Ruangan Soal Jawab:
JAWAPAN SO'ALAN2 PELITA BRUNEI KELUARAN TAHUN 2: NO. 5 DI-NUKA 7 DAN 8
1. Jumlah Sekolah2 Melayu di-seluroh Negeri Brunei pada masa ini ialah 45 buah, mengandongi 20 buah sekolah2 di-Daerah Brunei; 12 buah seko lah di-Daerah Tutong; 10 buah di-Daerah Belait%;B dan 3 buah di-bahagia Bandar Brunei. 2. Penuntut2 lelaki dan perempuan di-Negeri Brunei pada masa ini ialah lebeh kurang 10,000 orang. 3. Jumlah Sekolah2 Inggeris dan China yang ada sekarang ini di-seluroh Brunei ia-lah sebanyak 15 buah. 4. Istana itu letak-nya di-Tutong; dan nama-nya ia-lah ISTANA PANTAI. 5. Bekas British Resident Brunei yang pada masa ini sedang menyandang ja watan sebagai Setia Usaha Kewangan, Negeri Sarawak ia-lah Yang Berhormat Mr. J. C. H. Barcroft. 6. Sesudah tamat Peperangan Asia Raya, Tentera2 Pehak Bersekutu telah me. ndarat di-Muara pada 10 June, 1945.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
CHUTI 2 HARI RAYA PUASA
Chuti2 Hari Raya Puasa bagi Daerah2 Brunei, Tutong dan Temburong sebagaimana yang telah di-tetapkan oleh Keraja'an ia-lah pada hari Khamis 2 haribulan May; dan pada hari Sabtu 4 haribulan May; manakala di-Daerah Kuala Belait pada hari Khamis 2 haribulan May serta pada hari Juma'at 3 haribulan May, sekira-nya anak bulan tidak kelihatan pada malam Hari Tho-latha 30 April.
Bagaimana pun, sekira-nya anak bulan itu kelihatan pada malam Hari Thalatha 30 April, maka chuti Hari Raya Puasa itu ia-lah pada Hari Rabu 1 haribulan May; dan pada hari Khamis 2 haribulan May.
Samentara itu menurut satu berita yang rasmi, Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan akan menghadziri Istiadat Sembahyang Hari Raya yang akan di-langsongkan sekali lagi di-Padang Pekan Brunei, sebagaimana yang telah di-langsongkan pada tahun yang lalu.
Orang2 yang sakit di-Rumah Sakit Keraja'an di-Bandar Brunei; dan or ang2 dalam tahanan penjara di-Perkhemahan Jerudong akan di-beri hadiah ku eh2 dan minuman pada Hari Raya. Usaha ini, yang di-adakan pada julong2 kali di-Negeri ini, ada-lah sedang di-selenggarakan oleh Persatuan Kesatu an Is, Brunei.
Brunei Sports Club pula akan mengadakan satu Tema sha untok Kanak2 idi-rumah Persekutuan itu mulai pada pukol 4.00 petang hari Juma'at 3 May, 11057 sebagai menyambut Hari Raya Puasa.
Temasha itu, yang di-adakan di-bawah anjoran Ahli2 Muslimin Brunei Sports Club, ada-lah terbuka kapada Kanak2 dari segala bangsa berumor di- antara 2 tahun dan 12 tahun, samaada mereka anak Ahli2 Brunei Sports Club atau tidak.
Pada malam hari itu pula, satu temasha sambutan Hari Raya Puasa un tok orang2 dewasa akan di-adakan di-rumah Persekutuan tersebut.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
UNDANG2 SIMPANAN WANG DI-PEJABAT POST
Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan, dalam Majlis Mashuarat Negeri telah menetapkan bahawa mulai dari 1 haribulan July, 1957, faedah wang di atas wang simpanan yang akan di-bayar oleh Pejabat Simpanan Wang diPejabat Post, Brunei, ia-lah 22% bagi ganti bayaran sekarang iaitu 2%.
/M:Yusta
- - - - - - - - - -