Pergi ke kandungan

Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/31

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf
Universiti dan Kolej Universiti
31


(d) orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
(e) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.

(2) Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apaapa syarat yang difikirkannya patut.

(3) Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dibayar—

(a) memeriksa Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan; dan
(b) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada Daftar itu.


Kewajipan untuk menyenggarakan pangkalan data


22B. (1) Tiap-tiap institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu pangkalan data yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a) program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
(b) orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kodoktoran kehormat;
(c) orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
(d) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.