Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 Disember 1956.pdf/3

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

CHUTI BERANAK KAPADA KAKI-TANGAN2 PEREMPUAN KERAJAAN BRUNEI

Orang2 perempuan yang bekerja tetap dalam Kerajaan Brunei bolehlah pada masa ini mendapat chuti beranak sahingga delapan minggu dengan mendapat gaji penoh, dengan sharat vahawa sasa orang perempuan itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 180 hari. Demikian dinyatakan dalam satu Ma'lumat yang diterbitkan oleh Kerajaan kapada kaki-tangan2 perempuan.

Sakiranya sasaorang pekerja itu belumlah lagi menyampurna- kan perkhidmatannya selama 90 hari, ia hanya akan diberi saparoh daripada gajinya.

Perchutian itu akan diberi mulai daripada masa sabelum pe- kerja itu melahirkan anaknya hingga ka masa anaknya itu dilahir- kan, sebagaimana yang diperentahkan oleh sasaorang Pegawai Per- ubatan Kerajaan.

Salain daripada itu, jikalau Pegawai Perubatan Kerajaan itu berpuas-hati bahawa chuti tambahan perlu diberi kapada sasa- orang pekerja perempuan yang melahirkan anaknya, ia boleh menda- pat chuti beranak selama empat minggu lagi dengan diberi saparoh daripada gajinya.

Berkenaan dengan pekerja2 perempuan yang tidak termasok da- lam perkhidmatan tetap Kerajaan Brunei, mereka juga boleh berhak mendapat chuti beranak sama sebagaimana yang terkandong dibawah Peratoran Buroh (atau Faedah2 Ka-ibuan), tahun 1955.

Dibawah Peratoran ini, sasaorang pekerja perempuan tersebut hanya boleh diberi chuti sademikian sakiranya ia tinggal disabuah tempat dan menerima pengubatan sebagaimana yang diperentahkan oleh sasaorang Pegawai Perubatan Kerajaan untok sapanjang masa chutinya itu.

Pekerja2 perempuan Kerajaan Brunei adalah dima'lomkan bahawa chuti beranak sebagaimana tersebut tidak akan dipotong dari hak2 pendapatan chuti pada tiap-tiap tahun, tetapi adalah lazimnya di- potong daripada sebarang baki chuti pekerja itu pada masa dibenar- kan chuti beranak kapadanya.


KEBENARAN MENYEMBELEH BINATANG2

Orang ramai adalah diperingatkan bahawa mulai daripada January, 1957, segala binatang2 yang hendak disembeleh didalam Ne- geri Brunei untok dimakan, hendaklah dipereksa terlebeh dahulu oleh saorang Pegawai dari Pejabat Pertanian.

Permintaan2 untok kebenaran membawa masok binatang2 kadalam Negeri ini hendaklah diambil daripada Pegawai Pertanian Negeri ini.


HARGA2 BUAH ENGKABANG DAN LADA DIBRUNEI

Penguasa Pejabat Customs Negeri Brunei telah menetapkan har- ga2 Buah Engkabang dan Lada untok kegunaan mengutip chukai mulai daripada 3 December, 1956 saperti berikut:

Buah2 Engkabang $30.75 pada sapikul; Lada Puteh $ 102.30 pa- da sapikul dan Lada Hitam & 75.64 pada sapikul.

                                 - - - - - - - - -