Pelita Brunei/1956/6/1
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI DI MAJLIS2 PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN2 BAHARU SEKOLAH2 MELAYU DAN CHINA
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Sa 1- fuddin telah dengan suka chitanya melakukan pembukaan rasmi enam buah bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu dan China di dae- rah2 Brunei, Tutong dan Temburong pada 21 May yang lalu.
Lima daripadanya ialah Sekolah2 Melayu dan sabuah lagi ialah Sekolah China, iaitu Sekolah2 Melayu Sinaut dan Penan- jong, serta Sekolah China Chung Hwa di Tutong pada 21 May, menekala pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah2 Melayu Baru- Baru, Puni dan Bukok telah dilansongkan pada 22 May.
Di bawah ini kita peturunkan titah Baginda di Majlis2 pem bukaan rasmi kesemua bangunan2 baharu Sekolah2 tersebut:
"Dengan nama Allah Subhanahu Wata'ala, Saya berasa sa- ngat sukachita dan menguchap shukur atas kesempurna 'annya per- ishtiharan dengan rasminya pembukaan bangunan Sekolah ini. Saya berdo'a kapada Tuhan Yang Maha Asa, agarnya Sekolah ini akan beroleh dengan bertambah2 kemajuan dari satu masa ka satu masa.
"Saya mengambil peluang yang keemasan ini untok mengu- chapkan tahniah kapada Guru Besar Sekolah ini, kapada kesemua orang yang telah bekerjasama bagi membangunkan Sekolah yang mengu- indah ini. Berlebeh2 lagi, Saya dengan suka chitanya dan Warith2 penuntut2 chapkan tahniah kapada Ibu2, Bapa2, Sekolah yang telah bekerjasama bagi menjayakan upachara pembu- kaan rasmi bangunan baharu Sekolah ini.
"Sebagaimana yang diketahui oleh umom bahawasanya, lajaran itulah anak-tangga kemajuan sasuatu Bangsa, seru kapada Ibu2, Bapa2 dan Warith2 kanak2 yang Majlis yang bersejarah ini dan juga kapada Ibu2, Bapa2, serta Warith2 kanak2 yang tidak hadzir supaya memberi pelajaran yang tinggi dengan saberapa boleh kapada anak2 mereka, kerana de- dapatlah kanak2 itu ngan mempunyai pelajaran sademikian, sudah lulus dalam pelajaran masing2 berkhidmat untok bangsa dan watannya.
"Terhadap kanak2 pula, Saya berseru supaya kamu rajin Warith2, Gu- belajar satiap masa serta menghormatkan Ibu-Bapa, ru2 dan orang2 tua kamu, kerana dengan jalan ini moga2 kamu akan menjadi ra'ayat yang berfaedah di kemudian hari nanti.
"Disini Saya suka mengambil peluang dan Saya perchaya
"Marilah kita semuanya yang hadzir di Majlis ini berdo'a kapada Tuhan agarnya dengan pelajaran dan pendidekan yang diberi oleh Guru2 Sekolah ini, maka dapatlah Penuntut2 Sekolah ini menunjokkan jasa mereka terhadap ra'ayat jelata Negeri ini pada masa ka-hadapan ".
Ketika bertitah di Majlis pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah China Chung Hwa di Tutong, diantaranya Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei ber titah :
"Sekolah ini telah dibangunkan dengan perbelanjaan yang besar, diperolehi dari derma orang ramai dan juga dengan bantuan dari pehak Kerajaan Brunei. Dengan mempunyai perasaan bertimbangrasa terhadap pelajaran kanak2, maka penderma2 itu, Saya perchaya tentulah beroleh dengan semangat yang riang dan gembira pada hari ini kerana mereka telah dapat melihat bahawa dengan kumpolan derma yang mereka telah menghadiahkan itu, Pehak Yang Bertanggong Jawab dalam urusan pembangunan Sekolah ini telah dapat membangunkan sabuah bangunan Sekolah yang chukop indah dihadapan kita ini.
"Oleh itu, Saya berasa suka chita menguchapkan berbanyak2 terima kaseh kapada kesemua orang yang telah mengeluarkan hadiah sademikian. Saya berharap, orang2 yang belum lagi mengeluarkan sebarang jenis derma terhadap Sekolah yang baharu ini akan tidak bersegan lagi memberi derma masing2.
"Dengan adanya sabuah Sekolah China yang besar di Daerah Tutong ini, dapatlah ramai bilangan kanak2 belajar di Sekolah ini. Kapada murid2 sekalian, Saya berseru supaya mereka rajin belajar. Bagitu juga Saya berharap supaya Ibu-Bapa dan Warith2 kanak2 memberi pelajaran dan pendidekan yang tertentu ka pada anak2 mereka, kerana dengan hal ini dapatlah kanak2 itu akan menjadi orang2 yang berfaedah yang diam dalam Negeri ini pada masa mereka besar nanti.
