Wikisumber:Kedai Kopi/Arkib/2024-07
Penampilan
Ulasan terkini: 1 tahun lalu oleh Hadithfajri pada topik Al-Qur'an
| Sila jangan tulis apa-apa pada laman ini.
Laman ini merupakan arkib perbincangan pertama kali dicipta pada , walaupun komen-komen mengandungi kandungan sebelum atau selepas tarikh ini. Sila lihat perbincangan terkini atau indeks arkib. |
Al-Qur'an
- Adakah yang dapat memastikan bahawa Al-Quran dalam Wikisumber saat ini diambil dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an karangan Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih? Curiga saya iya, berdasar sedikit gambar yang ada di internet, tetapi sayang saya tak memegang sumber aslinya.
- Jika iya, bagaimanakah ihwal hak ciptanya? Apakah ia sudah diwakafkan lillahi ta'ala sehingga dapat dikira sebagai kandungan bebas dan boleh masuk Wikisumber?
- Jika iya, apakah halaman Al-Quran serta anak-anaknya saat ini dapat dialihkan secara automatik ke Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an misalnya? (Mengerjakan satu-persatu lama juga tu). Nantinya, laman Al-Quran itu akan berisi pautan-pautan ke naskah yang ada dan yang akan ada, seperti Turjuman al-Mustafid atau Perma'naan Melayu al-Quran al-karim
Hadithfajri (bincang) 12:32, 10 Julai 2024 (+08)
- Berkenaan Al-Quran serta terjemahannya di Wikisumber ini, saya syak pengguna @Aviator (sudah tidak aktif sejak tahun 2015 lagi) menyalin tampal daripada https://www.surah.my/ (boleh katakan kandungannya sama 100% dengan versi yang ada di Wikisumber ini). Nota kakinya ada menyatakan bahawa: "Ianya bebas untuk disebarkan / disalin untuk tujuan dakwah dan pendidikan / penyelidikan." Saya berpendapat ayat pada nota kaki ini jelas maknanya bahawa semua kandungan pada laman Surah.my ini berstatus domain awam. Cuba @Hadithfajri semak sekali lagi sama ada apa yang saya katakan itu betul atau tidak.
- Kalau betul dan tidak perlu digantikan kandungannya, mungkin langkah seterusnya kita boleh letak "Templat:Header" atau "Templat:Translation Header" menggantikan pengepala sedia ada di laman utama Wikisumber Al-Quran ini, serta meletakkan pautan Internet Archive untuk tujuan pengarkiban. Hakimi97 (bincang) 15:09, 10 Julai 2024 (+08)
- Sepertinya memang kandungan https://www.surah.my/ dan Al-Quran itu 100% sama. Laman surah.my jelas bukan sumber utama terjemahan itu, bahkan ia sendiri merujuk laman Kerajaan Arab Saudi (sayangnya dah mati). Kerana merujuk ke Saudi, saya carilah Al-Quran terjemahan Melayu cetakan Mujamma' al-Malik Fahd. Tertulis bahwa terjemahan di dalamnya adalah karya Ahli Akademik IIUM. Tetapi sayang kandungannya tak 100% sama. Ada beberapa perbezaan pilihan kata.
- Maka dari itu, saya makin yakin bahwa Al-Quran dalam Wikisumber saat ini bersumber dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an (TPR). Diperkuat berdasarkan bukti seperti
- foto surat Al-Baqarah, as-Syura, dan al-Kahfi dalam TPR yang menunjukkan terjemahan yg persis seperti yg ada di Wikisumber sekarang. (kalau ada yang punya TPR itu, atau dapat melihatnya di surau terdekat, mohon bantuannya)
- terjemahan dalam laman tanzil.net yang juga persis dengan yang ada di Wikisumber kita ini, dan mereka menyatakan bahawa sumber terjemahan mereka itu tafsir Basmeih.
- Kalau ternyata memang karya Syekh Basmeih (wafat 1417H, 29 tahun lalu), dan ternyata memang kandungan bebas, maka halaman Al-Quran serta anak-anaknya saat ini eloklah dialihkan ke Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an, penghormatan atas karya asal beliau. Laman Al-Quran akan tetap ada, isinya pautan ke naskah-naskah yang ada. Saudara boleh lihat dalam en:Al-Quran ada beberapa versi terjemahan Al-Quran. Wikipedia Bahasa Melayu setakat ini mencatat ada 9 terjemahan Quran dalam bahasa Melayu (baik umum maupun Malaysia baku), dan kini kita punya dua (Basmeih dan Abdurrauf Fansuri). Moga ke depannya akan banyak naskah baru yang masuk. Hadithfajri (bincang) 00:26, 11 Julai 2024 (+08)