Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 Disember 1956.pdf/1

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf
Tahun 1. No. 20
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
1 DECEMBER, 1956.


"SELAMAT TINGGAL BRUNEI" - D.C. WHITE


YANG BERHORMAT Mr. D.C. White, bekas Resident Sibu, Bahagian Yang Ketiga, Negeri Sarawak yang telah memangku jawatan sebagai British Resident Brunei pada masa perchutian panjang British Resident Bru- noi, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert samenjak bulan June yang lalu telah berangkat ka Sibu dengan kapal terbang Sharikat Malayan Air- ways dari Padang Kapal Terbang Brunei pada pukol 10.30 pagi hari Juma'at 7 December.

Dalam satu perutusan yang rasmi menerusi PELITA BRUNEI White telah menguchapkan Selamat Tinggal kapada kesemua pendndok2, kaki-tangan2 Kerajaan, dan rakan2 beliau diNegeri ini.

"Sunggoh pun dalam sedikit masa saya berada diBrunei" katanya, "tetapi saya sangat tertarek hati diatas se- gala perubahan yang sudah berlaku.

"Peluang2 yang besar pada hari yang terbuka kapada budak2 lelaki dan perempuan diNegeri Brunei kerana mempelajari pelajaran yang tinggi segala jawatan2 perchaya pada masa yang akan datang yang tertinggi diNegeri ini akan dipenohi oleh anak2 Negerinya sendiri.

"Diatas ta'at setia kapada Duli Yang Maha Mulia Sul- tan dan patoh kapada Ugama, adalah satu Chogan yang menunjokkan bahawa Brunei akan menjadi satu Negeri yang aman dan ma'mur kelak".

Mr. White telah dira'ikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin diIstana Darul Hana; dan oleh Pe- gawai2 Kerajaan serta orang ramai di Brunei Sports Club; dan juga dibeberapa Majlis yang lain sabelum beliau berangkat ka Sibu.

Samentara itu, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert telah tiba diBrunei pada 4 December satelah menyampurnakan chuti panjangnya tetapi diUnited Kingdom. Mem Gilbert telah tidak datang bersama. beliau dijangka akan datang ka Brunei pada awal tahun hadapan.


Satu perhimpunan yang ramai termasok Yang Berhormat Mr. J. 0. Gilbert; Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Yang Ter- amat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Setia Usaha Sulit kabawah Duli Yang Maha Mulia Sultan; Pegawai2 Tinggi Kerajaan; beberapa Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri dan lain-lainnya telah menguchapkan Selamat Jalan kapada Mr. White diPadang Kapal Terbang Brunei, sa- belum beliau berangkat ka Sibu. Begitu juga Mr. White telah me- nguchapkan "Selamat tinggal dan harap berjumpa lagi" kapada penghantar tersebut.


Mr. D.C. White telah selamat tiba diSibu pada pukol 12.25 tengah hari 7 December, 1956.

                                ----------------------