Pergi ke kandungan

Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/12

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

11

Kehadziran di Masjid

Anak Mukim bagi mana2 Mukim Masjid hendaklah lazimnya hadzir sembahyang di Masjid didalam Mukim itu, akan tetapi Imam bagi Masjid itu boleh memberi kebenaran diatas sebab2 yang menasabah kapada mana2 orang menghadziri sembahyang di Masjid yang lain dan jika Imam itu enggan memberi kebenaran yang demikian itu, maka bolehlah Jawatan Kuasa Pengadilan memberi kebenaran atas nama dan bagi pehak Majlis Ugama itu.

Perkahwinan dan Percheraian

Sharat bahagian ini hendaklah terpakai hanya kapada perkahwinan2 yang kedua2 pehak itu berugama Islam, dan yang dijalankannya mengikut Hukum Shara'.

Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, dengan kenyataan didalam Warta Kerajaan melantek mana2 orang yang layak dan menasabah menjadi Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam bagi mana2 tempat.

Kathi Besar dan ciap2 Kathi akan menjadi Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam yang berjawatan bagi kesemua kawasan dalam mana mereka mempunyai kuasa2 jenayah dan awam.

Imam bagi tiap2 Masjid hendaklah menjadi Pendaftar Nikah Cherai Orang2 Islam yang berjawatan bagi Mukim Masjid-nya.

Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam hendaklah berkuasa dan mempunyai hak2 padanya dan menjalankan kewajipan2 yang boleh diberi atau diletakan kaatasnya oleh Undang2 ini atau mana2 peratoran yang diperbuat dibawahnya.

Pendaftar2 Nikah Cherai Orang2 Islam hendaklah disifatkan menjadi pekerja1 awam dengan mengikut sebagaimana yang terkandong didalam Undang2 Jenayah.

Jikalau mana2 orang, sama ada dengan perchakapan atau tulisan, dan sama ada dengan sendirinya atau menerusi saorang tengah, telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Shara', dan kemudian enggan hendak berkahwin dengan tidak mempunyai sebab2 yang sah dan pehak yang satu lagi bersedia berkahwin dengannya, maka orang yang enggan berkahwin itu, jika lelaki, akan membayar kerugian jumlah Maskahwin yang patut dibayar serta juga lain2 perbelanjaan yang patut dibayar bagi persediaan perkahwinan, atau, jika perempuan, maka hendaklah dipulangkan balek pemberian2 pertunangan jika diterima, pun harga barang2 mengenainya dan membayar sebagai kerugian jumlah lain2 wang sebagaimana yang telah diterangkan, dan tuntutan wang itu bolehlah diperbuat didalam Mahkamah.

Kuasa Mengakadkan Nikah

Sebarang nikah bolehlah diakadkan oleh mana2 orang yang diberi Tauliah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dan diberi kuasa kapadanya bagi mengakadkan nikah, dan sebarang nikah itu bolehlah diakadkan oleh mana2 orang yang diberi kebenaran dibawah Hukum Shara' bagi menjalankan nikah itu diperbuat dihadapan Pendaftar itu dan dengan kebenarannya.

Sebarang orang tidaklah boleh mengakadkan nikah, kechuali mengikut sharat2 tersebut.

Dengan sharat jika mana2 nikah yang diakadkan itu tidak mengikut sharat2 ini, tetapi mengikut sharat2 Hukum Shara', pernikahan itu akan didaftarkan dibawah sharat2 Undang2 ini.

(BERSAMBONG)