Pergi ke kandungan

Pelita Brunei/1957/1/16

Daripada Wikisumber
Pelita Brunei, 1957, 1
16 Januari 1957
7629Pelita Brunei, 1957, 1 — 16 Januari 1957
Tahun 1. No. 23
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
16 JANUARY, 1957.

Pengurnia'an Gelaran Kehormatan Tahun Baharu:

HAKIM BESAR BRUNEI - SARAWAK - BORNEO UTARA DIANUGERAHKAN DARJAT "KNIGHT BACHELOR"


DULI YANG MAHA BESAR Baginda Queen Elizabeth II telah, dengan suka- chi tanya, bersetuju menganugerahkan gelaran2 kehormatan Tahun Baharu 1957 kepada 10 orang Pegawai 2 Kerajaan dan Pembesar2 Negeri 2 Brunei, Sarawak, dan Borneo Utara; dan disamping itu, Tuan Yang Terutama Go- vernor Negeri Sarawak telah bersetuju menganugerahkan hadiah Sijil Kehormatan kapada saorang Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat diKuching.

Hakim Besar Negeri Brunei, Sarawak, dan Borneo Utara, Tuan Yang Terutama Justice Sir Ernest Hillas Williams telah dianugerah- kan oleh Baginda Queen dengan gelaran kehormatan yang tinggi sekali diantara beliau2 tersebut, iaitu darjat kehormatan "Knight Bachelor" manakala orang2 yang dibawah ini telah mendapat gelaran2 kehormatan saperti berikut:-

"Officer of the Most Excellent Order of the British Empire" (0. B.E.): Mr. Henry Edmund Cornish M.C., Postmaster General, Sara- wak; Mr. Andrew Goode, Setia Usaha Ke-ewangan, Borneo Utara; dan Mr. Kwan Chai Chuen, saorang Pembesar di Borneo Utara.

"Member of the Most Excellent Order of the British Empire" (M. B.B.): Dato' Tuanku Bujang bin Tuanku Haji Othman, Pegawai Per- tadbiran Negeri Sarawak; Mr. Tan Yam Thong, Pendaftar Yang Kanan diMahkamah Tinggi Negeri Sarawak; Mr. Thien Tet Fui, bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Orang2 China di Pejabat Buroh dan Kebajikan Masha- rakat, Borneo Utara; dan Mem Edna Bryant dari Borneo Utara atas per- khidmatannya terhadap perkhidmatan2 kebajikan perubatan.

Pingat Police Baginda Queen: Mr. Peter Edward Turnbull, bekas Chief Police Officer, Brunei dan pada masa ini menjawat jawatan Tim- balan Pesuroh Jaya Police Sarawak.

Pingat British Empire (Bahagian Awam): Mr. Benedict Stephen, Inspector Lembaga Bandaran, Pejabat Perubatan, Borneo Utara.

Sijil Kehormatan: Mr. Kho Lai Aik, Kerani Besar dan Pegawai Punereksa Kira-kira di Pejabat Perniaga'an dan Customs, Kuching,

SIR ABDUL RAHMAN - G.C.M. G.

Sayugia disebutkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembi- lan, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almar- hum Tuanku Muhammad, K.C.M. G., telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Besar Baginda Queen dengan martabat yang tinggi sekali diMalaya iaitu martabat "Honorary Knight Grand Cross of the Most Distingui- shed Order of Saint Michael and Saint George" (G.C.M. G.). Dengan pe- ngurnia'an martabat ini, Tuanku Sir Abdul Rahman adalah menjadi Sul- tan yang ketiga diMalaya yang menyandang gelaran kehormatan ini, se- lain daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johore dan Sultan Pahang.

- - - - - - - - -

PEGAWAI PENERANGAN NEGERI BRUNEI YANG BAHARU

Pengiran Mohamed Yusoff bin Pengiran Haji Abdul Rahim, Peno- long Pegawai Penerangan, Brunei telah di-lantek menjadi Pegawai Penerangan Negeri Brunei mulai dari sahari bulan January, 1957 menggantikan tempat Inche' Suhaimi bin Haji Amin yang telah ber- henti memegang jawatan itu mulai dari tarikh tersebut juga.

