Pergi ke kandungan

Wikisumber:Apa yang boleh dimasukkan ke dalam Wikisumber

Daripada Wikisumber
Dasar rangkuman

Wikisumber sebagai perpustakaan bebas yang boleh ditambah baik oleh sesiapa jua wujud untuk mengarkibkan karya seni dan intelektual bebas yang dicipta sepanjang sejarah, dan untuk mempersembahkan terbitan karya tersebut dalam versi wiki yang setulen mungkin supaya sesiapa sahaja boleh menyumbang nilai tambahan kepada koleksi pustaka ini. Laman ini menggaris dasar yang digunakan untuk menentukan sama ada karya tertentu memenuhi matlamat ini atau tidak dan boleh diterima di Wikisumber.