"Disini Saya suka mengambil peluang, dan Saya perchaya para hadzirin harus turut mempersetujuinya, iaitu memberi tahniah dan terima kaseh kapada Tuan Pegawai Pelajaran Negeri kerana sokongan dan usahanya, maka Sekolah ini telah dapat dibangunkan dengan jayanya.
"Akirnya, Saya berseru kapada kesemua Guru2 Sekolah ini supaya menanam semangat pelajaran yang tinggi ka dalam hati tiap2 murid Sekolah dan juga memberi sebarang nasehat dan tegoran yang berfaedah kapada murid2 mereka untok memandu mereka ka arah kemajuan dalam hal ehwal pelajaran masing2.
BRITISH RESIDENT BRUNEI AKAN BERCHUTI
Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert, British Resident Brunei akan berangkat ka England pada bulan ini kerana menyampurnakan chuti panjangnya. Beliau dijangka akan berangkat dari Brunei ka Singapura pada hari Ithnin 11 June dengan kapal terbang dan dari sana akan be layar ka England bersama dengan Mem Gilbert pada hari Juma'at 15 June dengan kapal Willem Ruys.
Mem Gilbert akan berangkat ka Singapura pada hari Juma'at 8 June. Sebelum berangkat dari Brunei, beliau dan Mr. Gilbert di ra'ikan dibeberapa Majlis2 Jamuan yang meriah.
------------------PEGAWAI KERAJAAN BRUNEI MERA'IKAN TUAN DAN MEM GILBERT
Pegawai2 Kerajaan Brunei telah mengadakan satu Majlis Jamuan Satay, Minuman dan Tari Menari di rumah persekutuan Brunei Sports Club pada malam hari Rabu 30 May, 1956 kerana mera'ikan British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert dan Mem Gilbert yang akan berangkat ka England sa- dikit hari lagi.
Majlis itu telah dimulai dari pukol 7 malam dan dite- ruskan hingga ka pertengahan malam, dalam mana sakalian yang hadzir telah mengambil peluang menguchapkan Selamat Jalan dan berchuti ka pada Tuan dan Mem Gilbert.
Diantara para tetamu yang hadzir di temasha tersebut ia- lah Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara dan Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha.
Pengiran Kerma Indera Mohamed, sebagai Wakil Pegawai2 Kerajaan yang hadzir di Majlis itu, ketika memberi uchapan menyatakan bahawa Majlis itu telah diadakan kerana mera'ikan Tuan dan Mem Gilbert yang akan berangkat ka England sebagai- mana terma 'lom, dan menguchapkan Selamat Belayar dan Selamat Balek ka Brunei kapada kedua2 beliau itu.
Dalam uchapannya itu, beliau telah menyebut bahawa sa- lama dua tahun satengah kaki tangan Kerajaan Brunei telah ber- khidmat dibawah tadbiran Tuan Gilbert, sakaliannya telah sen- tiasa mendapat penoh timbang rasa darí Tuan Gilbert.
Tuan Gilbert telah membalas uchapan itu dengan melafadz- kan kata2 yang bersesuaian. Beliau telah menguchapkan berba- nyak2 terima kaseh kapada kesemua Pegawai2 Kerajaan yang telah mengadakan Majlis itu untok mera'ikannya dan Mem Gilbert.
Berlebeh2 lagi, Tuan Gilbert telah menguchapkan terima kaseh kapada Pegawai2 Kerajaan Negeri ini atas pertulongan ma- sing2 kapadanya semasa beliau memegang jawatan British Resident seraya memegaskan bahawa penggantinya Mr. D.C. White, bekas Resident Sibu, Sarawak, iaitu saorang yang chukup mahir dalam hal ehwal pertadbiran negeri akan tiba di Brunei sadikit hari lagi.
Tuan Gilbert menerangkan bahawa dengan persetujuan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, beliau sangat sukachita hendak kembali samula ka Brunei satelah menyampurnakan perchu- tiannya untok memegang jawatannya samula.
Bagi pehak Mem Gilbert pula, Tuan Gilbert telah mengu- chapkan Selamat Tinggal kapada Pegawai2 Kerajaan dan Isteri masing2 khasnya serta kapada pendudok2 diseluroh Brunei 'amnya.
UPACHARA SAMBUTAN HARI JADI BAGINDA QUEEN DI BANDAR BRUNET
Upachara sambutan Hari Jadi Baginda Queen Elizabeth II telah dilangsongkan dihadapan bangunan Pejabat2 Kerajaan Brunei di Bondar Brunei pada pagi hari Khamis 31 May, 1956.
Upachara tersebut telah dihadziri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin; British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert; Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara;
Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Penulong Resident Brunei, Mr. D.L. Bruen; Chief Police Officer Brunei, Mr. A.M. Outram; Ahli2 Majlis Mashua- rat Negeri; Ahli2 Perkhidmatan Pertadbiran Brunei; Ketua 2 Pejabat; Para Pembesar Negeri dan lain2nya.
