Pergi ke kandungan

Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/23

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

oleh Parti itu maka baharu-lah Komunis² itu mendapat kebebasan penoh yang mustahak bagi memajukan ranchangan mereka hendak meruntohkan Kerajaan. Dalam tempoh yang tiada beberapa lama sa-lepas Perjumpaan di-Baling itu, Parti itu telah juga meneruskan ikhtiar²-nya hendak mendapat sharat² “keamanan”; tetapi Kerajaan sedar akan ada-nya muslihat di-sa-balek ranchangan² ini, oleh itu ia tiada sanggup membahayakan kesalamatan negara yang baharu merdeka ini dengan jalan mengi‘tiraf Parti Komunis Malaya kerana jika ia berbuat demikian maka bererti-lah ia betul² memberikan kemudahan² yang tiada berhad kapada mereka untok menchapai tujuan² pemberontakan-nya dengan satu chara baharu.

43. Dengan ada-nya yang sa-umpama ini Chin Peng telah memerentahkan supaya pengikut²-nya hendak-lah tinggal lagi di-dalam hutan. Sunggoh pun dengan yang demikian chita²-nya lambat terchapai tetapi ia nampak ada juga daedah² yang boleh di-dapati-nya dengan jalan melanjutkan Dzarurat. Ia telah memerentahkan pengganas² di-dalam hutan itu sypaya sa-berapa boleh mengelakkan daripada di-jumpai oleh pasokan² keselamatan. Di-sini ada dua tujuan-nya. Ia berchita² hendak menyelamatkan sa-berapa banyak orang² Komunis yang terlateh untok memajukan lagi kerja meruntohkan Kerajaan dan kedua-nya ia berharap supaya dapat di-lanjutkan lagi Dzarurat yang memakan belanja yang banyak itu serta menahan Kerajaan daripada membelanjakan segala hasil dan pendapatan-nya sa-mata² untok faedah negara dan daripada melonggarkan langkah² keselamatan yang keras. Ini harus-lah menyebabkan orang ramai tiada akan berpuas hati dan dengan jalan ini Chin Peng berharap moga² orang ramai akan mendesak Kerajaan yang di-pileh mereka itu supaya mengikut kehendak² Parti Komunis Malaya dengan sa-penoh-nya.

44. Sa-kira-nya Parti itu di-berikan taraf halal maka tiada-lah bererti yang ia akan memberhentikan chara² yang haram di-sisi undang² dan ikhtiar-nya hendak meruntohkan Kerajaan itu. Chara² Komunis itu menjalankan gerak langkah mereka ia-lah dengan tipu daya dan sanggup pula melakukan kekerasan jika mustahak. Untok menjalankan langkah yang demikian maka terpaksa-lah di-pakai chara² yang sulit dan haram

21