Inche Suhaimi bin Haji Amin, bekas Pegawai Penerangan Negeri samenjak bulan September, 1954 telah berangkat ka-Singapora Brunei dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways pada tengah hari Khamis, 3 January, 1957 bersama dengan isteri, anak dan ibu mertua-nya. Ramai anggota 2 Pejabat Penerangan, termasok Pegawai Penerangan Negeri, Pengiran Mohamed Yusoff; Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Puteh bin Pengiran Haji Rajid; serta beberapa orang Pegawai2 Keraja'an dan lain2-nya telah berangkat ka-Padang Kapal Terbang Berakas menguchapkan Selamat Jalan kapada Inche Suhaimi dan keluarga-nya. Inche Suhaimi telah mengucapkan Se- lamat Tinggal kapada kesemua orang yang berada di-Padang Kapal Terbang pada masa itu.

Beberapa hari sabelom Inche' Suhaimi berangkat ka-Singapora, Pegawai Penerangan Negeri serta anggota 2 Pejabat Penerangan dari Bandar Brunei dan Kuala Belait telah mengadakan satu Majlis jamuar makan nasi Beriani di-dewan Pejabat Penerangan, Bandar Brunei.

Pegawai Penerangan Negeri telah melafadzkan kata2 yang ber- harga bagi pehak ke-semua anggota2 Pejabat Penerangan di-Majlis tersebut dan menghadihkan sabuan gong perak kapada dzaif yang di- ra ikan itu.

Inche' Suhaimi telah menguchapkan berbanyak terima kaseh atas jamuan yang di-adakan itu dan juga terhadap chendermata yang di-hadiahkan kapada-nya oleh anggota2 Pejabat Penerangan. telah memuji jasa Pengiran Mohamed Yusoff, bukan sahaja kapada pehak Pertadbiran Negeri, bahkan terhadap masharakat. Kapada ke- semua anggota Pejabat Penerangan ini, Inche' Suhaimi menasihatkar supaya mereka bekerja dengan lebeh tekon lagi dalam menjalankan kewajipan masing2 pada satiap masa; dan di-samping itu beliau, bagi pehak keluarga-nya menguchapkan Selamat Tinggal kapada para hadziran.

Majlis itu di-tamatkan dengan bacha'an do'a sela mat oleh Chelgu Abdul Rahman bin Haji Hashim, Guru Ugama di-S.0.A.S. College, Brunei.



WAKIL2 PENGAKAP2 PEREMPUAN NEGERI BRUNEI KA-PERKHEMAHAN SA-DUNIA DI-MANILA, PHILIPPINES

Lima orang Pengakap2 Perempuan dari Brunei, mengandongi tie orang dari Bandar Brunei dan dua orang lagi dari Seria telah di- pileh untok menghadziri Perkhemahan Pengakap2 Perempuan Sa-dunia yang akan di-langsongkan di-Manila, Philippines pada bulan ini, sabagai menyambut usia saratus tahun Pertubohan Pengakap2 Perempu Sa-dunia.

Waki12 Brunei ka-Perkhemahan tersebut, yang akan di-ketuai oleh Mem M. Bradshaw, sa-orang Pegawai dari Persekutuan Pengakapa Perempuan Negeri Brunei ada-lah saperti berikut:-

Zaharah binte Idris, Jusnani binte Lawi dan Zainon bina Latif (ke-semua-nya dari Bandar Brunei); Maimon binte Ahmad dan Sheila Fowle (ke-dua-nya dari Seria).

Rombongan dari Brunei itu akan berangkat dari Labuan dengan kapal terbang ka-Manila, pada 17 January, 1957 dan balek pada 8 February, 1957. Dalam masa menghadiri perkhemahan itu, akan dapat peluang bertemu dengan Persuroh Jaya Pengakap Perempuan Saberang Laut, Miss Helen McSwiney.

Samentara itu, ada-lah di-fahamkan bahawa Miss Helen McSwi- ney, di-jangka akan tiba di-Brunei pada 24 February, 1957 dan ak- an tinggal di-Brunei selama saminggu. Dalam masa yang singkat ia berada di-negeri ini, Miss Helen sangat-lah besar hati hendak berjumpa dengan sesiapa pun yang gemar dalam Pergerakkan Pengakap Perempuan.

Lebeh lanjut lagi kita ketahui iaitu pada masa menghadziri Perkhemahan Pengakap Perempuan Sa-dunia itu, ke-semua wakil2 itu, akan di-bawa melihat tempat2 yang bersejarah dan sebagai-nya di- antara-nya ia-lah Istana Malacanang bangunan kediaman rasmi President Negara Philippines; Intramuros - sabuah bandar yang di- kelilingi oleh tembok2, di-bina oleh orang2 Negeri Spaniol pada abad yang ka-18; University of Santo Thomas, sabuah University puak Cathlic yang mulai di-bangunkan pada tahun 1611 dan di-jadi- kan penjara oleh Pemerentahan Jepun pada masa mentadbirkan Phili- ppines; dan melawat ka-lain2 tempat.


Ranchangan Tali Ayer Mulaut dan Kilanas:}}

MAJLIS MASHUARAT NEGERI MELULUSKAN PERBELANJA'AN $5 JUTA PEKERJAAN SUDAH PUN DI-MULAI DI-MULAUT DAN KILANAS

Majlis Mashuarat Negeri Brunei, dalam persidangan-nya sa- dikit hari dahulu, telah bersetuju meluluskan perbelanja'an sa- banyak $5,000,000 bagi menjalankan Ranchangan Tali Ayer di-kaw- asan2 Mulaut dan Kilanas.

Pekerjalan sudah pun di-mulai di-kawasan2 tersebut, letak- nya kira2 sapuloh batu dari Bandar Brunei dan sedang berjalan dengan chukop sibok pada masa ini supaya dapat-lah di-sediakan terusan2 ayer dan parit2 itu sabelom tiba musim menanam padi ke- lak.

Terlebeh dahulu Wakil2 dari pehak Kerajaan telah mengada- kan perundingan2 dengan pendudok2 di-kawasan2 tersebut. telah bersetuju, buat permula'an, supaya di-jalankan ranchangan itu di-satukan ka-kawasan arah ka-Utara tempat2 tersebut, meng- andongi kira2 600 ekar bendang dan 200 ekar sebagai tempat simpanan.

Sakira-nya terusan2 ayer dan parit2 itu terpaksa di-buat melalui sawah2 padi, maka Kerajaan akan memberi beras atau wang kapada tuan2 punya sawah padi itu dengan sechara berpatutan.

Keraja'an akan berikhtiar dengan saberapa boleh supaya pekerjalan bagi membina terusan2 ayer dan parit2 di- lakukan oleh orang2 yang tinggal di-kawasan2 tersebut sahaja.

Ada-lah di-ingatkan bahawa dalam pertengahan dan akhir tahun 1920-1930, satu usaha membanyakkan penanaman padi lembah sawah telah di-jalankan di-antara orang2 Kedayan (iaitu puak yang banyak sekali bertani di-Brunei), tetapi pada tahun 1929 hanya 1,200 ekar daripada jumlah 5,200 ekar sahaja yang telah di-tanam dengan padi lembah atau padi sawah. Dalam pada itu, benih padi baharu telah di-masokkan

/ dari Malaya dan ...
dari Malaya dan penghasilan-nya yang lebeh tinggi itu telah meng-

galakkan pesawah2 padi itu membuka kawasan2 yang lebeh besar lagi untok padi sawah.

