Pergi ke kandungan

Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/12

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

22. Parti Komunis China itu mengarahkan usaha di'ayah yang meluas di-kalangan orang² di-Tenggara Asia untok mendapatkan perhatian istimewa dan bantuan mereka kapada susunan pentadbiran baharu di-Negeri China dan dasar² Parti itu. Usaha ini ada-lah bertujuan untok' menarek negeri² di-Tenggara Asia daripada perhubongan² mereka dengan kuasa² yang bukan Komunis dan dengan yang demikian itu akan melemahkan kekuatan kuasa² itu. Dan juga untok melahirkan suasana yang sesuai boleh menyebabkan pendudok² di-situ menerima aliran fikiran dan dasar Komunis ia-itu sabagai persediaan dan untok melaksanakan tujuan yang akhir ia-itu menubohkan Negara² Komunis dalam kawasan itu. Suatu perkara yang mustahak sa-kali kapada Parti Komunis China itu dalam usaha menggalakkna chita² ini ia-lah tentang ada-nya di-dalam beberapa buah negera beberapa ramai orang² keturunan China yang mempunyai perhubongan darah, perasaan dan kebudayaan serta perdagangan dengan Tanah Besar China. Oleh yang demikian Parti Komunis China itu ada-lah menumpukan perhatian-nya kapada orang² China "sa-berang laut", ia-itu nama yang diberi kapada orang² China yang tinggal di-luar negeri China; di samping itu usaha² yang rapi di-jalankan pula bagi meluaskan pengaroh-nya di-kalangan semua pendudok di-Tenggara Asia. Usaha ada-lah di-jalankan dengan bersunggoh² menerusi penerbitan², filem, Akhbar dan siaran radio, menerusi perbuhongan di-antara sa-orang dengan sa-orang dan lawatan yang di-anjorkan ka-Tanah Besar China, dan menerusi perhubongan perniagaan, untok memujok orang² China "sa-berang laut" dengan membangkitkan perasaan bangsa dan chintakan tanah ayer supaya mereka menerima peratoran baharu di-Negeri China itu dan supaya mereka bekerjasama dalam usaha memajukan ranchangan-nya. Dengan chara ini juga usaha menyemaikan asas pendirian Komunis di-kalangan China "sa-berang laut" dapat-lah di-teruskan dengan baik dan dapat-lah juga di-sediakan jalan bagi memperkembangkan pergerakan Komunis. Dalam perenggan² yang berikut ada di-huraikan betapa besar guna-nya chara² yang lebeh mustahakn yang di-pakai bagi menyampaikan pengaorh Parti Komunis China, dan dengan itu pengaroh faham Komunis, ka-negeri²

10