Sabelum istiadat dimulakan, beratus2 orang kanak2 Se- kolah Melayu, Inggeris dan China; Pengakap2; Ahli Pasokan Palang Merah British; Ahli Pejabat Customs dan Marine serta lain2 pehak telah mengambil tempat masing2.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei telah tiba pada pukol 8.25 minit dan pada masa itu Pasokan Police Brunei yang sedang berbaris dengan hebat dibawah pimpinan O.C.P.D., Mr. B. Car- valho telah memberi "Royal Salute" diturut dengan Lagu Kebang- saan Brunei dan pada masa itu Panji Duli Yang Maha Mulia pun dikibarkan.
Lima minit kemudian Yang Berhormat British Resident tiba. Salepas dilakukan "General Salute" dan lain2 upachara, Yang Berhormat British Resident memba chakan kapada orang2 ramai per- makluman anugerah Pingat Kahormatan C.B.E., kapada Mr. R.E. Hales, Managing Director, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria dan Sarawak Oilfields Limited.
Kemudian Yang Berhormat British Resident memereksa Ba- risan Police dan lain2 pasokan2 yang telah mengambil bahagian dan satelah selesai dilakukan ain? upachara, maka dengan di- ketuai oleh beliau itu sakalian yang hadzir telah memberi tiga kali sorak kapada Duli Yang Maha Besar Baginda Queen.
Mulai dari puko 10.30 pagi hari itu hingga ka pukol 12 tengah hari, beratus2 orang Pegawai2 Kerajaan Brunei%; Anggota2 dari Sharikat Minyak British Malayan Petroleum Company Limited seria dan orang2 ramai telah melawat ka rumah Yang Berhormat British Resident kerana memberi Uchapan Selamat Hari Jadi Ba- ginda Queen. Kesemua pelawat2 telah ditemui oleh Yang Berhor- mat Mr. J O. Gilbert dan Mem Gilbert, dalam mana mereka telah dijamukan dengan makanan dan minuman.
Majlis itu telah diserikan dengan kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri Brunei; Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha serta beberapa orang kerabat Diraja Bru- nei dan para Pembesar Negeri ini.
Sabelum Majlis itu ditamatkan, para hadzirin dengan di- ketuai oleh Yang Berhormat British Resident telah berdiri sa- jurus dan minum untok Selamat kapada Duli Yang Maha Besar Ba- ginda Queen Elizabeth II.
PENGURNIAAN GELARAN2 HARI JADI BAGINDA QUEEN
Duli Yang Maha Besar Baginda Queen Elizabeth II telah dengan suka chitanya menganugerahkan Gelaran2 Kehormatan Hari Jadi Baginda kapada delapan orang di Brunei, Sarawak dan Borneo Utara.
Diantara bilangan tersebut ialah dua orang Melayu, dua orang Eropah, dan empat orang China, mengandongi sao- rang perempuan dan tujoh orang lelaki. Saorang dari Brunei, lima orang dari Sarawak dan dua orang dari Borneo Utara.
Orang2 yang telah menerimai Gelaran2 Kehormatan itu ia- lah saperti berikut :-
"Commander of the British Empire" (Bahagian Awam) : Mr. R.E. Hales, Managing Director, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria dan Sarawak Oilfields Limited kerana perkhidmatan awam di Brunei.
"Order of the British Empire" (Bahagian Awam): Inche' Mohammed Yassin bin Haji Hashim, Ahli Jawatan Kuasa Tadbir, Majlis Mashuarat Negeri Borneo Utara; Mr. Tan Kai Choon, kerana perkhidmatan awam di Sarawak; dan Mr. Arthur Thomas Wedgwood kerana perkhidmatan2 awam di Sarawak.
"Member of the British Empire" (Bahagian Awam) : Nonya Kong Yu Siung dari Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak; Mr. Lee Swee Ling, kerana perkhidmatan2 untok kebajikan masharakat di Sarawak, dan Mr. Yew Sui Chang, kerana perkhidmatan2 untok Pergerakan Pengakap di Borneo Utara.
"Colonial Police Medal": Sergeant Major Arsat bin Malek dari Sarawak.
PEGAWAI PERUBATAN NEGERI BRUNEI
Dr. M.T. Read, iaitu Pegawai Perubatan Negeri Brunei yang baharu, telah tiba di Brunei dari Labuan pada hari Tha- latha 22 May, 1956 untok memegang jawatannya yang baharu itu.
Beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Perubatan Negeri Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu dan telah berkhid- mat dalam Perkhidmatan2 Perubatan Malaya samenjak tahun 1946.
Dr. Read telah melawat Negeri Brunei pada 26 April, 1956 dan telah berangkat balek ka Kelantan pada penghujong bulan itu. Dalam masa yang singkat Dr. Read berada di Brunei, be- liau telah mengadakan perundingan2 bersama2 dengan beberapa pehak yang berkenaan dengan pembangunan Rumah Sakit di Kawa- san Penaga, iaitu diantara Kuala Belait dan Seria yang akan di binakan oleh Kerajaan Brunei dan akan ditadbirkan buat sa- mentara oleh Sharikat Minyak British Malayan Petroleum Com- pany Limited, Seria.
