Pergi ke kandungan

Wikisumber:Kedai Kopi/Arkib/2025-04

Daripada Wikisumber
Ulasan terkini: 1 tahun lalu oleh Hakimi97 pada topik Usul ruang nama senarai edisi

Usul ruang nama senarai edisi

Perbincangan berikutnya telah ditutup:

Proses pengundian penambahan beberapa ruang nama baharu telah pun selesai, dan hasil pengundian ialah: 8/8 orang yang menyokong usulan tersebut, dan tindakan telah diambil. (6 bulan)

Pada kini, Wikisumber tidak membezakan secara jelas antara laman satu edisi karya itu sendiri dengann laman senarai edisi satu-satu karya, yakni daripada aspek ruang nama. Misalnya, laman Sulalatus Salatin yang menyenaraikan edisi-edisi karya itu berada dalam ruang nama yang sama dengan Sulalatus Salatin (Or. 1703), iaitu satu daripada karya tersenarai.

Apabila saya hadir ke Persidangan Wikisumber pada Februari lepas, saya belajar sebilangan edisi Wikisumber ada buat pembezaan ruang nama dalam hal ini, misalnya Wikipedia bahasa Itali (ruang nama Opera; cth.: it:Opera:Dei Sepolcri).

Dengan itu, saya usul untuk dibina satu ruang nama serupa bagi senarai edisi karya sebagai satu penambahbaikan kesenangan (quality of life) laman Wikisumber. Dipersilakan bagi komen, cadangan dan apa-apa yang boleh ditambah baik. Terima kasih. PeaceSeekers (bincang) 20:35, 9 April 2025 (+08)

Kerana bang @PeaceSeekers belum mengusulkan nama untuk ruangnama baru itu, ada beberapa nama yang terfikir di saya
  • Senarai, kerana memang laman itu senarai edisi-edisi bagi suatu karya.
  • Karya, karena laman itu menerangkan sekilas tentang karya berkenaan serta menyenaraikan edisi-edisinya. Nama ini sesuai dengan kenyataannya nanti di Wikidata, seperti d:Q47461344 (karya bertulis/opera scritta), d:Q7725634 (karya sastera/opera letteraria), dan lain sebagainya.
  • Rencana, karena laman inilah yang akan ditautan dengan rencana karya berkenaan di Wikipedia. Pun, Wikisumber Bahasa Benggali memakai kata rocona (রচনা), yang seakar kata dengan kata rencana dalam bahasa Melayu. Contoh laman beruangnama rocona itu boleh dilihat di s:bn:রচনা:গীতাঞ্জলি.
* Karangan, karena kata rencana dalam bahasa Melayu terlalu sempit maknanya untuk menampung karangan sastera.
Hadithfajri (bincang) 22:46, 9 April 2025 (+08)
Berkenaan nama untuk ruang nama 112 dan 113, saya ada terjumpa tugasan phabricator T93870 yang menyatakan nama Inggeris untuk dua ruang nama berkaitan ialah "Work" dan "Work talk", maka saya setuju dengan cadangan @Hadithfajri untuk pilihan kedua iaitu "Karya" dan "Perbincangan karya".
Oh ya, alang-alang itu mungkin kita juga perlu mohon sekali pembukaan ruang nama "Gerbang" dan "Perbincangan gerbang" untuk "Portal" dan "Portal talk" (ruang nama 100 dan ruang nama 101)? Saya cadangkan penamaan ini kerana untuk memastikan piawai untuk terjemahan "Community Portal" kepada "Gerbang Komuniti". Kalau @Hadithfajri dan @PeaceSeekers bersetuju maka saya rasa kita boleh buka sesi undian untuk 4 ruang nama ini pada bahagian kecil berikutan supaya lebih sistematik. Hakimi97 (bincang) 22:21, 12 April 2025 (+08)
Setuju untuk nama laman "Karya" serta usul tambahan. PeaceSeekers (bincang) 05:41, 14 April 2025 (+08)

Undian untuk pembukaan ruang nama

Sila letak {{undi|Y}} (setuju) atau {{undi|N}} (tidak setuju) untuk usul berikut:

Penambahan ruang nama di Wikisumber Bahasa Melayu seperti berikut:

  1. "Karya" (Work; ns:112)
  2. "Perbincangan karya" (Work talk; ns:113)
  3. "Gerbang" (Portal; ns:100)
  4. "Perbincangan gerbang" (Portal talk; ns:101)

Undian anda diperlukan supaya usul ini dapat dipermudahkan apabila dibawa ke Phabricator untuk diubah.

