Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam bermazhab Ahlu 's Sunnah wal Jamaah; dan Bakal Raja, Waris Yang Kedua dan tiap-tiap seorang Waris-Waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.
Keturunan zuriat Sultan Ismail Petra
16. (1) Dengan terkena kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perkara 17 dan di dalam Perkara ini, maka Raja (kemudian daripada Raja yang sekarang) hendaklah keturunan zuriat yang diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA dan hendaklah diperanakkan dengan halalnya.
(2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Raja hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan seterusnya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekalikali dan hendaklah menjadi tidak sah jika ditetap atau dipilih dan dilantikkan menjadi Raja mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti di atas itu:
Dengan syarat bahawa keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut itu tidak akan berhak, jika dia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Raja, iaitu apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu ataupun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Raja.
Keturunan zuriat Al-Marhum Sultan Yahya Petra, Al-Marhum Sultan Ibrahim, Al-Marhum Tengku Long Senik Sultan Mohamed IV, Al-Marhum Sultan Mohamed III (Sultan Bongsu), Al-Marhum SultanAhmad (Sultan Tengah), Al-Marhum Sultan Mohamed II (Sultan Mulut Merah)
17. (1) Jika pada bila-bila masa keturunan zuriat lelaki daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra tidak ada langsung, atau jika ada tinggal seorang sahaja tetapi dia tidak