Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/67

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
68
Undang-Undang Negeri Kelantan

layak dijadikan Raja kerana sebab-sebab yang ditakrifkan di dalam Perkara 16 daripada Bahagian ini, maka mustahaklah dipilih dan dilantik menjadi Raja mana-mana orang di antara keturunan zuriat lelaki AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM.

(2) Jika tiada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, atau jika tiada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang difikirkan layak kerana sebab-sebab yang ditakrifkan di dalam Perkara 16 daripada Bahagian ini, maka mustahaklah dipilih dan dilantik menjadi Raja mana-mana orang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM TENGKU IBRAHIM IBNI AL-MARHUM SULTAN MOHAMED IV.

(3) Jika tiada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Mohamed IV, atau jika tiada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Mohamed IV, yang difikir layak, kerana sebab-sebab yang diertikan dalam Perkara 16 daripada Bahagian ini, maka mustahaklah dipilih dan dilantik menjadi Raja mana-mana orang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM TENGKU LONG SENIK SULTAN MOHAMED IV.

(4) Jika tidak ada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Long Senik Sultan Mohamed IV atau jika tidak ada manamana seorang keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Long Senik Sultan Mohamed IV yang difikir berhak kerana sebab-sebab yang diertikan di dalam Perkara 16 Bahagian ini, maka mustahaklah dipilih dan dilantikkan menjadi Raja mana-mana orang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM SULTAN MOHAMED III (SULTAN BONGSU).

(5) Jika tidak ada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Mohamed III (Sultan Bongsu) atau jika tidak ada manamana seorang keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Mohamed III (Sultan Bongsu) yang difikirkan berhak kerana sebab-sebab yang diertikan di dalam Perkara 16 Bahagian ini, maka mustahaklah dipilih dan dilantikkan menjadi Raja mana-mana orang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM SULTAN AHMAD (SULTAN TENGAH).