Dr. M.A. Rozalla telah berhenti memegang jawatan Pemang- 1956 ku Pegawai Perubatan Negeri Brunei mulai dari 23 May, dan tempatnya itu telah dipenohi oleh Dr. M.T. Read.
CHIEF INSPECTOR STEPHEN LIEW KA UNITED KINGDOM
Chief Inspector Stephen liew Kee Soon dari Pasokan Police Kuala Belait akan berangkat ka United Kingdom dengan kapal terbang pada 2 July, 1956 untok menghadziri Kursus "A" berdekatan Coventry.
Beliau akan berada diluar negeri hingga 9 December ta- hun ini dan salepas itu akan balek ka Brunei un tok menjalan- kan pekerjaan2nya samula.
Sabelum masa Peperangan Dunia Kedua, Inspector Ste- phen Liew telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerani2 Kera- jaan Brunei. Salepas Peperangan, beliau telah berkhidmat dengan Pasokan Police Negeri Brunei dan kemudiannya dilantek menjadi Inspector dalam tahun 1946.
Chief Inspector Stephen Liew ialah julong2 Warga Negara Brunei yang telah dilantek menjadi Inspector Police di Negeri Pada masa sekarang beliau memegang jawatan Pegawai Yang Menjaga Pejabat Penyiasatan Jenayah ("Criminal Investigation Department") dalam Bahagian Belait.
JURU-TERA NEGERI BRUNEI YANG BAHARU
Mr. L.H. Hyett telah dilantek menjadi Juru-tera Negeri Brunei yang baharu mulai dari 14 May, 1956 dan mulai dari tarikh itu juga Mr. G. T. Myles telah berhenti memegang jawa- tan tersebut.
KETUA PASOKAN PEMADAM API B.M.P. MELAWAT BANDAR BRUNEI
Mr. Cecil Dorral, Ketua Pasokan Pemadam Api dari Shari- kat Minyak British Malayan Petroleum Company Limited, Seria telah melawat Bandar Brunei pada bulan May yang lalu untok menjalankan penyiasatan berkenaan dengan mengadakan sa buah Pa- sokan Pemadam Api bagi Kawasan Kampong Ayer.
Mr. Dorral akan menyediakan penyata berhubong dengan penyiasatannya itu dan kemudian akan menghantarkannya kapada Kerajaan Brunei untok dipertimbangkan.
Meskipun penyata itu belumlah lagi diterimai oleh Kera- jaan, tetapi diperchayai bahawa beliau akan menchadangkan su- paya Kerajaan mengadakan "rakit2" ayer bagi menjalankan peker- jaan memadam api itu.
HADIAH PEJABAT KEBAJIKAN NEGERI
Pejabat 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri te- lah mengeluarkan hadiah sebanyak 25 kapada Sambas bin Aji dari Kampong Kilanas, Brunei yang telah menerima kemalangan satelah rumahnya terbakar pada 3 May yang lalu.
SHARIKAT MELAYU KAMPONG SERDANG
Dengan ini disiarkan untok pengetahuan orang2 ramai bahawa Kerajaan Brunei telah mendaftarkan dengan rasminya Sharikat Melayu Kampong Serdang sebagai sa buah pertubohan.
HALAMAN PENERANGAN
Beberapa masa yang lampau ini kedengaran diantara saba- hagian orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati atas da- sar2 Kerajaan, terutama sekali atas perkara dasar bahasa ras- mi yang digunakan dalam Negeri ini. Ada yang menudoh bahawa Kerajaan tidak mengakui kepentingan bahasa Melayu dipergunakan dalam perhubongan Kerajaan, dan akan menghapuskan bahasa Me- layu. Fikiran2 yang diatas ini selalu terbacha dalam tulisan2 yang termuat dalam majallah2.
Baharu2 ini telah timbul suatu perasaan yang menunjokkan fikiran sarupa itu dalam satu tulisan daripada pembacha yang kechewa dalam permohonannya meminta kerja sabagai Outdoor Offi- cer, di Pejabat Customs Brunei, mithalnya. Penulis itu berasa tidak puas hati atas sharat menghendakki kelulusan pe- lajaran Inggeris darjah tujoh untok jawatan itu.
Dasar Kerajaan Brunei bukanlah hendak menghapuskan baha- sa Melayu; tetapi adalah samata2 hendak meninggikan lagi ke- bolehan anak2 Negeri dengan saberapa chepatnya, jikalau di- izinkan dengan keadaan masa dan alat2 yang mesti disediakan untok menjayakannya dalam ilmu pengetahuan yang dapat nanti menjamin mereka berpadu sama taraf dengan mereka dari negeri2 lain yang telah lama maju kahadapan.
Ilmu pengetahuan adalah sangat berharga disisi manusia. Untok menuju kejayaan itu, manusia tidak putus 2 mendalami il- mu2 itu menerusi beberapa macham jalan biasanya jalan yang lengkap, mudah dan yang mendatangkan faedah kapadanya mengi- kut keadaan masa sahari2.
