Pergi ke kandungan

Laman:UN Treaty Series - vol 1025.pdf/320

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
304
United Nations — Treaty Series • Nations Unies — Recueil des Traités
1976

Perkara 10. Tiap-tiap satu Pihak Berjanji Tertinggi tidak boleh dengan сага atau bentuk apa jua menyertai dalam apa-apa aktibiti yang akan menjadi suatu ancaman kepada kestabilan politik dan ekonomi, kedaulatan, atau kesatuan wilayah Pihak Berjanji Tertinggi yang satu lagi.

Perkara 11. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah berusaha mengukuhkan keteguhan kebangsaan masing-masing dalam bidan-bidan politik, ekonomi, sosio-kebudayaan serta juga keselamatan menepati dengan ideal dan cita-cita masing-masing, bebas dari campurtangan dari luar serta juga gerakan-gerakan subversif dari dalam supaya dapat mengekalkan keperibadian bangsa masing-masing.

Perkara 12. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi dalam usaha-usaha mereka untuk mencapai kemakmuran dan keselamatan kawasan,hendaklah berusaha untuk berkerjasama dalam semua bidang bagi memajukan keteguhan kawasan, berasaskan kepada prinsip kepercayaan kepada diri sendiri, berdikari, saling menghormati, kerjasama dan perpaduan yang akan menjadi asas bagi suatu masyarakat negara negara yang kuat dan teguh di Asia Tenggara.

BAB IV. PENYELESAIAN SECARA AMAN DAMAI PERTIKAIAN-PERTIKAIAN

Perkara 13. Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah mempunyai azam dan suci hati untuk mengelak pertikaian berbangkit. Jika berbangkit pertikaian mengenai perkara-perkara yang secara langsung menyentuh mereka, terutama sekali pertikaian yang mungkin mengganggu keamanan dan ketenteraman kawasan, mereka hendaklah menahankan diri daripada mengancam atau menggunakan kekerasan dan hendaklah pada setiap masa menyelesaikan pertikaian-pertikaian di antara mereka itu melaui rundingan-rundingan secara bersahabat.

Perkara 14. Untuk menyelesaikan pertikaian melalui proses-proses kawasan, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah menubuhkan, sebagai suatu badan yang berterusan, suatu Majlis Tertinggi mengandungi suatu Perwakilan pada peringkat menteri dari tiap-tiap satu Pihak Berjanji Tertinggi untuk mengambil perhatian tentang adanya pertikaian atau keadaan yang mungkin mengganggu keamanan dan ketenteraman kawasan.

Perkara 15. Jika sekiranya tiada sesuatu jua penyelesaian dicapai melalui rundingan secara lagsung, Majlis Tertinggi hendaklah mengambil tahu tentang pertikaian atau keadaan itu dan hendaklah mengesyorkan kepada pihak-pihak dalam pertikaian сага-сага penyelesaian yang sesuai sebagai jasa baik, perantaraan, penyiasatan atau pendamaian. Walau bagaimana pun Majlis Tertinggi boleh menawarkan jasa baiknya, atau dengan persetujuan pihak-pihak dalam pertikaian, menjadikan dirinya sebagai suatu jawatankuasa perantaraan, penyiasatan atau pendamaian. Apabila difikirkan perlu, Majlis Tertinggi hendaklah mengesyorkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah pertikaian atau keadaan menjadi buruk.

Perkara 16. Peruntukan-peruntukan Bab ini yang tersebut di atas tidak boleh dipakai bagi sesuatu pertikaian melainkan jika semua pihak dalam pertikaian itu bersetuju peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi pertikaian itu. Walau bagaimanapun, hal ini tidak boleh menghalang Pihak-pihak Berjanji Tertinggi lain, yang bukan pihak dalam pertikaian itu, daripada menawarkan segala bantuan yang boleh

Vol. 1025, 1-15063