Kawasan2 di-Lumapas dan Kilanas telah di-buka dengan chara ini, tetapi chara menanam padi sawah itu maseh sukar dan memakan tenaga yang banyak. Kebanyakkan daripada tenah-nya penoh dengan paya dan payah hendak menggunakan bajak dan hanya dapat di-usaha- kan dengan menggunakan dua, tiga atau lebeh kerbau untok menghan- chorkan perlahan2 kawasan2 yang hendak di-tanami itu: Kerbau itu biasa-nya mengharong hingga perut-nya dan peladang2 yang mengem- balakkan-nya berjalan dalam lumpur yang satinggi lutut-nya.

Lembaga Penyelidikan Pertanian Bersama

Dalam segi pertanian-nya ke-tiga2 Daerah di-kawasan Borneo British ini, mengandongi Brunei, Sarawak dan Borneo Utara mempunyai masaelah2 yang sama, dan lembaga2 penyelidikan pertanian yang ber- asingan untok tiap2 Daerah itu akan hanya merugikan dan membuang wang sahaja.

Oleh itu sabuah Lembaga, yang dinamakan Lembaga Penyelidikan Pertanian Bersama di-chadangkan bagi ke-tiga2 Daerah tersebut dan Majlis Mashuarat Negeri Brunei telah pun memberi persetujuan dalam dasar-nya kapada ranchangan tersebut, sunggoh pun peruntokan2 wang belum-lah lagi di-suarakan.

 --------------------------------------------------------------------------------

Darjah2 Orang2 Dewasa - Khas Kapada Perempuan:

DARJAH2 MENYULAM DENGAN ENJIN JAHIT DAN TANGAN DI-ADAKAN DI-PEKAN BRUNEI-TUTONG-SERIA-BELAIT

Ada-lah difahamkan daripada Pejabat Pelajaran bahawa Darjah2 Menyulam dengan menggunakan enjin jahit dan tangan khas kapada orang2 Perempuan sahaja akan diadakan pada sabelah petang di-empat buah sekolah2 di-Negeri ini, saperti berikut:-

Sekolah Melayu Raja Isteri Fatimah, Pekan Brunei; Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong; Sekolah Melayu Muhammad 'Alam, Seria; dan Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin, Kuala Belait.

Darjah2 tersebut ada-lah di-untokkan bagi perempuan2 dalam Negeri Brunei yang bersuami, murid2 Sekolah ti- dak-lah dibenarkan menghadziri-nya.

Segala pengajaran akan dijalankan dalam Bahasa Melayu. Tiap- tiap penuntut akan dikenakan bayaran sabanyak 2.00 sa-penggal, mengandongi 10 pelajaran. Bayaran 2.00 itu boleh-lah di-tuntut balek jikalau kedatangan 80% atau lebeh dalam satu penggal, tetapi jikalau kedatangan sasaorang itu kurang daripada 80%, maka baya- ran $2.00 itu akan terpulang kapada milek Keraja'an.

Sakira-nya sasaorang itu suka hendak menyambong pelajarannya salepas menghadziri satu penggal, boleh-lah ia mendaftarkan namanya. semula. Pendaftaran bagi Darjah2 ini hanya dapat diterima oleh Pe- jabat Pelajaran pada permulaan tiap-tiap penggal pelajaran, dan tidak sesiapa pun dibenarkan belajar apabila penggal pelajaran itu telah dimulakan.

Guru2 Darjah2 tersebut ia-lah Che' Shahida binte Osman di- Pekan Brunei; Che' Mastura binte Abdul Latif, di-Tutong; Che' Za- limah binte Osman, di-Seria; dan Nonya Renne Lo di-Kuala Belait.

