Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1957/7/15

Daripada Wikisumber
Pelita Brunei, 1957, 7
15 July 1957
6385Pelita Brunei, 1957, 7 — 15 July 1957
Tahun 2. No. 11
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 JULY, 1957.


RANCHANGAN PEMILEHAN WAKIL2 KA MAJLIS2 MASHUARAT DA'ERAH DAN MAJLIS2 MASHUARAT BANDARAN


KERAJAAN NEGERI INI sedang berusaha menjalankan perishtiharan yang telah diumomkan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan pada awal tahun ini berkena'an perkara mengenai penubohan Majlis Mashuarat Da'erah dan Majlis Mashuarat Luar Bandar yang akan mulai berjalan kuat kuasanya pada bulan January tahun hadapan.

Akan diingatkan bahawa Majlis Mashuarat Penasehat Da'erah yang dahulu telah ditukarkan gelarannya sebagai Majlis Mashuarat Da'erah mulai dari bulan March tahun ini, dan tiap2 da'erah itu telah dibahagikan kapada beberapa buah da'erah yang kechil.

Menurut kapada Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia berkena'- an hal tersebut, upachara pemilehan wakil2 dari da'erah2 yang kechil itu ka Majlis2 Mashuarat Da'erah akan di-jalankan sabelum akhir tahun ini dengan mengikut kapada chara2 'adat istiadat turun temurun negeri ini. Maka dengan hal itu dapat-lah Majlis2 Mashuarat Da'erah menjalankan tugas2nya sebagaimana yang telah dijadualkan.

Dibawah ranchangan2 yang baharu, Majlis2 Mashuarat Da'erah dan Majlis Mashuarat Luar Bandar serta juga Ahli2 Majlis Mashuarat itu akan diberi kuasa yang lebeh banyak lagi dan memikul tanggang2 jawab yang benar.

Kechuali Lembaga Majlis Mashuarat Luar Bandar, lain2 Majlis Mashuarat Da'erah2 Luar Bandar dan Pendalaman Luar Bandar akan me- ngandongi 50% daripada ahli2 yang resmi yang dilantek oleh Keraja- 'an, dan 50% daripada ahli2 yang tidak resmi yang dipileh oleh orang2 ramai sendiri.

Selain daripada ahli2 tersebut, pehak Keraja'an akan melan- tek sa orang pengurusi untok tiap2 buah Majlis Mashuarat. Pengu- rusi itu tidaklah akan mengundi dalam persidangan Majlis Mashuarat kechuali pada masa undi pengurusi itu dikehandaki bagi menentukan ke'ada'an sasuatu keputusan yang muktamad.

Oleh kerana upachara pemilehan wakil2 ka Majlis2 Mashuarat Da'erah dan Luar Bandar dengan mengikut kapada chara2 'adat isti- 'adat turun temurun akan dilangsongkan kira2 pada bulan October akan datang, maka pehak Keraja'an Negeri ini akan menjalankan ran- changan2 bagi membahagikan beberapa buah da'erah itu ka beberapa buah kawasan supaya dapatlah dilantek saorang ahli daripada tiap2 buah kawasan itu dan juga dipileh saorang ahli daripada tiap2 buah kawasan itu juga.

Selanjutnya semua Penulong2 Resident, Pegawai2 Da'erah dan Pegawai2 Penerangan akan mengadakan satu mashuarat dengan yang Ber- hormat Tuan British Resident sadikit hari lagi bagi membinchang- kan pekerja'an2 yang akan dijalankan mengenai pemilehan wakil2 tersebut dan haruslah tempat2 membuang undi akan dijalankan di- sekolah2.

*************************

UPACHARA PEMBUKAAN BANGUNAN 2 BAHARU SEKOLAH 2 ELAYU OLEH DYMM AL-SULTAN

Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Sai- fuddin akan melangsongkan upachara pembukaan resmi 9 buah bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu pada bulan ini dan pada bulan hadapan saperti berikut:

Hari Thalatha 16 July: Pukol 10.30 pagi - Sekolah Melayu Berakas dan pada pukol 11.30 pagi - Sekolah Melayu Sungai Hanching.

Hari Khamis 18 July: Pukol 10.30 pagi - Sekolah Melayu Masin dan pada pukol 11.30 pagi - Sekolah Melayu Pangkalan Batu.

