jawatan utama dan oleh tidak kurang daripada tujuh orang anggota lain pertubuhan itu.
9. Kuasa Pendaftar meminta keterangan.
Apabila sesuatu permohonan bagi pembatalan pendaftaran sesuatu pertubuhan berdaftar diserahkan kepadanya, Pendaftar boleh, jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa orang-orang yang menandatangani permohonan itu telah tidak diberi kuasa dengan sempurnanya oleh pertubuhan itu untuk membuat permohonan tersebut, menghendaki daripada orang-orang yang menandatangani permohonan itu apa-apa keterangan yang difikirkannya perlu dan dia boleh juga memeriksa mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan itu bagi maksud menentukan faktor-faktor berkaitan dengan permohonan tersebut.
10. Maklumat yang kena diberi di bawah seksyen 14 Akta.
(1) Maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Pendaftar di bawah subseksyen 14(1) Akta oleh tiap-tiap pertubuhan berdaftar dan oleh tiap-tiap cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar hendaklah dibuat dalam tiga salinan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana dikehendaki oleh Pendaftar.
(2) Apa-apa maklumat yang Pendaftar menghendaki sesuatu pertubuhan berdaftar mengemukakan kepadanya di bawah subseksyen 14(2) Akta hendaklah dibuat dalam tiga salinan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana dikehendaki oleh Pendaftar.
(3) Tiap-tiap salinan maklumat yang tersebut dalam peraturan ini hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama pertubuhan atau cawangan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan berkenaan dengan sesuatu cawangan, borang-borang itu hendaklah juga ditandatangan timbal oleh seorang pemegang jawatan utama pertubuhan ibu bapanya.
11. Menandatangani dokumen.
Bila-bila masa sahaja di dalam Peraturan-Peraturan ini apa-apa permohonan, penyata atau lain-lain dokumen dikehendaki supaya ditandatangani oleh seorang atau lebih daripada seorang pemegang jawatan utama sesuatu pertubuhan atau cawangan sesuatu pertubuhan, nama dan jawatan yang dipegang oleh penandatangan itu hendaklah ditaip dengan terang atau ditulis dengan huruf cerai, dan dengan huruf Cina, jika berkenaan, sebaik sahaja di bawah atau di sebelah tandatangannya atas dokumen itu.
85