                           ---------------------

RUANGAN PENERANGAN:

PERKELAHIAN MELAYU-CHINA DI-SERIA ORANG RAMAI DI-INGATKAN: TENANG DAN MENJALANKAN KEWAJIPAN MASING2

Satu kejadian yang tidak di-ingini telah terjadi di-Seria pada 2 January, 1957 yang baru lalu. Kejadian tersebut ia-lah sa- tu perkelahian antara sa-puak Orang Melayu dengan orang? China ya- ng di-datangkan dari Hongkong. Puncha kejadian tersebut ia-lah berasal dari pergurauan antara sa-orang Melayu dengan sa-orang Ch- ina Hongkong yang akhir-nya menjadi perkelahian puak. Sabelom ke- jadian itu menjadi lebeh burok pasokan Police telah mengambil tin- dakan yang chergas, dan menjalankan kewajipan mengawal dan meronda sakeliling pekan dan kampong serta kawasan tempat tinggal pendudok di-kawasan tersebut. Akibat dari perkelahian itu sa-orang China Hongkong telah mati, beberapa orang China dan Melayu telah menda- pat luka 2. Pasokan Police Brunei di-bantu oleh Pasokan Police da- ri Malaya dan Sarawak Field Force hingga masa ini sedang berkawal di-bandar Seria dan sedang menjalankan penyiasatan yang rapi.

Tuan British Resident Brunei, Mr. J.O. Gilbert, telah dua kali terbang ka-Seria untok menyelesaikan perkara itu. Semua pe- kerja China yang di-datangkan dari Hongkong yang bekerja dengan British Malayan Petroleum Co. Ltd., Seria telah mogok. Rundingan2 sedang di-jalankan antara pehak pemogok dengan pehak majikan, Ker- aja'an Brunei dan pemborong2 kechil yang sama terlibat di-dalam kejadian tersebut. Tidak ada tanda2 yang menunjokkan perkara per- kelahian puak itu akan menjadi lebeh burok dari yang sudah ter- jadi.

Mengingati kejadian burok yang baru saja terjadi dalam se- jarah Brunei ini orang ramai ada-lah di-ingatkan supaya tenang dan menjalankan kewajipan diri mereka masing2. Kejadian yang sa- perti ini bukan saja merugikan puak yang bersangkutan dalam per- kara itu tetapi juga ada-lah merugikan moral dan merosakkan ke- sentosa'an dan ke-selamatan negeri Brunei yang terkenal selama ini dengan nama sa buah negera yang aman dan ma'amor, juga kejadian ya- ng saperti itu ada-lah merugikan perjalanan ekonomi negeri dan menyusahkan orang ramai yang ingin hidup dalam aman tenteram. Ja- uhi-lah diri masing2 dari perasa'an yang tidak baik, perasalan ya- ng selalu menimbulkan perselisehan faham baik antara persaorangan mahupun antara satu bangsa dengan satu bangsa. Perkara menimbul- kan perkelahian dan kejahatan ada-lah mudah dan senang terjadi dalam masa fikiran sa-sa-orang itu sedang di-haru dan di-hasut ol- en hawa nafsu yang burok dan jahat, hal mana chuma akan meninggal- kan bekas yang merugikan dan penyesalan yang mendatangkan kebebalan semata2. Memang sukar bagi sa-sa-orang itu memikirkan bagi menim- bulkan perkara yang kebajikan tetapi bukan-lah erti-nya kebajikan dan ke-selamatan itu tidak dapat di-fikirkan dan di-buat oleh kita semua, saperti kejadian yang baru saja terjadi di-Seria itu, bukan tidak dapat kita pendudok di-sini memulehkan-nya bahkan lebeh dari itu lagi dapat kita sempornakan jika kita semua mengenal kebajikan bekerjasama dan memberi nasehat shabat handai dan kawan teman yang sedang terlibat dan hilang fikiran-nya kerana terharu dan di-desak leh hawa nafsu yang jahat.

