PENGARAH PERTUKARAN WANG LUAR NEGERI
Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melantek Penyimpan Wang Negeri sebagai Pengarah Pertukaran Wang Luar Negeri; dan Juga Penolong Penyimpan Wang Negeri sebagai Penolong Pengarah Pertu- karan Wang.
Lantekan2 tersebut telah dibuat dibawah Undang2 Pertukaran Wang, 1956. Duli Yang Maha Mulia Sultan juga telah memberi kuasa kapada Penolong Pengarah Pertukaran Wang menggunakan segala peker- jaan2 dan kuasa 2 Pengarah itu yang terkandong dibawah Undang2 ter- sebut.
LAWATAN PEGAWAI PENERANGAN HONG KONG KA BRUNEI
Mr. Leslie Smith, Pegawai Penerangan United Kingdom diHong- kong telah tiba di Brunei pada hari Ithnin 27 November yang lalu dalam satu lawatannya yang singkat ka Negeri ini.
Mr. Smith telah melawat Kuching, Sarawak terlebeh dahulu dan sabelum tiba di Brunei, beliau telah melawat ka Jesselton, Bor- neo Utara dimana beliau telah berada selama beberapa hari. Beliau juga telah menghadziri Persidangan Pegawai2 Penerangan diSingapu- ra pada awal bulan November yang lalu.
Pada masa berada di Brunei, Mr. Leslie Smith telah berangkat ka Istana Darul Hana menemui Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan juga mengadakan perundingan dengan bekas Pemangku British Resident, Yang Berhormat Mr. D.C. White.
Beliau tersangatlah gemar melihat pekerjaan pertukangan pe- rak dalam satu lawatannya ka tempat membuat barang2 perak itu di- Kampong Sungei Kedayan diKampong Ayer, Brunei.
Mr. Smith telah berangkat ka Hongkong pada petang hari Rabu 28 November dengan kapal terbang melalui Labuan.
JAWATAN KUASA MENYELIDIKI MASA'ELAH RUMAH2 KERAJAAN
Yang Berhormat British Resident telah melantek lima orang sebagai Ahli2 Jawatan Kuasa bagi menyelidiki masa'elah peruntokan rumah2 kediaman Pegawai 2 Kerajaan baharu2 ini.
Sebab pun yang Jawatan Kuasa itu telah dibentok ialah ber- hubong dengan perkara perbaikan gaji2 kaki-tangan2 Kerajaan Brunei.
Jawatan Kuasa itu adalah mengandongi Penyimpan Wang Negeri sebagai Pengurusi; manakala Ahli2nya ialah Penolong Resident; Inche Hamidon bin Awang Damit; Pengiran Mohamed Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim; dan Mr. Howe Soo Beng.
CONSUL NEGERI BURMA YANG BAHARU BAGI NEGERI BRUNEI
Menurut satu Ma'lumat yang rasmi, Kerajaan Negeri Burma te- lah melantek U. Kyaw sebagai Consul Burma yang baharu di Singapura dengan mempunyai ta'lok kuasa 2nya termasok Negeri Brunei.
- - - - - - - - - - - - - -