Hari Sabtu 20 July; Pukol 12.00 tengah hari - Sekolah Melayu Batu Apoi.

Hari Rabu 24 July: Pukol 10.30 pagi Sekolah Melayu Bunut dan pada pukol 12.00 tengah hari - Sekolah Melayu Birau.

Hari Ithnin 29 July: Pukol 11.00 pagi - Sekolah Melayu Kasa.

Hari Sabtu 3 August - Sekolah Melayu Jerudong.

                     ***************************

WAKIL2 BRUNEI KA TEMASHA SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYA

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menjemput Keraja- an Brunei menghantarkan dua orang wakil2 untok menghadziri ditema- sha istiadat sambutan Hari Kemerdeka'an Malaya yang akan dilangsong- kan di Kuala Lumpur pada akhir bulan hadapan.

Kerajaan Brunei sangatlah sukachita menerima jemputan yang berharga itu dan akan menghantarkan dua orang Wakil2 dari Negeri ini ka temasha yang terma'lum.

Nama 2 Wakil2 itu akar diumomkan sadikit hari lagi.

                   ***************************

PEMERHATI2 KA PERSIDANGAN PERSEKUTUAN PARLIMEN DIMALAYA

Kerajaan Brunei akan menghantarkan dua orang pemerhati2 untok menghadziri ka Persidangan Yang Kelima Persekutuan Parlimen Jajahan Ta'lok British bagi kawasan2 Malaya dan Borneo British yang akan dilangsongkan di Kuala Lumpur mulai dari 29 August ka 3 Septe- mber tahun ini.

Persidangan Persekutuan tersebut pada kali yang ke-empat telah diadakan di Singapora pada tahun yang lalu dan pemerhati2 dari Brunei yang menghadziri persidangan itu ialah Al-merhum Yang Berhor- mat Pengiran Maharaja Leila dan Yang Berhormat Pengiran Kerma Indera.

Nama2 pemerhati2 yang akan menghadziri persidangan itu akan diumomkan tidak berapa lama lagi.

                **************************

TAKSIRAN CHUKAI2 PINTU

Taksiran chukai pintu bagi semua bangunan didalam kawasan Bandaran sekarang bolehlah didapati untok pepereksa'an di Pejabat

Bandaran Brunei....
Bandaran Brunei.

Pejabat Bandaran itu akan menimbangkan pengaduan2 mengenai taksiran chukai pintu itu pada 3 August, 1957.

Sebarang pengaduan hendaklah dibuat sendiri atau pun mene- rusi wakil, atau dengan chara menulis surat kapada Setia Usaha Bandaran sabelum 1 August, 1957.


MA'LUMAT KAPADA ORANG 2 YANG MEMPUNYAI KERETA2

Orang2 ramai yang mempunyai kereta2 yang didaftarkan di- Negeri ini adalah diperingatkan bahawa sakiranya lisen2 mereka hanya dapat digunakan hingga ka 30 June, 1957 maka hendaklah mereka membaharui lisen2 kereta2 mereka' itu dengan saberapa segera.


LAWATAN PAKAR HAL EHWAL PENCHEGAH BATOK KERING DARI AUSTRALIA

Sir Harry Wunderly, bekas Pengarah Bahagian Penchegah Penyakit Batok Kering dari Jabatan Kesehatan, Keraja' an Australia Barat telah tiba diBrunei pada hari Rabu 10 July yang lalu untok mengadakan perundingan2 dengan Pegawai2 Keraja'an dan Pegawai2 dari Jabatan Perubatan disini mengenai perkara mengubati penyakit batok kering dan lain2 penyakit.

Beliau telah ditemani oleh isterinya dan telah berangkat ka Seria pada hari Khamis 11 July dimana beliau telah mengadakan perundingan2 dengan Anggota 2 Jabatan Perubatan disana.

Sir Harry Wunderly telah tiba semula di Bandar Brunei pada hari Sabtu 13 July dan pada hari itu juga beliau telah berangkat dengan kapal terbang ka Jesselton dan ka lain2 tempat di Borneo Utara serta di Negeri Sarawak. Kemudian beliau akan berangkat ka Singapurà dari Kuching dan ka Hongkong untok menjalankan tugas2nya sebagaimana yang dijalankan diNegeri ini.