(Tekan "balas" di sini untuk undian) Hakimi97 (bincang) 12:45, 20 April 2025 (+08)

Setuju Hakimi97 (bincang) 12:46, 20 April 2025 (+08)
Setuju PeaceSeekers (bincang) 12:51, 20 April 2025 (+08)
Setuju - Saya undi sebagai sokongan kepada penggunaan nama Portal kepada Gerbang, sebagaimana pernah dibincangkan dalam kalangan penyunting Wikipedia Melayu di sini (walaupun di Wikipedia Melayu belum mula dilaksanakan). Untuk pembukaan ruang nama, saya bersetuju sebagai sokongan kepada rakan-rakan penyumbang aktif di Wikisumber Melayu yang lebih bijaksana mengenai perkara ini. Terima kasih. Rulwarih (bincang) 13:08, 20 April 2025 (+08)
Setuju Lim Natee (bincang) 22:38, 20 April 2025 (+08)
Setuju Hadithfajri (bincang) 22:45, 20 April 2025 (+08)
Setuju Rombituon (bincang) 23:33, 20 April 2025 (+08)

Status terkini

Selesai (undian tamat pada 30 April 2025), dan hasil pengundian ialah: 6/6 orang yang menyokong usulan ini. Terima kasih semua yang terlibat dalam proses pengundian di sini. Sila rujuk T392984 untuk pelaksanaan penambahan ruang nama baharu. Hakimi97 (bincang) 15:47, 30 April 2025 (+08)

Wikidata di MediaWiki:Proofreadpage index template

Boleh tambahkan kolom ini? Agar boleh kita menautkan laman indeks dengan Wikidata. Lihat en:MediaWiki:Proofreadpage index template atau id:MediaWiki:Proofreadpage index template Hadithfajri (bincang) 18:58, 17 April 2025 (+08)

Kalau nak sentuh Proofreadpage, saya agak khuatir akan menjejaskan fungsinya. Buat masa ini semua berkaitan Proofreadpage di Wikisumber Bahasa Melayu akan diseragamkan dengan Wikisumber Bahasa Inggeris untuk memudahkan tujuan penyelenggaraan. Kalau ikutkan Wikisumber Bahasa Inggeris tidak mempunyai wikidata_item, dan alternatif yang mereka gunakan ialah gajet WikidataInfo (klik kotak "Tambah kotak kecil bawah tajuk—memaparkan label, huraian, alias dan pengenal pasti berkaitan item Wikidata" di menu Gajet) untuk paparan maklumat item Wikidata terus di bawah tajuk, serta "Tambah pautan antara bahasa" jika perlu pautan dengan Wikidata sahaja. Jika saya terjumpa kaedah untuk menambah wikidata_item tanpa mengganggu Proofreadpage saya akan beritahu ya. Hakimi97 (bincang) 09:59, 21 April 2025 (+08)
Okay, saya sudah selesai buat percubaan, ID Wikidata boleh dipaparkan melalui buang kod "hidden": true pada baris 323 laman MediaWiki:Proofreadpage index data config.json. Cumanya perlukan bantuan untuk melakukan percubaan suntingan pada laman indeks untuk melihat sama ada boleh dipaut ataupun tidak. Hakimi97 (bincang) 10:06, 21 April 2025 (+08)
Cuba-cuba lah, bang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak suntingan boleh dibatalkan. Menautkan ruangnama Indeks dengan butir Wikidata ini hal baru, memang belum banyak dibuat orang (lihat d:Q107442353). Cara-cara penyepaduan Wikidata dengan Wikisumber boleh dibaca di dokumen Wikidata - Wikisource Integration Modules ini. Hadithfajri (bincang) 21:11, 21 April 2025 (+08)
Oh rupanya ada langkah-langkah selanjutnya, saya akan usahakan sebaik mungkin Hakimi97 (bincang) 21:37, 21 April 2025 (+08)
Terimakasih sudah mengusahakan modul-modul itu. Tapi cuba ubah suai modul itu sedikit. Seperti ['author'] = 'P253075' itu seharusnya 'P50'. Juga, karena kita banyak koleksi naskhah lama, mungkin perlu juga 'P11603' disalin oleh. Hadithfajri (bincang) 14:55, 24 April 2025 (+08)
Sekejap, saya baru perasan ada banyak sangat salah nilai "property" itu, bagi saya sedikit masa untuk betulkan Hakimi97 (bincang) 15:36, 24 April 2025 (+08)
Okay saya sudah semak dan betulkan mana yang patut. Cuma saya baru perasan yang Wikisumber Bahasa Indonesia juga ada sedikit ralat pada wikidata:Property:P392 yang sepatutnya diubah kepada wikidata:Property:P1680 disebabkan oleh perbincangan pada laman ini. Hakimi97 (bincang) 15:57, 24 April 2025 (+08)
Baik... Klu boleh tahu, perubahan apa lagi yg sdg dicubakan sekarang ini? Hadithfajri (bincang) 12:04, 30 April 2025 (+08)
Kalau perasan, kod bahasa (seperti ms, en dan lain-lain) tidak boleh menjana kategori bahasa secara automatik. Kalau boleh ingin menetapkan keutamaan kategori bahasa mengikut turutan (1) pengkategorian automatik berdasarkan maklumat bahasa karya di Wikidata; (2) Sekiranya tiada pengkategorian automatik, maka boleh ada pengkategorian manual melalui padanan kod ke nama bahasa berdasarkan Modul:ISO 639 (kaedah seperti ini mirip pengkategorian pada Modul:Proofreadpage index template) Hakimi97 (bincang) 15:31, 30 April 2025 (+08)