Akta Malaysia Tahun 1963

Daripada Wikisource
Akta Malaysia Tahun 1963
prev=

[ 1 ]

Akta Malaysia 1963

BAB 35



SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

  1. Malaysia.
  2. Pengubahsuaian berbangkit bagi Akta Kerakyatan British.
  3. Kuat kuasa undang-undang sedia ada.
  4. Kuasa untuk membuat peruntukan yang berbangkit.
  5. Urusan kehakiman.
  6. Tajuk ringkas dan pemansuhan.


JADUAL:
Jadual 1—Pengecualian daripada kuat kuasa s. 2(2) Akta.
Jadual 2—Peruntukan disebut dalam s. 3(2) Akta.
Jadual 3—Pemansuhan.


[ 2 ]
Akta Malaysia 1963
Bab 35 1


ELIZABETH II

1963 BAB 35

Suatu Akta untuk membuat peruntukan dan berhubung dengan persekutuan bagi Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada. [31 Julai 1963]

Adalah ia digubal oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Tuan-tuan Rohaniah dan Duniawi, dan Dewan Rakyat, di dalam Parlimen bersidang sekarang ini, dan dengan kuasa yang sama, seperti berikut:— Malaysia.

1.—(1) Bagi tujuan membolehkan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura (dalam Akta ini dirujuk sebagai "Negeri-Negeri baharu") untuk bersekutu dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada (dalam Akta ini dirujuk sebagai "Persekutuan"), Persekutuan selepas ini dipanggil sebagai Malaysia, pada hari di mana Negeri-negeri baharu dipersekutukan seperti yang tersebut sebelumnya (dalam Akta ini dirujuk sebagai "hari yang ditentukan") kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan Negeri-negeri baharu hendaklah diserahkan supaya diberi hak mengikut cara yang dipersetujui antara United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Persekutuan dan Negeri-negeri baharu.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh dengan Titah dalam Majlis menggubal Perlembagaan-perlembagaan Negeri untuk berkuat kuasa bagi Negeri-negeri baharu sejurus sebelum hari yang ditentukan.

Pengubahsuaian berbangkit dari Akta-akta Kerakyatan British.

2.—(1) Pada dan selepas hari yang ditentukan Akta-akta Kerakyatan British 1948 dan 1958 hendaklah berlaku seperti mana dalam subseksyen (3) seksyen 1 Akta 1948 (yang memperuntukkan orang untuk menjadi rakyat British atau warganegara Komanwel berdasarkan kewarganegaraan negara-negara tertentu) untuk perkataan "Persekutuan Tanah Melayu, Negeri Singapura" digantikan dengan perkataan "Malaysia".


[ 3 ]
2Bab 35
Akta Malaysia 1963


(2) Simpan seperti diperuntukkan oleh Jadual 1 kepada Akta ini, mana-mana orang yang sejurus sebelum hari yang ditentukan merupakan warganegara United Kingdom dan Jajahan-jajahan hendaklah pada hari itu tidak lagi menjadi warganegara demikian jika pada hari itu dia menjadi warganegara Persekutuan.

(3) Pada atau selepas hari yang ditentukan, seksyen 6(2) Akta Kerakyatan British 1948 (yang memperuntukkan untuk pendaftaran sebagai seorang warganegara United Kingdom dan Jajahan-jajahan bagi seorang wanita yang telah berkahwin kepada warganegara tersebut) hendaklah tidak terpakai bagi seorang wanita berdasarkan perkahwinannya dengan seseorang yang pada hari yang ditentukan itu tidak lagi menjadi warganegara tersebut di bawah subseksyen (2) seksyen ini, atau akan berbuat demikian jika hidup pada hari yang ditentukan.

(4) Bahagian III Akta Kerakyatan British 1948 (yang mengandungi peruntukan tambahan) hendaklah berkuat kuasa bagi maksud subseksyen terdahulu dan Jadual 1 Akta ini seperti mana peruntukan-peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Akta itu.

Kuat kuasa undang-undang sedia ada.3.—(1) Pada atau selepas hari yang ditentukan semua undang-undang, sama ada peraturan undang-undang atau peruntukan bagi suatu Akta Parlimen atau mana-mana enakmen atau instrumen lain sekali pun, berkuat kuasa pada hari itu atau telah diluluskan atau dibuat sebelum hari itu dan mula berkuat kuasa selepas itu, hendaklah, melainkan dan sehingga peruntukan yang bertentangan diperbuat di Parlimen atau pihak berkuasa lain yang mempunyai kuasa bagi maksud itu, dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, mempunyai kuat kuasa yang sama berhubung dengan Persekutuan, dengan mana-mana Negeri Persekutuan, dan dengan orang atau benda kepunyaan atau berkaitan dengan Persekutuan atau mana-mana Negeri di dalamnya, seperti akan terjadi jika terpisah daripada subseksyen ini jika Negeri-negeri baharu itu tidak dimasukkan ke dalamn Persekutuan dan seksyen 1 Akta ini belum lagi diluluskan.