WAKIL2 BRUNEI KA TEMASHA PERTUNJOKKAN TANAM 2AN DIMALAYA

Lima orang telah mewakili Negeri ini ka tema sha Pertunjokkan Tanam2an dan Pertanian yang telah dilangsongkan di Kuala Lumpur pada awal bulan ini.

Beliau2 itu ialah Pegawai Pertanian Negeri Inche' Hamidoon bin Awang Damit, sebagai Ketua Rombongan, Pehin Bendahari Awang Abdul Rahman, Pengiran Damit bin Pengiran Sunggoh, Inche' Ahmad bin Haji Ismail dan Awang Mohamed Salleh bin Pehin Ratna di-Raja.


PEGAWAI2 YANG MENJAGA PEJABAT 2 TANAH SANEGERI BRUNEI

Adalah diumomkan untok pengetahuan orang2 ramai bahawa Pega- wai2 yang disebutkan dibawah ini telah ditetapkan oleh Pehak Yang Berkuasa untok menjaga, Pejabat2 Tanah Daerah2 Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah emburong, dan Daerah Tutong.

Pejabat Tanah Brunei dan Muara: Penolong Pegawai Pemungut Hasil2 Tanah (Bahagian Pertadbiran Pejabat) dan Penolong Pegawai Pemungut Hasil2 Tanah (Bahagian Tafsiran Tanah)

Pejabat Tanah Belait: Pegawai Daerah Belait. Pejabat Tanah Tu tong: Pegawai Daerah Tutong, dan Pejabat Tanah Temburong: Pegawai Daerah Temburong.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

TEHASHA SAMBUTAN HARI RAYA HAJI DI SEKOLAH MELAYU S.M.J.A.

Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei te- lah menyambut Hari Raya Haji dengan mengadakan Majlis2 Peraduan Ba- cha'an Koran Al-Karim pada petang hari Ithnin 8 July, 1957 diDewan Sekolah itu, dan pada malamnya telah dilangsongkan Peraduan2 Bahath dan Sharahan.

Seramai 29 orang murid2 lelaki dan perempuan dari Sekolah Mela- yu S.M.J.A., Sekolah Perempuan Raja Isteri Fatimah, dan Sultan Omar Ali Saifuddin College telah mengambil bahagian dalam Peraduan Bacha'an Koran.

Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad, Mudim Haji Adnan, Awang Omar bin Randah dan Inche' Mohammad Yassin telah menghakimkan peraduan itu,dan hadiah2 tela disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Bendahara.

Awangku Mahmud bin Pengiran Damit, murid Darjah 5A telah menja- di Johan dalam Peraduan terbuka kapada murid2 lelaki Sekolah Melayu S.M.J.A. dan menerima Piala Perak Pusingan yang dihadiahkan oleh Per- satuan Kesatuan Islam, Brunei. Mohamed Kassim bin Abu Bakar telah men- jadi Naib Johan dan diturut oleh Abdul Wahab bin Pehin Udana Khatib, Mohsin bin Bakir, Mustafa bin Chuchu, Metusin bin Haji Serudin, Mohamed Tahir bin Ibrahim dan Mohsin bin Safar.

Arfan bin Mohamed, saorang penuntut dari Sultan Omar Ali Saifud- din College, Bandar Brunei telah memperolehi semula Piala Perak Pusi- ngan yang dihadiahkan oleh Persatuan Kesatuan Islam, Brunei satelah ia berjaya mempertahankan gelarannya sebagai Johan Bacha'an Koran di- antara Penuntut2 Sultan Omar Ali Saifuddin College pada tahun yang ke- dua berturut2. Gelaran yang kedua dimenangi oleh Umar bin Haji Serudin, yang ketiga, Annuar bin Abdul Hamid, dan yang ke-empat, Muhammad bin Haji Serudin.

Dalam bahagian terbuka ka pada murid2 perempuan dari Sekolah Me- layu Raja Isteri Fatimah, pemenang2nya adalah saperti berikut:

1. Rosnah binte Mohamed Sa'id, 2. Dayangku Maisalamah binte Pengi ran damit, 3. Ehsan binte Serudin, 4. Asmah binte Umar, 5. Maimun binte Ahmad dan 6. Rambunai binte Bakar.

