Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/10

Daripada Wikisource
Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

Pertama: Adil Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul mengikut petunjuk Allah (Islam), dan ia merupakan sifat wajib bagi Allah SWT, serta termasuk dalam nama-namaNya yang indah (al-Asma’ al-Husna) iaitu Maha Adil. Sifat adil diwajibkan kepada hamba-Nya untuk dilaksanakan dalam segala aspek kehidupan yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Keadilan hendaklah merangkumi aspek aqidah, syariat dan akhlak, termasuk politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, keluarga, masyarakat dan lain-lain. Kita meletakkan asas yang kukuh bagi menegakkan keadilan apabila mewajibkan setiap calon yang bertanding diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak kerana menegakkan keadilan dalam Islam adalah amanah paling besar. Firman Allah SWT:

‫ﯙ ﯚﯛﯜﯝﯞﯟ ﯠﯡﯢﯣ‬

‫ﯤ ﯥ ﯦ ﯧﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ‬ ‫ﯳﯴ‬

“Sesungguhnya, Allah menyuruh menyerahkan amanah kepada ahlinya berhak menerimanya), dan apabila menetapkan hukum antara manusia menyuruh) kamu menghukum dengan

kamu (yang kamu (Allah adil.

9