Dasar Kerajaan Brunei ialah hendak menggunakan kedua2 bahasa Melayu dan Inggeris, mengikut keperluan2 dan persesu- ian2nya yang tertentu. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang dan juga banyak sakali digunakan oleh negeri2 antara bangsa, bahasa perdagangan, Bahasa Inggeris juga mengandongi berbanyak ilmu pengetahuan yang amat banyak lagi belum lengkap diterje- mahkan kabahasa Melayu. Boleh dikatakan adalah bahasa Inggeris itu ialah bahasa dunia.
Oleh kerana sebab2 yang diatas ini dan dengan tujuan se- moga dapat menyenangkan lagi peluang bagi memperbanyakkan anak negeri yang dapat meninggikan lagi keadaan mereka, maka Kera- jaan akan memerhatikan atas masaelah meninggikan taraf so'al pelajaran di Negeri ini.
Sunggoh pun demikian, bagi pehak Kerajaan tidaklah pula memaksa perhubongan dari orang ramai ka pada Kerajaan itu mesti dibuat dalam bahasa Inggeris. Banyak daripada persuratan2 yang dan ke- diterima dari orang ramai adalah dalam bahasa Melayu, semuanya itu dijawab dalam bahasa Melayu sakali pun jika saki- ranya mereka berhajat hendak berjumpa dengan Tuan Resident kira- nya tidaklah terpaksa ianya terlebeh dahulu mengetahui bahasa Inggeris untok menerangkan apa2 yang merunsingkan fikirannya.
Salain daripada sebab2 mustahaknya bahasa Inggeris, ada lagi satu sebab mengapakah bahasa Inggeris itu digunakan. Un- dang2 Negeri ini adalah ditulis dalam bahasa Inggeris. Sung- gon pun usaha 2 permulaan telah dijalankan untok menterjemahkan kabahasa Melayu, tetapi ini akan memakan masa yang amat lama. Salain daripada itu pula, ahli2 undang2 atau mereka yang me- ngerti selok belok undang2 itu belumlah lagi ada.
Didalam beberapa mashuarat Lembaga 2 Negeri telah kede- ngaran pengaduan tidak puas hati oleh beberapa ahli2 mashuarat atas dukachita mereka akan lambatnya sesuatu ranchangan negeri yang sedang berjalan sekarang ini disiapkan.
Mereka tidak puas hati, dan bertanyakan mengapakah ran- changan2 itu tidak dapat disempornakan dengan lebeh lekasnya. Kadang2 kata mereka terdapat ranchangan2 yang telah berjalan berlanjutan lama daripada waktu yang telah dianggarkan lebeh dahulu.
Kerajaan, dalam so'al ini berasa simpati terhadap fiki- ran2 ahli2 tersebut itu, serta perchaya orang ramai juga ber- hak bertanyakan betapakah demikian. Ada juga yang berkata per- kara demikian tidak patut boleh berlaku sebab kekayaan Brunei tidak boleh menghalang atau mengandalakan kejayaan2 yang di- kahendakki itu. Sabenarnya, Kerajaan ingin supa a ranchangan2 yang sedang berjalan itu dapat disempornakan dengan sachepat2- nya bilamana ranchangan2 lain yang sedang menanti dapat dimula- kan pula. Selain daripada lambat masanya yang terbuang, ter- nyatalah perbelanjaan yang melebehi akan digunakan juga.
Bagai kebanyakan ranchangan2 ini banyak diantara pekerja2- nya adalah terdapat daripada orang2 Melayu Brunei yang bergaji hari. Bilangan orang yang bekerja dalam perengkat ini pada ma- sa ini ada kira2 2,100, iaitu pekerja2 di Pejabat Kerja Raya sahaja. Selain dari itu, ada juga yang bekerja dengan shari- kat2 contractor yang menjalankan kerja bangun membangun di Nege- ri Brunei ini.
Tetapi ranchangan2 perkembangan adalah bergantong sangat2 kapada pekerja2nya akan kejayaannya dan lekas lambatnya sasuatu ranchangan itu disempornakan, selain daripada membelanjakan wang kekayaan negeri. Atas pekerja2lah, terutama dari orang2 Brunei yang tanggong jawab bekerjasama untok menjayakan segala tugas2 kerja mereka harus disadari dengan saksama. Dalam masa perkem- bangan negeri kita ini akan terdapat penchariannya, mengikut kebolehan masing2.
Kerajaan sentiasa berdasarkan menolong memberi pekerjaan kapada anak2 Brunei. Bahkan adalah dasarnya juga supaya tiap2 sharikat contractor yang berniaga di Negeri ini, harus mengam- bil anak2 Brunei dengan saberapa bolehnya terutama sekali dalam lapangan pembangunan.