Sasudah selesai dilangsongkan peraduan2 tersebut, uchapan2 telah dilafadzkan oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Bendahara, Yang Berhormat Che'gu Pengiran Ali bin Pengiran Haji Mohamed Daud de- ngan sifatnya sebagai Naib Pengurusi, Jawatan Kuasa Sekolah Melayu Pe- kan Brunei dan lain2nya.

Kemudian para hadzirin telah menyampurnakan jamuan teh dan bersu- rai salepas Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad membachakan Do'a Selamat.

Peraduan Bahath yang telah dilangsongkan pada malam tersebut, di- bawah tajuk "Bekerja menjadi Police itu adalah lebeh baik baripada men- jadi Kerani" telah dimenangi oleh Awangku Suhaili bin Pengiran Haji Ghani dan rakan2nya dengan memperolehi 39 suara melawan 11 suara.

Pehak Penchadang Peraduan Bahath itu telah terdiri dari Awangku Suhaili, Ali Akbar bin Ibrahim dan Sulaiman bin Chuchu, manakala pehak Pembahath telah diketuai oleh Ibrahim bin Idris dengan mendapat soko- ngan dari Aji bin Nasar dan Abdul Wahab bin Sulaiman.

Yang Berhormat Pengiran Mohamad Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim telah memimpin Majlis itu dan Hakim2nya ialah Che'gu Yahya dari Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Inche' Zaini Haji Ahmad dan Inche' Zain Ariff.

Mohamed Ali bin ...

Mohamed Ali bin Mohamed Daud, penuntut dari Sultan Omar Ali Saifuddin College telah menang peraduan Sharahan, diturut oleh Awangku Suhaili bin Pengiran Haji Ghani, dan Ali Akbar bin Ibrahim.

Hadiah2 untok pitah berchakap telah dimenangi oleh Sulaiman bin Chuchu dan Ali Akbar bin Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud telah menyampaikan hadiah2 sah selesai dilangsongkan per- tandingan2 Bahath dan Sherahan yang terma'lum.

                    - - - - - - - - - - - - - - - - -

2 ORANG LAGI JEMA AH2 HAJI DARI BRUNEI MENINGGAL DUNIA DI MEKAH

Dua orang lagi jemaah Haji dari Brunei yang telah berangkat ka Mekah pada tahun ini telah meninggal dunia.

Mereka ialah Pengiran Safiudin bin Pengiran Shahbudin, berumor 39 tahun dari Kampong Sengkurong, Brunei, dan saorang lagi ialah Dayang halimah binte Kassim, berumor 42 tahun dari Kampong Peramu, Brunei.

Sahingga ka hari ini, seramai enam orang daripada sa jumlah 115 orang dari Brunei yang telah berangkat ka Tanah Suchi pada tahun ini telah meninggal dunia sabelum menyampurnakan fardzu Haji.

                      - - - - - - - - - - - - - - - - -

GURU PEREMPUAN DUSUN DI LAMUNIN MEMELOK UGAMA ISLAM

{{inden teks|2em|Sailok, saorang perempuan Dusun yang berkhidmat sebagai Guru Pelateh di Sekolah Melayu Lamurin, Daerah Tutong telah dengan suka- chitanya memelok ugama Islam baharu2 ini.

{{inden teks|2em|Namanya yang baharu ialah Rukayah binte Angsa dan Istiadat mengislamkan-nya telah diselenggarakan oleh Kathi Besar Negeri Bru- nei, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed Salleh dan oleh beberapa orang Pegawai2 Ugama dirumah Abang Mohamed Yusuf, iaitu bakal ayah mertua ka pada Che'gu Rukayah.

{{inden teks|2em|Sasudah dilangsongkan istiadat mengislamkan Che'gu itu, maka satu Majlis Jamuan Makan telah diedarkan dirumah itu juga dengan dihadziri oleh Pegawai Daeran Tutong, Yang Berhormat Pengin Haji Abu Bakar; Imam Masjid Tutong Abdul Khani dan lain2nya, dalam mana Yang Berhormat Tuan Kathi Besar telah memberi satu uchapan yang ber- harga.

