Wikisumber:Kedai Kopi/Arkib/2024-08
| Sila jangan tulis apa-apa pada laman ini.
Laman ini merupakan arkib perbincangan pertama kali dicipta pada , walaupun komen-komen mengandungi kandungan sebelum atau selepas tarikh ini. Sila lihat perbincangan terkini atau indeks arkib. |
Pautan ke Laman Indeks
Ke mana hilangnya pautan ke laman indeks yang biasanya ada di sebelah kiri laman transklusi? Kalau di English Wikisource ada pilihan "Display Option > Page links displayed". Mohon perhatiannya. Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 12:44, 4 Ogos 2024 (+08)
- Selesai. Hakimi97 (bincang) 12:10, 20 April 2025 (+08)
Membujuk rayu kerna merindu lagu yang dulu
Lagu Tanya Sama Pokok ini lagu P. Ramlee dalam film Anak-ku Sazali kan? Hadithfajri (bincang) 21:52, 11 Ogos 2024 (+08)
- Baik... karena film karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sudah masuk domain awam, jadi karya beliau sudah boleh masuk Commons harusnya lah kan? Hadithfajri (bincang) 00:52, 12 Ogos 2024 (+08)
- Kalau ikutkan ya, tetapi masalahnya tidak ada bentuk "manuskrip" atau "hardcopy" untuk lagu ini. Kalau ingin "proofread" pun cuma boleh dibuat melalui video sahaja. Hakimi97 (bincang) 07:54, 12 Ogos 2024 (+08)
- Kalau video film beliau ada di Commons, kan boleh kita buat transkripsinya macam di en:Help:Film. Hadithfajri (bincang) 10:57, 12 Ogos 2024 (+08)
- Sebenarnya boleh sahaja. Tetapi, setakat ini kita mahu fokus ke benda asas dulu di Wikisumber ini. Iaitu Naskhah-naskhah. Sebab, projek Wikisumber masih baharu lagi. Masih ada benda-benda urgent lainnya untuk kita boleh kembangkan dahulu. Jadi, kita fokus dulu untuk tambahkan naskhah dan pengguna-pengguna baru untuk ramaikan suntingan di projek Wikisumber bahasa Melayu ini. Lim Natee (bincang) 21:40, 30 Ogos 2024 (+08)
- Kalau video film beliau ada di Commons, kan boleh kita buat transkripsinya macam di en:Help:Film. Hadithfajri (bincang) 10:57, 12 Ogos 2024 (+08)
- Kalau ikutkan ya, tetapi masalahnya tidak ada bentuk "manuskrip" atau "hardcopy" untuk lagu ini. Kalau ingin "proofread" pun cuma boleh dibuat melalui video sahaja. Hakimi97 (bincang) 07:54, 12 Ogos 2024 (+08)
Sekadar curahan hati
Masyghul hati saya akan beberapa perkara ini:
Perkara pertama. Setakat ini, ada tiga macam tampilan untuk naskah yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi:
(1) dengan Templat:Arabic, seperti dibuat saudara @PeaceSeekers di Laman:Pengasuh 17 Jun 1920.pdf/1
kelebihan: font cantik.
kekurangan: tulisan agak halus untuk tampilan atas meja, tiap halaman harus ditambah templat berkenaan.
(2) dengan mengggunaan gaya pada indeks. Seperti dibuat saudara @Hakimi97 di Indeks:Hikayat Abdullah (1880 version).pdf/styles.css
kelebihan: font cantik. sekali atur untuk seluruh naskah
kekurangan: tiap naskah harus ditambah templat, ukuran terlalu besar di telefon.
(3) dengan menetapkan bahawa bahasa pada indeks itu ms-arab. Seperti yang ada di indeks dengan Kategori:Laman indeks karya yang asal dalam Melayu (Tulisan Jawi)
kelebihan: sekali atur untuk seluruh naskah
kekurangan: font tak berapa cantik.
Bantuan:Kandungan masih kosong, maka saya tanya di sini: baiknya bagaimana?
Perkara kedua. Karakter yang digunakan untuk mengetik ulang jawi ini beragam. Huruf kaf ditulis dengan ك atau ک. Huruf ga ditulis dengan ݢ atau ڬ atau ࢴ atau ڮ, bahkan kadang tanpa titik. Huruf nya dengan ڽ, ۑ, bahkan پ. Dalam jawi lama pula huruf ڤ kadang tidak ada, yang ada hanya ف. Jika menggunakan OCR, huruf ya dapat diketik dengan ييي ي ataupun ییی ی. Tambah pula hamzah yang suka berpindah-pindah rumah. Maka dari itu, apa mungkin dibuat pengaturan pada pencarian sedemikian rupa sehingga huruf-huruf itu dianggap sama?
Perkara ketiga. Pencarian masih belum dapat menemukan kata كهندق ketika diminta mencari kata
Perkara keempat. Huruf ࢴ tidak muncul dalam font untuk Android. Apa akal supaya ia boleh ditampilkan?
Perkara kelima. Untuk transkripsi (ketik ulang) dan transliterasi (dari jawi ke rumi). Kalau boleh dibuat automatik seperti di Wikisumber Bali, seperti cadangan saudara @Lim Natee, tentu baik sekali. Tetapi bila tidak, sepertinya dapat dibuat seperti ini: dibuat dua indeks dari fail yang sama, satu ditransklusikan ke laman utama, yang satu lagi ditransklusikan ke laman terjemahan (walau agak pelik juga ruang nama terjemahan untuk hal ini, kan masih sama-sama bahasa Melayu).
Maaf jika terlalu berpanjangan. Sebab belum nasib saya untuk menyampaikannya secara langsung. Mungkin lain masa.
Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 22:25, 18 Ogos 2024 (+08)