Dengan duka chitanya didapati banyak daripada sharikat2 itu terpaksa menghentikan jawatan mereka sebab kebanyakan dari- pada pekerja2 orang Brunei itu tidak sanggup atau tidak dapat memberikan usaha tenaga yang dikahendakki kerana menjayakan usaha 2 sharikat tersebut. Dalam perkara ini, Kerajaan menda- pati kekechewaan sarupa itu juga. Diantara buroh2 yang ber- khidmat bergaji hari itu banyak yang tidak bersunggoh2 menunai- kan tuga, jawatannya, ada yang tidak benar2 memberikan tenaga mereka yang chukop dalam pekerjaan masing2.
Perkembangan negeri tidak akan maju dan jaya jika banyak diantara pekerja2nya dudok 'nganggor' sahaja dan tanggong jawab atas tindakan yang sesuai yang dapat memberhentikan keadaan yang sama2 merugikan harta kekayaan negeri ini adalah terpulang kapa- da buroh2 yang berkenaan itu.
-----------------------
RANCHANGAN MAKANAN SEKOLAH2
Dinyatakan bahawa baharu2 ini sapuchok surat telah di-
puas hatinya penulis itu akan chara2 makanan yang diberikan dalam sabuah sekolah.
Penulis itu tidak memberi tarikh atau namanya, dan tidak pula menyatakan sekolah manakah yang menjadi sebab ti- dak puas hatinya itu. Satahu Kerajaan, gikan kapada anak2 Sekolah adalah memuaskan, makanan yang dibaha- ngikut peratoran2 yang telah disediakan baginya. Sunggoh pun dan harus me- demikian, oleh kerana tanggong jawab mengadakan makanan2 se- kolah itu terpulang kapada Guru2 Besar Sekolah, maka harus terdapat sebab2nya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati itu.
Jika sakiranya terdapat keadaan serupa itu, orang ra- mai dijemput mengadukan hal itu kapada Tuan Resident sendiri sakiranya berasa takut menyatakan namanya si penulis itu da- lam suratnya. Tetapi, jika keterangan2 yang penoh saperti nama sekolah yang diadukan bersalah, nama sipenulis, nama guru sekolah dll., tidak akan dinyatakan, maka tidaklah dapat Pehak Yang Berkuasa mengambil tindakan yang samestinya.
Tuan Resident adalah sangat mengambil berat atas baik jalannya ranchangan makanan sekolah2 itu dan jika sakiranya ada perkara2 yang telah terkeluar daripada peratoran yang te- lah ditetapkan, maka beliau akan mengusahakan penyelidikan keatasnya.
PEMBAHAGIAN AYER DI KUALA BELAIT
Pekerjaan untok menyelesaikan pembahagian ayer died Kuala Belait telah dijalankan baharu2 ini dan Juru2 Tera da- ri Humes Industries, Singapura akan tiba di Brunei tidak be- rapa lama lagi untok membantu pekerjaan menyudahi pemasangan pipe ayer yang besar dari Seria ka Kuala Belait.
Pekerjaan tersebut telah mulai dilakukan oleh Peninsu- lar Company, tetapi sharikat itu telah tidak dapat menyudahi pekerjaan yang ditugaskan kapadanya dan ia telah menanggong segala perbelanjaan yang dilakukan itu.
Kemudian Kerajaan telah mempelawakan sharikat2 yang lain membuat permintaan untok menyudahi pekerjaan itu, tetapi sa- buah sharikat pun telah tidak diterima oleh Kerajaan. Oleh itu supaya pekerjaan tidak tergendala, maka Kerajaan telah berse- tuju bahawa pekerjaan itu hendaklah dijalankan oleh Pejabat Ker- ja Raya.
Kerajaan berharap hendak menyudahi pekerjaan memasang pipe yang besar diantara Seria dan Kuala Belait terlebeh dahu- lu, supaya dapatlah dibawa ayer yang jernis dari Seria ka tang- ki ayer di Kuala Belait.
Sasudah itu, baharulah akan dijalankan pekerjaan menyu- dahi pemasangan pipe 2 ayer di Bandar2 Seria dan Kuala Belait.
Kerajaan chukup faham kemahuan pendudok2 di Kuala Belait berkenaan dengan perkara pembahagian ayer di Daerah itu dan akan menjalankan pekerjaan2 dalam kuasanya untok menyudahi pekerjaan yang tersebut dengan saberapa segera.
MASJID BAHARU DI BRUNEI
Kerajaan Brunei telah membuat satu ranchangan pada tahun 1949 bahawa Negeri Brunei patutlah mempunyai sabuah Masjid yang besar yang akan menjadi kemegahan kapada Negeri ini dan akan terdiri salama beberapa abad yang akan datang.
Pada masa itu penyiasatan2 telah dijalankan dan Kerajaan Brunei telah membuat perhubongan dengan beberapa buah negeri di Malaya meminta chontoh2 bentok Masjid2 yang baharu yang da- pat bermuat diantara 500 dan 1,000 orang.
Negeri Perak menjawab bahawa tidaklah ada sasa buah Mas- jid di negeri itu sabesar mana yang dika hendakki oleh Negeri Brunei. Selangor pula telah menghantarkan chontoh bentok Mas- jid baharu yang sedang dibina pada masa itu di Kuala Selangor yang dapat digunakan oleh diantara 600 dan 700 orang, menekala 500 orang sahaja dapat menggunakan Masjid di Kangar, Perlis.
