Adalah dijangka bahawa Pengiran Hidup bin Pengiran Hashim, Guru Kumpulan di-Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei yang juga sedang pelajari kursus sademikian atas pelajaran perchuma dari Keraja' an Brunei akan balek ka-Brunei sesudah menyampurnakan kursus-nya pada akhir bulan June tahun ini.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = == = = = =
ISTIADAT TAMAT LATEHAN SEKOLAH PERTUKANGAN DI-SERIA
Dua puloh tiga orang penuntut2 yang telah tamat latehan mereka se- lama tiga tahun atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei diSeko- lah Pertukangan Brunei Shell Petroleum Company Limited di-Seria, telah di-hadiahkan Sijil2 Kepandaian mereka oleh Managing Director Sharikat Brunei Shell Petroleum Company Limited, Yang Berhormat Mr. R.E. Hales da- lam satu Majlis Istiadat Tamat Latehan yang telah di-langsongkan pada ma- lam Juma'at yang lalu di-Community Hall, Seria. Hadiah Sijil2 Bahasa Inggeris telah di-sampaikan kapada penuntut2 yang berjaya itu oleh Pega- Pelajaran Negeri, Mr. H.J. Padmore.
Hadiah2 khas berupa "Micrometer", yang telah di-untokkan kapada penuntut2 yang mendapat markah yang tinggi sekali dalam Pepereksa'an Ak- hir, telah di-menangi oleh Junaidi bin Mohammed Said dan Lamat bin kar, yang telah mendapat markah yang sama, iaitu 83 peratus dalam peper- eksa'an itu.
Pegawai Pelajaran Negeri Mr. H.J. Padmore telah mema'alomkan kapada sidang hadziran bahawa Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan; dan juga Yang Berhormat Tuan British Resident tidak dapat hadzir oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat di-elakkan.
Bagi pehak Jabatan/dan juga Keraja'an Brunei, Pegawai Pelajaran Negeri itu telah menguchapkan terima kaseh kapada Yang Berhormat Mr. R. E. Hales atas usaha yang beliau telah menunjokkan bagi menjayakan Ranchang- an Kemajuan Negeri ini dengan memberi latehan2 yang baik kapada penuntut2 Sekolah Pertukangan itu.
Pengetua Sekolah Pertukangan itu, Mr. R. G. Barrow, dalam uchapan- nya menyatakan bahawa bukan sahaja penuntut2 itu di-lateh dalam hal eh- wal pertukangan, tetapi mereka juga di-beri pendidikan ikhlak dan tata- tertib yang sempurna.
Selanjut-nya Mr. Barrow berkata bahawa hari itu bukan-lah hari penamatan latehan mereka, bahkan hari permula'an bagi tiap2 orang penu- ntut di-Sekolah Pertukangan itu. Beliau berharap semoga penuntut2 itu akan dapat melanjutkan pelajaran mereka di-luar negeri dengan mempunyai latehan yang mereka telah perolehi di-Sekolah Pertukangan itu.
Akhir-nya beliau menegaskan, anak kunchi buku pengetahuan ada-lah kini terletak di-tangan para penuntut itu, dan mereka-lah, tetapi bukan siapa lagi yang kelak membuka buku itu.
= = = = = = = = = =