Pergi ke kandungan

Wikisumber:Kedai Kopi/Arkib/2024-06

Daripada Wikisumber

Penetapan ruang nama (namespace), logo dan tanda nama (wordmark) untuk Wikisumber Bahasa Melayu

Perbincangan berikutnya telah ditutup:

Proses pengundian penyelia telah pun selesai, dan hasil pengundian ialah: 8/8 orang yang menyokong usulan tersebut, dan tindakan telah diambil. (6 bulan)

Kenyataan umum

Sudah dua bulan sejak Wikisumber Bahasa Melayu ditubuhkan, dan kita pun telah menyenaraikan tetapan tambahan yang diperlukan untuk Wikisumber Bahasa Melayu. Namun, ruang nama, logo dan tanda nama semua masih belum disetempatkan (localized). Saya ada tanya di Phabricator, dan sememangnya kita perlu mengikut langkah-langkah yang tertera pada meta:Requesting wiki configuration changes. Untuk memastikan kerja penetapan beberapa perkara ini dapat dijalankan dengan lancar, saya membuat usul untuk melakukan undian untuk penetapan semula beberapa parameter berikut:

  • Penamaan semula ruang nama sedia ada di Wikisumber Bahasa Melayu ditetapkan semula seperti berikut:
  1. "Laman" (Page)
  2. "Perbincangan laman" (Page talk)
  3. "Indeks" (Index)
  4. "Perbincangan indeks" (Index talk)
  5. "Wikisumber" (Wikisource)
  6. "Perbincangan Wikisumber" (Wikisource talk)
  • Penambahan ruang nama baharu seperti berikut:
  1. "Pengarang" (Author)
  2. "Perbincangan pengarang" (Author talk)
  3. "Terjemahan" (Translation)
  4. "Perbincangan terjemahan" (Translation talk)

Undian

Sila letak {{undi|Y}} (setuju) atau {{undi|N}} (tidak setuju) untuk usul ini. Undian anda diperlukan supaya usul ini dapat dipermudahkan apabila dibawa ke Phabricator untuk diubah.

(Tekan "balas" di sini untuk undian) Hakimi97 (bincang) 22:59, 24 Jun 2024 (+08)

Setuju - Zahirulnukman (bincang) 23:05, 24 Jun 2024 (+08)
Setuju - PeaceSeekers (bincang) 23:13, 24 Jun 2024 (+08)
Setuju Ultron90 (bincang) 15:36, 25 Jun 2024 (+08)
Setuju - Rombituon (bincang) 15:37, 25 Jun 2024 (+08)
Setuju Lim Natee (bincang) 16:29, 25 Jun 2024 (+08)
Setuju Hakimi97 (bincang) 21:34, 25 Jun 2024 (+08)
Setuju Hadithfajri (bincang) 08:05, 26 Jun 2024 (+08)
Setuju Tofeiku (bincang) 11:51, 26 Jun 2024 (+08)

Status terkini

Selesai (undian tamat pada 4 Julai 2024), kini hanya tingga ruang nama "Indeks", "Perbincangan indeks", "Laman" serta "Perbincangan laman" yang akan dikemas kini selepas 10 Julai 2024. Terima kasih semua yang terlibat dalam proses pengundian di sini. Hakimi97 (bincang) 05:30, 4 Julai 2024 (+08)

Proses pengarkiban bahagian ini paling awal akan dilakukan pada 10 Julai 2024 Hakimi97 (bincang) 06:54, 4 Julai 2024 (+08)
Proses pengarkiban tidak dapat diteruskan kerana penetapan logo dan tanda nama masih sedang berjalan dan proses belum selesai. Hakimi97 (bincang) 11:39, 4 Julai 2024 (+08)
Semua proses penetapan logo dan tanda nama sudah pun selesai pada Wikimania Hackathon 2024. Hakimi97 (bincang) 00:18, 12 Ogos 2024 (+08)

Laman Utama

Saya coba-coba membuat laman utama. Walau sebenarnya saya ragu dalam beberapa perkara:

  • Apakah "Senarai teks utama bahasa Melayu" perlu dipertahankan atau boleh diganti, barangkali dengan "naskhah pilihan" atau "beberapa naskhah baik".
  • Bagaimanakah perancangan gotong royong untuk "Beberapa projek transkripsi yang sedang dijalankan".
  • Apa mungkin laman utama itu dihias sedemikian rupa sehingga menyerupai laman pertama naskhah Melayu klasik (seperti [1], [2], [3]) dan diatur sehingga sedap dipandang mata samaada pada paparan atas meja ataupun mudah alih).

Mohon kritik dan sarannya. Hadithfajri (bincang) 23:15, 28 Jun 2024 (+08)

Pada pandangan saya:
  1. Saya rasa kalau nak dibuang terus "Senarai teks utama bahasa Melayu" pun boleh, cuma perlu ada pautan ke Khas:Semua laman di kedudukan kedua teratas (selepas pengepala "Selamat datang...") supaya pengguna ambil maklum sekiranya nak lihat senarai penuh karya penuh yang ada di Wikisumber ini.
  2. Yang ini saya kurang pasti, tetapi mungkin boleh mengambil inspirasi daripada Wikisumber Bahasa Inggeris, contohnya Proofread of the Month, Monthly Challenge Dan lain-lain.
  3. Kalau boleh buat memang sangat dialu-alukan, cumanya saya tidak ada kepakaran teknikal atau kepakaran seni berkenaan hal ini :(
Hakimi97 (bincang) 10:56, 29 Jun 2024 (+08)
  1. Bagi saya, elok kalau dibuang terus senarai teks utama tu sebab bagi saya, nanti laman tu akan jadi terlalu "berselerak" ("cluttered") ... lebih-lebih lagi pada masa depan ketika mana kita akan ada lebih banyak teks.
  2. Dialu-alukan, boleh rujuk Wikisumber Bahasa Inggeris.
  3. Yang ni, mungkin boleh tanya EmpAhmadK, dia yang mahir benda-benda ni. Cuma sekarang dia sibuk dengan peperiksaan akhir semester serta pengolahan laman utama Wikipedia bahasa Kadazandusun, jadi ini seeloknya kita simpan dahulu. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 29 Jun 2024 (+08)
(1 dan 2). Bagi saya, ini elok untuk dibuang terus. Tapi, kita perlu untuk membuat tampilan laman utama tersebut untuk boleh buka fail-fail yang telah di masukkan. Mungkin, boleh ikut Wikisumber Inggeris atau Indonesia. Nanti untuk projek-projek yang sedang dijalankan boleh di buat laman khas. Sebab, semasa dalam inkubator belum boleh kita buat. Selepas ini untuk projek-projek yang akan dibuat dalam Wikisumber akan dibuat laman khususnya.
3. Sebenarnya ini boleh sahaja kita buat. Tetapi, kita perlu contoh pada projek lainnya, bagaimana kita mahu letak dan lain-lainnya. Tapi, setakat ini yang boleh kita tukar mengikut Wikisumber yang telah wujud sebelumnya (Wikisumber Inggeris atau Wikisumber Indonesia). Lim Natee (bincang) 23:05, 29 Jun 2024 (+08)