Selain daripada itu, gambar2 Masjid di Muar, Johore yang dapat digunakan oleh 2,500 orang telah juga dihantarkan ka Brunei dan lain2 keterangan mengenai pembinaan Masjid yang baharu di Bandar Brunei telah diperolehi dari Persekutuan Ta- nah Melayu.
Kemudian pada bulan December tahun 1952 sa buah Jawatan Kuasa dengan di Pengurusikan oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengi- ran Bendahara, Wazir Yang Pertama Negeri Brunei telah dituboh- Jawatan Kuasa itu telah ditugaskan untok mengambil per- setujuan iaitu dimanakah Masjid baharu tersebut patut dibina.
Pada permulaannya telah di chadangkan bahawa Masjid itu hendaklah dibangunkan di Padang Bandar Brunei Lama kelama'an Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, telah bersetuju iaitu Masjid itu dibangunkan dikawasannya yang sekarang ini. Kawasan itu telah difikirkan sangat sesuai un- tok Brunei, kerana Bandar Brunei letaknya berhampiran dengan Sungei Brunei dan kebanyakan daripada pendudok2 Bandar Brunei dengan tinggal dikawasan Kampong Ayer itu. Berlebeh2 lagi, adanya Masjid baharu itu dikawasannya sekarang ini, dapatlah memberi kesenangan kapada Orang2 Islam yang tinggal di Kampong Ayer pergi ka Masjid itu, dengan menggunakan kenderaan2 di ayer.
Chontoh bentok bangunan Masjid itu mulai dilukis pada tahun 1953 dan pekerjaan membangunkan Masjid itu dijalankan sa- tahun kemudian. Tingginya Menara Masjid itu ialah 144 kaki, menekala bumbong bulat Masjid itu adalah sedikit rendah sahaja dari Menara itu.
Sabuah tambatan yang besar dan pangkalan akan dibina di- kawasan Masjid itu berhampiran Sungei Brunei dan pada sabelah malam akan dipasang lampu2 elektrik.
Beberapa banyak batu2 mar-mar dari Negeri Italy akan di- gunakan dalam Masjid itu. Oleh kerana kekurangan tempat me- nyimpan batu2 yang berharga itu dalam Bandar Brunei pada masa ini, sakaliannya itu akan dibawa ka Brunei pada masa yang di- kahendakkinya.
Sayugia disebutkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin sendiri telah melukiskan bentok Mimbar Masjid itu.Mim- bar itu juga akan diperbuat dari batu mar-mar yang mahal.
Oleh sebab Masjid itu sangat besar, maka beberapa banyak alat pembesar suara akan digunakan supaya kesemua sidang jema'ah
Sahingga ka masa ini, tidaklah dapat kita menyatakan dengan tepat bahawa bilakah masanya yang Masjid itu akan siap. Bagaimana pun adalah dijangka yang Masjid itu akan dapat di- gunakan sekurang2 18 bulan lagi.
LICENCE BAISIKAL DI BRUNEI
Majallah Hiboran, Singapura telah menyiarkan satu ren- chana oleh saorang penulis baharu2 ini berhubong dengan per- kara mengenai licence baisikal di Brunei.
Dalam renchana tersebut, penulis itu berkata bahawa " mengapakah di Brunei pada masa ini semua orang yang mengam- bil licence baisikal itu sa belum dibenarkan oleh Pejabat Pen- daftaran atau Municipal terlebeh dahulu di "Test" oleh saorang Wakil Police, terkadang2 saorang yang hendak mengambil licence itu terpaksa membaikki baisikal dahulu hingga karat2 pun tidak dibenarkan melekat pada baisikal itu; apatah lagi kalau kotor2 bertanah dan tidak ada locheng, lampu merah dibelakang dan ro- sak chat sadikit pun terpaksa diganti dan membeli baharu; apa- tah lagi kalau tidak ada lampu hadapan dan tidak chukop kuat apa bila berhenti".
Untok pengetahuan penulis tersebut dan orang? ramai, ti- daklah terkandong didalam Undang2 Negeri ini mengenai pemerek- saan baisikal2 dengan salengkapnya. Bagaimana pun, Undang2 Negeri ini menyebut iaitu tiap2 baisikal dikahendakki mempu- nyai "brake" 2, "mudguard"2 dan locheng yang baik keadaannya. Sakiranya baisikal itu digunakan pada waktu malam, hendaklah digunakan lampu hadapan dan sabuah "reflector" (lampu merah) di belakang baisikal. Oleh itu sa belum tiap2 baisikal diberi licence, Pehak Yang Berkuasa terpaksalah memereksai baisikal itu terlebeh dahulu.
Oleh kerana beberapa banyak baisikal telah hilang, maka langkah yang dijalankan ini, diantaranya mendaftarkan nombor badan baisikal, dapatlah menentukan bahawa baisikal yang telah dichuri tidaklah didaftarkan semula dan juga langkah ini adalah memberi faedah dan memberi pertolongan yang besar kapada orang2 ramai untuk keselamatan lalu lintas.
