dan merosakkan perjalanan pentadbiran negara. Rasuah, bocor dan boros, tidak diberikan keutamaan pencegahan dan penyelesaiannya.