Kerjasama orang ramai, terutama pendudok di-kawasan Seria dan Belait sama ada bangsa Melayu mahupun puak China tempatan dan China Hongkong ada-lah sangat2 di-kehendaki bagi menghapuskan perasalan tidak puas hati dan jangan-lah menaroh dendam dan perasa an burok sangka antara satu puak dengan satu puak yang lain. Kita sekarang sedang menuju ke-ma'amoran dan ke-selamatan negera dan bagi pend- udok negeri ini, maksud baik ini tidak akan terchapai melainkan dengan jalan kerjasama di-beri oleh semua kita dalam keadaan yang aman dan sentosa serta saling mengerti bahu membahu.

Jaga-lah ke-selamatan dan ke-ma'amoran kita, kerjakan-lah

/ dan usahakan-lah ....
dan usahakan-lah pekerja 'an diri kita masing2 supaya ke-sejahtera'an

kita terjamin. Jika ada ke-susahan dan gangguan yang tuan dapati kemukakan-lah pada pehak yang berkewajipan, jika ke-selamatan tuan terganggu pehak Police Keraja'an sedia memberi lindongan diri mahu pun kerabat atau pun kampong tuan2.

Bertenang dan berusaha-lah bagi mendapat dan mengekalkan ke- ma'amoran dan ke-selamatan kita.


HRUANGAN PENGATAHUAN 'AM 1. Asal Nama Restaurant

Sahingga tahun 1766, tempat atau makan biasa-nya selalu di- tempatkan sabahagian dari Hotel atau Penginapan. Dalam tahun itu sa-orang yang bernama Boulanger membuka tempat makan orang ramai di- Paris. Di-depan tempat itu di-letakkan-nya satu iklan yang ber- bunyi:-

"Come unto me all ye, that are hungry and I shall re-store you"

Dari perkataan "RE-STORE" (dalam bahasa Peranchis "Restaurerai") tepat itu terkenal dengan nama Restaurant hingga kini di-gunakan se-luroh dunia. 2. Ibu yang tertua di-Dunia

Mrs. Felipa Grijalba yang telah berkahwin dengan sa-orang ya- ng berumor 32 tahun Mr. Fruto Aldana dari Columbia, sedang masa itu umor-nya telah 100 tahun, menyebabkan sejarah perubatan terpeksa di- tulis balek. Satahun salepas mereka berkahwin dia telah melahirkan sa-orang anak lelaki yang masa itu berumor 36 tahun dan 101 tahun lebeh muda daripada emak-nya. Demikian mengikut berita khas yang di-keluarkan dalam Elheraldo of Bogota bertarikh 26 February, 1945.

3. Ibu yang termuda di-Dunia

Perchaya atau tidak?, 23 September mempunyai sejarah ganjil? sa-orang anak lelaki telah di-zahirkan sa-berat 5 lbs 15 ounce pada 14 May, 1939 oleh sa-orang ibu yang berumor kurang lebeh dari 5 tahun 8 bulan, siapa yang di-peranakkan pada 23 September, 1933. Ibu yang termuda dalam sejarah dunia itu ia-lah Lina Medina dari Peru. Kejadian tersebut telah di-saksikan oleh sa-ramai 60 orang Doctors. Lina tidak memikirkan yang dia sa-orang ibu, anak itu di- sifatkan-nya sabagai adek lelaki-nya dan di-beri nama Gerardio Alejandro; sunggoh pun dia memanggil anak-nya "Patong Menangis" te- tapi dia lebeh suka bermain dengan patong permainan biasa saperti anak perempuan yang lain.


1. Yang mana lebeh? 0+1+2+3+4+5 =.......?

Oxlx2x3x4x5 = ..........?

2. Apa-kah angka-nya apabila di-bahagi dengan 10 berlebeh 9 bila di-bahagi dengan 9 berlebeh 8; di-bahagi 8 berlebeh 7; di- bahagi 7 berlebeh 6; di-bahagi 6 berlebeh 5; di-bahagi 5 berlebeh 4; di-bahagi 4 berlebeh 3; di-bahagi 3 berlebeh 2; di-bahagi 2 ber- lebeh 1. (Tunggu jawa pan-nya keluaran akan datang).


