Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 Mei 1957.pdf/3

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

KEMANGKATAN AL-MERHOM PENGIRAN MAHARAJA LAILA

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Laila Muda Kahar S.M. B. ibni -Merhom Seri Paduka Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara Pengiran ak Haji Mohamed Yassin, Kepala Chatria Negeri Brunei, yang juga meny- andang jawatan sebagai Timbalan Pemungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei telah mangkat di-Rumah Sakit Keraja'an Singapura pada petang hari Thalatha 16 April, 1957.

Al-merhom itu berumor 38 tahun, telah meninggalkan balu-nya dan tiga orang anak. Ia telah pergi ka-Singapura bersama2 balu dan anakanda2-nya kerana menyampurnakan chuti-nya di-sana. Tiba2 pada malam hari Ithnin 15 April, Al-merhom telah mendapat sakit dan pada malam itu juga ia dipindah- kan ka-Rumah Sakit Besar, di-mana ia telah kembali ka-Rahamatullah Ta'ala pada hari tersebut.

Sesudah berita kemangkatan yang amat sedih itu di-ketahui di-Negeri ini, Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan telah menitahkan supaya Bendira Brunei di-kibarkan satengah tiang di-seluroh Negeri ini, dan juga pendud- ok2 di-seluroh Brunei hendak-lah berkabong sahingga Jenazah Al-merhom itu di-kebumikan. Bagaimana pun, Nobat Di-Raja di-tutop selama 20 hari mulai dari hari Rabu 17 April.

Pada hari Rabu 17 April, adinda kapada Al-merhom itu, Pengiran Anak Kamaluddin, bersama2 dengan Pehin Orang Kaya Di-Gadong dan Pehin Khatib Haji Alihussain telah berangkat ka-Singapura dengan kapal terbang kerana membawa Jenazah Al-merhom itu balek ka-Brunei.

Perlu juga kita mema'alomkan kapada sidang pembacha bahawa sesudah Al-merhom itu mangkat, urusan berkenaan dengan perkara memindahkan Jena- zah-nya, memandikan Jenazah dan sebagai-nya telah di-selenggarakan oleh Persekutuan Seruan Islam Sa-Malaya, Chawangan Singapura, dengan mendapat bantuan khas oleh Kathi Besar Singapura, Tuan Haji Ali; beberapa orang Brunei yang berada di-Singapura pada masa itu, termasok Pengiran Anak Ka- maluddin, Pehin Orang Kaya Di-Gadong, dan Pehin Khatib Haji Alihussain.

Kapal terbang khas kepunya'an Sharikat Malayan Airways Limited yang membawa Jenazah Al-merhom Pengiran Maharaja Laila itu telah berangkat da- ri Padang Kapal Terbang Singapura pada pukol 7.30 pagi 17 April dan terus terbang ka-Brunei. Kapal terbang itu telah mendarat di-Padang Kapal Ter- bang di-Berakas pada pukol 12.52 tengah hari tersebut.

Sabelom kapal terbang yang membawa Jenazah Al-merhom itu berangkat dari Singapura, ramai orang telah pergi menghantar Jenazah itu di-Padang Kapal Terbang, di-antara-nya termasok Inche' Abdul Aziz, Wakil Kapada Setia Usaha Yang Kanan Keraja'an Singapura; _Doktor Burhanuddin, Yang Di- Pertua Agong, Persatuan Islam Sa-Malaya; Isteri kapada Inche Abdul Hamid Jumat (Timbalan Ketua Menteri, Singapura); Kathi Besar Singapura Tuan Haji Ali; Wakil2 dari Pertubohan Kebangsa'an Melayu Bersatu ("U.M.N.O.") dan lain2-nya.

Balu kapada Al-merhom itu; anakanda 2-nya; Pengiran Anak Kamaluddin; Pehin Orang Kaya Di-Gadong dan Pehin Khatib Haji Alihussain telah balek ka-Brunei dengan kapal terbang yang membawa Jenazah itu.

Pada masa kapal terbang tersebut mendarat di-Padang Kapal Terbang Brunei, kira2 dua ribu orang dari berbagai2 bangsa telah berhimpun di- tempat itu, di-antara-nya termasok-lah British Resident Brunei, Yang Ber- hormat Mr. J.O. Gilbert; Wazir2 Yang Pertama dan Yang Kedua Negeri Brunei, iaitu Seri Paduka Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara dan Seri Pa- duka Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Ahli2 Kerabat Di-Raja; Pegawai2 Keraja'an; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri; Pegawai 2 dan Ahli2 Party Rakyat Brunei; para pembesar dari berbagai2 bangsa; Wakil2 dari Da- erah2 Belait dan Seria; dan lain2-nya.

Sesudah Jenazah itu di-ziarahi oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan, serta Kerabat2 Di-Raja; dan di-sembahyangkan, maka Jenazah itupun di-usong oleh Kerabat Al-merhom ka-jambatan Customs.

Duli Yang Maha ...