UNDANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN ADAT ISTIADAT NEGERI BRUNEI
(Sambongan dari PELITA BRUNEI No. 19)
Hendaklah Majlis Nadzir yang tunggal bagi wang kumpolan habuan bekalan kaki-tangan itu dan hendaklah memegang semua wang2 simpanan dan pendapatan2 yang didapati daripadanya sebagai wang simpanan sahaja.
Hendaklah Majlis itu melantekkan satu Jawatan Kuasa yang mengurus pada pentadbiran wang kumpolan itu dan Jawatan Kuasa yang mengurus itu bolehlah tormasok orang2 yang bukan Ahli Maj- lis dan orang2 yang mendapat fa'edah daripada veng kumpolan itu.
Bolehlah Majlis itu memperniagakan mana2 wang atau pendapa- tan daripada wang kumpolan itu dalam mana2 perniagaan wang2 pen- dapatan2 yang menjadikan kumpolan wang pentadbiran 'am dan atau bank2 dan lain2 pekerjaan sebagaimana yang berthabit dengan wang kumpolan pentadbiran 'am.
Bolehlah Majlis itu mengeluarkan hadiah kapada wang kumpo- lan habuan bekalan kaki-tangan daripada pendapatan yang menjadi- kan wang kumpolan pentadbiran 'am itu.
Bolehlah Majlis tersebut, dengan diampun oleh Duli Yang Ma- ha Mulia Sultan, bertulis membuat peratoran bagai menjaga:
Pertubohan, perusahaan, pentadbiran dan jagaan wang kumpo- lan habuan bekalan kaki-tangan itu; pekerjaan Jawatan Kuasa yang mengurus; pekerjaan Mashuarat Ahli 2 wang kumpolan habuan bekalan kaki-tangan; kelayakan ahli2 kapada wang kumpolan habuan bekalan kaki-tangan itu; kadar yuran2 simpanan dan sharat2 yang dengannya boleh diterima, dan dibayar; menarik masok mana2 lain kumpolan2 wang atau kumpolan2 yang sademikian itu; perubahan atau pindaan akan peratoran2 yang mengawali wang kumpolan itu; dan menyelesai- kan dan menentu wang kumpolan habuan bekalan kaki-tangan itu.
Bolehlah Majlis tersebut memberhentikan dan menutup pentad- biran wang kumpolan habuan bekalan kaki-tangan itu.
Belanja2 bagi mengurus dan mentadbirkan wang kumpolan habu- an bekalan kaki-tangan yang demikian itu hendaklah ditanggong ba- yarannya daripada wang kumpolan itu.
Mana2 Ahli Majlis Ugama dan 'Adat Istiadat Negeri tidaklah akan terkena ganti apa2 kahilangan yang terjadi daripada sebab atau oleh kerana mana2 perniagaan yang dibuat mengikut sharat2 Undang2 ini, atau kerana tidak dipungut atau dihimp on mana2 wang atau pendapatan Majlis dikechualikan kahilangan itu telah terjadi dengan kerana senghaja dibuat atau ditipu olehnya.
Mana2 ahli sebarang Majlis dan orang gajinya, Wakil atau ma- na2 orang yang membuat pekerjaan dengan kuasa Majlis itu hendaklah dijamin oleh Majlis itu kerana mana2 tuntutan bagi atau berkenaan dengan mana2 perbuatan.
Perkara atau benda yang dibuat dengan suchi atau ditinggal dibuatnya dalam menjalankan kuasa atau agak2 kuasa bagi mana2 hak atau kuasa 2 Majlis atau pun ahli2 daripadanya.
Mana2 hukoman yang dijatohkan, yang dibuat atau dilakukan, atau yang diperentah sabelum berjalan kuatkuasanya Undang2 ini oleh Mahkamah Kathi Besar atau Mahkamah Kathi, termasok mana2 perentah yang dibuat berthabit dengan mana2 hukoman, perentah, atau perbua- tan oleh pehak yang berkuasa membicharakan semula, hendaklah di- sifatkan menjadi dan sentiasa telah menjadi sah dan termasok dalam ta'lok kuasa Mahkamah2 itu atau pehak yang berkuasa membi charakan semula.
(BERSAMBONG)