JEMA'AH2 HAJI DARI BRUNEI TAHUN INI
Seramai 152 orang jema'ah2 Haji dari Brunei telah ber- angkat ka Tanah Suchi pada tahun ini kerana menunaikan fardzu Haji.
Rombongan yang pertama mengandongi seramai 80 orang telah berangkat ka Singapura dalam pelayaran mereka ka Jeddah pada 7 May, dan seramai 72 orang lagi, mengandongi 26 orang perempuan dan 22 kanak2 telah belayar dari Brunei ka Singapura pada 21 May.
Sabelas orang telah berangkat ka Tanah Suchi atas perbe- lanjaan perchuma dari Kerajaan Brunei, diantaranya ialah sa- iaitu isteri saorang Guru Sekolah Melayu orang perempuan, yang telah bekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Brunei selama 25 tahun.
PERTUNJOKAN WAYANG GAMBAR PEJABAT PENERANGAN BRUNEI
Di bawah ini kita siarkan tarikh pertunjokan Wayang Gam- bar Pejabat Penerangan Kerajaan Brunei bagi bulan June, 1956:
DAERAH TEMBURONG: 4 June, Bangar; 5 June, Melayu Batu Apoi ; 6 June, Sekolah Melayu Bokok; Kampong Kenoa (Penghulu Orang Kaya Masing).
DAERAH BRUNEI : 9 June, Dewan Pejabat Penerangan Kera- jaan Brunei, Bandar Brunei; 12 June, dibelakang Pejabat2 Kerajaan, Bandar Brunei; 13 June, Sekolah Melayu Pangkalan Batu, Brunei; 16 June, dikawasan Rumah Sakit Kerajaan, Ban- dar Brunei; 23 June, Dewan Pejabat Penerangan Kerajaan Brunei, Bandar Brunei; 25 June, dibelakang Pejabat2 Kerajaan Bandar Brunei; 28 June, dikawasan Penjara Jerudong; 30 June, Se- kolah Melayu Sultan Umar Ali Saifuddin, Muara.
DAERAH TUTONG : 18 June, Sekolah Melayu Bukit Bendera, Tutong; 19 June, Sekolah Melayu Layong, Tutong; 20 June, Sekolah Melayu Ukong, Tutong; 21 June, Sekolah Melayu Ram- bai, Tutong; 26 June, Sekolah Melayu Keriam, Tutong.
DAERAH KUALA BELAIT: 4 June, Sekolah Melayu Kuala Balai; dikawasan Rest House, Labi (Orang Kaya Md. Noor); 6 June, Sekolah China, Labi (Mr. Paul Khoo); 7 June, Sekolah Melayu Rampayoh, Labi; 8 June, 8 June, Kampong Ratan (Penulong Peng- hulu Abang Razali); 9'June, Pertunjokan untok Anggota 2 Peja- bat Kerja Raya, Bukit Puan; 14 June, Sekolah China, Kuala Belait; 15 June, Kampong Sungei Taraban, Jalan Miri, Baha- gian Belait; 16 June, dikawasan Balai Police, Kuala Belait; 18 June, di Padang Kechil, Kuala Belait% Belait; 23 June, dikawa- san Rumah Sakit Kerajaan, Kuala Belait%;B 25. June, Sekolah Melayu Bukit Sawat, Ulu Belait%; Ulu Belait; 26 June, Sekolah Melayu Su- kang, Ulu Belait; 27 June, Kampong Malilas Ulu Belait; 29 June, dikawasan Field Force, Kuala Belait% ngei Taraban, Jalan Miri, Jalan Miri, Bahagian Belait.
DAERAH SERIA : 12 June, Pejabat Kerajaan, Seria (Per- tunjokan untok orang2 ramai); 13 June, Sekolah China, Seria; 20 June, Sekolah Melayu Su- 19 June, Sekolah Melayu Danau; ngei Liang; 21 June, Kampong Sungei Lumut.
TIKET KAPAL FERRY TUTONG/DANAU
Mulai dari 1 June, 1956 Kerajaan Brunei akan mengeluar- kan tiket2 untok kegunaan selama 3 bulan kapada orang2 yang menggunakan kenderaan2 berulang alek diantara Tutong dan Danau dengan kapal ferry.
Tiket2 itu yang dikeluarkan untok kenderaan2 kepunyaan orang2 ramai akan dijual dengan harga sebanyak $150 pada tiap2 kenderaan, iaitu 50 pada tiap2 bulan, boleh dapat dibeli dari State Marine Office, Brunei, Customs Office, Kuala Be- lait dan dari kesemua Pejabat2 Daerah diseluroh Brunei.
Orang2 yang mempunyai kenderaan2 yang tidak berkahendak tiket2 tersebut, bolehlah membayar tambang kapal ferry itu saperti biasa iaitu sebanyak 5 bagi tiap2 buah kenderaan pada tiap2 kali menggunakan kapal tersebut.