Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/13

Daripada Wikisource
Laman ini belum dibaca pruf

12 ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

“Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatan- Ku, maka dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. (124) Berkatalah dia, ‘Wahai Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang celik?’ (125) Allah berfirman, ‘Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.’ (126)”

Surah Taha: 124-126

Para ulama’ tafsir menegaskan dalam ayat ini bahawa mereka yang meninggalkan petunjuk Allah akan mengalami bencana kesempitan hidup walaupun berharta dan mempunyai sumber manusia yang cukup.

Negara ditimpa kesusahan dalam keadaan mempunyai sumber yang mencukupi, tetapi tiadanya keberkatan. Negara turut dibebankan dengan masalah kesempitan hidup, masalah tekanan hidup, masalah kemiskinan, inflasi, pengangguran, hutang, masyarakat berpenyakit, dan banyak masalah yang menyusahkan.

Marilah kita laksanakan konsep adil kepada semua di negeri- negeri di bawah kuasa pentadbiran kita, mengikut bidang kuasanya di samping memohon pertolongan dan keampunan daripada Allah SWT.