Keluaran PELITA BRUNEI Bilangan 22 di-satukan dengan Bilangan 23.

- - - - - - -

UNDANG 2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN ADAT ISTIADAT NEGERI BRUNEI

(Sambongan dari PELITA BRUNEI No. 20)

Sharat2 dalam Undang2 ini akan terpakai saberapa yang boleh, kapada ke-semua perkara yang tergantong dalam Mahkamah2 Kathi Be- sar atau apabila Undang2 ini berjalan kuatkuasa-nya.

Boleh-lah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Negeri, dengan jalan siaran dalam Warta Keraja'an, membuat Undang2 ini, dan khas-nya, akan tetapi dengan tidak melemahkan apa2 yang telah tersebut dahulu daripada ini boleh-lah di-perbuat juga per- atoran2 bagi:

Peratoran Majlis, jalan dan ke'idah membuat surat2 Majlis; belanja wang kena di-bayar berthabit dengan apa2 pekerja'an atau benda yang di-perbuat menurut Undang2 ini dan darihal memungut dan menyelesaikan belanja2 itu; kuasa dan tanggongan2 Jawatan Kuasa Ulama dan pengadilan, dan peratoran berkenalan dan perjalanan-nya berthabit dengan segala perkara termasok di-dalam kuasa masing2; lantekan Jawatan Kuasa2 Majlis dan Kuasa2 serta tanggongan2 dan per- atcran perjalanan mereka:

Peratoran pekerja'an dan perjalanan Mahkamah2 Kathi Besar dan Kathi2, maka di-dalam mana2 peratoran itu hendak-lah di-luluskan ol- eh Undang2 bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan menetapkan bahawa mana2 satu daripada sharat2 yang terkandong di-dalam Undang2 tersebut.

Borang2, daftar2, buku kira2, penyata 2, kira2, anggaran pen- dapatan dan perbelanjalan dan lain2 surat yang akan di-gunakan ber- thabit dengan mana2 perbuatan atau benda yang di-perbuat di-bawah atau mengikut Undang2 ini.

Pungutan, perbelanja'an dan penyelesaian mana2 harta benda, perniagaan dan wang yang terhak kapada atau terpulang kapada peg- angan Majlis dari satu masa ka-satu masa kelak.

Memakai bank2 dan kira2 bank akan di-buka dan di-jalankan ol- eh Majlis; perjalanan pungutan wang khairat, dan perbelanjalan pen- dapatan daripada-nya; perjalanan masjid2 dan segala pekerja'an yang berthabit dengan-nya; kuasa? dan tanggongan2 Pegawai Masjid; menj- alankan pilehan kerana lantekan Imam; menetapkan dan memberi tahu sempadan2 mukim masjid; kuasa2 dan tanggongan2 pendaftar? nikah ch- erai orang2 Islam.

Jagalan dan pengajaran kanak2 yang masok Islam oleh Majlis dan ke'idah mendaftarkan orang2 yang masok Islam; dan jaga'an di- atas peratoran dan perjalanan tempat2 pengajaran Ugama dan sekolah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri, dengan perentah yang di-sebut- kan dalam Warta Keraja'an boleh meminda mana2 Jadual Kapada Undang2 ini.

Di-mana sabarang perkara itu di-hubongkan di-bawah Undang2 ini kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan, baik pun dalam Mashuarat Ugama atau pun tidak, bagi keputusan-nya atau hukoman2, Duli Yang Maha Mulia boleh, dengan terta 'lok kapada sharat2 yang di-sebutkan dalam Undang2 ini mengeluarkan hukoman2 yang terbit daripada -nya dalam tulisan di-bawah tangan-nya sendiri saperti mana yang di-jalankan perlu bagi menjalankan atoran2 itu.

