Pengarang:Zainal Abidin bin Ahmad
Penampilan
| Zainal Abidin bin Ahmad (1895–1973) |
Zainal Abidin bin Ahmad, juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau dan Bugis yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris. |
Karya
[sunting]- Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling.
- Ilmu Bahasa Melayu (1926)
- Rahsia Ejaan Jawi (1929)
- Umbi Kemajuan (1932)
- Falsafah Takdir (1932)
- Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934)
- Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934)
- Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi [Indeks]
- Siri Pelita Bahasa Melayu
- Jilid I (1940)
- Jilid II (1946)
- Jilid III (1949)
- Asuhan Budi Menerusi Islam (1958)