Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/75

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
76
Undang-Undang Negeri Kelantan


Waris-Waris tidak boleh mengganggu di dalam hal ehwal Negeri

28. Maka Waris hendaklah tiada mempunyai sebarang kuasa pun pada mengambil bahagian dan tidaklah harus mengganggu di dalam mana-mana hal ehwal Negeri atau Kerajaan, melainkan hanyalah apabila ia mendapat titah daripada Raja amnya atau di dalam mana-mana perkara yang tertentu ataupun bagaimana yang boleh dikuasakan di bawah Bahagian ini, dan syarat ini hendaklah terpakai juga kepada Waris-Waris yang lain:

Dengan syarat jika sekiranya mana-mana orang itu dilantik menjadi pegawai dalam Negeri, maka Perkara ini hendaklah tidak terpakai pada menjalankan tanggungan-tanggungannya tatkala memegang jawatan itu.

Waris-Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja yang beragama Islam

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu 's Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada Waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

Keturunan zuriat Sultan Ismail Petra

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

(2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: