LAWATAN INSPECTOR DAN ANGGOTA2 PEJABAT TIMBANG MENIMBANG KA SELUROH BRUNEI
Adalah difahamkan bahawa saorang Inspector Pejabat Timbang Menimbang dan tiga orang anggota 2 dari Pejabatnya akan melawat ka kawasan2 diseluroh Negeri Brunei pada awal tahun hadapan untok me- mereksa segala alat2 penimbang.
Kesemua saudagar 2 dan lain2 orang yang mempunyai alat2 pe- nimbang dan sukatan adalah dipinta menunjokkan alat2 itu kapada Inspector tersebut pada masa lawatannya ka kawasan mereka untok dipereksa oleh Inspector itu.
Dengan ini, diperingatkan kapada orang ramai bahawa sebarang orang yang tidak mengikut kepada perentah ini akan dida'wa dibawah fasal 12 (2) dari Undang2 Timbang dan Sukatan (bab 69).
Lawatan tersebut akan dijalankan mulai daripada 2 January, 1957 hingga ka 28 March, 1957 saperti berikut:
2 January, 1957: Bandar Brunei; 7 February: Muara, Serasa dan Batu Marang; 11 February: Baru-Baru, Berbunot dan Batu Apoi; 12 February: Temburong Lama, Biang Estate dan Belaban; 13 Febru- ary: Bangar termasok Pendaruan; 14 February: Labu Rstate Company; 16 February: Balek ka Bandar Brunei; 18 February: Sengkurong dan Tutong; 21 February: Balek ka Bandar Brunei; 4 March: Belait; 5 March: Kuala Belait; 6 March: Labi; 9 March: Bukit Sawat; 10 March: Badas dan Sawmill; 11 March: Balek ka Kuala Belait; 12 March: Kua- la Belait (diBalai Police); 19 March: Seria (di Pejabat Kerajaan); 20 March: Seria dan balek ka Brunei pada 28 March.
INSPECTOR2 BAHAGIAN KEMALANGAN PENERBANGAN AWAM
Pengarah Penerbangan Awam untok Kawasan2 Borneo British, Mr. R.L. Hilton, telah melantek tiga orang Inspector2 bahagian Kemalangan, dibawah Peratoran2 Penerbangan Awam (Penyiasatan Ke- malangan2), 1953, termasok dirinya sebagai Ketua Inspector.
Dua orang lagi Inspector2 yang dilantek itu ialah: Mr. L. Holliday dan Mr. J.E. Seal.
WAKIL PEMUNGUT HASIL PENDAPATAN BRUNEI DIUNITED KINGDOM
Adalah diumomkan untok pengatahuan ramai bahawa Mr. J... Hill, tidaklah lagi menjadi Wakil Pemungut Hasil Pendapatan ("Col- lector of Income Tax") Negeri Brunei diUnited Kingdom mulai dari- pada 1 November, 1956.
Dengan menggunakan kuatkuasanya, British Resident telah me- lantek Pegawai Rasmi di Pejabat Hasil Pendapatan, Jajahan Ta'lok diLondon, menggantikan jawatan Mr. Hill itu.
PENOLONG PESUROH JAYA PENGAKAP LABUAN DIBRUNEI
Inche' Ibrahim bin Haji Ismail, Penolong Pesuroh Jaya Penga kap, Daerah Labuan telah melawat ka Pejabat Penerangan Kerajaan di Bandar Brunei pada hari Khamis 22 November yang lalu, dalam mana