Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 Disember 1956.pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

dengan Pegawai Penerangan Negeri dan lain-lain Anggota di Peja- bat Penerangan.

Tujuan lawatannya ka Brunei ialah kerana hendak bertemu dengan Pegawai Pengakap diNegeri ini dan merundingkan berkenaan dengan Perkhimahan Pengakap2 Anak Serigala ("Wolf Cubs") Seluroh Borneo British yang akan diadakan diseria tidak berapa lama lagi, dalam mana katanya, Pengakap2 Anak Serigala diLabuan yang pada masa ini berjumlah 12 orang telah dijemput untok menghadziri Per- khimahan tersebut.

Inche' Ibrahim telah berangkat ka Seria dan ka Kuala Belait pada 23 November dan telah balek ka Labuan pada penghujong bulan yang lalu.


6 ORANG PENGAKAP2 DARI S.0.A.S. COLLEGE BRUNEI LULUS DALAM PEPEREKSAAN PINGAT DARJAH PERTAMA

Enam orang Pengakap 2 dari Sultan Omar Ali Saifuddin Col- lege, Bandar Brunei telah lulus dalam Pepereksaan Pingat Darjah Pertama baharu2 ini, satelah mereka berjaya dalam Ujian Berjalan Jauh ("Journey Test") - iaitu ujian yang penghabisan bagi mereka merebutkan Pingat Pengakap Darjah Pertama itu.

Pengakap 2 tersebut ialah: Troop Leader Awangku Sharifuddin bin Pengiran Metali; Troop Leader Abdul Jalil bin Marsal; Patrol Leader Sharbini bin Mohamed Taha; Patrol Leader Awangku Ibnu bin Pengiran Apong; Assistant Patrol Leader Suhaimi bin Awang Besar%;B dan Penolong Patrol Leader Arpan bin Mohamed.

Sayugia disebutkan bahawa inilah kali yang pertama didalam sejarah Maktab tersebut yang Pengakap 2nya telah berjaya menyan- dang Pingat2 sademikian.

Dengan memperolehi Pingat2 tersebut, maka Pengakap 2 itu dapatlah masok bertanding dengan Pengakap2 dari seluroh Negeri ini untok dipileh bagi mewakili Negeri Brunei ka Perkhimahan Pengakap2 Seluroh Dunia yang akan diadakan diEngland pada tahun hadapan.

Bagaimana pun, hingga ka hari ini, kita belumlah lagi men- dapat kabar yang rasmi berapakah bilangan Pengakap 2 dari Brunei akan dipileh bagi menghadziri Perkhimahan Pengakap 2 tersebut.


LANTEKAN BAHARU PEGAWAI2 KERAJAAN BRUNEI

Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mohamed Yassin, dari Per- khidmatan Pertadbiran Negeri Brunei telah berkhidmat semula di- Pejabat Kerajaan di Bandar Brunei sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Beliau telah ditukarkan ka Temburong beberapa bulan dahulu untok memangku jawatan Pegawai Daerah Temburong pada masa Pengi- ran Haji Abu Bakar bin Pengiran Pemancha Mohamed Salleh berangkat ka Tanah Suchi menunaikan fardzu Haji.

Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Pemancha Mohamed Sal- leh pada masa ini telah pun menjalankan perkhidmatannya sebagai Pegawai Daerah Temburong.

Inche' Sunny bin Ahmat, saorang Pegawai Perkhidmatan Per- tadbiran Negeri Brunei yang telah memangku jawatan sebagai Peno- long Pengarah Buroh pada masa Pengarah Buroh Mr. D.B. Petherick

/ berchuti panjang, ...