PELITA BRUNEI
Dari England: Calong2 Guru2 Seko- ah Inggeris dari Persekutuan Tanah Melayu yang telah mendapat latehan Gu- ru2 diKirkby, England yang pada masa ini sedang mengajar di- Sekolah2 diBrunei. Dari kiri ka kanan: Inche' Hashim bin Thani, Inche' Mustafa Haji Tahir, Raja Ah- mad bin Raja Harun, dan Inche' Zainal Arshad bin Zainal Abidin. Ka England
Inche' Sunni bin Idris (kiri) Pemangku Guru Bahasa Inggeris diSultan Omar Ali Saifuddin Col lege, Bandar Brunei; dan Inche' Mohamed Jamil bin Omar (Penyeli Kebun2 Sekolah Melayu, Brunei yang telah berangkat ka England sadikit hari dahulu. Inche' Sun ni sedang mengambil kursus sela ma 2 tahun di Maktab Latehan Gu- ru2 diKirkby untok mendapat tau liah Guru Bahasa Inggeris dari Kementerian Pelajaran; manakala E Inche' Mohamed Jamil pula sedan, i mempelajari kursus Hal Ehwal mengenai Luar Bandar dicity of Worcester Trai- ning College selama satahun.
***************************
PESUROH JAYA TINGGI DIBRUNEI
Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei, Sir Anthony Abell telah tiba diBrunei dari Kuching pada 13 November, 1956 dalam satu lawatan- nya yang rasmi dan telah berangkat balek ka Kuching pada 19 November. Gambar ini menunjokkan Sir An- thony Abell sedang meme- reksa Pasokan Kehormatan Police Bandar Brunei pada pagi 14 November sabelum Tuan Yang Terutama itu melawat ka Pejabat Bri- tish Resident. Disabelah Sir Anthony Abell ialah Chief Police Officer Brunei Mr. A.N. Outram; dan O.C.P.D. Brunei A. S. P. Pengiran Jaya bin Pengiran Haji Rajid. Semasa berada disini, diantaranya, Tuan Yang Terutama itu telah, mengadakan Perundingan2 dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan, serta juga de- ngan Pegawai2 Tinggi Kerajaan; melawat ka tempat2 pembinaan yang mustahak dibawah Ranchangan2 Perkembangan Negeri; mengadakan lawatan ka Tutong keran menyaksikan kemajuan pembinaan jalan raya; dan melawat ka Temburong bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan.
-------------------------