Pergi ke kandungan

Page:Pelita Brunei - 1 Mac 1956.pdf/10

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

9

PERSIDANGAN PEGAWAI2 DAERAH DAN PENULONG2 RESIDENT BRUNEI

Pegawai2 Daerah Brunei-Muara, Tutong, Seria, Belait dan Temburong serta Penulong2 Resident Brunei dan Belait telah mengadakan satu persidangan pada julong2 kali baharu2 ini untok bertukar fikiran serta berunding berkenaan dengan perkara2 bagi memajukan daerah2 tersebut.

Persidangan itu telah diadakan di Pejabat Kerajaan di Pekan Brunei pada pagi hari Thalatha 28 February, 1956 dan telah dibuka dengan rasminya oleh British Resident, Brunei' Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert.

Mr. Gilbert telah menerangkan tujuan2 mengadakan persidangan itu dan berharap supaya dengan mengadakan persidangan sechara tersebut dapatlah menjadi keuntongan yang besar terhadap pehak2 yang berkenaan itu dan juga kapada pendudok2 di seluroh Negeri Brunei.

Satelah berunding berkenaan dengan berbagai2 perkara, maka persidangan itu telah bersetuju hendak mengadakan persidangan sechara itu sekali pada tiap2 tiga bulan dan tempatnya akan diubah dari satu daerah ka satu daerah yang lain pula.


PERSIDANGAN NEGERI2 DI BORNEO BERKENAAN DENGAN PENYAKIT MALARIA

Satu ketetapan yang mustahak untok menchegah penyakit demam "malaria" daripada merebak dari satu tempat ka tempat yang lain dengan mengadakan perhubongan yang rapat diantara Negeri2 Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, telah dipersetujukan dalam persidangan diantara Wakil2 Kerajaan ketiga2 buah Negeri2 ini yang telah diadakan di Kuching, Sarawak pada hari Rabu 22 February yang lalu.

Persidangan itu telah dibuka oleh Governor Negeri Sarawak, Yang Terutama Sir Anthony Foster Abell dan telah di Pengurusikan oleh Pengarah Perkhidmatan Negeri Sarawak, Dr. W. Glyn Evans serta dihadziri oleh Wakil2 Kerajaan tersebut serta Wakil2 dari Pertubohan2 Kesehatan Sa Dunia.

Dr. M.A. Rozalla, Pemangku Pegawai Perubatan, Negeri Brunei telah juga hadzir dalam persidangan itu.

Oleh kerana memandang bahawa sangatlah mustahak bagi negeri2 yang berhampiran dengan Brunei, Sarawak dan Borneo Utara mengadakan perhubongan yang rapat untok menchegah penyakit demam malaria itu, maka persidangan tersebut telah bersetuju hendak mengshurkan kapada Pertubohan Kesehatan Sa Dunia ("World Health Organisation") supaya menasehatkan kapada Kerajaan Indonesia mengadakan perhubongan diantara Kalimantan kepunyaan Indonesia dengan Kerajaan2 Brunei, Sarawak dan Borneo Utara.

Majlis itu juga telah bersetuju supaya Pertubohan Kesehatan Sa Dunia menjemput Kerajaan Indonesia menghantarkan Wakil dari Kalimantan Indonesia me nghadziri persidangan sechara tersebut pada masa hadapan.

Dengan adanya perhubongan yang rapat diantara negeri2 dikawasan British Borneo dan Kalimantan Indonesia untok menchegah penyakit demam malaria itu daripada merebak, persidangan tersebut mendapati, "baharulah penyakit demam yang dahshat itu akan dapat dihapuskan sama sekali daripada seluroh kawasan Pulau Borneo".