Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 Disember 1956.pdf/7

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

berchuti panjang, telah berhenti memangku jawatan itu mulai daripada 23 November, 1956 dan pada masa ini sedang berkhid- mat semula di Pejabat Kerajaan di Bandar Brunei.

Mr. D.B. Petherick telah mulai memegang jawatannya itu sebagai Pengarah Buroh Negeri Brunei mulai daripada 20 Novem- ber, 1956.

Mr. Malcolm Glegg telah dilantek memangku jawatan seba- gai Pemereksa Kira-kira Negeri, Brunei mulai daripada 27 Sep- tember, 1956.

Beliau menggantikan Mr. G.T. Dean, yang pada masa ini sedang berkhidmat di Malaya.


PENDAFTARAN PERTUBOHAN2 DIBRUNEI

Pendaftar Pertubohan2 Negeri Brunei, Mr. A.N. Outram, menurut kapada fasal 7 dari Undang2 Pertubohan (bab 66), telah meminta kapada "PARTY GABUNGAN PUTERA PUTERI RAJA2 BRUNEI " memberi tahu kapadanya sama ada pertubohan itu maseh bergerak lagi atau tidak, dalam masa 3 bulan mulai daripada 26 November, 1956, iaitu tarikh yang Kerajaan Brunei mengeluarkan Ma'lumat berkenaan dengan perentah tersebut.

Pendaftar Pertubohan Negeri telah meluluskan pendaftaran 2 buah lagi pertubohan2, iaitu:

Sharikat Rakyat Melayu Brunei dan Chong Min Association.


LARANGAN MENGGUNAKAN KERETA2 KERAJAAN

Tuan British Resident, dalam satu Ma'lumat kapada Pega- wai2 Kerajaan yang diterbitkan pada bulan November yang lalu, telah memberi AMARAN melarang sabarang orang menggunakan kere- ta2 kepunyaan Keranaan Brunei dalam perkara yang tidak rasmi.

Ma'lumat itu berbunyi, "Adalah diketahui bahawa banyak daripada kereta2 Land Rover Kerajaan digunakan bagi keperluan2 sendiri, sunggoh pun kebenaran khas belum didapatkan terlebeh dahulu daripada Pejabat ini (dimaksudkan Pejabat British Resi- dent), serta tidak membayar sabarang apa pun kapada Kerajaan.

"Perbuatan ini adalah bertentangan dengan peratoran2 Kerajaan dan sudah tentulah juga, kereta2 itu samasa dibawa tidak dilindungi dengan insurance.

"Ketua2 Pejabat adalah diminta supaya memberi AMARAN ka- pada seme Pegawai 2nya bahawa tindakan tata-tertib ("discipli- nary action") akan dijalankan terhadap sabarang Pegawai yang didapati menggunakan Land Rover atau lain-lain kenderaan kera- na tujuan2 saperti itu dengan tidak mendapat kebenaran daripa- da saya (iaitu Tuan British Resident) ".


TABONG DERILA KAPADA BALU TIMBANG BIN TAHIR

Persatuan Kesatuan Islam, Brunei telah mengumpolkan wang daripada orang ramai sahingga ka hari ini berjumlah sabanyak 503.70 sebagai bantuan kapada balu Timbang bin T hit. Allah yarham itu telah meninggal dunia pada malam 8 August tahun ini satelah digigit oleh saekor buaya dikawasan Kampong Ayer Brunei.

                        - - - - - - - - - - - -