{{inden teks|2em|Samentara itu, Abang Mohamed Yusuf telah mengeluarkan surat2 jemputan kapada orang2 ramai ka rumahnya diKampong Lamunin pada hari Ahad 21 July, 1957 untok menyempurnakan istiadat perkahwinan diantara anaknya Awang Johari dengan Che'gu Rukayah binte Angsa.

                  - - - - - - - - - - - - - - - - -

KENYATAAN KHAS

Mulai dari 22 July, 1957 Pejabat Kerja Raya dan Pejabat State di bangunan Pejabat2 Kerajaan di Bandar Brunei Engineer dan Pejabat Roads Section akan berpindah ka bangunan baharu Jab.tan Custom. Bagaimana pun, Pejabat Workshop akan terus menggunakan tem- patnya yang lama di Tasek.

- - - - - - - - - - - - -

PERTANDINGAN BACHAAN KORAN

Pertandingan Bachaan Koran bagi Daerah Brunei dibawah anjo- ran Persatuan Kesatuan Islam Brunei akan dilangsongkan diMesjid Pekan Brunei pada hari Ahad 28 July, 1957.

Pertandingan itu adalah terbuka kapada kanak2 laki2 dan perempuan yang berumor 14 tahun kabawah dan juga kapada orang- orang dewasa.

Pertandingan untok orang2 dewasa bahagian 'B' akan dilange songkan diMesjid Pekan Brunei pada 28 July dan chalon2 yang ber- jaya menjadi Johan2 yang pertama dan yang kedua dalam pertandingan itu akan dipileh untok bertanding dalam bahagian 'A' pada 6 August.

Chalon2 yang berjaya dalam pertandingan2 yang terma'lum akan masok bertanding dalam pertandingan sanegeri Brunei diMesjid Pekan Brunei pada 11 August, 1957.

                           * * * * * * * * * * * *

PEGAWAI GURU2 - PENUNTUT2 BRUNEI DILUAR NEGERI

Che 'gu Pengeran Hidup bin Pengeran Hashim, Guru Kumpulan di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin telah balek kaBrunei pada 6 July satelah menyempurnakan kursus dalam hal ehwal Pelajaran di England dengan mendapat Pelajaran Perchuma dari Keraja'an Brunei.

Che'gu Mohamad Jamil bin Awang Omar, Pengawas Kebun2 Sekolah dan Rumah telah balek kaBrunei pada 17 July sasudah tamat pelaja- rannya di Maktab City of Worcester, England atad Pelajaran Perchuma dari eraja'an Brunei.

Inche' Talib bin Darwish, saorang Penulong Pegawai Teknik yang kanan di Jabatan Korja Raya Brunei yang telah berangkat ka United Kingdom beberapa bulan yang lalu untok mempelajari Kursus Juru-Tera atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei telah balek kaBrunei baharu2 ini kerana berchuti.

Beliau dijangka akan balek kaEngland kira2 pada bulan Sep- tember hadapan.

Enam orang penuntut2 dari Brunei yang belajar diMaktab Islam saMalaya atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei telah juga balek kaBrunei baharu2 ini untok menyampurnakan kelepasan me reka disini selama lebeh kurang dua bulan.

Penuntut 2 itu ialah Awang Mohamed Zain bin Haji Serudin, Aw- ang Abdul Rahman bin Khatib Abdullah, Awang Mahalle bin Haji Abdul- lah, Awang Abdul Hamid bin Mohamad Daud, Awang Abdul Hamid bin Bakal, dan Awang Abdul Salam bin Abdul Razak.

                     __________________________________

LAWATAN PENUNTUT 2 DARI KUCHING KA BRUNEI

Seramai 22 orang Guru2 Pelateh dari Pusat Latehan Guru2 Batu Lintang, Kuching dengan diketuai oleh Che'gu Mobil bin Haji Paris telah melawat ka Brunei pada 2 July yang lalu dari Limbang.

Mereka telah melawat ka Pejabat Penerangan, Radio Brunei, Se- kolah Melayu Sultan Mohamad Jamal-ul-Alam, Sekolah Raja Isteri Fatimah, Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin dan kalain2 tempat. Sekeliannya iti telah pun balek ka Kuching melalui Miri pada 11 July.

                               * * * * * * * * * * *