{{{1}}}
ADAKAH "REST HOUSE" ITU TEMPAT ORANG RAMAI ATAU TIDAK ?
Satu perbahathan yang hangat berhubong dengan so'al, "Ada- kah 'Rest House' itu tempat orang ramai atau tidak" ?, telah berlaku dalam Persidangan Majlis Mashuarat Negeri Brunei sedi- kit hari dahulu.
Menurut kapada bab 171 dari Undang2 Majlis Mashuarat Uga- ma, 'Adat Istiadat Negeri dan Mahkamah2 Kathi, tahun 1955, "Ba- rang siapa didalam mana-mana kedai atau tempat orang ramai mem- beli apa-apa minuman yang memabokkan, atau minuman yang mengan- dongi apa-apa benda yang diharamkan oleh Ugama Islam akan bersa- lah: Hukoman denda $50; bagi kesalahan yang kedua denda sabanyak $75; atau bagi kesalahan yang ketiga, atau pun berulang2, denda 100.
Mengenai perkara tersebut, Timbalan Penasehat Undang2 Nege- ri Brunei, ketika memberi pendapat2nya, menyatakan bahawa pada fikirannya, "Rest House" itu ialah sabuah tempat orang ramai oleh kerana orang ramai boleh, jikalau mereka suka, pergi ka tempat itu dan membeli minuman.
Oleh kerana hal sademikian, sasa orang yang dianggap salah disisi bahagian Undang2 diatas tadi akan ber- salah, jika ia meminum minuman keras di-"Rest House".
Samentara itu, dalam satu Ma'lumat Kerajaan yang ditanda tangan oleh Yang Berhormat Tuan British Resident baharu2 ini, pehak Kerajaan telah memberi AMARAN kapada orang ramai bahawa janganlah mereka menyangka yang mereka tidak akan didapati sa- lah sakiranya mereka minum minuman yang memabokkan di-" Rest House" itu.
KUASA2 PEGAWAI2 MASJID MENGENAI KESALAHAN DIBAWAH UNDANG2 MAJLIS MASHUARAT UGAMA 'ADAT ISTIADAT NEGERI, DAN MAHKAMAH2 KATHI
Pada masa sekarang, Pegawai2 Masjid adalah diberi kuasa membuat pengaduan mengenai sebarang kesalahan yang berlaku di- bawah Undang2 Majlis Mashuarat Ugama, 'Adat Istiadat Negeri, dan Mahkamah2 Kathi, tahun 1955.
Peratoran2 mengenai kuasa2 itu telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Ugama, dan dinamakannya, Peratoran2 Majlis Mashuarat Ugama, 'Adat Istiadat Negeri, dan Mah- kamah2 Kathi (Pegawai Masjid), tahun 1956 dengan memberi kuasa ka- pada sebarang Pegawai Masjid bagi membuat pengaduan atas sebarang kesalahan yang berlaku dibawah Undang2 Hukom Shara'.
Menurut kapada Peratoran2 yang baharu itu, sebarang Pega- wai Masjid yang menyaksikan perbuatan sebarang kesalahan dibawah Undang2 tersebut, atau mereka yang mempunyai keperchaya'an yang bersesuaian bahawa kesalahan itu telah berlaku, akan dengan serta merta memberi tahu mengenai hal itu kapada Pegawai yang mentadbir- kan Mahkamah Kathi Besar, atau Mahkamah Kathi yang mempunyai kuasa keatas kawasan dimana kesalahan itu telah berlaku, atau pun dika- takan telah berlaku.
- - - - - - - - - -