(2) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual 2 Akta ini hendaklah berkuat kuasa pada atau selepas hari yang ditentukan menurut peruntukan Jadual itu.

(3) Seksyen ini terpakai kepada undang-undang atau mana-mana bahagian United Kingdom, Kepulauan Channel dan Pulau Man dan, hanya berhubung dengan mana-mana enakmen Parlimen United Kingdom atau mana-mana Titah dalam Majlis yang diperbuat memandangkan mana-mana enakmen sedemikian di mana mana-mana enakmen itu terpakai berhubung dengan Persekutuan atau mana-mana wilayah yang akan terkandung di dalamnya pada atau selepas hari yang ditentukan, kepada undang-undang bagi mana-mana negara atau wilayah lain yang mana enakmen atau Perintah itu dilanjutkan.

Kuasa untuk membuat peruntukan berbangkit.4.—(1) Duli Yang Maha Mulia boleh dengan Titah dalam Majlis memperbuat penyesuaian dalam mana-mana Akta Parlimen untuk diluluskan sebelum hari yang ditentukan sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh Baginda sebagai akibat daripada Negeri-negeri baharu dimasukkan ke dalam Persekutuan.

(2) Mana-mana Titah dalam Majlis diperbuat di bawah subseksyen (1) seksyen ini, dan mana-mana Titah dalam Majlis atau instrumen lain yang diperbuat di bawah mana-mana enakmen lain yang mengubah atau membatalkan

[ 4 ]Page:Malaysia Act 1963.pdf/4 [ 5 ]Page:Malaysia Act 1963.pdf/5 [ 6 ]Page:Malaysia Act 1963.pdf/6 [ 7 ]
BAB 35
Akta Malaysia 1963



LONDON: DITERBITKAN OLEH PEJABAT ALAT TULIS DULI YANG MAHA MULIA

Price 8d. net


DICETAK DI ENGLAND

(37349)

 Terjemahan ini tertakluk kepada lesen hak cipta berasingan daripada teks asalnya. Status hak cipta terjemahan hanya terpakai pada versi ini.

asal

Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Kerajaan Terbuka versi 3.0 (OGL v.3).

Anda bebas untuk:
  • menyalin, menerbitkan, mengedar dan menghantar maklumat;
  • menyesuaikan maklumat;
  • mengeksploitasi maklumat secara komersial dan bukan komersial, contohnya menggabungkannya dengan maklumat lain, atau dengan memasukkannya ke dalam produk atau aplikasi anda sendiri.
Anda mesti, di mana anda melakukan mana-mana perkara di atas:
  • mengakui sumber maklumat dalam produk atau aplikasi anda dengan memasukkan atau memautkan kepada mana-mana pernyataan atribusi yang ditentukan oleh Pembekal Maklumat dan, jika mungkin, memberikan pautan kepada lesen ini;
  • Jika pembekal maklumat tidak memberikan pernyataan atribusi yang khusus, anda mesti menggunakan yang berikut:
Mengandungi maklumat sektor awam yang dilesenkan di bawah Lesen Kerajaan Terbuka v3.0

Catatan: Sejak 2010, hampir kesemua maklumat yang dimiliki oleh Mahkota UK ditawarkan untuk digunakan dan digunakan semula di bawah Lesen Kerajaan Terbuka oleh Pengawal Pejabat Alat Tulis Duli Yang Maha Mulia. (maklumat)


Lihat juga: Laman di Meta untuk maklumat mengenai penggunaan di wiki Wikimedia.

Domain awamDomain awamfalsefalse

Karya ini berada dalam domain awam di Amerika Syarikat kerana merupakan edik pemerintah, sama ada tempatan atau luar negeri. Sila lihat § 313.6(C)(2) Ikhtisar II: Amalan Pejabat Hak Cipta. Dokumen-dokumen tersebut termasuklah "enakmen perundangan, keputusan kehakiman, peraturan pentadbiran, ordinan awam, atau jenis bahan undang-undang rasmi yang serupa" serta "mana-mana terjemahan yang disediakan oleh seorang kakitangan pemerintah yang bertindak dalam menjalankan tugas-tugas rasminya."

Ini tidak termasuk karya-karya Pertubuhan Negara-Negara Amerika, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau mana-mana agensi khusus PBB. Lihat Ikhtisar III § 313.6(C)(2) dan 17 U.S.C. 104(b)(5).


Suatu edik pemerintah Amerika mungkin masih mempunyai hak cipta di luar A.S. Amalan Pejabat Hak Cipta A.S. di atas tidak menghalang negeri atau kawasan A.S. daripada memegang hak cipta di luar negara, bergantung pada undang-undang dan peraturan hak cipta asing.

Domain awamDomain awamfalsefalse

terjemahan

Saya, pemegang hak cipta bagi karya ini, dengan ini melepaskannya ke domain awam. Ini terpakai di seluruh dunia.

Sekiranya ini tidak mungkin secara sah:

Saya izinkan hak kepada sesiapa untuk menggunakan karya ini bagi sebarang tujuan, tanpa sebarang syarat, melainkan syarat seumpama diperlukan mengikut undang-undang.

Domain awamDomain awamfalsefalse