Pergi ke kandungan

Laman:UN Treaty Series - vol 1025.pdf/321

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
1976
United Nations — Treaty Series • Nations Unies — Recueil des Traités
305

untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Pihak-pihak dalam pertikaian itu hendaklah bersikap baik sangka terhadap tawaran-tawaran penyelesaian itu.

Perkara 17. Tiada sesuatu jua peruntukan dalam Triti ini boleh menghalangi pemakaian mode-mode penyelesaian secara aman yang terkandung dalam Perkara 33 (1) Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi dan yang menjadi pihak dalam pertikaian hendaklah digalakkan mengambil dayautama menyelesaikan pertikaian itu dengan rundingan-rundingan secara bersahabat sebelum menggunakan acara-acara lain yang diperuntukkan dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.

BAB V. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

Perkara 18. Triti ini hendaklah ditandatangani oleh Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura dan Thailand. la hendaklah disahkan mengikut acara-acara perlembagaan tiap-tiap satu Negara yang menandatanganinya.

Triti ini hendaklah terbuka bagi penyertaan oleh lain-lain Negara di Asia Tenggara.

Perkara 19. Triti ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh dideposit suratcara pengesahan yang kelima dengan Kerajaan-kerajaan Negara yang menandatangani Triti ini iaitu yang dinamakan Pemegang Deposit Triti ini dan suratcara pengesahan atau penyertaan.

Perkara 20. Triti ini dibuat dalam bahasa-bahasa rasmi Pihak-pihak Berjanji Tertinggi, semua daripadanya adalah saheh bersama. Hendaklah ada suatu terjemahan bersama yang dipersetujui bagi naskah-naskah itu dalam bahasa Inggeris. Mana-mana tafsiran yang berlainan bagi naskah bersama itu hendaklah diselesaikan dengan rundingan.

PADA MEMPERCAYAINYA Wakil Yang Berkuasa Penuh bagi Pihak-pihak Berjanji Tertinggi telah menandatangani Triti ini dan telah menurunkan cap mohor mereka kepadanya.

DIPERBUAT di Denpasar, Bali, pada dua-puloh empat haribulan Februari tahun satu ribu sembilan ratus tujuh puluh enam.

Vol. 1025, 1-15063