Segala daftar2, surat2 akuan dan lain2 surat yang di-pegang oleh mana2 pendaftar mengikut bahagian ini daripada Undang2 ini hen dak-lah menjadi surat2 Kerajaan kerana maksud Undang2 yang di-pakai dalam regeri ini dan hendaklah terbuka bagi pemereksa'an oleh mana2 orang dengan bayaran belanja yang telah ditetapkan dalam Undang2 tersebut.

(BERSAMBONG ).

LATEHAN JURU2 RAWAT GIGI DARI BRUNEI DI-PULAU PINANG

Pejabat Perubatan Kerajaan Brunei sedang membuka peluang kapada perempuan2 yang berumor 17 tahun ke-atas dari Brunei untok berlateh sebagai Juru2 Rawat Gigi di-Pulau Pinang.

Chalon2 yang berjaya dalam pemilehan yang akan di-adakan oleh pehak Jabatan Perubatan di-sini akan di-hantarkan ka-Pulau Pinang atas perbelanja'an Keraja'an, di-mana mereka akan ber- lateh di-Sekolah Latehan Juru2 Rawat Gigi selama dua tahun.

Salepas menerima latehan di-Pulau Pinang, Juru2 Rawat Gigi itu pula akan di-beri latehan di-Brunei selama satahun dan empat bulan, dalam mana mereka akan bekerja di-sabuah Klinik Gigi di- Bandar Brunei di-bawah pengelola'an sa-orang Pegawai Gigi.

Sesudah lulus dalam latehan2 tersebut, Juru2 Rawat Gigi itu akan bekerja di-sekolah2 di-Brunei, memereksa dan mengubati kanak2 sekolah, supaya dalam sedikit tahun yang akan datang dapat-lah di- perbaiki keada 'an gigi2 di-Negeri ini.

Juru2 Rawat Gigi itu tidak-lah akan mengubati orang2 dewasa, kerana pekerja 'an ini akan di-jalankan saperti biasa oleh Pegawai Gigi Negeri ini.

Tiap2 orang yang hendak meminta jawatan tersebut hendak-lah lulus Form III di-sekolah Inggeris dan ke-utama 'an akan di-beri kapada chalon2 yang telah lulus dalam Pepereksa'an Darjah Sembilan.

Selain daripada gaji dan pemberian wang yang berpatutan dal- am masa latehan, Juru2 Rawat Gigi itu akan di-beri pakaian sama dengan perchuma dan sebagai-nya. Segala perminta'an hendaklah di- alamatkan kapada State Medical Officer, Brunei tidak lewat daripada 31 January, 1957.


TIMBALAN PENOLONG PEMUNGUT HASIL2 TANAH NEGERI BRUNEI BALEK DARI AUSTRALIA

Inche' Mohamed Ali bin Awang Besar, Timbalan Penolong Pem- ungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei, telah berangkat ka-Australia pada 7 July, 1956, untok mempelajari Kursus Nilaian Tanah di-benua itu atas hadiah Pelajaran Perchuma Colombo Plan oleh Keraja'an Australis selama enam bulan.

Dalam masa tersebut beliau telah mempelajari hal ehwal pela- jaran pertadbiran bandaran dan luar bandar, nilaian2 untok chukai2 kebun nilaian2 berhubong dengan segala jenis harta pesaka dalam negeri bagi perolehan Negeri2 Commonwealth, dan sebagai-nya dengan mendapat pertolongan yang istimewa dari Mr. W.R. Smart, sa-orang Pegawai Yang Kanan di-Jabatan Nilaian Tanah di-Sydney, Bandar Raya yang terbesar sekali di-Australia.

Menurut satu berita yang rasmi dari Pejabat Persuroh Jaya Negeri Australia di-Singapora, Inche' Mohamed Ali sudah pun tamat dalam latehan-nya. Beliau telah belayar dari Sydney ka-Singapora dengan kapal M.V. Gorgon dan di-jangka tiba di-Singapora pada 14 January, 1957.

Inche' Mohamed Ali akan tiba di-Brunei dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways dari Singapora pada hari Rabu 16 January.

                        ============================

M/Yus.